Ads

Jan 27, 2010

Panas Malam Terakhir Pilihanraya Kampus

Malam terakhir kempen pilihanraya kampus hangat apabila kumpulan besar Penggerak Mahasiswa mula bergerak dari kolej kediaman masing-masing. Kumpulan Penggerak Mahasiswa mula menanggalkan banner calon Pro-Mahasiswa kerana Penggerak Mahasiswa mendakwa banner calon mereka yang digantung siang tadi telah 'ghaib'. Apabila Pro-M ditanya di mana hilang banner,mereka tidak mengaku dan tidak tahu apa-apa,sedangkan mereka berjaga hampir 24 jam di situ.

Malam sebelumnya,pihak Penggerak dan Pro-Mahasiswa telah bersetuju dan masing-masing telah berjanji tidak akan menanggalkan banner sesiapa pada hari seterusnya. Jika perjanjian dilanggar,pihak yang dianiaya berhak mencabut banner yang masih tinggal. Tetapi malangnya pihak Pro-Mahasiswa melanggar janji-janji mereka,dan pada malam ini hanya tinggal banner calon Pro-Mahasiswa sahaja.

Jadi kumpulan Penggerak melaksanakan hak-hak mereka mencabut banner yang lain. Di belakang perpustakaan,berlaku sedikit pertelingkahan sehingga pihak keselamatan,SUKSIS dan polis yang bertugas turun untuk meredakan keadaan.

Penggerak kemudian menuju ke hadapan fakulti sains dan melihat banner 'haram Akademi Fantasia' digantung semula selepas pihak HEP suruh menurunkan banner tersebut pada siang hari. Penggerak mempertikaikan mengapa banner itu boleh digantung semula sedangkan banner itu tidak dibenarkan digantung dan tertakhluk pada syarat-syarat berkempen. Pro-Mahasiswa didakwa telah melanggar peraturan yang telah dipersetujui semasa hari penamaan calon.

Keadaan di situ semakin panas dengan kehadiran pihak polis dan menahan 3 orang daripada kumpulan Pro-Mahasiswa kerana melakukan provokasi melampau dan membawa beberapa raga BERISI BATU KONKRIT dikatakan sebagai senjata mempertahankan diri. Mereka bertiga kemudian dibawa ke Balai Polis,masih ditahan untuk siasatan.

Akhirnya pihak polis meminta supaya kedua-dua pihak supaya bersurai dan tidak dibenarkan lagi berkumpul beramai-ramai. Semua orang diminta balik ke kediaman masing-masing dan biarkan polis melakukan tugas rondaan.
read more...

Gauth Jasmon kecewa


**Ini adalah email yang dihantar oleh Datuk Gauth Jasmon ke Saudara Mohd Aizat Saleh,Pengerusi BANTAH.

Subject: Re: Berjumpa dengan konsultan
From: Ghauth Jasmon
Date: Sun,24 Jan 2010 14:23:03 +0800
To: mohd aizat
CC: UM - Azarae , Ibn Mohammad , MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA ,UM - Jamaluddin Yakob , -timc-

Assalamualaikum,

Saudara Aizat,

Melalui e-mel ini saya ingin memberitahu saudara perasaan amat kecewa saya terhadap tindak-tanduk saudara sebagai seorang pemimpin pelajar di UM.

Pertamanya, saudara sebelum ini telah hadir dalam satu sidang akhbar yang diadakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap yang mana dalam sidang akhbar itu, nama baik saya telah tercemar dengan tuduhan kronisma yang tidak berasas.

Keduanya, saudara sendiri telah hadir dalam mesyuarat pada malam Jumaat lepas yang saudara minta untuk diadakan untuk membincangkan tentang e-Voting. Dalam perbincangan itu,kita telah mencapai beberapa persetujuan antaranya kita akan benarkan Pakar IT bebas (Cyber Securities) untuk mengkaji dan memantau sistem IT e-voting. Dalam pertemuan itu,pihak MAFREL sendiri telah hadir dan memberikan pendapat. Bukan itu sahaja,kita setuju saya akan adakan perbincangan dengan pihak HEP untuk melihat isu-isu pelajar dan isu-isu berkaitan perjalanan pilihanraya akan datang.

Namun, saya amat kecewa saudara sendiri sebagai pemimpin pelajar yang terlibat dengan pemantauan e-voting di UM telah terlibat dalam satu demonstrasi di Bandaraya KL pada Sabtu tengahari. Kehadiran saudara dalam demonstrasi itu telah menjatuhkan nama baik pengurusan UM dan nama baik saya sebagai Naib Canselor, seolah-olah pengurusan UM tidak mendengar rungutan pelajar dan mengambil langkah-langkah dalam hal berkaitan.

Malahan, saudara sendiri telah ditahan oleh pihak polis dan sekarang dalam penyiasatan pihak polis mengikut Akta Polis 27(5) dan Penal Code Seksyen 186.

Tindak tanduk saudara itu menunjukkan tahap profesionalisma yang rendah dan saya tidak lagi ada kepercayaan untuk berurusan dengan saudara.

Dengan e-mel ini saya ingin memberitahu saudara secara rasmi yang saya tidak mahu lagi berurusan dengan saudara. Saya akan minta Presiden Perwakilan Pelajar,saudara Ridzuan atau pelajar lain yang sesuai yang Presiden MPMUM pilih sendiri untuk berurusan dengan saya dalam hal pemantauan sistem e-voting dan pilihanraya akan datang.

(GHAUTH JASMON)
Naib Canselor,
Universiti Malaya.
read more...

Calon Diugut Keras


PRK sudah lali dengan ugutan yang diterima calon-calon yang akan bertanding. Sepanjang waktu berkempen kali ini,tidak pernah dengar lagi ugutan sms yang diterima calon. Calon Penggerak Mahasiswa diugut dengan pesanan ringkas yang diterima mereka. Mereka adalah Shahairul bin Sairi(U11),Farrah Wahida bt Abdul Wahid (U06), Robson Ee Han Jen(U18), Michael Liu Yong Jing(U15).

Pesanan SMS tersebut berbunyi :

"Woi Jgn jd bodoh la, Jgn jd balaci HEP,aku tau kau brtndg sbb nak stay kolej kn, siap klu aku nampak muka ko kt mana2.. Aku xkn biar kau dok suka hati, kau jgn nak lari la, sampai lubg cacg aku cri ko t, sedr skt muka can kau x lyk btndg, hrpkn hep ja xtau brdikari, org cm kau nak jga kbajikan kmi? Diri sndri xtrjga,nk jga um, pegi mampus la."

Nombor tersebut : 014-2323655

Mesej yang sama dihantar kepada keempat-empat calon ini. Mereka membuat laporan polis selepas berkempen sebentar tadi di Balai Polis Bangsar.

**Adakah mereka takut dengan semua calon ini? Pro-Mahasiswa cuba menjatuhkan semua calon PENGGERAK MAHASISWA dengan cara kotor. TIDAK PROFESSIONAL DAN PENAKUT? Hurm...
read more...

Kambing Hitam PENGGERAK?


Flyers ini telah tersebar di setiap sudut Universiti Malaya terutamanya di Akademi Pengajian Islam UM. FLyers tersebut diisi dengan muka-muka aktivis,bekas calon,dan calon sekarang yang menuntut di Akademi Pengajian Islam UM.

Flyer berunsur 'kejahatan' ini cuba menyerang peribadi beberapa mahasiswa API yang menyebelahi PENGGERAK MAHASISWA lalu memberi serangan psikologi kepada mahasiswa API yang lain supaya tidak menyebelahi PENGGERAK MAHASISWA. (dimana demokrasi sekali lagi?)

Di dalam flyers tersebut :

1) Firdaus Arham

-Graduan Sains Gunaan dan PENGAJIAN ISLAM.(GENETIK DAN MOLEKULAR BIOLOGI) AKADEMI PENGAJIAN ISLAM 07/08.
-Bertanding atas TIKET PENGGERAK MAHASISWA-Calon Umum 07/08.

* Beliau dulu dipulau,diugut bunuh, dan cubaan menganiaya berlaku di API.

2) Rizal Azizan

-Pelajar Tahun 2,SIASAH SYARIYYAH,AKADEMI PENGAJIAN ISLAM.
-bertanding atas TIKET PENGGERAK MAHASISWA-Calon Umum 08/09
-EX-YDP Nilam Puri

* Beliau dulu dipulau,diugut,serta diancam semasa berada di API. Beliau pernah menyatakan menerima mesej ugutan sebanyak 200mesej sehari. Beliau juga pernah dikatakan 'MURTAD' kerana menyebelahi PENGGERAK. Beliau merasa tertekan sehingga tidak dapat menghadiri ke kuliah selama sebulan selepas pilihanraya,dan Alhamdulillah,Allah membantunya dan mendapat keputusan yang cemerlang.

3) Asri Abdul Jani

-Pelajar Tahun 2,SYARIAH UNDANG-UNDANG AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
-Wakil calon Rizal Azizan.
-EX-MPP Nilam Puri

*Beliau juga menerima tekanan di API sama dengan Rizal Azizan.

4) Asri Zulkifli

-Pelajar Tahun 2, Sains Gunaan dan PENGAJIAN ISLAM (EKOLOGI DAN BIODIVERSITI) AKADEMI PENGAJIAN ISLAM.
-Pendokong kuat JENTERA PENGGERAK MAHASISWA.

*Beliau juga memaklumkan mendapat mesej ugutan daripada sahabat beliau sendiri,sahabat beliau sanggup bermasam muka dan tidak bertegur sapa seperti beliau ini musuh ISLAM. Sedangkan ini hanya pilihanraya kampus.

5) Khairul Anuar (U19)

*Beliau bertanding pada PRK kali ini sebagai Calon UMUM. Beliau juga sekarang ini banyak menerima mesej ugutan daripada beberapa pihak dipercayai mahasiswa AKADEMI PENGAJIAN ISLAM itu sendiri. Banner beliau paling banyak dicabut oleh 'tangan ghaib' berbanding calon lain sehingga namanya tidak nampak lagi di dalam UM ini.


* Tidakkah anda berfikir secara mendalam mengapa mereka sanggup bertanding untuk PENGGERAK MAHASISWA? Sedangkan mereka ini juga dikalangan orang yang banyak mengaji ilmu agama. Tetapi mereka diperlakukan sebegitu teruk oleh mahasiswa di AKADEMI PENGAJIAN ISLAM itu sendiri. Allah telah memberi hidayah kepada mereka ini untuk bertanding,berjuang untuk mengubah korupsi yang telah lama berlaku di AKADEMI PENGAJIAN ISLAM itu sendiri. Tidakkah anda takut balasan Allah kerana menganiaya sahabat ISLAM kamu sendiri?

Sanggup mereka mengeluarkan flyers sebegini untuk menjatuhkan sahabat ISLAM mereka sendiri. Hanya kerana mereka menuntut di API dan menyebelahi PENGGERAK? Adakah di API sendiri mengharamkan mereka untuk bertanding di belah mana-mana pihak selain PRO-MAHASISWA? Di mana KEADILAN ISLAM? Di MANA DEMOKRASI???????~~~!!!!!

FIKIRKAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM. SEBENARNYA ANDA SEMUA BERADA DI DALAM KAWANAN ORANG-ORANG YANG JAHIL BERKOPIAH DAN BERTUDUNG. Di antara kamu ada orang-orang yang menjahili umat islam itu sendiri. Wallahualam~~Allah sentiasa membuka ruang untuk hamba-Nya bertaubat.
read more...

Di mana DEMOKRASI?



Demokrasi yang diperjuangkan Pro-Mahasiswa hanya kata-kata yang terlintas di bibir mereka sahaja. Pro-Mahasiswa sering berkata mereka inginkan demokrasi tetapi pada tgh malam hari-hari berkempen sentiasa berjaga di SEKITAR Universiti Malaya,menjaga banner-banner mereka dan tidak membenarkan banner calon umum Penggerak digantungkan.

Mereka berjaga di setiap fakulti,bila banner Penggerak naik,tak sampai 5 minit sudah hilang,sedangkan kumpulan Penggerak Mahasiswa tidak berjaga pon kerana percaya pada kumpulan Pro-Mahasiswa yang katanya ingin tegakkan demokrasi.

Akhirnya kumpulan Penggerak Mahasiswa memutuskan untuk menjaga banner-banner Penggerak yang masih tinggal di hadapan DTC dan di simpang hadapan TNB. Apakah erti laungan "Demokrasi" yang diseru serata UM, bila mana ProM juga menidakkan kehadiran "banner2" calon Penggerak Mahasiswa sehingga sanggup bersusah payah menurunkan "banner2" tersebut semata-mata tidak mahu Mahasiswa Universiti Malaya melihat siapakah calon Penggerak Mahasiswa....Ini Demokrasikah?????

*Adakah mereka takut kepada Penggerak Mahasiswa? dan di mana DEMOKRASI yang dijanjikan mereka? Mahasiswa bijak menilai sekarang. FIKIRKAN~

Pro-Mahasiswa juga mendakwa Penggerak Mahasiswa ditaja oleh pihak tertentu tetapi tidak melihat diri mereka sendiri. Mereka dikatakan cepat melatah dengan isu RM 5000 yang diberi kepada setiap kolej kediaman.

Banner 'AKADEMI FANTASIA' yang digantung oleh Pro-Mahasiswa menimbulkan tanda tanya di mana mereka mendapat peruntukan. Duit untuk print BANNER,BUNTING,MASKOT(RM 3000),LABEL BOTOL AIR MINERAL,BUTTON BADGES,BAJU PRO-MAHASISWA,BAJU BANTAH,BAJU CALON,CD PRO-MAHASISWA dan lain-lain.



Pro-Student menjangkakan mereka atau MPMUM 08/09 SALAH GUNA duit kebajikan pelajar 30%,duit sumbangan Datuk Shahrizat RM 20,000,Duit Feskum yang defisit dan lain-lain.



Mereka membangkitkan isu duit ini,adakah mereka melihat pada diri sendiri?

Fikirkan.
read more...

Jan 26, 2010

Calon Pilihan Anda




**Pilih untuk masa depan anda. Fikir kembali kisah lalu sebelum mengundi. Kuasa mengundi di tangan anda.
read more...

Edisi Khas : Kisah PRK Lepas (Isu Surat Dajjal)

Di hati Pro-Student teringin untuk mengenang kisah-kisah lama supaya kita mahasiswa dapat mengambil iktibar,pengajaran dan moral untuk PRK yang akan berlansung minggu hadapan. Jadi mari kita nilai salah satu isu hangat pada PRK 08/09 yang lalu.

Pada PRK yang lepas,timbulnya satu isu dimana 'puteri kontroversi',Saudari Ayuni,Setiausaha Agung MPMUM 'dirasuah' oleh TNC HEP supaya bertanding dalam Pilihanraya Kampus 08/09. TNC HEP dikatakan merasuah RM 100 kepada Ayuni untuk bertanding menyebelahi Penggerak Mahasiswa.

Saudari Ayuni mendakwa TNC HEP ingin menghulurkan RM 100 itu beserta surat bertajuk 'TAWARAN MENJADI CALON BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA SESI 2008/2009'.

Surat yang disebarkan kepada media mendapat perhatian ramai lalu TNC HEP mendakwa surat itu tidak dikeluarkan daripada pihak HEP. Saudari Ayuni juga dikatakan telah membuat laporan polis berkenaan perkara ini.

Ini adalah FITNAH-FITNAH daripada Pro-Mahasiswa mengenai isu ini:

FITNAH PERTAMA : TNC MEMBERI RASUAH

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh Saudari Ayuni Zulkiply terdapat banyak kesalahan fakta yang menunjukkan beliau membuat laporan polis seolah-olah didesak oleh sesuatu pihak. (Sila rujuk lampiran):

1) Ayuni menyatakan bahawa pada 13 Jan 2008,beliau ada menerima SMS daripada seorang pelajar menyatakan terdapat surat di pejabat KK4.

Kesalahan : Tahun 2008 adalah satu tahun sebelum penamaan calon. Ini bermakna kejadian tersebut berlaku pada tarikh di mana MPP dibawah pimpinan Sdr. Afandy Tanjung dan tiada penamaan calon pada hari berikutnya.

2) Setibanya di kolej pada jam 4.12 petang, beliau bertanya kepada kerani pejabat dan mendapati satu sampul surat atas nama beliau.(Laporan Polis)

Kesalahan : Sekiranya peristiwa ini berlaku pada jam 4.12 petang, 13 Jan 2009,seramai 6 orang staf pejabat (Kak Ewa,Kak Mazura,Kak Sabirah,Kak Bedah,Kak Yan dan Kak Wan) tiada di kolej kerana menghadiri kelas Bahasa Inggeris dari pukul 2 perang hingga 4.30 petang yang ada hanyalah Saudara Sidi,Saudara Mat, dan Saudara Faisal yang sibuk mengecat dan mereka menyatakan tidak bertemu dengan Saudari Ayuni lansung dalam tempoh waktu yang dinyatakan.

3) Surat yang beliau terima bertajuk "Tawaran Menjadi Calon Bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2008/2009" beserta wang berjumlah RM 100.

Kekeliruan : Secara logiknya,seorang yang berpangkat DATUK,berkerjaya dan berkeluarga sanggup menggadaikan semua ini sekiranya didapati bersalah semata-mata untuk 'membeli' calon yang tiada kepentingan lansung pada dirinya,lebih-lebih lagi HANYA melibatkan pemilihan MPP dalam kampus sahaja apatah lagi hanya membeli dengan wang sebegitu rendah nilainya,RM 100. (RM 100 je?)


FITNAH KEDUA : Surat tawaran tersebut JELAS menunjukkan surat yang dikeluarkan bukan daripada TNC. (Lihat lampiran di bawah)

1) Letterhead : Penggunaan logo lama UM,sedangkan logo baru telah digunakan sejak pimpinan Datuk Rafiah Salim sebagai NC beberapa tahun yang lalu lagi. Tulisan Jawi 'Universiti Malaya' tidak ada pada surat berkenaan.

2) Pada sebelah kanan kepala surat,di bahagian bawah sepatutnya tertulis latarbelakang pengajian,pangkat,dan darjah kebesaran yang diterima Datuk.

3) Nombor rujukan berbeza daripada keluaran TNC.

4) Tandatangan Datuk seolah-olah direka dan dicipta khas kerana tandatangannya dilihat terlalu 'berhati-hati' dan tidak 'yakin'.

5) Di bawah tandatangan sepatutnya tertera pangkat DATUK.

***Bandingkan surat yang diterima Ayuni dengan Surat keluaran TNC HEP(Original).


Surat Diterima Ayuni.



Surat Keluaran TNC HEP.


TNC HEP telah pon membuat laporan polis berkenaan perkara ini tetapi TNC HEP masih lagi berhati perut kerana beliau tidak mengemukakan saman kepada Saudari Ayuni kerana Ayuni masih lagi dalam pengajian. Sedangkan di dalam Undang-undang,beliau ada hak untuk mengemukakan saman ke atasnya.


Laporan Polis TNC HEP.

** Tidak mustahil Pro-Mahasiswa mengeluarkan surat FITNAH lagi,contohnya berkenaan RM 5000 untuk kolej kediaman dan dengan berhati-hati setelah 'kantoi' tahun lepas. Dan secara logiknya,TNC HEP tidaklah bodoh sangat mengeluarkan hitam putih untuk pengagihan RM 5000 kepada kolej-kolej,jika benar.Wallahualam~
read more...

Aspirasi menang di UPM


Calon pro-Aspirasi menang besar dalam pilihan raya kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini(26 Jan). Mereka memenangi 37 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan.

Di UM, Penggerak Mahasiswa UM setakat ini menang sebelas kerusi tanpa bertanding manakala pro-M memperolehi empat kerusi sahaja.

Tahniah buat Aspirasi di UPM. Di sini kita dapat lihat kemerosotan Pro-Mahasiswa di peringkat Nasional. Harap mereka tidak lagi mengulangi perbuatan terdesak mereka seperti menabur fitnah.

~Have a HEALTHTY election~
read more...