Ads

Feb 5, 2011

Kursus Persediaan Bakal Calon


5 Feb - Pihak Universiti telah mengeluarkan peraturan baru dimana semua bakal calon yang akan bertanding bagi Pemilihan MPMUM 10/11 diwajibkan untuk menghadiri kursus persediaan calon.

Arahan ini telah ditetapkan oleh Naib Canselor, YBhg. Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon. Kursus ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Universiti.

Kursus ini bertujuan untuk persiapan calon bagi menghadapi Pilihanraya Kampus akan datang dari segi etika berkempen, peraturan-peraturan Universiti, dan juga penjelasan mengenai tanggungjawab dan amanah apabila memikul jawatan di dalam kabinet MPMUM nanti. Ini amat penting untuk masa depan MPMUM,mahasiswa dan Universiti.

Bagi mereka yang tidak menghadiri kursus ini tidak akan dibenarkan bertanding sama sekali dalam Pemilihan MPMUM 10/11 akan datang. Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Februari 2011(Khamis), 5.00 petang.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl