Ads

Jan 26, 2010

Panas di Kolej Kediaman ke-3


Di hadapan kolej Kediaman ke-3 berlaku sedikit pertelingkahan dan salah faham antara jentera Penggerak KK3 dengan kumpulan pro-Mahasiswa.

Kumpulan Pro-Mahasiswa ingin membawa calon mereka ke dalam kolej ke-3 untuk menyebarkan menifesto mereka tetapi tidak dibenarkan jentera KK3. Tetapi pada masa yang sama Calon Penggerak Mahasiswa pula dibenarkan masuk ke dalam kolej tersebut.

Pertelingkahan berlaku dan provokasi dilakukan oleh Pro-Mahasiswa kepada jentera KK3. Ada yang memaki hamun dan cuba memulakan pergaduhan. Seorang pegawai HEP cuba menenangkan pihak-pihak terbabit dengan memberi penjelasan berkenaan syarat-syarat berkempen.

Calon PENGGERAK MAHASISWA dibenarkan masuk kerana borang kebenaran berkempen mereka mempunyai cop HEP dan menepati masa yang ditulis di dalam borang tersebut. Tetapi beberapa calon Pro-Mahasiswa pula tidak mendapat cop dari pihak HEP untuk kebenaran berkempen. Mereka juga tidak tepati masa seperti yang mereka sendiri tulis di atas borang kebenaran tersebut.

Pro-Mahasiswa membawa kumpulan yang sangat besar berserta rempit-rempit Pro-Mahasiswa memulakan kekecohan dan provokasi selepas mereka tidak dibenarkan masuk. Salah satu syarat berkempen juga menyatakan hanya calon,pencadang,penyokong dan wakil calon sahaja yang dibenarkan berkempen. Tetapi mereka membawa satu kumpulan yang besar untuk berkempen.

Lihatlah,mereka memang suka melanggar syarat yang telah ditetapkan dan mereka sendiri telah berpuas hati dengan syarat-syarat berkempen yang diutarakan semasa taklimat berkempen semalam.

Jadi fikirlah mahasiswa sekalian. Hak memilih pemimpin berada di tangan kamu.
read more...

Sudut Pidato Dihidupkan semula



26 Jan 2010 :- Sudut Pidato Universiti Malaya dihidupkan semula dan dirasmikan oleh Datuk Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Kompleks PerdanaSiswa petang tadi. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh TNC HEP dan seterusnya ucapan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Datuk Saifuddin juga memberi peluang untuk beberapa mahasiswa berucap dan berpidato. Mereka adalah Mohd Asri bin Zulkifli,Saudara Redzuan Mohammad,Saudari Ayuni dan beberapa mahasiswa lain. Mereka adalah antara orang yang pertama berpidato di atas sudut pidato yang disediakan. Lebih 100 mahasiswa yang hadir memeriahkan majlis.



Wakil BANTAH,Saudara Aizat Saleh mengambil kesempatan untuk menyerahkan memorendum mansuhkan e-undi dan Saudara Redzuan pula meminta tandatangan Datuk Saifuddin untuk buku 'BENARKAH MPMUM PENERAJU PERUBAHAN'.



Setelah beberapa dekad sudut pidato untuk mahasiswa dibubarkan,akhirnya dihidupkan kembali untuk menyuarakan kehendak dan pendapat mahasiswa. TNC HEP berkata akan ada buku garis panduan untuk para pidato dikeluarkan.

**Gunakan sudut pidato secara intelektual,bukan menyebarkan fitnah~

read more...

Jan 25, 2010

Azham digugurkan daripada pilihanraya


Penamaan calon yang berlansung pada hari ini kelihatan sedikit pasif berbanding tahun-tahun yang lalu. Tahun ini terdapat 41 kerusi yang dipertandingkan iaitu 9 kerusi umum dan 32 kerusi fakulti.

Sesi pembantahan undi berlansung petang tadi dan mendapat satu keputusan yang mengejutkan iaitu pengguguran salah satu calon umum. Beliau adalah Muhammad Azham Aizat b. Hamdan dari Fakulti Alam Bina.

Beliau bertubi-tubi dibantah oleh mahasiswa petang tadi kerana dikatakan borang diisi dengan maklumat yang salah dan palsu. Beliau mengemukakan rayuan tetapi tetap tidak berhasil.

Jadi sekarang hanya ada 18 calon umum sahaja yang dipertandingkan pada PRK kali ini.
read more...

Jan 24, 2010

Penamaan Calon MPMUM 09/10


Alhamdulillah, proses penamaan calon bagi pilihanraya kampus Universiti Malaya telah dapat dijalankan sebentar tadi. Proses penamaan telah dijalankan dengan sedikit aman dan tanpa provokasi melampau dari kedua-dua belah pihak. Namun, seperti selalu pihak Pro-Mahasiswa tetap dengan sikap mereka untuk melemparkan fitnah. Antara modul untuk mereka menyampaikan fitnah adalah melalui proksi-proksi mereka.Seluruh calon dari dua kem iaitu Penggerak Mahasiswa (PENGGERAK) dan Pro Mahasiswa (Pro M) akan menyelesaikan proses penamaan calon dijangka sehingga petang ini jam 7.00 petang.

Calon terbahagi kepada dua iaitu kerusi di Fakulti dan kerusi Umum.
Kerusi Fakulti yang dipertandingkan pada PRK kali ini ialah sebanyak 41 kerusi. Manakala kerusi umum yang dipertandingan ialah 11 kerusi.
PENGGERAK dimaklumkan akan berarak bermula dari kolej kediaman ketiga sehingga ke Komplek Perdana Siswa (KPS) UM.

Manakala Pro-M dimaklumkan akan memulakan perarakan calon dan seluruh jentera bermula jam 8.oo pagi bertempat di Tasik Varsiti, berhadapan Fakulti Kejuruteraan.
Pro M menampil calon umum dan fakulti termasuk wakil calon masing-masing dalam formasi perarakan berkenaan.

Banner dan kain rentang besar menghiasi para perarak disamping sorakan “Student Power!” dan “Hidup-Hidup Mahasiswa!”.

Sorakan “Mansuh E-Voting!” kedengaran beberapa ketika.

GERAK pula berkumpul dengan pakaian serba hitam dengan sorakan “Hidup Penggerak!” dan “One Malaysia!”.
Calon termasuk penyokong dan pencadang masing-masing telah masuk ke dalam auditorium KPS bagi proses penamaan calon.

Penamaan calon yang bermula hari ini akan diikuti dengan fasa kempen selama 2 hari iaitu Selasa dan Rabu.

Proses pembuangan undi akan diadakan pada 28 Jan, Khamis.
read more...

Jan 23, 2010

SPKUM bertemu Khairy Jamaluddin?



Berita yang didakwa Pro-Mahasiswa di Um-Today mengatakan wakil-wakil SPKUM bersama TNC HEP bertemu mengadakan mesyuarat sulit di sekitar Damansara adalah tipu belaka.

Kami Pro-Student pelik mengapa mereka asyik menyebarkan FITNAH dan sentiasa ingin menjatuhkan TNC HEP.

Pro-Student telah bertemu dan bertanya kepada presiden kolej-kolej kediaman mengenai hal ini. Mereka menafikan dakwaan Pro-Mahasiswa berkenaan perkara ini. Pada malam 22 Januari,mereka semua berada di kolej kediaman masing-masing.

"Saya berada di Dewan Pendeta Kolej Ungku Aziz untuk menyaksikan tayangan yang dianjurkan oleh JKP PEKA KK11. Ramai penghuni yang hadir menjadi saksi kehadiran saya di Dewan Pendeta bermula jam 8.00 sehingga 11.30 malam. Saya tidak tahu menahu pasal perjumpaan bersama Khairy Jamaluddin." kata Saudara Fahmi Adilah,speaker SPKUM pagi ini.

"Saya menghubungi Presiden kolej kediaman yang lain,mereka memberitahu pada malam itu,semuanya berada di kolej kediaman masing-masing."katanya lagi.

Lihatlah mahasiswa, permainan kanak-kanak Pro-Mahasiswa yang cuba mempermainkan kepercayaan mahasiswa kepada SPKUM dan TNC HEP.

Yang paling kelakarnya,gambar yang dikatakan bukti perjumpaan mereka bersama Khairy Jamaluddin tidak ada pon gambar wakil SPKUM dan Khairy Jamaluddin itu sendiri. Yang hadir hanya beberapa orang dari HEP sahaja. Mungkin mereka hanya duduk makan sahaja.

JANGAN TERPEDAYA DENGAN PERMAINAN FITNAH MEREKA.!

**sekarang um-today menutup ruang untuk komentar. Biasanya pro-s akan publish blog kami di situ. Mereka takut?


read more...

Lagi siswa ditahan gara-gara Bantah e-voting



Kuala Lumpur,23 Jan; Sembilan mahasiswa IPT telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana dipercayai melakukan himpunan berdekatan Sogo dan Bangunan DBKL baru-baru ini.

Salah seorang yang ditahan,Mohd Idris bin Mohd Yussof,pelajar tahun 3 Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Mereka ditahan kerana dipercayai ingin melakukan demonstrasi HARAM berkenaan isu e-voting. Mereka masih dalam tahanan untuk siasatan.

Yang lain turut ditahan ialah Hilman Idham, Aizat Salleh, Mohammad Za'im Mustapha, Ahmad Shukri Kamarudin, Ahmad Syukri Abdul Razak, Fikhri Harun, Syahriul Ismail dan Ridhuan Jamil.

**Ini lagi sekali MEMALUKAN nama UNIVERSITI MALAYA. Mereka menyertai demo HARAM di luar dan suka mencari pasal. Pro-Mahasiswa pernah berkata,TNC HEP menjatuhkan nama Universiti Malaya dan salah guna kuasa,tetapi rasanya mahasiswa sendiri yang menjatuhkan dan banyak memalukan UM. Banyak contoh yang berlaku di depan mata kalian.tidak dapatkah anda semua berfikir?..lagi?
read more...

Jan 21, 2010

ASPIRASI menang di UIA


Tahniah diucapkan kepada ASPIRASI di UIA Gombak baru-baru ini. ASPIRASI memenangi 13 kerusi dan Pro-Mahasiswa hanya menang 6 kerusi sahaja.

Kemenangan di UIA memberi moral dan suntikan kepada PENGGERAK MAHASISWA dan PRO-MAHASISWA di Universiti Malaya untuk terus berjuang. Ini kerana PRK di Universiti Malaya mendapat perhatian yang tinggi daripada mahasiswa di IPT lain. Ramai sudah tidak sabar untuk menunggu pilihanraya kampus di UM ini.

Kemenangan ASPIRASI di UIA,UMT,USIM juga dapat membuka mata ramai pihak terutamanya mahasiswa di IPT yang akan menghadapi pilihanraya kampus tidak lama lagi.(Mengapa Pro-M kalah?,fikirkan.)

Semoga Pilihanraya Kampus UM kali ini tidak berlaku vandalisme,fitnah-fitnah surat,dan isu-isu sensitif yang dibangkitkan mana-mana pihak. Biar menang bermaruah,Jangan menang kerana fitnah dan tipu daya.
read more...

Jan 20, 2010

Katakan TIDAK kepada FITNAH


Saudara Fahmi Adilah,Presiden Kolej Kediaman ke-11 dan juga speaker SPKUM menasihatkan agar mahasiswa Universiti Malaya berhati-hati dan bijak menilai terhadap semua isu yang dibangkitkan mana-mana pihak,lagi-lagi menjelang Pilihanraya Kampus (PRK) tidak lama lagi.

Beliau membalas email yang dihantar oleh Pro-Student apabila diminta pandangan tentang isu-isu fitnah yang berlaku dan mungkin akan berlaku semasa PRK.

"Saya berharap menjelang PRK nanti tidak ada isu-isu sensitif yang dibangkitkan mana-mana pihak. Mahasiswa atau mana-mana pihak diharap tidak menimbulkan isu-isu sensitif dengan sengaja dan tidak mengulangi perbuatan tidak bertanggunjawab seperti meletakkan kepala babi di Masjid API."

"Kita sebagai mahasiswa dan rakyat Malaysia jangan mengambil kesempatan terhadap isu-isu yang timbul serta tidak memanipulasi isu untuk dijadikan fitnah menjatuhkan mana-mana pihak"

Beliau kesal dengan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab menabur fitnah dengan perbuatan yang dilaknati Allah dan memecahbelahkan umat Islam dan perpaduan kaum di Malaysia.

"Kita sebagai mahasiswa intelektual perlu menilai dengan bijak isu-isu yang timbul,jangan hanya menilai daripada satu pihak sahaja dan menuduh pihak lain tanpa usul periksa. Dan kita perlu ambil iktibar atas segala yang buruk telah berlaku sebelum ini."

Baru-baru ini juga telah timbul fitnah dituju kepada Penggerak Mahasiswa apabila rumah siswi disimbah cat merah,dikatakan dendam PRK yang lepas.

Beliau juga mengingatkan Pro-Student supaya tidak memperdayakan mahasiswa dengan media blog ini. Beliau juga mengucapkan selamat maju jaya kerana isu yang dibangkitkan Pro-Student setakat ini dapat membuka mata ramai pihak.

**Sekali lagi mahasiswa diingatkan supaya TIDAK TERPEDAYA dengan agenda dan fitnah 'SATU' pihak ini. Mereka akan buat apa sahaja untuk meraih undi mahasiswa untuk PRK akan datang. Mahasiswa perlu bersedia dengan isu-isu hangat akan datang,supaya tidak diturunkan bala bencana percaya kepada fitnah.

Katakan TIDAK kepada FITNAH.

-BIAR KALAH BERMARUAH,JANGAN MENANG KERANA FITNAH DAN TIPU DAYA-
read more...