Ads

Oct 7, 2009

World Top Universities. UM di mana?



Esok(8 Oktober 2009) rakyat Malaysia akan mengetahui kedudukan universiti di serata dunia.

Tahun lepas Universiti Malaya jatuh di kedudukan 230 manakala UKM jatuh pada kedudukan 250,terkeluar daripada World Top 200 Universities.. Prof. Datuk Dr. Gauth Jasmon berharap kali ini Universiti Malaya akan berada di dalam World Top 200 Universities.

"Saya akan letak jawatan jika ranking Universiti Malaya jatuh pada kali ini",kata beliau di dalam ucapannya di dalam Malam Pelancaran UM Chapter Melaka baru-baru ini.

Pro-S mendapat maklumat terkini dari sumber yang dipercayai (ICR = International and Corporate Relations),Universiti Malaya berada di kedudukan lebih tinggi daripada 180 ( < 180 )diantara Universiti terbaik dunia tahun ini! Ini sekaligus mencapai matlamat Universiti Malaya dan Malaysia sendiri.

Tahniah Universiti Malaya.!

UM is one towards 1Malaysia!
read more...

Oct 6, 2009

PRO-STUDENT digeruni?


Pro-Student adalah satu pertubuhan tidak halal dari gabungan pihak Pro-M dan Penggerak yang baru sahaja ditubuhkan telah menarik perhatian ramai pihak. Pro-Student banyak membongkar rahsia daripada isu-isu semasa di Universiti Malaya ini,tidak termasuk isu luar kampus.

Sejak penubuhan PRO-STUDENT ini,ramai mengatakan Pro-Student berat sebelah seperti banyak menyebelahi PENGGERAK MAHASISWA.

Mahasiswa perlu tahu bahawa PRO-Student ini hanya menimbulkan persoalan daripada isu-isu semasa dan tidak menuduh mana-mana pihak(Penggerak mahupon Pro-M).Jadi terpulang kepada mahasiswa sendiri untuk menilai artikel-artikel yang dikemukakan.Kami mempunyai agen risikan atau dipanggil 'stalker' dan unit terjah maut yang berpengalaman daripada PRO-M,PENGGERAK,HEP dan MPMUM. Jadi semua artikel di dalam Pro-S adalah dari sumber sahih dan pendapat bersama kerana kami adalah gabungan ideologi mahasiswa (berfikiran bebas,bukan parti bebas).

Baru-baru ini,PRO-STUDENT telah menerima satu email dari orang yang tidak dikenali :

"..admin pro-s berat sebelah,nampak sangat ko ni belah aspirasi.da la guna lambang pro-m buat logo sendiri.bodoh!artikel ko suma attack budak pro-m dan mpmum.konon bongkar rahsia,ntah2 sumber mana ko amik.suka hati bapak ko je.hentikanlah sume ni,tutop blog ni.kalo ko tembak lagi,aku carik admin sampai lubang cacing.bia aku tutup mulut ko selamanya.salam"

Mengapa beliau yang tidak dikenali menghantar email begitu?Adakah beliau berasa tergugat dengan artikel-artikel dari PRO-Student?

Jika artikel dari PRO-Student tidak sahih dan tidak benar,takkan ada orang yang suruh MENGHENTIKAN dan MENUTUP blog ini.Tetapi ada yang seperti ketakutan dan memaki hamun PRO-S tidak kurang juga yang mengugut kami supaya kami berhenti membongkar rahsia-rahsia.


Mereka semua kena tahu tak kesah la PENGGERAK atau PRO-M,kami PRO-S mendapat maklumat dari orang kamu sendiri.Ia tidak direka-reka. Unit risikan pro-m kami lebih banyak maklumat daripada unit risikan penggerak kami.Kami akan cuba membongkar satu-satu dari semua pihak.Jika anda ingin mengetahui tentang sesuatu,sila email kepada pro.student10@gmail.com.

Untuk pengetahuan juga,logo PRO-S telah diubah kerana banyak pertikaian. Logo sebelum ini hanya untuk menarik perhatian ramai supaya PRO-STUDENT dapat sambutan hangat. Kami minta maaf jika ada pihak yang terasa. Logo baru kami adalah gabungan daripada harimau penggerak dan background pro-m.

Kami PRO-STUDENT berasa sangat gembira kerana kami telah menjadi perhatian ramai malah digeruni beberapa pihak. Kami akan memenuhi kehendak mahasiswa supaya berfikir secara bebas dan matang,tidak dikongkong mana-mana pihak. Cayalah PRO-S!!
read more...

Jangan pertikai isu E-VOTING.


Tak habis-habis dengan e-voting. Ada mahasiswa yang masih tidak memahami e-voting ini sehingga mereka mempertikaikan sistem itu dan akhirnya 'menggadai' pembelajaran mereka. Seperti yang kita lihat,Pro-Mahasiswa dan MPMUM menolak dengan tegas sistem ini tetapi ada juga pihak yang berfikir disebaliknya.

Sistem e-voting memudahkan pengundi dan menjimatkan masa.Ia sejajar dengan perkembangan teknologi pengkomputeran dan satu penambahbaikan dalam kaedah pembuangan undi.Malangnya ada pihak tertentu mendakwa sistem ini tidak 'kebal', boleh diceroboh dan boleh mempengaruhi pengiraan undian. Pro-S berpendapat ia sekadar satu dakwaan untuk meraih undi populariti.

"Dulu bila pakai sistem manual, isu pengundi hantu hebat diperkatakan... bila e-voting, timbul pula isu penggodam... jadi sistem mana yang patut diguna pakai kalau semuanya tidak betul?".

Tetapi setelah beberapa kaji selidik dijalankan kepada penyokong pro-mahasiswa,sebahagian daripada mereka juga menyokong sistem ini.

"E-voting ni banyak bagusnya.Cuma Pro-M mempertikaikannya hanya kerana pengaruh dari orang luar sahaja. Saya cuma harap kita tidak diperbodohkan je.Kita ni mahasiswa,kene ada pendirian.",ujar salah seorang dari pihak PRO-M.

Setiap sistem yang direka pasti ada keistimewaan tersendiri, begitu juga dengan e-voting, apa yang penting, mahasiswa keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kerana setiap undi itu bakal menentukan pemimpin yang diharap dapat menjaga kepentingan pelajar, bukan berdebat kaedah yang digunakan. Harap mahasiswa jelas dengan perkara ini. FIKIRKAN..

Mari bersama PRO-STUDENT menyokong e-voting.Jangan gadai masa belajar kita.!
read more...

Wajarkah Mahasiswa berpolitik di LUAR KAMPUS?


Mahasiswa hari ini tidak lantang bersuara, tidak memiliki kredibiliti yang boleh dikagumi dan idealisme yang tersendiri. Dalam erti kata lain, mahasiswa hari ini 'bisu'! Betul ke? Adakah mahasiswa sekarang ni hanya jadi Pak turut sahaja? Adakah Mahsiswa sekarang ni berpolitik senyap-senyap sahaja? Atau Mahasiswa sekarang di gunakan oleh individu-individu atau parti politik untuk kepentingan mereka untuk menarik minat pengundi muda?

AUKU, undang-undang yang di selalu di perkata kan mengongkong Mahasiswa untuk berpolitik adakah betul, dan mengapakah AUKU ini di perkenalkan? Bukankah AUKU ini di wujudkan kerana mahu mahsiswa menumpukan pada pengajian dan tidak menumpukan kepada hal-hal yang boleh menjejaskan pengajian mereka.Tetapi yang peliknya AUKU ini langsung tidak di hormati oleh mahasiswa dan mahasiswa masih lagi sibuk dengan politik nasional yang di bodohkan.

Masihkah anda ingat sejarah mengenai peristiwa 13 Mei? Peristiwa Baling? Bukankah mahasiswa di belakang peristiwa ini, bukankah mereka ini di gunakan untuk berdemonstrasi.Said Hamid Ali, satu nama yang kita tidak pernah dengar tetapi beliau adalah ahli Parti Buruh Bahagian Kepong yang berjumpa dengan Tunku Abdul Rahman untuk meminta kebenaran supaya perarakan mayat dapat di jalankan.

Bukankah satu ketika dulu, mahasiswa di gunakan oleh Anwar Ibrahim untuk berdemonstrasi dan sekarang mantan Timbalan Perdana Menteri itu masih lagi menggunakan suara Mahasiswa dengan menyokong Pro Mahasiswa.



Fikirlah Mahasiswa. Anda disuruh belajar,bukan berdemostrasi.
read more...

Oct 5, 2009

Shahrizul Ayuni terdesak?


Program FEMINA'09 yang dianjurkan Biro Hal Ehwal Wanita MPMUM akan berlangsung bermula 16 Oktober hingga 18 Oktober. Terdapat banyak aktiviti yang disediakan untuk semua mahasiswi terutamanya di Universiti Malaya ini. Program yang bagus ini banyak memberi manfaat kepada mahasiswi untuk membentuk kehidupan yang lebih bermakna (shaping a meaningful life).

Program ini terbuka kepada mahasiswa dan mahasiswi dengan dikenekan bayaran sebanyak RM 100 (termasuk makanan) dan RM 50 bagi 50 peserta yang terawal.

Baru-baru ini Shahrizul Ayuni(Setiausaha 1 MPMUM),salah seorang yang terlibat dengan FEMINA'09 ini telah menghubungi beberapa presiden kolej kediaman untuk menghantar beberapa wakil kolej untuk menyertai program tersebut mungkin kerana penyertaan daripada mahasiswa/i adalah tidak memberansangkan.

Salah seorang presiden yang ditemuramah tentang perkara ini berkata Shahrizul Ayuni dengan bernada sinis mengerahkan presiden supaya menghantar wakil untuk program ini seperti presiden-presiden ini yang bekerja dibawahnya.

"..sila hantar wakil kolej untuk program FEMINA dan sponsor sekali. Masa inilah kolej dapat melaburkan wang ke arah kebaikan.Bila lagi?" kata ayuni dengan nada sinis.

Ayuni seperti menyindir dan mempersendakan kolej kediaman seperti sebelum ini duit yang dilaburkan kolej bukan untuk program yang membawa kebaikan. Beliau juga seperti memaksa presiden-presiden kolej ini mencari pelajar untuk menyertai program tersebut tanpa perkataan 'TOLONG'. Perkara ini mencetuskan kemarahan beberapa presiden kolej sehingga dibawa ke mesyuarat SPKUM.

Persoalannya,mengapa presiden-presiden kolej yang perlu lakukan semua ini sedangkan program FEMINA'09 itu sendiri mempunyai Biro Publisiti yang ditugaskan untuk mendapatkan peserta. Dan kenapa perlu menyindir kolej-kolej kediaman dengan isu duit? Adakah Ayuni sudah terdesak untuk mendapatkan peserta dari kolej kediaman? Atau organisasi program ini tidak teratur atau berpecah belah menyebabkan publisiti kurang menyengat dan akhirnya meminta bantuan presiden?

"Kami bukan tidak mahu membantu menjayakan program tersebut tetapi kenapa perlu menyindir kolej kediaman seperti kolej kediaman ini teruk-teruk belaka dan kenapa perlu memaksa dengan keras untuk mendapatkan peserta?" kata pihak SPKUM.(sumber dari SPKUM)

Di sini,kami PRO-S bukan bertujuan untuk sabotaj program tersebut tetapi sekali lagi menimbulkan persoalan,jika organisasi program FEMINA yang dikendalikan oleh MPMUM itu sendiri tidak teratur dan kurang berjaya,bagaimana dengan pentadbiran MPMUM itu sendiri?

Mari kita sama-sama berfikir sejenak dan PRO-S juga mengambil kesempatan ini untuk mengajak mahasiswa/i untuk menyertai dan menjayakan program FEMINA'09.
read more...

Oct 2, 2009

PENGGERAK kuasai kolej


Seperti yang kita tahu dari sumber-sumber yang dipercayai,Penggerak Mahasiswa dikatakan menguasai pentadbiran di setiap kolej dan mempengaruhi mahasiswa-mahasiswa melalui JIK JTK kolej.

Mereka dipercayai menggunakan kuasa pentadbiran kolej untuk menghalang pihak PRO-M menyebarkan risalah-risalah di setiap kolej. Mereka juga ada yang menghalau penghuni luar yang berniat untuk menyebarkan risalah.

Persoalannya,bagaimana cara perlantikan JIK JTK kolej dijalankan di setiap kolej kediaman? dan bagaimana mereka boleh berjaya menguasai pentadbiran kolej? Adakah pelajar dari PRO-M boleh memegang jawatan di kolej kediaman?

Biasa yang kita tahu,JIK JTK kolej dilantik menggunakan sistem undian majoriti dari penghuni sendiri dan keputusan pentadbiran kolej. Biasanya pemilihan itu berdasarkan keaktifan pelajar itu semasa berada di kolej. Jika mereka aktif dan berkeupayaan,mereka akan diangkat untuk menjadi pemimpin. Seperti yang kita tahu juga,kebanyakan aktivis pro-m tidak aktif di kolej tetapi aktif di luar,contoh di API.

Persoalan lain,adilkah jika mereka sentiasa menguasai kolej?dan adilkah jika mereka tidak beri peluang untuk pro-m untuk memasuki kawasan kolej? Profesional ke tidak jika Penggerak menggunakan cara itu?

Cuba nyatakan maksud 'profesional' itu sendiri dan cuba fikirkan secara mendalam. FIKIR,FIKIR..

p/s - pro-s akan cuba kuar flyers,tgk mereka bg masok ke tak.hehe.
read more...

Ucapan takziah kepada MPMUM


Pada beberapa hari yang lepas,kita dikejutkan dengan berita tentang kemalangan jalan raya yang melibatkan seorang wakil MPMUM di Kompleks Perdanasiswa. Beliau dikenali sebagai Mariam Munirah.

Beliau mengalami kecederaan di bahagian muka dan menerima 8 jahitan di bahagian berkenaan. Beliau telah dihantar dan dirawat di PPUM serta ditahan untuk beberapa hari sehingga beliau pulih.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Apakah ini semua balasan dari Allah di atas perbuatan beliau selama ini? Atau hanya disebabkan kecuaian beliau sendiri?

Diharap beliau dirahmati Allah dan segala dosa beliau diampunkan. Semoga beliau sedar dan tidak mengulangi perbuatan yang tidak elok,jika ada.Amin!!

Peringatan ini juga ditujukan kepada semua pihak. Kita tidak tahu bila balasan Allah yang sentiasa menanti untuk orang yang melakukan kesalahan dan kita tidak tahu bila ajal kita.
Kembalilah ke pangkal jalan.
read more...

Perubahan UM-TODAY


Nampaknya UM_TODAY telah menunjukkan perubahan ke atas isu-isu mereka.Pertama kalinya isu mereka datang dari sumber yang berbeza dari sebelum ini. Sebelum ini UM-TODAY hanya mengambil isu dari mahasiswakini,pro-m,MPMUM dan yang sekutu dengannya.

Perubahan yang baik ini menunjukkan UM-TODAY lebih berfikiran terbuka dan tidak sempit.Salah satu isunya ialah "Kuaz Anjur SUDOKU COMPETITION UM 2009." yang diambil bulat-bulat daripada blog SPKUM. Ini adalah kali pertama mereka mengambil isu dari SPKUM. Nampaknya blog SPKUM juga menjadi perhatian UM-TODAY.

Pro-S mengucapkan tahniah kepada UM-TODAY atas perubahan itu. Inilah yang dibawa Pro-S juga. Berfikiran terbuka dan luas. Mungkin perubahan ini adalah berpunca daripada tuduhan beberapa pihak ke atas UM-TODAY yang sering kali dikaitkan dengan PRO-MAHASISWA. Kami harap UM-TODAY tidak menggunakan perubahan ini hanya untuk MENGABURI MATA mahasiswa dengan agenda tersembunyi. Lakukan semua ini dengan rasa ikhlas. FIKIRKAN WAHAI MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA!! Hidup Pro-S!!Hidup Pro-M!! dan Hidup UM-TODAY~~
read more...