Ads

Feb 10, 2011

Pro-M putar belit, tipu mahasiswa


11 Feb - Pro-Mahasiswa mengeluarkan kenyataan di dalam blog dan mendakwa Kursus Persediaan Calon di batalkan atas sebab pihak GERAK tidak cukup calon untuk Pilihanraya Kampus akan datang ini. (Gerak Tak Cukup Calon,Bengkel Calon Batal ???)

Pro-Mahasiswa mengeluarkan kenyataan daripada sumber yang tidak pasti, bukan daripada pihak Universiti ataupun pihak GERAK.

Pro-Mahasiswa sendiri yang menuntut Bengkel tersebut dibatalkan melalui PMIUM atas sebab :

1) Mengadakan bengkel selepas Pilihanraya dijalankan khas untuk MPMUM.
2) Pembaziran wang Universiti
3) HEP memperlekehkan kepimpinan dan kredibiliti mahasiswa untuk diangkat sebagai seorang pemimpin. *kenyataan bodoh sombong Pro-M*
4) Bengkel ini juga akan menghalang pemimpin mahasiswa yang mempunyai program dan urusan penting hujung minggu ini

(sumber)

Mereka sendiri mengeluarkan kenyataan di mana Naib Canselor UM 'tunduk' pada desakan Pro-Mahasiswa yang membawa kepada pembatalan bengkel tersebut. (UM 'tunduk' desakan pro-M)

Lihat cara mereka menipu mahasiswa. Pro-Mahasiswa memanipulasi berita sahih mereka sendiri dan berita rasmi Universiti. Pro-Mahasiswa semakin terdesak meraih kembali sokongan terhadap mereka yang kian menghilang. Pro-Mahasiswa juga terkenal dengan propaganda jahat mereka demi memenangi pilihanraya Kampus.

Mahasiswa dinasihat untuk menilai sesuatu isu daripada pelbagai sumber. Tidak hanya mendengar satu pihak sahaja. Jangan kita ditipu lagi oleh Pro-Mahasiswa yang gemar memanipulasi isu.

KE ARAH MAHASISWA RASIONAL
MAHASISWA LEBIH BIJAK MENILAI.
read more...

Naib Canselor UM ubah fikiran, lalang


11 Feb - Kursus untuk Persediaan bakal calon yang dirancang berlansung hari ini telah dibatalkan oleh Naib Canselor UM, Datuk Prof. Dr. Ghauth Jasmon, dan akan digantikan dengan "Kursus Penerangan Perlembagaan" dan Sesi Bersama Pengerusi, Lembaga Pengarah Unviersiti (LPU) dan Naib Canselor, Universiti Malaya pada hari Sabtu (12 Feb).

Kursus tersebut akan diadakan di Auditorium KPS dan seluruh mahasiswa UM dijemput untuk menghadiri taklimat tersebut, tidak terhad kepada bakal calon sahaja. Namun taklimat tersebut masih lagi menjadi syarat wajib untuk bakal calon yang akan bertanding bagi Pemilihan MPMUM 10/11 akan datang. (sumber)

Persoalannya di sini, keputusan Naib Canselor seperti dipengaruhi oleh pihak tertentu yang menuntut untuk memansuhkan kursus yang hanya akan diadakan KHAS untuk bakal calon sahaja.

Di manakah pendirian seorang yang bergelar Naib Canselor apabila keputusan beliau seperti LALANG di mana Kursus Persediaan Calon tersebut dicadangkan dan telah diluluskan oleh beliau sendiri. Tetapi dibatalkan pada saat akhir tanpa sebarang perbincangan dengan wakil tertinggi mahasiswa.

Pihak Pro-Mahasiswa juga tidak berpuas hati dengan keputusan NC tersebut dan mereka terus mendesak supaya tiada taklimat atau kursus diadakan untuk bakal calon. Pro-Mahasiswa masih lagi takut,angkuh dan bodoh sombong untuk menghantar bakal calon ke taklimat tersebut. (link)

Namun begitu, pihak GERAK dilihat bersetuju dengan taklimat/bengkel yang akan diadakan selagi ia mencurah ilmu kepada mahasiswa untuk masa depan mahasiswa, Universiti dan negara. (sumber)

*Ini hanya sekadar penilaian Pro-Student terhadap Naib Canselor dan fahaman Pro-Mahasiswa dan GERAK. Terpulang kepada mahasiswa untuk menilai sendiri.*

KE ARAH MAHASISWA RASIONAL.
MAHASISWA LEBIH BIJAK MENILAI.
read more...

Feb 9, 2011

Pro-Mahasiswa takut hantar calon


10 Feb - Bagi mahasiswa yang ingin bertanding untuk Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sesi 10/11 diwajibkan untuk menghadiri satu kursus bagi persediaan calon anjuran pihak Universiti.

Pro-Mahasiswa membantah sekeras-kerasnya kursus yang akan diadakan pada 11 Februari ini kerana mereka takut kursus ini mendedahkan calon-calon Pro-Mahasiswa kepada ideologi GERAK melalui HEP. *lagi kenyataan kelakar daripada Pro-Mahasiswa*

Pro-Mahasiswa juga mendakwa kursus ini memperlekehkan kepimpinan dan kredibiliti mahasiswa untuk diangkat sebagai seorang pemimpin. Dengan erti kata yang lain, mahasiswa kelihatan seperti tidak tahu memimpin sehingga HEPA perlu bengkelkan bagi memberikan kemahiran kepimpinan pada mahasiswa. (sumber)

Ini menampakkan Pro-Mahasiswa sangat angkuh dan bodoh sombong. Kursus tersebut belum pernah lagi dilaksanakan tetapi Pro-Mahasiswa telah membuat konklusi dan spekulasi awal tentang kursus tersebut. (link) . Ini juga membuktikan kenapa ramai penyokong Pro-Mahasiswa beralih arah.

Kursus tersebut diadakan untuk persediaan calon menghadapi Pemilihan MPMUM akan datang dari segi etika berkempen,peraturan-peraturan Universiti, dan juga penjelasan mengenai tanggungjawab dan amanah apabila memikul jawatan di dalam kabinet MPMUM nanti. Ilmu yang ingin disampaikan untuk kebaikan mahasiswa ditolak oleh Pro-Mahasiswa. ANGKUH SUNGGUH!

Pro-Mahasiswa memberikan pelbagai alasan untuk membantah kursus yang akan diadakan ini. Mereka juga mendakwa MPMUM GERAK mempunyai kualiti yang teruk sehingga pihak Universiti terpaksa mengadakan bengkel persediaan calon. Tidakkah Pro-Mahasiswa sedar bahawa KESEMUA MPMUM PRO-Mahasiswa menerima surat amaran daripada TNC HEP kerana tidak menjalankan tanggungjawa dan amanah yang diberikan? *Salinan surat asal akan dikeluarkan Pro-Student tidak lama lagi*

Mahasiswa semakin muak dengan permainan dan tipu daya Pro-Mahasiswa.

KE ARAH MAHASISWA RASIONAL
MAHASISWA LEBIH BIJAK MENILAI.!
read more...

Feb 8, 2011

Krisis Pro-Mahasiswa kian teruk


9 Feb - Pro-Mahasiswa kini menghadapi krisis dalaman di antara aktivis senior dan aktivis junior akibat daripada salah faham dan berbeza ideologi. Perkara ini dimaklumkan oleh beberapa pelajar Tahun Satu dan Tahun Dua.

Majoriti aktivis muda Pro-Mahasiswa tidak bersetuju dengan beberapa ideologi yang dibawa oleh aktivis-aktivis senior. Mereka juga mendakwa Pro-Mahasiswa terlalu bersifat membangkang dan terikut-ikut dengan fahaman parti politik luar PAS dan PKR.



Ada juga mahasiswa tidak bersetuju dengan Pengerusi Pro-Mahasiswa, Saudara Farid Jalpah, kerana kebanyakan keputusan dan kenyataan beliau memburukkan Pro-Mahasiswa itu sendiri. Majoriti mereka lebih bersetuju jika Saudara Izzuddin Hilmi memegang tampuk pemerintahan Pro-Mahasiswa.

Siswi muda terutamanya pelajar Tahun Satu sering kali dipaksa dan dikerah untuk 'berjuang' kerana Pro-Mahasiswa percaya siswi adalah kekuatan bagi mereka. Majoriti siswi Pro-Mahasiswa tidak ingin perkara seperti tahun lepas berlaku lagi kerana ia memburukkan siswi dan nama Universiti Malaya. (insiden tahun lepas)

Kini hanya tinggal aktivis-aktivis senior yang masih setia dengan gerakan Pro-Mahasiswa. Krisis ini berlarutan sehingga kini dan masih tiada solusi untuk memperbaiki ikatan silaturrahim antara mereka. Krisis ini menyebabkan pergerakan Pro-Mahasiswa menjadi perlahan dan pasif, tidak seperti tahun-tahun lepas.

KE ARAH MAHASISWA RASIONAL.
MAHASISWA LEBIH BIJAK MENILAI.
read more...

Feb 7, 2011

GERAK terdesak cari dana


7 Feb - Penggerak Mahasiswa telah membuka booth untuk jualan baju GERAK di hadapan kolej kediaman ke-4 semalam. Mereka mula mencari dana awal untuk persediaan Pilihanraya Kampus yang akan berlansung tidak lama lagi.

Jualan baju GERAK tersebut mendapat sambutan ramai di kalangan mahasiswa seluruh kampus. Hasil jualan tersebut dikatakan akan digunakan untuk menghadapi PRK dan membantu calon-calon mereka nanti.

Kelihatan juga aktivis-aktivis Pro-Mahasiswa turut menyokong dan membeli baju dalam jualan tersebut.

Pro-Mahasiswa di dalam blog mereka menyatakan ingin bersama-sama membuka booth jualan baju di tempat berhampiran dengan GERAK tetapi mereka sekali lagi berjaya menipu mahasiswa dan menimbulkan kekecewaan kerana booth mereka tidak kelihatan. (link)


GERAK sudah mula mencari dana tetapi Pro-Mahasiswa tidak mengadakan apa-apa program untuk mendapatkan dana secara terbuka. Mungkin mereka berjaya mendapatkan tajaan dengan cara lain.

KE ARAH MAHASISWA RASIONAL!
MAHASISWA LEBIH BIJAK MENILAI!
read more...

Feb 5, 2011

Kursus Persediaan Bakal Calon


5 Feb - Pihak Universiti telah mengeluarkan peraturan baru dimana semua bakal calon yang akan bertanding bagi Pemilihan MPMUM 10/11 diwajibkan untuk menghadiri kursus persediaan calon.

Arahan ini telah ditetapkan oleh Naib Canselor, YBhg. Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon. Kursus ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Universiti.

Kursus ini bertujuan untuk persiapan calon bagi menghadapi Pilihanraya Kampus akan datang dari segi etika berkempen, peraturan-peraturan Universiti, dan juga penjelasan mengenai tanggungjawab dan amanah apabila memikul jawatan di dalam kabinet MPMUM nanti. Ini amat penting untuk masa depan MPMUM,mahasiswa dan Universiti.

Bagi mereka yang tidak menghadiri kursus ini tidak akan dibenarkan bertanding sama sekali dalam Pemilihan MPMUM 10/11 akan datang. Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Februari 2011(Khamis), 5.00 petang.
read more...

Jan 31, 2011

Dr. Rohana terima gelaran Datuk


1 Feb - Sempena hari Wilayah Persekutuan hari ini, TNC HEPA Universiti Malaya, Profesor Dr. Rohana Yusof telah dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran 'Datuk'.

Tahniah diucapkan kepada Y.bhg Prof. Dr. Rohana sempena penganugerahan tersebut. Ini adalah kebanggaan Universiti Malaya.
read more...

Jan 30, 2011

Pro-M dicabar tidak menghantar calon


30 Jan - Kawanan Pro-Mahasiswa yang diketuai oleh Saudara Farid Jalpah masih tidak bersetuju sistem e-voting dilaksanakan dalam Pilihanraya Kampus akan datang.

Mereka mendakwa sistem ini tidak telus dan meruntuhkan demokrasi mahasiswa dan boleh berlaku penyelewengan jika sistem ini dipegang oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Pilihanraya Kampus kali ini memperkenalkan beberapa penambahan dalam sistem e-voting iaitu e-penamaan, e-rayuan dan e-bantah. Pro-Mahasiswa kelihatan semakin takut dengan sistem yang menyebabkan kekalahan mereka.

Saudara Farid Jalpah mendakwa sistem berkomputer ini melakukan kesalahan dalam pengiraan jumlah undi yang berlaku pada calon Fakulti Pendidikan akhirnya menyebabkan kekalahan kepada calon Pro-Mahasiswa dengan majoriti 3 undi sahaja pada PRK lepas. *Ini kenyataan paling kelakar pernah dikeluarkan Pro-Mahasiswa*

Memang wajarlah hampir semua pelajar Akademi Pengajian Islam dan Mahasiswa Borneo API tidak bersetuju Saudara Farid Jalpah dinaikkan sebagai Pengerusi Pro-Mahasiswa. Mungkin disebabkan ceteknya ilmu beliau, ramai yang tidak bersetuju dengan pendapatnya.

Pro-Student mewakili sebahagian besar pelajar Akademi Pengajian Islam mencabar Saudara Farid Jalpah, Jika benar E-Voting mematikan demokrasi Kampus dan akan berlaku penyelewengan, JANGAN HANTAR CALON UNTUK PRO-MAHASISWA PADA PRK AKAN DATANG INI.!!!

Buktikan bahawa anda berfikir lebih hebat daripada komputer dan buktikan anda berani kerana benar. Buktikan anda tidak bercakap kosong semata-mata mengenai demokrasi Kampus. Jangan mempermainkan mahasiswa!!

Ke Arah Mahasiswa RASIONAL.
Mahasiswa Lebih Bijak Menilai.
read more...