Ads

Jan 28, 2011

Pro-Mahasiswa boikot PRK


29 Jan - Pilihanraya Kampus yang dijangka akan berlansung selepas cuti pertengahan semester ini akan diboikot oleh sekelompok Pro-Mahasiswa yang masih tidak bersetuju dengan sistem e-voting.

Sebahagian mereka percaya bahawa sistem e-voting ini tidak telus dan tetap akan berlaku penyelewengan. Ada juga yang berpendapat Penggerak Mahasiswa akan tetap menang dengan e-voting. Kerana ini, mereka akan memboikot dan tidak akan turun mengundi untuk Pemilihan MPMUM akan datang.

Ada khabar angin mengatakan beberapa bakal calon Pro-Mahasiswa telah menarik diri daripada bertanding untuk PRK sesi ini kerana tidak mempunyai keyakinan terhadap prinsip dan pegangan Pro-Mahasiswa. Perkara ini masih dalam siasatan Pro-Student. *akan didedahkan*

Beberapa krisis dan salah faham juga berlaku di dalam Pro-Mahasiswa kerana perbezaan pendapat, ideologi dan prinsip. Ini menyebabkan pengaruh mahasiswa terhadap Pro-Mahasiswa semakin berkurangan.

Ke Arah Mahasiswa Rasional.
Mahasiswa Lebih Bijak Menilai.
read more...

Jan 26, 2011

E-Voting memeningkan Pro-Mahasiswa


27 Jan - Sistem e-voting akan digunakan untuk Pemilihan MPMUM dalam Pilihanraya Kampus akan datang ini seperti tahun lepas. Sistem ini baru saja pertama kali dilaksanakan di UM pada PRK yang lalu.

Pada awal sistem ini diperkenalkan di UM, bantahan banyak dilakukan oleh kumpulan Pro-Mahasiswa. Mereka mendakwa sistem ini tidak telus dan boleh berlaku penyelewengan. Pro-Mahasiswa turut mendakwa kekalahan mereka pada PRK lepas disebabkan sistem ini. (link)

Tahun lepas, Pro-Mahasiswa tidak boleh menerima kekalahan sehingga mereka menunjukkan belang mereka melakukan demonstrasi di Pejabat Naib Canselor dan 'memohon' Naib Canselor letak jawatan. (video menarik) *memang sifat biadap mereka dan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.*

Kali ini lain pula ceritanya. Majoriti Pro-Mahasiswa mula menerima sistem e-voting ini selepas kemenangan teman seperjuangan mereka di UniSEL yang turut menggunakan sistem ini untuk Pilihanraya Kampus.

Tetapi masih ada yang masih percaya akan berlaku ketidaktelusan daripada pihak atasan. Ini menyebabkan perpaduan di dalam Pro-Mahasiswa sendiri pecah belah kerana tidak bersependapat sesama mereka tentang sistem e-voting.

Sebahagian penyokong Pro-Mahasiswa mula beralih arah kerana sifat 'lalang' dan tidak berpegang kepada prinsip mereka.

Ke Arah Mahasiswa Rasional
Mahasiswa Lebih Bijak Menilai
read more...

Penyokong GERAK semakin meningkat



26 Jan - Sokongan terhadap Penggerak Mahasiswa semakin meningkat dikalangan mahasiswa berbanding Pro-Mahasiswa UM. Pro-Mahasiswa kini sibuk meraih undi mahasiswa untuk Pilihanraya Kampus tidak lama lagi.

Hal ini terjadi kerana ramai mahasiswa sekarang sudah mempunyai kesedaran dan lebih memahammi tentang perjuangan kedua-dua gerakan mahasiswa di UM.

Kedua-dua GERAK dan Pro-Mahasiswa memperjuangkan perkara utama yang sama iaitu kebajikan mahasiswa tetapi Pro-Mahasiswa dilihat lebih tertumpu untuk menjatuhkan pentadbiran UM dan MPMUM sendiri.

Pro-Mahasiswa sekarang dilihat sangat terdesak meraih undi mahasiswa dengan menganjurkan perhimpunan HARAM, menyebarkan fitnah menggunakan medium UM-Today, menuntut demokrasi Kampus kononnya, dan menceroboh Kolej-kolej kediaman menyebarkan risalah untuk memenangi Pilihanraya Kampus akan datang.

Manakala GERAK pula kelihatan lesu dan tidak agresif. Tetapi gerakan mereka lebih menonjol melalui perjuangan MPMUM yang dipegang oleh YDP Saudara Khairul Anuar Abu Kasim. YDP MPMUM banyak menyelesaikan isu-isu yang berkaitan kebajikan mahasiswa. Lembabnya aktivis-aktivis GERAK menyebabkan mereka sukar mendapatkan sokongan.

Gerakan Pro-Mahasiswa yang agresif dan terlalu bersifat MEMBANGKANG sukar diterima oleh masyarakat kampus masa kini. Lihat sahaja di Akademi Pengajian Islam sendiri, ramai mahasiswa sudah muak sehingga mahu meletakkan calon bebas yang tidak mewakili Pro-Mahasiswa.

Pro-Mahasiswa yang terkenal dengan gerakan 'ISLAM'nya sekarang cuba mencari mangsa Tahun Satu untuk mendapatkan sokongan dan pelapis. Mahasiswa ramai sudah beralih kepada GERAK yang dilihat benar-benar memperjuangkan kebajikan mahasiswa.



Ke-Arah Mahasiswa RASIONAL!!
Mahasiswa lebih bijak MENILAI.
read more...

Jan 24, 2011

Pelajar API ingin calon bebas diangkat


24 Jan - Kebanyakan mahasiswa di Akademi Pengajian Islam berharap agar wakil MPMUM sesi hadapan untuk Akademi Pengajian Islam tidak diwakili oleh Pro-Mahasiswa mahupon GERAK.

Hal ini dimaklumkan oleh salah seorang penuntut di Akademi Pengajian Islam kepada Pro-Student melalui emel minggu lepas. Pro-Student turut menjalankan kaji selidik di kalangan beberapa pelajar API baru-baru ini.

Sebelum ini, wakil MPMUM daripada API dipegang oleh Nur Dalilah Mokhtar dan Mohd Syahid Zaini. Mereka sememangnya menang tanpa bertanding pada Pilihanraya Kampus lepas. Malangnya, amanah dan harapan yang diberikan oleh seluruh pelajar API hanya sia-sia sahaja.



Mereka berdua turut mendapat surat amaran daripada TNC HEP kerana tidak menjalankan tugas sebagai ahli kabinet MPMUM dan tidak menghadiri semua mesyuarat MPMUM. Semua janji manis mereka terhadap mahasiswa API tidak terlaksana.

Ramai mahasiswa sekarang tahu gerakan Pro-Mahasiswa lebih tertumpu untuk menjatuhkan Pentadbiran UM dan membawa masuk ideologi parti Pembangkang dari luar, bukan memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Gerakan mereka juga sangat agresif dan sukar untuk diterima mahasiswa.

Kali ini pelajar API kemungkinan akan mengangkat sendiri calon bebas mereka untuk Pemilihan MPMUM akan datang. Kepercayaan yang diberikan oleh seluruh pelajar API terhadap Pro-Mahasiswa semakin luntur.
read more...

Jan 23, 2011

Sekali lagi perhimpunan haram dianjurkan


24 Jan - Pro-Mahasiswa akan membuat perhimpunan untuk "Pelancaran Pro-Mahasiswa : Kita Orenkan Bumi Malaya" di dataran DTC malam ini. Aktivis-aktivis Pro-Mahasiswa dijemput hadir pada malam ini.

Pro-Mahasiswa tidak mendapatkan kebenaran daripada pihak Pentadbiran Universiti Malaya untuk melaksanakan program ini. Pro-Mahasiswa makin rancak dan berani melawan pentadbiran Universiti sehingga tidak ambil endah arahan yang diberikan oleh TNC HEP.

Mahasiswa UM dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan propaganda murahan mereka. Seandainya mereka di pihak yang benar, mereka akan mengikut prosedur dan meminta kebenaran secara bertulis untuk melaksanakan suatu program. Tetapi ini tidak.

Pro-Mahasiswa dikatakan mempunyai agenda tersirat untuk menjatuhkan Pentadbiran UM. Modus Operandi yang digunakan adalah sama setiap tahun sejak zaman Gagasan untuk menjatuhkan pentadbiran UM kerana mereka mempunyai minda Pembangkang.
read more...

Pro-Mahasiswa ingkar arahan TNC HEP



23 Jan - Pro-Mahasiswa ingin menganjurkan Diskusi Mahasiswa semalam telah dihalang oleh Pentadbiran UM. Lebih kurang 100 mahasiswa yang hadir di Akademi Pengajian Islam semalam.

Turut hadir exco MPMUM Mohd Fadzil Bin Jamal dan Syafiq Badrishah, Ahmad Syazwan (Presiden PMIUM), Siti Nadzirah Bt Majeed (Naib Presiden PMIUM) dan Presiden Pro-Mahasiswa, Saudara Farid Jalpah.

Diskusi itu sepatutnya dibatalkan kerana YDP MPMUM, Saudara Khairul Anuar Abu Kasim dan Speaker SPKUM,Saudara Asri Zulkifli tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan yang lebih penting. Ini telah dimaklumkan seminggu awal kepada pihak Pro-Mahasiswa.

(link)

Diskusi haram itu dihalang oleh pihak keselamatan atas arahan TNC HEP kerana beliau tidak dimaklumkan tentang program tersebut. Tetapi aktivis-aktivis dan Pro-Mahasiswa tetap berdegil tidak ingin membatalkan program tersebut walaupun amaran diberikan banyak kali.

Inilah sikap pemimpin yang kita mahu!!
read more...

Jan 20, 2011

GERAK anjurkan BBQ Jentera


21 Jan - Penggerak Mahasiswa telah menganjurkan makan malam BBQ di Balai Za'ba Kolej Kediaman ke-7 malam tadi. Dikatakan kesemua jentera-jentera setiap Kolej Kediaman dijemput ke majlis tersebut.

Turut hadir YDP MPMUM, Saudara Khairul Anuar Abu Kasim dan Speaker SPKUM, Saudara Asri Zulkifli. Di majlis tersebut mereka turut menyampaikan kata-kata semangat kepada lebih 200 mahasiswa. Wakil daripada kaum India,Cina dan Bumiputra tidak diabaikan.

Majlis tidak rasmi tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama mahasiswa tidak mengira bangsa dan kaum. Dikatakan majlis tersebut tidak sampai ke pengetahuan Pentadbiran Kolej Kediaman ke-7.

Ini melihatkan kekuatan jentera Penggerak Mahasiswa sangat tinggi di Kolej Kediaman. Tidak dinafikan mengapa pihak Pembangkang ingin mengadakan pengundian PRK di Fakulti sahaja.
read more...

Jan 19, 2011

Perkhidmatan Bas tidak akan dicaj


19 Jan - Perkhidmatan bas Universiti Malaya sebelum ini dikhabarkan akan mengenakan caj perkhidmatan kepada mahasiswa sebanyak 50sen adalah tidak benar.

Perkara ini dijelaskan oleh Pegawai HEP Bahagian Perkhidmatan Bas,Puan Mazira Ismail. UM tidak akan mengenakan caj perkhidmatan bas kepada pelajar. Beliau sendiri tidak tahu mana datang khabar angin yang disebarkan UM-Today.

Mahasiswa telah dicaj RM 20 sekali di dalam akaun pelajar pada Tahun Pertama pengajian. Ini termasuk semua kemudahan yang disediakan Universiti termasuk perkhidmatan bas sepanjang pengajian.

UM-Today sememangnya mudah menyebarkan khabar angin yang ternyata palsu untuk memperdayakan mahasiswa. Mungkin ada pihak yang ingin memburukkan Pentadbiran UM untuk kepentingan sendiri.
read more...