Ads

Jul 30, 2010

Serangan peribadi terhadap MPMUM


31 Julai - Tindakan beberapa pihak cuba menjatuhkan MPMUM sesi ini mendapat perhatian daripada mahasiswa Universiti Malaya. Beberapa iklan PALSU berbentuk flyers ditampal di sekitar kampus,PetalingJaya dan Kerinchi melibatkan beberapa wakil MPMUM termasuk YDP MPMUM,Khairul Anuar Abu Kasim.

Iklan 'kereta sewa' dan 'rumah sewa' tersebut didakwa menggunakan nama dan nombor telefon sebenar mangsa (MPMUM). Iklan ini juga telah berjaya memperdayakan mahasiswa Universiti Malaya. MPMUM yang menjadi mangsa adalah YDP MPMUM,Khairul Anuar Abu Kasim,Muhammad Ilyas Zambri dan Mohammad Shahir.

MPMUM menasihatkan mahasiswa agar tidak terperdaya dengan iklan yang ditampal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

"Saya kesal dengan tindakan pihak ini kerana cuba menjatuhkan MPMUM secara peribadi. Semoga mereka diberi hidayah daripada Allah." kata YDP MPMUM.

Segelintir mahasiswa berpendapat tindakan ini salah satu daripada permainan dan agenda jahat Pro-Mahasiswa yang sudah lama tidak berpuas hati dengan MPMUM sesi ini. Tetapi MPMUM menafikan perkara itu kerana kita tidak boleh menunding jari tanpa bukti yang kukuh.







read more...

Pelajar Asasi mati jatuh bangunan



30 Julai - Pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) mati jatuh bangunan jam 2.35 petang di Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) Universiti Malaya.

Menurut sumber, Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun, berasal dari Mersing,Johor, dipercayai jatuh ketika ingin menyeberang balkoni ke bilik rakannya di bilik bersebelahan tingkat 5. Pelajar tersebut mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.



"Mahasiswa perlu mengambil kejadian ini sebagai pengajaran dan mengambil langkah berjaga-jaga supaya perkara ini tidak berulang. Kami (MPMUM) menyampaikan salam takziah kepada keluarga adik Zulkhairi.Semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman" ulas YDP MPMUM, Saudara Khairul Anuar Abu Kasim.
read more...

Jul 28, 2010

PROMO'10 lesu


29 Julai - Minggu Promosi Badan Pelajar anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang diadakan sepanjang minggu ini kelihatan lesu dan tidak mendapat sambutan seperti tahun-tahun sebelumnya. Minggu PROMO'10 bermula dari 26 Julai dan berakhir pada hari ini (29 Julai).

Hanya segelintir mahasiswa sahaja yang hadir dan mendaftar di sini. Ada pihak yang menunding jari kepada HEPA kerana publisiti untuk minggu PROMO'10 tidak meluas.

"Saya berpendapat mahasiswa itu sendiri tidak mengambil tahu dan tidak ingin terlibat dengan persatuan-persatuan berdaftar ini. Saya lihat publisiti minggu PROMO sudah cukup di sekitar kampus dan kolej-kolej kediaman. Begitu juga dengan luar kampus di kawasan Kerinchi dan Petaling Jaya." YDP MPMUM,Saudara Khairul Anuar Abu Kasim menafikan dakwaan itu.

Beliau juga berpendapat bahawa Persatuan-persatuan berdaftar itu sendiri tidak cukup publisitinya menyebabkan mahasiswa tidak tahu tentang kewujudan persatuan-persatuan ini.



"Persatuan yang aktif seperti PMIUM kelihatan bagus dari segi publisitinya. Saya dapat tahu PMIUM mendapat sambutan hebat daripada mahasiswa UM. Tahniah buat PMIUM." ulas beliau lagi.
read more...

Jul 26, 2010

Bahang FESKUM'10 bermula


26 Julai - Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2010 akan bermula 31 Julai hingga 8 Ogos 2010. Pelbagai aktiviti dan program akan dijalankan sepanjang minggu FESKUM'10 minggu hadapan.

Program yang akan diadakan :

MASJLIS PERASMIAN
Auditorium Kompleks Perdana Siswa, KPS
31 Julai 2010 (2:00 p.m)

FUTSAL PIALA NAIB CANSELOR
Gelanggang Futsal Pusat Sukan
1 Ogos 2010 (8:00 a.m)

TAYANGAN AMAL ANIMAS UNTUKMU GAZA
Auditorium Kompleks Perdana Siswa, KPS
2 Ogos 2010 (8:00 p.m)

CAREER DEVELOPMENT & FREE FACIAL
Auditorium Kompleks Perdana Siswa, KPS
3 Ogos 2010 (8:00 p.m)

KEMPEN DERMA DARAH
Auditorium Kompleks Perdana Siswa, KPS
2-4 Ogos 2010 (10:00 a.m - 4:00 p.m)

PAMERAN-PAMERAN
Ruang Legar Auditorium KPS
2-7 Ogos 2010 (9:00 a.m -5:00 p.m)

PERTANDINGAN GERAI CONTOH (PELAJAR)
Tapak Gerai Basah
2-7 Ogos 2010

LELONGAN AMAL DEMI GAZA
Tempat Letak Kereta KPS, Tapak Korporat
2, 4, 5 Ogos 2010 (12:00 - 3:00 p.m)

MOCK TRIAL
Auditorium Fakulti Undang-undang
4 -7 Ogos 2010

MALAM WARGA ISTIMEWA (MAWARIS)
Auditorium Kompleks Perdana Siswa, KPS
4 Ogos 2010 (8:00 p.m)

BICARA MUFTI (JAKIM-RTM)
Auditorium Kompleks Perdana Siswa, KPS
5 Ogos 2010 (8:00 p.m)

SUARA SISWA (RTM)
Auditorium Kompleks Perdana Siswa, KPS
6 Ogos 2010 (8:00 p.m)

MALAM AMAL "SEJUTA SINAR SATU DESTINASI"
Dewan Tunku Canselor
8 Ogos 2010 (8:00 p.m)

PERTANDINGAN INOVASI & KREATIF PIALA PUSINGAN TNC HEPA.

"Mari kita sama-sama memberi sokongan untuk memeriahkan lagi Majlis Konvokesyen untuk para graduan Universiti Malaya. Selamat maju jaya juga saya ucapkan kepada AJK FESKUM dan MPMUM yang terlibat dengan program yang bakal dijalankan." kata YDP MPMUM,Saudara Khairul Anuar Abu Kasim.
read more...

Jul 25, 2010

Program Minggu Promosi Badan Pelajar


25 Julai - Program Minggu Promosi Badan Pelajar (PROMO'10) yang dinanti-nantikan selama ini akan bermula pada esok 26 Julai sehingga 29 Julai 2010 di sekitar Kompleks PerdanaSiswa.

Program ini dianjurkan setiap tahun oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya. Ini membuka peluang mahasiswa untuk aktif di dalam kelab dan persatuan yang berdaftar terutamanya bagi pelajar baru.

Seluruh Mahasiswa dijemput untuk turun beramai-ramai ke KPS untuk mendaftarkan diri dalam persatuan dan kelab yang berdaftar di sini.
read more...

Jul 22, 2010

Taklimat 1Malaysia mendapat sambutan hangat


22 Julai - Program Taklimat 1Malaysia yang diadakan di Kompleks Perdanasiswa malam semalam mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa baru seluruh Universiti Malaya menyebabkan Auditorium KPS penuh dan ada yang terpaksa bersila di lantai.

Taklimat disampaikan oleh YBhg. Dato' Hj. Shahlan Hj. Ismail,setiausaha politik Perdana Menteri Malaysia. Semua mahasiswa baru dan Pembantu-Pembantu Mahasiswa setiap kolej kediaman diwajibkan menghadiri taklimat penerangan semalam. MPMUM turut hadir memberi sokongan terhadap program tersebut.

Taklimat 1Malaysia tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangkan tentang konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Tetapi masih ada persepsi negatif daripada sebahagian kecil mahasiswa mengenai program tersebut.



Usah kita hiraukan persersi negatif segelintir pihak ini kerana ia mungkin dipengaruhi oleh politik luar atau parti pembangkang. Pro-Student juga menyangkal kenyataan UMToday apabila mereka mendakwa hanya segelintir mahasiswa sahaja yang hadir program tersebut. Ini melihatkan mereka membuat kenyataan tanpa bukti kukuh.
read more...

Jul 19, 2010

Program Penerangan 1Malaysia


20 Julai - Esok 21 Julai,8.30 malam akan diadakan ceramah 'Program Penerangan 1Malaysia' di Kompleks PerdanaSiswa (KPS) yang akan disampaikan oleh YBhg. Dato' Hj. Shahlan Hj. Ismail, Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia.

Seluruh warga UM yang ingin mendalami erti 1Malaysia dialu-alukan menghadiri ceramah ini.
read more...

Jul 11, 2010

MHS Universiti Malaya berakhir


12 Julai - Minggu Haluansiswa bagi mahasiswa baru Universiti Malaya telah berakhir 9 Julai lepas. Majlis Penutupan Minggu Haluansiswa telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar di DTC pada malam 9 Julai.

Setelah selesai minggu Haluansiswa ini, terdapat pelbagai 'feedback' daripada mahasiswa baru berkenaan minggu pertama mereka di sini. Borang kaji selidik mengenai MHS telah diedarkan kepada mahasiswa baru untuk memberi pandangan dan pendapat tentang MHS untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Dalam banyak-banyak pandangan, kami tertarik kepada 'feedback' mahasiswa dari Akademi Pengajian Islam. Ada sebahagian yang mengatakan MHS di Universiti Malaya ini tidak berintelektual dan ada disebaliknya.

"Tahniah buat Pembantu Mahasiswa Kolej kerana banyak membantu kami sepanjang minggu orientasi ini. Orientasi di sini (UM) jauh lebih baik berbanding di Nilam Puri dulu. Banyak perkara baru yang saya dapat belajar sepanjang minggu ini." ini salah satu pendapat mahasiswa baru yang dipetik daripada borang kaji selidik.

Ada juga yang memberi pandangan yang sebaliknya. Sebahagian kecil mereka mempertikaikan tradisi Universiti Malaya sejak sekian lama iaitu 'cheers'. Ada juga yang mengatakan MHS di UM tidak bertamadun.

MHS kali ini membawa tema "Kearah Mahasiswa Berinovasi". Dengan tema ini dapat mencungkil dan membangkitkan daya pemikiran secara kritis dan kreatif di kalangan mahasiswa. Tetapi masih ada sebahagian yang menganggap semua ini (aktiviti yang dijalankan sepanjang MHS) karut dan tidak bermanfaat.


PESANAN YDP MPMUM.

Saudara Khairul Anuar Kassim,YDP MPMUM turut menyampaikan pesanan kepada mahasiswa baru baru-baru ini. Ia turut ditujukan kepada seluruh mahasiswa Universiti Malaya.

"Jika terdapat sebarang masalah dan pandangan,boleh disalurkan kepada kami (MPMUM). Seperti di Kolej Kediaman juga,mahasiswa dapat menyalurkan kepada Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) kerana kami ini wakil suara mahasiswa. Tidak perlu kita berdemonstrasi kerana zaman sekarang terdapat banyak saluran untuk menyelesaikan masalah."
read more...

Selamat Kembali ke UM


12 Julai - Pro-Student mengucapkan selamat kembali ke Universiti Malaya. Selamat meneruskan pengajian dan tidak terjebak dengan perbuatan negatif yang menjatuhkan nama Universiti Malaya. Sentiasa bersama kami untuk ketahui isu-isu dalam kampus.
read more...

Jul 8, 2010

Kes 'bini puaka': Nombor motosikal digelapkan


9 Julai - Saksi perbiracaan kes menconteng "bini puaka" - yang ditujukan kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor - memberitahu mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, seorang tertuduh Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini kelihatan "macam rasa bersalah" ketika malam kejadian.

Rohaizi Ishak, seorang pengawal keselamatan di Universiti Malaya (UM) memberitahu, pada 24 Jun, ketika bertugas di sekitar Akademi Pengajian Islam, beliau menemui sebuah motosikal yang nombor pendaftarannya digelapkan.

Menurutnya, ketika sedang mengintip apa yang berlaku di sekitar kawasan itu, dengan tiba-tiba motorsikal itu kelihatan ditunggang oleh seseorang dan keluar menuju ke jalan raya.

Beliau selepas itu mengekorinya sehinggalah di kolej kediaman ke-11 di mana beliau mendakwa mendapati Mohd Izzudddin sebagai penunggangnya.

Rohaizi berkata, apabila ditanya kenapa nombor pendaftaran itu digelapkan, tertuduh itu "diamkan diri sahaja".

Dalam perbicaraan kali kedua hari ini, mahkamah setakat ini memanggil tiga saksi.

Dua lagi saksi ialah ayah tertuduh Mohd Zaini Zainal dan penolong pegawai penyiasat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields Sarjan Hamidah Hassan.

Selain Mohd Izzuddin, turut dituduh Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada 4 pagi 24 Jun lalu di dewan kuliah utama API, beberapa jam sebelum Rosmah hadir untuk melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin.

Mereka didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen-sekyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui Rosmah - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu.

Manakala bagi Seksyen 436, ketiga-tiga dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama. -Malaysiakini-
read more...

Jul 3, 2010

Pro-Mahasiswa aktif semula


4 Julai - Minggu Haluansiswa telah membangkitkan semula semangat aktivis pro-mahasiswa untuk menarik 'perhatian' semua mahasiswa baru yang bakal masuk hari ini.

Pro-Mahasiswa mula bergiat aktif dengan mengambil pelajar baru yang berasal dari Sabah dan Sarawak di LCCT dan membawa mereka ke Kolej-kolej Kediaman. Ada juga mahasiswa baru yang dibawa ke 'markas' mereka di sekitar Petaling Jaya.

Perkara ini telah mengganggu urusan Pembantu Mahasiswa Sentral dan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya.

"Kami(PM Sentral dan HEP) telah menyediakan pengangkutan untuk pelajar-pelajar baru dari LCCT ke Kolej Kediaman masing-masing. Tetapi ada 'anasir' luar yang mengganggu urusan kami." kata salah seorang Pembantu Mahasiswa Sentral.

"Kami tahu mereka ada niat untuk membantu,tetapi sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku kepada pelajar baru ini,pihak HEP juga yang perlu bertanggungjawab,bukan mereka. Sekurang-kurangnya,beritahu pihak HEP untuk memberi kerjasama. dan tidak perlu sehingga membawa pelajar ke 'markas' mereka."

Perkara ini juga sudah terjadi pada tahun-tahun lepas. Pro-Mahasiswa juga pernah menceroboh Kolej-kolej Kediaman untuk menyebarkan risalah-risalah mereka kepada pelajar baru. Perkara ini menjadi kerisauan pihak Kolej Kediaman kerana tidak ingin perkara buruk berlaku seperti kecurian di blok-blok penghuni dan vandalisme (pernah berlaku).

Pro-Mahasiswa diharap supaya tidak memburukkan lagi keadaan dan mengganggu urusan pihak yang bertanggungjawab. Jika ada perkara yang ingin diutarakan,perlu dibawa berbincang,bukan membuat keputusan sendiri.
read more...