Ads

Sep 22, 2012

Pembongkaran : Penipuan Pro-M Siri 2


Kali ini Pro Student akan membongkar penipuan Pro-M dimana mereka tidak mengkaji dahulu sebelum menghentam.

1) Calon fakulti Kejuruteraan 'Long Li Ping' - Ejaan yang sebenar ialah Lock Li Ping

2) Yong II Yang - Adalah seorang lelaki bukannya seorang PEREMPUAN seperti yang ditunjuk di dalam gambar

Ini ialah Yong II Yang



Pro Student faham,di peringkat Pro Mahasiswa telah memohon maaf secara rasmi.NAMUN,alasan semua manusia membuat silap  bukannya satu hujah yang menghalalkan setiap kesilapan yang dilakukan oleh Pro-M.Perlu diingat ini ialah Pilihanraya,silap atau betul,persepsi telah dsebarkan.BUKAN SEMUA MAHASISWA like dan add account Pro-M.Bagaimana dengan mereka yang mendapat risalah tapi tidak mengetahui bahawa ada pembetulan?

Ini adalah kesilapan kedua AKIBAT TIDAK MENGKAJI TERLEBIH DAHULU sebelum menghentam.Wahai Pro-M,Pro Student mohon agar Pro-M jadi bijak sedikit.Sedikit pun cukuplah.Jangan kerana bernafsu besar hendak menjatuhkan pihak lain,anda melakukan kesilapan yang bodoh.Kes sebelum ini anda menuduh bahawa calon fakulti Pusat Kebudayaan Ahmad Syahmi Naim adalah calon tua (rujuk sini)

P/S : Pro -M masih belum bertaubat
read more...

Sep 21, 2012

Ops Bongkar Penipuan Pro - M : Isu calon tua

Hari ini selepas beberapa hari Pilihanraya Kampus berjalan dengan rancak,Pro Student sebagai pemerhati ingin menyatakan kebenaran daripada terus diputar atau dispin oleh Pro M yang kita kenal sebagai kaki spin yang terhebat.

Isu calon tua

Pro Mahasiswa yang tidak mempunyai modal dalam menyerang Penggerak Mahasiswa telah mencipta satu fitnah yang amat besar dengan mengatakan bahawa 6 calon Penggerak Mahasiswa yang dicalonkan tidak layak bertanding kerana faktor final year student.Betul kah tidak layak?Jom kita bongkar!

Hari ini Pro Student sebagai pemerhati yang bebas ingin menyatakan bahawa dakwaan Pro Mahasiswa adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI.Berdasarkan bukti

Syahmi Naim

Syahmi Naim adalah seorang calon daripada Pusat Kebudayaan yang menjadi salah seorang mangsa fitnah Pro-M kerana dikatakan sebagai 'Calon Tua' dan tidak layak bertanding.Tapi benarkah begitu?


Ini ialah bantahan daripada pihak Pro-M mengenai Syahmi Naim.Disini JELAS MENUNJUKKAN BAHAWA Pro-M tidak mengkaji dahulu status calon berkenaan sebelum membuat bantahan!Janji bantah kan?Pro-M sudah gentar kerana mereka tidak mampu menghantar calon bagi Pusat Kebudayaan!Malahan mereka tidak berani mendedahkan perkara ini.Jom kita lihat!


Page Pilihanraya Kampus Universiti Malaya ialah page proksi kepada Pro Mahasiswa.Benarkah yang calon Penggerak Mahasiswa yang menang tanpa bertanding ialah  5 sahaja?Pro-M,janganlah menutup kebenaran.Jika kamu tidak mampu menghantar calon,nyatakan sahaja!Mari kita pergi bukti lebih kukuh lagi!


Kenapa tidak dipaparkan calon daripada Pusat Kebudayaan yang mana Pro-M GAGAL,diulangi GAGAL menghantar calon?????Adakah mereka takut kebenaran terbongkar???

Para pembaca sekalian.Banyak tohmahan yang dilemparkan kepada Penggerak Mahasiswa namun mereka sentiasa bersabar dan memfokuskan kepada kempen mereka.Namun kami di Pro Student sebagai pemerhati bebas,kami tidak akan teragak-agak mendedahkan sesiapa sahaja yang cuba menipu mahasiwa.Itu pantang bagi kami!Ops,lupa.kita balik kembali kepada kes Syahmi Naim tadi.

Pro Mahasiswa menuduh Penggerak Mahasiswa takut kerana menghantar calon final year student kerana beranggapan bahawa Penggerak tidak cukup calon,namun siapa yang tidak cukup calon sebenarnya?Mari kita lihat gambar dibawah.Bukti Jelas!

Sebelum Pro Student mengakhiri artikel ini,nasihat kepada Pro-M ialah mengapa kamu sanggup memfitnah saudara seagama kamu hanya kerana perbezaan ideologi?Bukankah kamu kata kamu memperjuangkan Islam?Tapi apa yang kami buat hanya memburukkan imej Islam.Sedih!

Sayangnya imej muslimah seperti ini menjadi kuda tungangan dan agen kepada penyebaran fitnah.Sedarlah wahai muslimahku!Anda dipergunakan!

P/S : Pro Mahasiswa ingin menunda pilihanraya kampus kerana mereka GAGAL menyediakan calon yang mencukupi.Ops Jejak Calon Tua hanyalah sebagai satu modal simpati sama seperti kes kepala babi di surau API (2008) dan kes Masturah (calon Pro-M) yang hilang pada PRK 2010.Arikel BONGKAR yang lain akan menyusul selanjutnya.Pro-M,JAGA-JAGA!

MAHASISWA BIJAK MENILAI!
read more...

Sep 11, 2012

Pro Student UM Kembali!


Nantikan update daripada kami sepanjang perjalanan menuju ke Pilihanraya Kampus.Nampaknya ada aura-aura bahawa PRK kali ini adalah lebih sengit berbanding sebelumnya.Menarik!

Kami?Sebagai agen check and balance kepada Penggerak Mahasiswa dan Pro Mahasiswa.Kepada adik-adik junior yang masih belum mengenali Pro-Student,find it out!

Pro Student UM - Kearah Mahasiswa Rasional.Mahasiswa Lebih Bijak Menilai!
read more...