Ads

Nov 9, 2009

MPMUM vs SPKUM


Hangat pilihanraya kampus makin terasa apabila perbalahan atau 'perang mulut' atau 'perang dingin' berlaku diantara dua 'kuasa besar' UM iaitu Majlis Perwakilan Mahasiswa UM(MPMUM) dan Sekriteriat Presiden Kolej Kediaman UM (SPKUM). Perbalahan berlaku disebabkan 'kuasa' untuk 'menakhluki' kolej kediaman di Universiti Malaya.

Di kala peperiksaan akhir semester ini,kedua-dua 'kuasa' ini saling berbalas-balas tentang kebajikan di kolej kediaman,terutamanya seperti isu yang berlaku di KK4.

Pihak MPMUM berkelakuan seperti 'tidak puas hati' dengan tindakan pentadbiran kolej atau JIK JTK menangani isu-isu berkenaan kebajikan mahasiswa. Manakala pihak SPKUM (kira wakil JIK JTK la ni) dikatakan tidak melakukan sebarang tindakan atau 'playsafe' dalam menangani isu.

1. Sebelum ini dikatakan MPMUM telah berusaha untuk bekerjasama dengan SPKUM untuk sama-sama menangani isu dan masalah di kolej kediaman tetapi tidak mendapat respon positif dari pihak SPKUM.

Apabila ditanya kepada pihak SPKUM tentang perkara ini,mereka berkata ;

"tidak nampak satu pon usaha dari MPMUM yang mereka ingin menangani masalah kolej,apatah lagi ingin berkerjasama dengan kami."

"Penghuni kolej lebih rapat dengan kami(JIK JTK) daripada MPMUM,jadi kami lebih memahami situasi yang dialami oleh mereka."

2. Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Mohd Aizat Bin Mohd Saleh, dengan nada yang 'emosional' berkata ;

“Isu yang berlaku, seperti bilik sempit di kolej kediaman Bestari dan dewan makan baru-baru ini, biarkan (sahaja) pimpinan JTK yang menyelesaikannya.”

“Banyak lagi tugasan dan hasrat mahasiswa yang belum dipenuhi, misalnya kebajikan pelajar-pelajar kita di luar kampus dan isu perkhidmatan bas. Ini sebenarnya yang perlu kita tumpu”

“Saya cadangkan, sekiranya JTK tidak boleh (untuk) selesaikan masalah pelajar kolej, letak jawatan dan adakan sahaja Pilihan Raya Kolej Kediaman, biar mahasiswa pilih pimpinan yang layak untuk berkhidmat.”

Bila ditanya mengenai 'renovation' di KK4,beliau berkata; “Tidak ada masa lain untuk perbaiki kolej?”.


Bayangkan bertapa tidak profesionalnya beliau seperti menyindir JIK JTK dan pertadbiran kolej. Inilah wakil yang diangkat sendiri oleh mahasiswa kalian. Beliau mengeluarkan kata-kata seperti tidak berfikir terlebih dahulu. Kebajikan di luar kampus dan isu bas telah lama diutarakan,tetapi masih tidak lagi selesai.(Taknak letak jawatan abang?). Dan berkenaan 'renovation',bila masa nak buat jika ia memakan masa 3bulan?.(iskh3..kesian abang ni).

3. Setiausaha agung MPMUM , Sdr Syahrizul Ayuni Binti Zulkiply pula berkata beliau akan cuba sedaya upaya membantu pihak SPKUM untuk menangani isu kolej. Walaupon SPKUM dikatakan seperti 'tidak ambil peduli' dengan MPMUM.

"Saya bersedia untuk bawakan isu ini keperingkat lebih tinggi, atau jika pihak SPKUM mahu bawakan sendiri, saya boleh bantu untuk uruskan pertemuan/dialog/perbincangan dengan pihak NC, SUHAKAM mahupun Kementerian Pengajian Tinggi, jika tidak mahu juga saya uruskan pertemuan, saya boleh bantu untuk memberikan nombor untuk dihubungi kepada pihak SPKUM."

Sikap begini yang perlu ada di dalam pimpinan,bukan seperti abang Aizat Saleh yang 'emo' dan tidak berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan. Harap SPKUM dan MPMUM saling membantu untuk menyelesaikan masalah kami(students).

4. Persatuan Penghuni Menderita (PPM) menyatakan di dalam UM-TODAY bahawa mereka telah membuat banyak aduan mengenai masalah di KK4 tetapi tidak diendahkan JIK JTK. Mereka yang bersikap tidak profesional melontarkan rasa tidak puas hati kepada JTK KK4 dengan menyebarkan risalah memburukkan nama JTK KK4.

Apabila pentadbiran mengarahkan kepada PPM untuk 'tunjuk muka',tidak pula mereka berani keluar mengutarakan masalah. PPM juga mendakwa pentadbiran kolej mengadakan dialog bersama pengetua hanya selepas didesak oleh pelajar. Sedangkan pihak pentadbiran KK4 telah merancang dgn lebih awl lg perbincangan tersebut.

Ada penghuni KK4 yang mendakwa PPM ini diterajui oleh Maryam Muneerah Ahmad,Nurul Hanis Ibrahim,Saiedah Nafisah Roslan dan Nurul Iffah Anwar. Mereka ini adalah penghuni KK4 yang didakwa bergiat dalam PPM secara 'pengecut'. Mereka juga didakwa 'orang kuat Pro-Mahasiswa' di kalangan mereka. Difahamkan juga Sdr Shahrizul Ayuni terlibat secara tidak lansung dengan menyokong pergerakan ini.(duduk KK4 gak ayuni ni).**ada agenda ke?**

**kami PRO-STUDENT berharap agar kami,mahasiswa, tidak menjadi mangsa kepada perbalahan di antara dua pihak ini. Jangan gila kuasa masing-masing. Berkerjasama untuk menegakkan kebajikan kami dan jaga keharmonian di Universiti Malaya ini.
read more...

Nov 4, 2009

Isu "Bilik Sempit" di 4th.


Kolej Kediaman Bestari(4th) mengalami masalah yang dikatakan serius apabila dikatakan mereka perlu 'bersempit' dengan pengongsian bilik di blok lain atas sebab proses penambahbaikan(renovation) di kolej tersebut.

Penghuni kolej itu terpaksa duduk 5-7 orang di dalam satu bilik yang agak 'kecil' dan ini boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada penghuni. Dialog bersama pengetua kolej 4,Prof Madya Dr Ahmad Salihin Baba telah berlansung berkenaan perkara ini selain isu makanan.

Aduan telah dibuat kepada pihak MPMUM dan juga JIK JTK kolej kediaman tersebut berkenaan perkara ini. Pihak MPMUM masih lagi belum memberi sebarang tindak balas terhadap perkara ini. JIK JTK pula telah membawa perkara ini kepada SPKUM tetapi perkara ini masih di dalam perbincangan mereka.

Penambahbaikan itu akan bermula pada 20 November dan dijangka siap pada 20 Januari akan datang. Kami Pro-Students berharap penghuni kolej 4 akan bersabar kerana penambahbaikan ini adalah untuk kebaikan penghuni itu sendiri. Jika dikira-kira balik,kita hanya 'bersempit' untuk beberapa minggu sahaja ditolak dengan cuti semester yang akan tiba selepas peperiksaan. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman dan segala perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Diharap juga renovation itu tidak tertangguh dan berjalan dengan lancarnya supaya masa 'bersempit' dapat dikurangkan. Dan diharap juga isu ini tidak menjadi 'mainan' untuk mana-mana pihak.

Tidak semua perkara dapat diselesaikan dengan sekelip mata.Kita bukan Tuhan.Kita hanya manusia.Mahasiswa boleh berfikir kan?

p/s **Kalau tak buat penambahbaikan,kata kolej tak amik berat pulak.
**suruh la kolej kurangkan yuran penginapan sem depan.hehe..
read more...

Oct 22, 2009

Kesah PROSIDING pula


8 orang mahasiswa dari PMIUM dan PBCUM dimana telah di dakwa di bawah statut Universiti 1979 yang turut bercanggah dengan AUKU dan perlembagaan Malaysia sendiri.

Kelapan-lapan mahasiswa berkenaan ialah 6 orang daripada Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PBCUM) – yang tidak mahu nama mereka didedahkan, dan 2 orang dari Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) iaitu mantan presiden, Mohd Haafizuddin Abirerah dan ahli biasa, Abu Ubaidah Amir.

Mereka dihadapkan ke perbicaraan oleh Tribunal Universiti dan dituduh melakukan kesalahan disiplin dibawah seksyen 16 (c) Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999. Pendakwaan di bawah akta berkenaan atas tuduhan membawa masuk ahli politik ke dalam universiti.

Pihak HEP telah menangguh 2 kali prosiding ini lalu membangkitkan kemarahan beberapa pihak terutamanya pihak tertuduh. Apabila diminta penjelasan daripada pihak HEP,mereka tidak dapat memberi kenyataan yang memuaskan hati pihak-pihak tersebut.

Kami Pro-Student tidak mahu memburukkan sesiapa di dalam kes ini,tetapi kami hanya berharap prosiding ini dipercepatkan supaya tidak membangkitkan kemarahan pihak tertuduh. Mungkin pihak HEP tidak ada niat untuk berlaku tidak professional,mungkin atas sebab-sebab tertentu mereka menangguh perbicaraan itu.

Jika mereka disabitkan kesalahan,diharap pihak HEP tidak menggantung atau membuang mereka dari Universiti.Perkara ini perlu dan boleh dipertimbangkan.

Kepada mahasiswan lain,diingatkan bahawa janganlah kita melanggar akta Universiti dan undang-undang Universiti.Nanti akan menyusahkan diri kita sendiri seperti mereka yang tertuduh. Ada perkara boleh dibawa berunding.Jika ingin membawa masuk ahli politik sekalipon,perlulah dibawa berunding dengan CARA BAIK. Sekurang-kurangnya,'mention' nama ahli politik di dalam KKD projek.Ini takda.

Diharap juga pihak tertuduh tidak dikenekan denda yang berat jika disabit kesalahan. Semoga mereka dapat focus di dalam exam yang akan datang. Dan jangan hanya kes kecil ini saja sudah kecoh di FACEBOOK. Kes lain takda pon sebar surat di FACEBOOK. HAHAHAHAHA...

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR.-dari PRO-STUDENT!

We UNITE for U'ALL.
read more...

Oct 19, 2009

Shahrizul Ayuni dan Wanita UMNO


Majlis Penutup Festival Mahasiswa Universiti Malaya yang dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berlansung dengan meriahnya.

Femina ‘09 julung-julung kali diadakan di UM dan di peringkat nasional dari 12 hingga 17 Oktober merangkumi demonstrasi sebat sivil dan sebat syariah, lawatan ke beberapa rumah anak yatim dan sesi forum, bicara terbuka dan perbincangan resolusi bersama pimpinan mahasiswa.

Festival itu adalah yang terbaik antaranya bukan sekadar persediaan menjadi pemimpin pelapis wanita, malahan turut menyumbang kepada masyarakat dan negara. Festival tersebut bukan sahaja khusus untuk kepimpinan wanita pada masa hadapan, malah ia juga relevan untuk masyarakat.

Sebagai penghargaan kepada usaha mahasiswi UM itu, Shahrizat menerusi kementeriannya menyumbang RM10,000 untuk projek Femina dan RM10,000 lagi kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa UM yang diketuai oleh Mohd. Ridzuan Mohammad.(banyak tu..hurmm...)

Menurut beliau, jika isu berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat dibawa ke peringkat tertinggi dan dapat diselesaikan, maka ia boleh menambat hati rakyat dan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pengarah Projek Femina ‘09, Shah Rizul Ayuni Zulkiply merangkap Setiausaha Majlis Perwakilan Mahasiswa UM berkata, projek itu membuktikan terdapat transformasi generasi muda yang hendak berubah ke arah lebih baik.

“Penubuhan Mahasisna akan menjadi satu platform di peringkat Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) seluruh universiti untuk berhubung terus dan AKRAB DENGAN KEMENTERIAN menyelesaikan isu-isu rakyat."

Menurutnya, sumbangan RM10,000 daripada kementerian itu akan dibelanjakan untuk program masyarakat di samping MEMBANTU KERAJAAN mencapai agenda dan misi nasional.

Persoalannya,sebelum ini MPMUM sesi ini MEMBANGKANG dengan kuat kerajaan. Sehingga ada yang mengatakan sesiapa yang menyokong kerajaan diibarat anjing/barua kerajaan(UMNO).

Tetapi akhirnya perubahan dilakukan oleh Shahrizul Ayuni dengan mengatakan beliau akan MEMBANTU KERAJAAN mencapai agenda dan misi nasional. Adakah kerana mereka akan menyokong kerajaan selepas 'dilaburkan' wang sebanyak RM 10,000? Siapakah anjing/barua sekarang? Harap tiada siapa.


Oh ya,sebelum ini juga Ayuni telah berkata mereka tidak dapat ape2 peruntukan daripada mana-mana pihak.Tetapi kerajaan bagi RM 10,000 tu,takmo citer pula? Mahasiswa sendiri boleh fikir ini adalah satu PENIPUAN YANG NYATA.

MPMUM = UMNO = PRO-M? (wahhhh....)

Tahniah FEMINA'09 dan tahniah kepada Shahrizul Ayuni!
read more...

Oct 15, 2009

BANTAH buat kecoh di UPM


Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM) yang dipimpin oleh saudara Mohd Syamsul bin Salleh bersama-sama Gabungan Pemimpin-Pemimpin Pelajar UPM yang terdiri daripada Jemaah Presiden Kolej Kediaman, Fakulti, Kelab dan Persatuan menggesa mana-mana wakil gerakan BANTAH yang bertanggungjawab untuk tampil memberikan penjelasan dan memohon maaf secara terbuka atas tindakan biadab dan tidak beretika yang dilakukan oleh gerakan itu semasa Majlis Penutupan, Penyerahan Resolusi Mahasiswa Satu Malaysia dan Sambutan Aidilfitri MPP UPM bersama pelajar UPM pada 10 Oktober 2009 yang lalu.

Tindakan gerakan BANTAH itu bolehlah disifatkan sebagai bukan sahaja tidak menghormati majlis, yang direncana dan diusahakan oleh pelajar tetapi juga tidak menghormati dan bersikap kurang ajar pihak penganjur dan tetamu kehormat majlis. Tambahan pula, majlis ini merupakan program kebangsaan dan melibatkan semua IPTA dan beberapa IPTS setelah 3 bulan ia diusahakan oleh pelajar-pelajar UPM khususnya dan pelajar-pelajar MPPK amnya.

Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi yang disertai 18 kesatuan mahasiswa seluruh kampus hari ini menghantar memorandum secara langsung kepada Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato' Khaled Bin Nordin di Universiti Putra Malaysia, sejurus program sambutan Aidilfitri Bersama Pimpinan MPPK pada jam 11 pagi di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Delegasi diketuai oleh pengerusi gabungan BANTAH, Mohd Aizat Bin Mohd Saleh. Turut serta, timbalan pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Hisyamuddin Che Ali, pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Shazni Munir Ithnin, pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional (Pro M Nasional), Shafie Hashim dan seorang exco MPMUM, Mohd Fadzil Bin Jamal.

Di dalam pertemuan tersebut, BANTAH mengemukakan beberapa tuntutan, antaranya memansuhkan sistem perlaksanaan E-Undi dalam Pilihan Raya Kampus akan datang atas alasan tiadanya ketelusan dan kurang persediaan di peringkat universiti dalam melaksanakannya. Antara tuntutan lain juga adalah mendesak KPT supaya memansuhkan AUKU yang dikatakan 'mengikat' mahasiswa.



Mohd Syamsul Salleh (Pemimpin MPPUPM) ketika diminta mengulas tentang gerakan BANTAH ini, beliau tidak mahu mengulas panjang dan menyerahkan segala penilaian dan pertimbangan dilakukan sendiri oleh pelajar-pelajar tentang apa yang berlaku di hadapan mata mereka.

"Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa tindakan dan gerakan mereka ini bukanlah mewakili suara pelajar kerana jika benar mereka mewakili suara pelajar atau suara mahasiswa mana mungkin mereka sanggup berkelakuan keanak-anakan dengan tidak menghormati penat lelah pelajar lain yang bertungkus lumus mengatur program ini hanya kerana mahu menghantar memorandum yang dilihat hanya mewakili suara dan kepentingan peribadi mereka sendiri."

"Kami di peringkat MPP UPM hatta di peringkat MPPK sendiripun tidak pernah menggangu dan mengambil kesempatan atas apa yang diusahakan oleh mereka sebelum ini untuk kepentingan peribadi kami jadi mengapa mereka tergamak untuk tidak menghormati kami! Sesungguhnya niat tidak pernah menghalalkan cara" tegasnya lagi.

Pro-Student tertanya-tanya,sedangkan di Universiti Malaya sendiri banyak isu-isu tidak terjaga,mahu 'semangat' pergi ke UPM semata-mata untuk menyerahkan memorandum kepada menteri semata-mata nak mansuhkan AUKU dan e-voting. Lagi-lagi peperiksaan akhir semakin hampir. Mungkin banyak mahasiswa yang tidak mahu belajar lagi dan ingin melibatkan diri dengan politik. Mungkin bagi beberapa mahasiswa di negara ini tidak mahu menerima ilmu lagi melainkan ilmu politik. Mereka melahirkan 'umat akhir zaman' yang menolak ilmu dan lebih mementingkan perkara yang tidak mendatangkan faedah.dan oleh kerana menolak ilmu,mereka menjadi orang yang kurang diajar dan biadap.

Mari bersama-sama PRO-STUDENT focus pada exam. Mari berusaha 'TIDAK MAHU EXTEND SEM' dan belajar supaya ibu bapa kita di rumah mahupon yang telah meninggal dunia BANGGA dengan kita sebagai anak universiti yang berjaya!!
read more...

Oct 9, 2009

Jangan PERASAN wahai mahasiswa!

Universiti Malaya pada tahun ini telah mendapat tempat ke-180 di dalam World Top Universities dan berjaya mendapat tempat di dalam Top 200 Universities. Universiti Malaya berjaya 'menewaskan' Universiti di Malaysia yang lain seperti UTM,USM,UKM dan UPM.

Bagaimana ranking di Universiti Malaya melonjak sehingga 50 anak tangga di dalam World Top Universities?

Kami Pro-Student telah menghantar email kepada NC dan cuba bertanya tentang perkara ini.Dari aspek mana mereka mengambil kira untuk meningkatkan prestasi UM.

Aspek yang utama ialah kaji selidik(research) yang dilakukan di Universiti Malaya oleh pelajar post-graduates. Universiti Malaya adalah universiti terbaik dan terbanyak melakukan kaji selidik berbanding dengan universiti di Malaysia yang lain. Universiti Malaya juga mempunyai pelbagai teknologi untuk memudahkan lagi penyelidikan dan penambahpulihan.

Selain itu,Universiti Malaya juga menghasilkan graduan yang berkualiti dan berinovatif. Jumlah graduan meningkat dari tahun ke tahun setanding dengan kualifikasi yang tinggi berbanding universiti di Malaysia yang lain.

Pengambilan pelajar luar negara juga turut menyumbang kepada penambahbaikan di Universiti Malaya. Universiti Malaya mempunyai lebih 500 pelajar under-graduate dan lebih 1000 pelajar post-graduate dari luar negara. Universiti Malaya meningkatkan pengambil pelajar dari luar negara dari tahun ke tahun. Universiti Malaya juga ingin menambah offshore offices di beberapa negara seperti Jakarta dan Sudan. Universiti Malaya baru sahaja mempunyai 2 offshore office di China dan Tehran.

Staf di Universiti Malaya juga berperanan untuk mendidik mahasiswa di UM supaya UM menghasilkan graduan yang berkualiti. Mahasiswa sendiri perlu mengambil peranan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menyumbang jasa baik kepada Universiti Malaya,menjadi graduan yang berkualiti.

Jika ditanya kepada NC berkenaan MPMUM dan persatuan-persatuan di UM ini,beliau berkata,

"Itu adalah satu badan/organisasi yang menjaga hal ehwal dan kebajikan pelajar. Pelajar Ijazah Dasar perlu mengambil pencapaian Universiti Malaya ini sebagai motivasi untuk terus menaikkan nama Universiti Malaya"

Presiden PMIUM Sdr Shazni munir Mohd Ithnin turut sama memberi respon di dalam laman web mereka pmium.org.
sempat tersenyum seketika sebelum memberikan ulasannya:
“kita di peringkat PMIUM telah lama memikirkan dan berusaha untuk meningkatkan ranking universiti dan dalam masa yang sama kita PMIUM akan terus komited terhadap gerak kerja dakwah yang menyeluruh di UM ini sama ada di puji atau dikeji dan akan terus melahirkan pemimpin yang hebat sepertimana yang anda lihat dalam kabinet MPMUM dan negara hari ini sendiri”.

Apakah sumbangan mereka kepada Universiti Malaya sendiri sampai menaikkan ranking UM sehingga mendapat tempat di Top200 Universities? MPMUM sendiri terdiri daripada mahasiswa yang tak grad lagi. Sedangkan pencapaian Universiti Malaya hanya berdasarkan pencapaian pelajar post-graduate. Dakwah bukan diambil kira didalam penilaian ranking. Kebajikan mahasiswa pon terkontang kanting lagi,tak terjaga pon.

Sebagai pelajar Ijazah Dasar,kita perlu mengambil motivasi dan BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk menjadi graduan yang berkualiti. Bukan SYOK SENDIRI sendiri dengan pencapaian UM ini. Jadi mari belajar untuk grad cepat,bukan extend je keje.Lagi memalukan Universiti Malaya ada la. Takda sapa halang untuk kita berbangga dengan pencapaian ini tetapi jangan PERASAN dengan diri sendiri,kononnya kita under-grad yang blom grad lagi yang menaikkan ranking UM.

UM is ONE!!!
read more...

Oct 7, 2009

Tahniah Universiti Malaya


Berita hari ini telah mengeluarkan World Top Universities 2009. Universiti Malaya jatuh di tangga 180 berbanding tahun lepas tangga ke 230.

Universiti Malaya adalah satu-satunya Universiti di Malaysia mendapat tempat di dalam TOP 200. UTM meningkat ke tangga 320. UKM,USM dan UPM menurun ke tangga 291,314 dan 345 masing-masing.

Tahniah sekali lagi UM dan universiti lain di Malaysia.

Kita sebagai mahasiswa di UM ini patut bersyukur dan berbangga dengan pencapaian ini. Jadi kita patut menjaga nama baik Universiti Malaya ini dan tidak memburukkan nama UM yang tercinta ini.
read more...

Mahasiswa UM di Bagan Pinang



Pro-S telah menerima satu berita panas mengenai mahasiswa UM berada di Bagan Pinang yang bakal mengadakan pilihan raya di sana. Apakah yang mahasiswa cuba lakukan di sana? Pergi beraya ke?

Kehadiran mahasiswa di sana adalah bertujuan untuk turut berkempen untuk parti yang bertanding di Bagan Pinang. Kumpulan mahasiswa ini juga memiliki markas/pondok mereka sendiri yang dinamakan PUSAT GERAKAN MAHASISWA. Berdasarkan gambar yang diterima,kumpulan ini dipercayai menyokong parti PAS yang turut membangkang e-undi. Seperti yang kita sedia maklum,Pro-Mahasiswa di UM sendiri membangkang dengan keras sistem e-undi ini. (e-voting lagi,tak abis-abis).



Pro-Mahasiswa sebelum ini dengan kuat melaungkan bahawa mereka ini tidak terlibat dengan politik luar. Hari ini Allah s.w.t telah menunjukkan kebenaran bahawa mereka ini sebenarnya memang melibatkan diri dengan politik luar. Bukan main lantang dan hebat lagi mereka mendirikan khemah dan memasang kain rentang di Bagan Pinang.

Di sini kita dapat lihat bertapa angkuhnya mereka melanggar undang-undang Universiti dan AUKU itu sendiri. Adakah mereka sedia kala dilahirkan oleh ibu mereka untuk membangkang?

Persoalannya,mahasiswa ini takda kelas ke di Universiti mereka? Kenapa perlu menyibukkan diri dengan politik luar. Mereka kini bukan lagi secara tidak lansung melibatkan politik luar tetapi jelas kini mereka tegak berdiri berkempen di Bagan Pinang.

Di Universiti Malaya sendiri banyak perkara yang perlu kita ambil tahu.Lagi-lagi peperiksaan akhir menjelang tidak lama lagi. Cuba bayangkan bagaimana mereka sanggup mengabaikan pelajaran mereka semata-mata untuk politik luar.

Mereka ini bagaikan 'anjing bertuan' kerana mereka dipengaruhi/direkrut oleh ahli politik di luar sana,contohnya Anwar Ibrahim yang membuat mahasiswa ini seperti binatang,menyuruh mahasiswa membangkang kuat kerajaan.

Kita di Universiti haruslah lebih mengutamakan pelajaran daripada benda lain di luar kampus. Jika ada yang ingin menyuarakan pendapat,perkara itu hanyalah berkenaan isu di dalam kampus,bukan di luar. Jangan menampakkan mahasiswa ini bodoh dan diperlakukan seperti anjing oleh orang luar. Umur pon ada yang tak cukup lagi untuk mengundi. Ada siap extend dan tak grad lagi. Jadi tumpukan perhatian kepada pelajaran. Dah keluar kampus nanti,nak pergi berkempen,pergi lah.

Pro-Student mengucapkan selamat belajar untuk menghadapi peperiksaan. Jangan sibuk-sibuk dgn perkara di luar sana. Pemimpin di luar sana lagi 'pandai' menguruskan perkara di luar sana.
read more...