Ads

Dec 22, 2009

PMIUM bersama buku Tarbiyah PAS



**Muat Turun melalui link ini**

Buku ini digunakan oleh para 'pendakwah' PMIUM untuk menyebarkan dakwah mereka dengan cara PAS. Ini sekaligus mempengaruhi mahasiswa melibatkan diri secara tidak lansung dengan politik luar.

Buku ini juga tidak boleh disebarkan kerana ditakuti perkara ini menjatuhkan PMIUM. Tetapi kita perlulah berkongsi ilmu jika ilmu itu tidak memimpin kita ke arah kemungkaran.

Di dalam buku ini juga mengandungi cara-cara berjihad,berdakwah,risiko yang perlu ditanggung oleh pendakwah dan macam-macam lagi. Tetapi adakah mereka berdakwah mengikut Islam sebenar?

Buku ini diperolehi daripada orang kuat PMIUM yang tidak dibenarkan menyebut namanya. Dikhuatiri beliau diancam oleh ahli PMIUM yang lain kerana membenarkan pro-s menyebarkan maklumat ini.

Banyak lagi buku yang mengajar kita cara berdakwah tetapi PMIUM mengambil cara pendakwahan PAS sebagai tiang berjihad menyebarkan agama Islam. PAS pasti mempunyai agenda mereka sendiri mempengaruhi mahasiswa zaman ini dengan cara ini. Wallahualam.~

**Bersama Pro-Student membanteras politik luar masuk ke dalam kampus!**
read more...

Dec 17, 2009

MPMUM bersama Ahli Parlimen PAS fitnah NC



Naib Canselor Universiti Malaya ,Prof Datuk Dr Gauth Jasmon dituduh oleh ahli parlimen PAS kerana mengamalkan kronisme apabila dua staff universiti, Dr. David Ngo Check Leng dan Dr. David Asirvatham dilantik secara 'haram' di Universiti Malaya ini. Kedua-dua mereka diambil masuk daripada Universiti MultiMedia (MMU),rakan sekerja NC dahulu.

Katanya,perlantikan itu tidak melalui prosedur Universiti dan diambil secara 'haram' seperti membawa masuk pendatang asing untuk menjadi dekan FSKTM dan Pengarah PTM di Universiti Malaya. Tambahnya lagi,Dr.David Ngo Check Leng yang dianugerahkan jawatan Professor tidak memenuhi syarat minima seperti kredit Bahasa Melayu dalam SPM dan tidak boleh bertutur Bahasa Melayu.

NC juga turut menjelaskan bahawa perlantikan mereka adalah mengikut prosedur.Beliau berkata, pelantikan profesor dan dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) Dr David Ngo Chek Leng dan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM) Dr David Asirvatham dilakukan mengikut prosedur. Ngo telah ditemuduga oleh jawatankuasa pemilihan professor dan diluluskan oleh Lembaga Universiti.

“Beliau pernah berkerja dengan saya di Universiti Multimedia (MMU) dan pernah menjadi dekan fakulti teknologi maklumat selama 6 tahun. Dari segi kelayakan, beliau memang cemerlang,” katanya.

“Kalau ada MP menyatakan tidak ada temuduga, itu semua tidak betul,” katanya dalam sidang media diadakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dr Hou Kok Chung mengenai Persatuan Mahasiswa Bahasa Cina UM juarai pertandingan debat Mandarin antarabangsa di sini hari ini.


NC meluahkan rasa kecewa terhadap ahli Parlimen PAS dan MPMUM kerana ragu-ragu terhadapnya,malah cuba ingin menjatuhkan beliau. Mahasiswa perlu percaya kepada NC yang telah banyak berjasa menaikkan nama Universiti malah menaikkan 'ranking' Universiti ke kedudukan 180 dunia. Adakah mahasiswa lupa?




Lihatlah bertapa jahilnya MPMUM menyokong ahli Parlimen PAS itu yang cuba mengaibkan NC kita,tetapi tidak pula menyokong dan percaya kepada NC mereka sendiri hanya kerana pengaruh daripada PAS. Ini secara tidak lansung menunjukkan MPMUM Pro-M tidak menyokong visi dan misi UM yang turut dibawa oleh NC untuk mahasiswa.

MPMUM yang berkenaan yang kuat menyokong ahli parlimen PAS ialah MOHD RIDZUAN BIN MOHAMMAD dan MOHD AIZAT BIN MOHD SALEH(BANTAH). Sokongan mereka menunjukkan mereka melibatkan diri dengan politik luar apabila menyokong dakwaan ahli Parlimen PAS yang tidak begitu fasih dengan Universiti Malaya. Mereka hanya ingin mendapatkan sokongan daripada PAS untuk turut membantah e-undi yang akan dilaksanakan pada pilihanraya kampus akan datang. Jadi mereka pon 'attack' NC kita dengan cara ini kerana NC turut bersetuju dengan e-undi.

Kita sebagai mahasiswa Universiti Malaya perlu memberi kepercayaan penuh terhadap NC yang telah menaikkan nama Universiti,bukan membelakangkan beliau.
read more...

Dec 16, 2009

Bangunlah Rakyat Malaysia


***diambil daripada seorang pelajar UPM.

"Wahai anak-anak Malaysia.
Bangunlah dari tidurmu.
Lihat pada keliling kita.
Di bandar dan di kampung.
Lihat pada jiran dan masyarakat kita.
Di darat atau di sempadan.
Sedarlah anak-anak Malaysia.
Kita berada di penghujung kegemilangan"

Malaysia adalah salah satu negara yang membangun bukan sahaja di Asia Tenggara malah di dunia. Dunia melihat Malaysia sebagai negara yang berpotensi menjadi negara maju seperti Amerika dan Jepun sejak tampuk pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad yang banyak menumpahkan jasa kepada negara sehingga beliau digelar Bapa Pembangunan.

Tetapi adakah dunia melihat Malaysia pada rakyatnya yang berbilang agama,bangsa,kaum dan adat? Jika ya,apakah persepsi dunia terhadap Malaysia yang sedang giat membangun ini? Mari kita lihat fakta-fakta terselindung ini :

1) Di Malaysia diduduki lebih kurang 51% Melayu,24% Cina,9% India,16% lain-lain. (Ni semua orang tau).

2) Golongan 'MAT REMPIT' hanya ada di Malaysia SAHAJA,tidak berada di negara-negara lain yang maju mahupun yang masih belum mencapai kemerdekaan. 'MAT REMPIT' terdiri daripada lebih kurang 85% Melayu, 12% India, 3% cina dan lain-lain.

3) Hanya di Malaysia SAHAJA dimana penduduknya membawa kenderaan melebihi had laju malah membahayakan,tidak seperti penduduk negara-negara yang maju yang mana penduduknya lebih berharta dan memiliki kenderaan jauh lebih mahal. Kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian di Malaysia telah mencatat 'rekod dunia' apabila mendapat kedudukan paling tinggi di dunia.

4) Kes ragut meningkat sebanyak 45% dari tahun 2007 hingga 2009. Majoriti peragut adalah Melayu dan majoriti mangsa ragut juga adalah melayu. Dan jenayah ragut sahaja di Malaysia adalah paling tinggi di Asia,malah berpotensi untuk mengatasi satu dunia.

5) Kilang-kilang yang menyediakan banyak peluang pekerjaan majoritinya adalah WARGA ASING. Cuba bandingkan dengan ini; lebih 20% rakyat Malaysia yang sepatutnya sudah berkerjaya MASIH menganggur tanpa pekerjaan TERMASUK para graduan universiti dalam dan luar negara.("Apa barang kerja kat kilang,nak keje ofis",kata-kata yang selalu diucapkan para penganggur).

6) Kanak-kanak di negara yang miskin dan mundur teringin untuk menuntut ilmu,belajar membaca,mengaji dan mengira. Di Malaysia,pelajar sekolah pada waktu persekolahan kebanyakannya di cyber cafe,kedai mamak,shopping complex,lorong haji taib,cinema,karaoke,clubbing,shuffle di bukit bintang. Lebih menyedihkan ibu bapa mereka tidak ambil peduli pergaulan sosial mereka sehingga agama dipinggirkan.

7) Apabila tibanya cuti umum Malaysia,hampir semua kedai-kedai milik melayu TUTUP tetapi hampir semua kedai-kedai milik cina berniaga seperti biasa. Ia salah satu faktor ekonomi dikuasai warga cina di Malaysia.

8) Di kelab-kelab malam lebih ramai umat Islam Melayu berbanding yang bukan Islam. Lebih menyedihkan,mereka minum benda haram seperti meneguk air sirap bandung dan melakukan maksiat seperti sudah yakin masuk syurga.

9) 79% penagih dadah di Malaysia adalah Melayu dan 14% warga India. Sebaliknya pula,64% pengedar dadah adalah warga cina dan selebihnya Melayu.

10) Di dalam program 'Bersamamu' tv3,majoritinya bangsa Melayu yang masih kuat otot-otot di tangan dan kaki mereka dan masih mengharapkan bantuan dana dari pihak yang mengasihani mereka. dll..



Fakta-fakta di atas akan menimbulkan pelbagai persepsi yang negatif terhadap rakyat Malaysia. Walaupun Malaysia adalah negara yang sedang membangun,tetapi rakyatnya semakin mundur.

Perkara di atas juga boleh menimbulkan isu perkauman dan sensitiviti masyarakat,tetapi semuanya adalah kenyataan dan rakyat Malaysia terutamanya Melayu majoritinya perlu sedar dan sedar dan sedar. Jadi sangat pelik kenapa sebahagian rakyat Malaysia menolak Biro Tatanegara (BTN) CONTOHNYA yang dikatakan modul mereka menyentuh sensitiviti kaum.

Perkara di atas juga menyebabkan datuk nenek moyang menangis di dalam kubur yang susah payah berjuang bermati-matian untuk anak cucu cicit mereka di masa hadapan,tetapi anak cucu cicit mereka seperti melupakan jasa mereka,mencemar maruah bangsa dan negara.

Perkara di atas juga akan menyebabkan tanah darah nenek moyang kita ini dijajah semula dan kemerdekaan dirampas semula walaupun negara sudah jauh lebih maju daripada negara yang sudah mencapai kemerdekaan yang masih mundur.

Perkara di atas juga menyebabkan umat Islam yang betul-betul ISLAM di Malaysia semakin pupus. Tambahan pula mereka yang penuh ilmu agamanya bukan dipraktikkan untuk berdakwah tetapi lebih kepada ingin memenangi hati rakyat jelata.(guna nama ISLAM untuk menarik hati).

Tetapi bertambah sedihnya,apabila sebahagian rakyat Malaysia menunding jari kepada kerajaan mahupun pembangkang kerana tidak berjaya mengatasi masalah-masalah sosial di Malaysia,sedangkan perkara ini semua datangnya dari dalam diri mereka sendiri.

Sedarlah Wahai Rakyat Malaysia. Jangan jadi BODOH di tanah kamu berpijak.

-hasil seorang pemalu-


***
"PRO-STUDENT likes this."
read more...

Dec 7, 2009

Tidak Mengaku BERSALAH.


Tiga lagi penuntut Universiti Malaya (UM) mengaku tidak bersalah atas tuduhan menconteng, menceroboh dan cuba melakukan khianat dengan membakar fakulti Akademi Pengajian Islam (API) di universiti itu, Jun lalu. Enam hari selepas kejadian, dua rakan mereka, Mohamad Izzudin Hilmi dan Muhammad Syahrul Deen Ahmad Rosli telah didakwa atas tuduhan sama dan masing-masing mengaku tidak bersalah.

Ketiga-tiga tertuduh yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini(7dec) terdiri daripada Mohamad Aizat Rosle dan Mohammad Saufi Jelani, masing-masing berusia 21 tahun serta Mohd. Shazni Munir Mohd Ithnin, 22.

Bagi tuduhan pertama, mereka didakwa cuba melakukan khianat dengan menggunakan api terhadap bangunan fakulti itu. Bagi tuduhan kedua, mereka didakwa menceroboh bangunan tersebut mengikut Seksyen 447 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Kes kedua-dua pelajar itu sepatutnya mula dibicarakan hari ini di hadapan Hakim Rozana Ali Yusoff bagaimanapun ia ditangguhkan kerana hakim tersebut sedang bercuti.Komathy menetapkan 12 Januari ini untuk sebutan semula kes di hadapan Rozana bagi menetapkan tarikh bicara.

Ketiga-tiga tertuduh dijamin oleh ibu bapa masing-masing yang hadir bersama ahli keluarga lain dan rakan-rakan.
read more...

Dec 6, 2009

3 lagi siswa ke mahkamah


Tiga mahasiswa yang menjadi suspek berhubung kes menconteng perkataan "bini puaka" dan percubaan membakar di sebuah dewan kuliah di Universiti Malaya (UM) dijangka akan dituduh di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur esok (7dec).

Ketiga-tiga suspek itu - Shazni Munir Mohd Ithnin(presiden PMIUM), Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - tersebut diminta hadir ke mahkamah tersebut jam 8 pagi. Dua lagi suspek diminta hadir ke mahkamah tersebut, di kompleks mahkamah Jalan Duta, pada waktu yang sama. Dua lagi pelajar API yang telah dituduh - Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli - akan bicarakan di mahkamah tersebut mengikut seksyen-seksyen 427 dan 436 Kanun Keseksaan.

Selain menconteng "C4", "pembunuh Altantuya" dan "bini puaka", mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri perdana menteri Rosmah Mansor dalam satu kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin, 24 Jun lalu.

***Walaupon belum dibicarakan,kes ini telah mencalar nama baik Universiti Malaya. Malu..malu..

***Berita selanjutnya akan menyusul.
read more...

Dec 3, 2009

PRO-STUDENT main FACEBOOK


PRO-STUDENT ingin mengembangkan dan menambah pengaruh dengan FACEBOOK. Jadi mahasiswa boleh berkomunikasi bersama Pro-Student di facebook memandangkan facebook adalah laman sosial yang terhangat masa kini.

Jadi peminat kami dan update dgn isu semasa kami dengan hanya satu klik di 'become a fan' di laman facebook kami.

Click here to our facebook.
read more...

Nov 19, 2009

Budak PMIUM kene tangkap


Seorang pelajar Universiti Malaya, yang dikehendaki polis sejak enam bulan lalu berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebuah dewan, berjaya ditangkap hari ini.

Muhammad Saufi Jelani ditahan oleh lima anggota polis di bangunan peperiksaan universiti itu kira-kira jam 10.30 pagi, selepas menduduki kertas terakhir bagi pengajian semester ini.

Beliau, pelajar terakhir ditangkap daripada sekumpulan lima orang yang disiasat berhubung kes tersebut, kemudian dibawa ke balai polis Jalan Pantai Baru, kira-kira 200 meter di depan kampus tersebut.

Exco perhubungan luar Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Mohd Syafie Hashim memberitahu Malaysiakini di kampus tersebut, beliau cuba menelefon Muhammad Saufi untuk mengesahkan tangkapan tersebut tetapi seorang anggota polis memaklumkan bahawa pelajar Akademi Pengajian Islam (API) itu sedang disiasat.

Sementara itu exco penerbitan PMIUM Farid Jalpah ketika dihubungi petang ini berkata Muhammad Saufi dipindahkan ke balai polis Bukit Jalil dari ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.

Farid tiba ke IPD bersama dua pemimpin Majlis Perwakilan Mahasiswa UM Mohd Hafiz Ilyas dan Mohd Aizat Mohd Salleh kira-kira 2.30 petang tetapi gagal menemui Muhammad Saufi selepas dipindahkan dari balai Jalan Pantai Baru.

Kakak dan abang ipar Muhammad Saufi, yang tidak dinamakan, turut berada di IPD dan memaklumkan bahawa suspek telah dibawa ke balai polis Bukit Jalil.

Difahamkan Muhammad Saufi dihantar balai polis tersebut kerana lokap di IPD tersebut sudah penuh.

Satu sumber polis memberitahu Malaysiakini, pelajar API itu akan bermalam di lokap sebelum dibawa ke depan majistret untuk tahanan reman esok.

Polis menjejaki suspek berhubung siasatan kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan kuliah utama API.

Selain kes menceroboh dewan tersebut awal pagi 24 Jun lepas, siasatan polis juga berhubung simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk satu program di dewan tersebut.

Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum dewan tersebut digunakan oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk program derma kanak-kanak Palestin, jam 9 pagi Rabu itu.

Pada 30 Jun lalu, dua pelajar API dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli juga dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Mahkamah menetapkan 7 hingga 11 Disember depan untuk perbicaraan kes mereka berdua pelajar.

Pada 18 Julai lalu, presiden PMIUM Shazni Munir Mohd Ithnin - pelajar tahun akhir API - ditahan sebelum polis memberkas Muhammad Aizat Roslan, pelajar jurusan syariah, di kafeteria API pada 12 Ogos.

Dipercayai tiga pelajar ini, termasuk Muhammad Saufi, akan dibicarakan bersama dua tertuduh awal, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen. -malaysiakini

**budak PMIUM ni..ada komen?
read more...

Nov 18, 2009

Pendaftaran Kursus Untuk Semester II



Pertama sekali Pro-Student ingin mengucapkan tahniah kepada mahasiswa yang telah selesai menduduki peperiksaan akhir semester. Di sini kami sediakan prosedur untuk mendaftar kursus untuk semester II akan datang.(boleh didapati di umsisweb)

1. Pendaftaran secara online akan bermula pada 23 November 2009 hingga 20 Disember 2009 untuk pelajar undergraduates.

2. Permohonan lebih jam kredit boleh mula dibuat pada pendaftaran awal iaitu 20 Disember 2009.

3. Minggu Tambah/Gugur Kursus akan bermula pada 28 DISEMBER 2009 – 10 JANUARI 2010.

4. Pengesahan muktamad untuk kursus yang diambil adalah pada 13-17 Januari 2010.

Maklumat lanjut boleh didapati di UMSISWEB.

Selamat bercuti.Isi masa terluang dengan perkara berfaedah.weee...~~
read more...