Ads

Jan 19, 2010

Keputusan PRK di UMT adalah permainan Pro-M



Keputusan PRK di UMT baru-baru ini yang mengatakan Pro-Mahasiswa menang besar 11 kerusi daripada 12 kerusi adalah TIPU dan TIDAK BENAR.

Baru-baru ini kami telah menghubungi wakil di UMT dan mereka mengatakan sebenarnya Pro-Aspirasi telah memenangi 11 kerusi,bukan PRO-MAHASISWA dan 1 kerusi adalah dimenangi oleh calon bebas. Pro-Mahasiswa tidak menang satu kerusi pon.

Kami Pro-Student sangat terkejut apabila diberitahu perkara ini. Ini semua adalah mainan media Pro-Mahasiswa yang memberitahu pihak media Pro-Mahasiswa Nasional,Malaysiakini,Harakah,dan media pembangkang lain bahawa kemenangan besar berpihak kepada mereka. Ini semua hanya propaganda mereka supaya Pro-Mahasiswa di IPT lain terus berjuang dan menakutkan pihak Aspirasi.

Lihatlah fitnah mereka sebarkan kepada umum. Apakah agenda mereka mempermainkan mahasiswa di seluruh Malaysia dengan berita ini? Fikirlah mahasiswa,jika mereka boleh menyebarkan berita palsu begini,mesti mereka boleh dan sudah biasa untuk menyebarkan fitnah lain kepada mahasiswa supaya mahasiswa percaya pada mereka. Ini adalah PENIPUAN PALING BESAR yang pernah dilakukan oleh mereka.

Jika anda semua tidak percaya,hubungi rakan-rakan dan sahabat-sahabat anda di UMT.

Hati-hati mahasiswa. Jauhi FITNAH, buka minda masing-masing. Mereka boleh buat apa sahaja untuk mengaburi mata mahasiswa.
read more...

Jan 18, 2010

HEP Syaitan?


Seorang aktivis Pro-Mahasiswa menghantar email kepada Pro-Student baru-baru ini mengenai demonstrasi BANTAH di Putrajaya. Beliau yang tidak ingin memberitahu namanya berkata 'serangan' polis ke atas mahasiswa yang melakukan demo adalah wajar.

Beliau berkata begitu kerana di dalam situasi genting,pihak polis pada masa itu memberitahu pada kumpulan kami supaya bersurai kerana tidak ingin perkara tidak diingini berlaku. Akan tetapi, kumpulan BANTAH ini tidak mengendahkan,tambahan memaki hamun pihak polis yang berada di situ. Ada juga yang menjerit "ANJING KERAJAAN" kepada pihak polis.

Kumpulan BANTAH ini tidak dapat mengawal emosi lalu meneruskan demo. Disebabkan tidak mengendah arahan polis,jadi wakil-wakil BANTAH ditahan pihak berkuasa. Ini bukan kerana akta membenarkan mahasiswa berhimpun tetapi ini tentang tatasusila mahasiswa itu sendiri yang buat kecoh di sana.

"Saya terkejut apabila mereka(BANTAH) mengatakan bahawa polis yang start buat kecoh dulu. Saya yang berada di situ tidak menyertai sepenuhnya,hanya berdiam pasif dan melihat apa yang terjadi sahaja. Tidak sangka mereka menunding jari pada polis pula."

Semasa berdemo,mereka juga turut menayangkan banner diatasnya dilukis HEP berwajah SYAITAN.

"Kita sebagai pemimpin ISLAM tidak patut menunding jari sesuka hati,apatah lagi menganggap suatu pihak ini sebagai SYAITAN. Sedangkan nabi sendiri tidak menganggap orang kafir itu adalah SYAITAN."

Penghantar email juga turut meluahkan perasaan kesal dan malu terhadap pimpinan Pro-Mahasiswa dan BANTAH kerana sanggup meng'syaitan'kan pihak tertentu.

Inilah pemimpin yang anda mahasiswa pilih. Anda fikirlah sendiri.
read more...

Jan 15, 2010

Lagi Siswa ditahan,memalukan UM


Dua pelajar dan seorang wartawan ditahan sewaktu demonstrasi membantah penggunaan sistem e-undi dalam pilihan raya kampus di depan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya petang ini.

Mereka ditahan kerana tidak mengendahkan arahan polis supaya bersurai. Kira-kira 50 pelajar menyertai demonstrasi itu selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Tiga pelajar terbabit ialah Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Shahruddin Mohd Rosli yang merupakan aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM). Sementara wartawan akhbar rasmi PAS - Harakah - Zainulfaqar Yaacob turut ditahan kerana disyaki sebagai 'pelajar yang menyamar sebagai wartawan'.

Seramai 30 anggota polis hadir mengawal sekitar tersebut.

Lihat bertapa angkuhnya mahasiswa-mahasiswa ini mengingkari arahan polis supaya bersurai. Patut lah mereka sibuk sebelum ini ingin memansuhkan ISA,rupanya mereka ingin lakukan apa sahaja ikut kehendak,sehingga boleh menjatuhkan maruah UM dan melanggar undang-undang sesuka hati.
read more...

Jan 5, 2010

YDP MPMUM mengejar populariti


YDP Saudara Mohd Ridzuan Bin Mohamad yang sepatutnya menjadi wakil suara mahasiswa untuk menjaga kebajikan dikatakan hilang 'arah tuju' apabila beliau lebih menggilakan populariti.

Beliau sebelum ini muncul di dalam rancangan Suara Siswa di TV1, Motivasi Pagi di TV3 dan beberapa rancangan lain. Beliau lebih sibuk dan selesa di luar mengabaikan kebajikan mahasiswa di dalam kampus. Janji beliau untuk memperjuang kebajikan dalam kampus seperti isu bas,isu mahasiswa luar kampus dan isu kenaikan yuran kolej dimungkiri dan telah mengecewakan ramai mahasiswa termasuk ahli-ahli MPMUM yang lain.

Beliau meninggalkan beban kerja di kampus kepada YDP dan MPMUM yang lain lalu menimbulkan ketidakpuashatian kepada ahli lain. Beliau dikatakan melepas tangan kerja-kerja di dalam kampus. Dimanakah tanggungjawabnya sebagai wakil mahasiswa Universiti Malaya? Adakah dengan mengejar populariti dapat menjamin kebajikan mahasiswa di luar kampus?

Walaubagaimanapon,tahniah kerana 'menang' dalam Suara Siswa baru-baru ini. Jika tidak mampu menanggung beban kerja di kampus,tidak perlu menabur janji-janji manis untuk meraih undi mahasiswa. Inilah pilihan mahasiswa Universiti Malaya sendiri dan akhirnya 'memakan' mahasiswa itu sendiri. Fikirkanlah~
read more...

FESKUM defisit



Seperti yang kita ketahui,Festival Konvokesyen Universiti Malaya sesi 09/10 pada bulan Ogos yang lalu mendapat banyak kritikan panas daripada pelbagai pihak.

Pro-Student telah manjalankan siasatan terhadap laporan kewangan FESKUM. Didapati FESKUM versi Pro-Mahasiswa menanggung hutang sebanyak RM 9,000 dan di dalam akaun MPMUM kini defisit sehingga RM 0.

FESKUM dikatakan tidak memberi kepuasan dan kemeriahan kepada graduan juga kepada orang luar yang menghadiri festival tersebut. MPMUM Pro-M juga mempunyai unsur-unsur kroni dalam pemilihan gerai-gerai FESKUM pada masa itu.

Sudah la tidak meriah,menanggung hutang yang banyak pula sehingga tidak mampu untuk membayar.

Dikatakan 30% elaun setiap MPMUM yang ingin dilaburkan untuk kebajikan mahasiswa digunakan untuk melangsaikan hutang tetapi tidak mencukupi malah digunakan untuk melancarkan program-program Pro-Mahasiswa yang tidak menjamin kebajikan mahasiswa seperti program yang tidak menjadi di Gazebo beberapa hari yang lepas. Di mana janji-janji manis mereka untuk menggunakan 30% daripada elaun MPMUM untuk kebajikan mahasiswa sedangkan kebajikan mahasiswa masih menjadi 'tanda tanya' kerana diabaikan.

Maklumat ini didapati daripada pihak MPMUM sendiri yang tidak ingin namanya disebarkan.

YANG BENAR TETAP BENAR, YANG SALAH TETAP SALAH.
read more...

Jan 1, 2010

Forum BANTAH berjalan lancar


Lebih 250 mahasiswa membanjiri forum ‘E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus’ di Akademi Pengajian Islam Uni. Malaya (APIUM) dekat sini semalam.

Mahasiswa yang hadir disamping dari universiti berkenaan, turut juga menerima hadirin dari pelbagai kampus luar. Selain mahasiswa UM dan UIA, forum malam tadi turut hadir pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Beberapa front mahasiswa juga turut hadir termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen dan Sekretariat Presiden Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM).

Panelis yang hadir ialah wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Chang Lih Kang merangkap ADUN Teja, Presiden Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Shafie Hasyim dan Presiden SMM merangkap Timbalan Presiden GAMIS, Mohd Shazni Munir Ithnin.

Panelis utama iaitu professor dan pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Aziz Bari menarik dari untuk menjadi panelis 10 jam sebelum program bermula.

Profesor berkenaan didakwa “mendapat surat amaran” dari UIAM.

Terdahulu, pakar sistem komputer dari Universiti Malaya, Dr Chiew Thiam Kian yang sebelumnya bersetuju menjadi panelis juga menarik diri seminggu sebelum program bermula.

Forum tersebut dikatakan 'panas' apabila persoalan yang ditujukan beberapa mahasiswa tidak mendatangkan kepuasan apabila panel-panel memutarbelitkan fakta terhadap ketelusan sistem ini. Tetapi forum ini berjalan dengan aman,tiada kekecohan berlaku.

BANTAH juga turut menggantungkan kain rentang di dewan kuliah tersebut untuk mengumpul tandatangan pelajar yang membantah pelaksanaan sistem tersebut.

*******
read more...

Dec 30, 2009

Pro-Mahasiswa bikin panas



'Grand-night Pro-Mahasiswa' yang 'ingin' diadakan di Gazebo Kompleks Perdana Siswa malam tadi mengundang kemarahan pihak HEP dan mahasiswa yang ingin menghadiri majlis tersebut.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan agenda baru pro-m untuk Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa tidak kesampaian apabila Gazebo KPS digunakan oleh mahasiswa cina untuk latihan tarian naga.

Pro-Mahasiswa terdesak ingin mengadakan Grand-night tersebut,lalu mengambil jalan pintas dengan memecah masuk bilik Sek MPMUM dan menarik wayar keluar untuk mendapatkan bekalan elektrik.

Apabila salah seorang pihak HEP menegur dan bertanya kepada mereka,mereka tidak mengendahkannya malah bersikap kurang ajar apabila salah seorang aktivis pro-Mahasiswa berkata kepada pihak HEP tersebut tidak ada kene mengena dengan perkara yang dilakukan.

Pro-Mahasiswa dikatakan tidak meminta kebenaran untuk penggunaan Gazebo dan kebenaran untuk mengadakan program tersebut. Sekali lagi mahasiswa di kalangan mereka menunjukkan mereka bukan dari kalangan mahasiswa intelektual.

Apabila pihak keselamatan tiba di tempat kejadian,mereka pon bersurai dan menghala ke tempat lain seperti takut ditahan oleh keselamatan. Pepatah ada menyebut "berani kerana benar,takut kerana salah".

Pihak Keselamatan akan mengetatkan lagi kawalan di sekitar UM termasuk KPS dan DTC supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Sebahagian mahasiswa yang hadir merasa kesal dengan tindakan Pro-Mahasiswa yang tidak professional apabila program tersebut 'punah' dan tidak menjadi seperti tidak dirancang dengan baik. Mereka menggadaikan masa mahasiswa yang ingin melihat agenda pro-Mahasiswa yang ingin dibentangkan malam tadi. Ada juga yang seronok,macam buat kecoh di KPS,mungkin kerana sudah terbiasa dengan sikap itu.
read more...

Dec 29, 2009

HEP tidak benarkan Forum anjuran BANTAH


Forum ‘E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus’ anjuran MPMUM dan BANTAH akan berlansung pada 1 Januari ini dikatakan berlaku campurtangan HEP. HEP tidak membenarkan forum ini berlansung di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam.

Sebelum ini pihak APIUM telah meluluskan permohonan untuk menggunakan dewan tersebut untuk program yang dikatakan intelektual tetapi pada saat akhir HEP mendesak supaya APIUM menarik balik kelulusan itu.

Apabila ditanya pihak HEP,mereka berkata segala program yang ingin dijalankan di dalam kampus mesti meminta kelulusan daripada pihak HEP mengikut prosedur. Tetapi mereka (MPMUM dan BANTAH) tidak mengikut prosedur seperti fakulti yang lain atau kolej-kolej kediaman lakukan untuk menjalankan suatu projek/program. Lagi-lagi ingin membawa masuk ahli politik ke dalam kampus. Pihak APIUM tidak tahu bahawa program ini telah diluluskan HEP atau tidak.

MPMUM dan BANTAH seperti mengikut kepala sendiri dan tidak berfikir secara intelektual seperti mahasiswa lain yang menjalankan suatu proram. Mereka tidak pernah berurusan dan meminta kebenaran daripada pihak HEP untuk kelulusan program. Walau se'intelektual' mana pon program yang ingin dijalankan,tetapi jika tidak mendapat kelulusan HEP,program itu tidak akan dapat dijalankan.

Kita semua perlu tahu, segala program atau urusan berkaitan mahasiswa adalah dibawah tanggungjawab dan penyeliaan HEP. Bukan fakulti mahupun makcik sesiapa. Jadi tidak boleh menunding jari 100% kepada pihak HEP kerana mendesak pembatalan forum itu sedangkan ia adalah kesilapan pihak MPMUM dan BANTAH sendiri. Mahasiswa perlu melihat perkara ini dari pelbagai perspektif. Manusia dikurniakan akal untuk berfikir.

BANTAH dikatakan akan tetap meneruskan forum itu hadapan Balai Ilmu,API. Semoga forum itu berjalan dengan lancarnya.

Bersama Pro-Student menyokong e-voting. Hadirkan diri ke forum ini untuk mendengar pendapat semua pihak. Percayalah, DEMOKRASI tetap wujud, dan akan musnah jika kita tidak ada kepercayaan terhadapnya.
read more...