Ads

Jan 31, 2011

Dr. Rohana terima gelaran Datuk


1 Feb - Sempena hari Wilayah Persekutuan hari ini, TNC HEPA Universiti Malaya, Profesor Dr. Rohana Yusof telah dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran 'Datuk'.

Tahniah diucapkan kepada Y.bhg Prof. Dr. Rohana sempena penganugerahan tersebut. Ini adalah kebanggaan Universiti Malaya.
read more...

Jan 30, 2011

Pro-M dicabar tidak menghantar calon


30 Jan - Kawanan Pro-Mahasiswa yang diketuai oleh Saudara Farid Jalpah masih tidak bersetuju sistem e-voting dilaksanakan dalam Pilihanraya Kampus akan datang.

Mereka mendakwa sistem ini tidak telus dan meruntuhkan demokrasi mahasiswa dan boleh berlaku penyelewengan jika sistem ini dipegang oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Pilihanraya Kampus kali ini memperkenalkan beberapa penambahan dalam sistem e-voting iaitu e-penamaan, e-rayuan dan e-bantah. Pro-Mahasiswa kelihatan semakin takut dengan sistem yang menyebabkan kekalahan mereka.

Saudara Farid Jalpah mendakwa sistem berkomputer ini melakukan kesalahan dalam pengiraan jumlah undi yang berlaku pada calon Fakulti Pendidikan akhirnya menyebabkan kekalahan kepada calon Pro-Mahasiswa dengan majoriti 3 undi sahaja pada PRK lepas. *Ini kenyataan paling kelakar pernah dikeluarkan Pro-Mahasiswa*

Memang wajarlah hampir semua pelajar Akademi Pengajian Islam dan Mahasiswa Borneo API tidak bersetuju Saudara Farid Jalpah dinaikkan sebagai Pengerusi Pro-Mahasiswa. Mungkin disebabkan ceteknya ilmu beliau, ramai yang tidak bersetuju dengan pendapatnya.

Pro-Student mewakili sebahagian besar pelajar Akademi Pengajian Islam mencabar Saudara Farid Jalpah, Jika benar E-Voting mematikan demokrasi Kampus dan akan berlaku penyelewengan, JANGAN HANTAR CALON UNTUK PRO-MAHASISWA PADA PRK AKAN DATANG INI.!!!

Buktikan bahawa anda berfikir lebih hebat daripada komputer dan buktikan anda berani kerana benar. Buktikan anda tidak bercakap kosong semata-mata mengenai demokrasi Kampus. Jangan mempermainkan mahasiswa!!

Ke Arah Mahasiswa RASIONAL.
Mahasiswa Lebih Bijak Menilai.
read more...

Jan 28, 2011

Pro-Mahasiswa boikot PRK


29 Jan - Pilihanraya Kampus yang dijangka akan berlansung selepas cuti pertengahan semester ini akan diboikot oleh sekelompok Pro-Mahasiswa yang masih tidak bersetuju dengan sistem e-voting.

Sebahagian mereka percaya bahawa sistem e-voting ini tidak telus dan tetap akan berlaku penyelewengan. Ada juga yang berpendapat Penggerak Mahasiswa akan tetap menang dengan e-voting. Kerana ini, mereka akan memboikot dan tidak akan turun mengundi untuk Pemilihan MPMUM akan datang.

Ada khabar angin mengatakan beberapa bakal calon Pro-Mahasiswa telah menarik diri daripada bertanding untuk PRK sesi ini kerana tidak mempunyai keyakinan terhadap prinsip dan pegangan Pro-Mahasiswa. Perkara ini masih dalam siasatan Pro-Student. *akan didedahkan*

Beberapa krisis dan salah faham juga berlaku di dalam Pro-Mahasiswa kerana perbezaan pendapat, ideologi dan prinsip. Ini menyebabkan pengaruh mahasiswa terhadap Pro-Mahasiswa semakin berkurangan.

Ke Arah Mahasiswa Rasional.
Mahasiswa Lebih Bijak Menilai.
read more...

Jan 26, 2011

E-Voting memeningkan Pro-Mahasiswa


27 Jan - Sistem e-voting akan digunakan untuk Pemilihan MPMUM dalam Pilihanraya Kampus akan datang ini seperti tahun lepas. Sistem ini baru saja pertama kali dilaksanakan di UM pada PRK yang lalu.

Pada awal sistem ini diperkenalkan di UM, bantahan banyak dilakukan oleh kumpulan Pro-Mahasiswa. Mereka mendakwa sistem ini tidak telus dan boleh berlaku penyelewengan. Pro-Mahasiswa turut mendakwa kekalahan mereka pada PRK lepas disebabkan sistem ini. (link)

Tahun lepas, Pro-Mahasiswa tidak boleh menerima kekalahan sehingga mereka menunjukkan belang mereka melakukan demonstrasi di Pejabat Naib Canselor dan 'memohon' Naib Canselor letak jawatan. (video menarik) *memang sifat biadap mereka dan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.*

Kali ini lain pula ceritanya. Majoriti Pro-Mahasiswa mula menerima sistem e-voting ini selepas kemenangan teman seperjuangan mereka di UniSEL yang turut menggunakan sistem ini untuk Pilihanraya Kampus.

Tetapi masih ada yang masih percaya akan berlaku ketidaktelusan daripada pihak atasan. Ini menyebabkan perpaduan di dalam Pro-Mahasiswa sendiri pecah belah kerana tidak bersependapat sesama mereka tentang sistem e-voting.

Sebahagian penyokong Pro-Mahasiswa mula beralih arah kerana sifat 'lalang' dan tidak berpegang kepada prinsip mereka.

Ke Arah Mahasiswa Rasional
Mahasiswa Lebih Bijak Menilai
read more...

Penyokong GERAK semakin meningkat



26 Jan - Sokongan terhadap Penggerak Mahasiswa semakin meningkat dikalangan mahasiswa berbanding Pro-Mahasiswa UM. Pro-Mahasiswa kini sibuk meraih undi mahasiswa untuk Pilihanraya Kampus tidak lama lagi.

Hal ini terjadi kerana ramai mahasiswa sekarang sudah mempunyai kesedaran dan lebih memahammi tentang perjuangan kedua-dua gerakan mahasiswa di UM.

Kedua-dua GERAK dan Pro-Mahasiswa memperjuangkan perkara utama yang sama iaitu kebajikan mahasiswa tetapi Pro-Mahasiswa dilihat lebih tertumpu untuk menjatuhkan pentadbiran UM dan MPMUM sendiri.

Pro-Mahasiswa sekarang dilihat sangat terdesak meraih undi mahasiswa dengan menganjurkan perhimpunan HARAM, menyebarkan fitnah menggunakan medium UM-Today, menuntut demokrasi Kampus kononnya, dan menceroboh Kolej-kolej kediaman menyebarkan risalah untuk memenangi Pilihanraya Kampus akan datang.

Manakala GERAK pula kelihatan lesu dan tidak agresif. Tetapi gerakan mereka lebih menonjol melalui perjuangan MPMUM yang dipegang oleh YDP Saudara Khairul Anuar Abu Kasim. YDP MPMUM banyak menyelesaikan isu-isu yang berkaitan kebajikan mahasiswa. Lembabnya aktivis-aktivis GERAK menyebabkan mereka sukar mendapatkan sokongan.

Gerakan Pro-Mahasiswa yang agresif dan terlalu bersifat MEMBANGKANG sukar diterima oleh masyarakat kampus masa kini. Lihat sahaja di Akademi Pengajian Islam sendiri, ramai mahasiswa sudah muak sehingga mahu meletakkan calon bebas yang tidak mewakili Pro-Mahasiswa.

Pro-Mahasiswa yang terkenal dengan gerakan 'ISLAM'nya sekarang cuba mencari mangsa Tahun Satu untuk mendapatkan sokongan dan pelapis. Mahasiswa ramai sudah beralih kepada GERAK yang dilihat benar-benar memperjuangkan kebajikan mahasiswa.



Ke-Arah Mahasiswa RASIONAL!!
Mahasiswa lebih bijak MENILAI.
read more...

Jan 24, 2011

Pelajar API ingin calon bebas diangkat


24 Jan - Kebanyakan mahasiswa di Akademi Pengajian Islam berharap agar wakil MPMUM sesi hadapan untuk Akademi Pengajian Islam tidak diwakili oleh Pro-Mahasiswa mahupon GERAK.

Hal ini dimaklumkan oleh salah seorang penuntut di Akademi Pengajian Islam kepada Pro-Student melalui emel minggu lepas. Pro-Student turut menjalankan kaji selidik di kalangan beberapa pelajar API baru-baru ini.

Sebelum ini, wakil MPMUM daripada API dipegang oleh Nur Dalilah Mokhtar dan Mohd Syahid Zaini. Mereka sememangnya menang tanpa bertanding pada Pilihanraya Kampus lepas. Malangnya, amanah dan harapan yang diberikan oleh seluruh pelajar API hanya sia-sia sahaja.



Mereka berdua turut mendapat surat amaran daripada TNC HEP kerana tidak menjalankan tugas sebagai ahli kabinet MPMUM dan tidak menghadiri semua mesyuarat MPMUM. Semua janji manis mereka terhadap mahasiswa API tidak terlaksana.

Ramai mahasiswa sekarang tahu gerakan Pro-Mahasiswa lebih tertumpu untuk menjatuhkan Pentadbiran UM dan membawa masuk ideologi parti Pembangkang dari luar, bukan memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Gerakan mereka juga sangat agresif dan sukar untuk diterima mahasiswa.

Kali ini pelajar API kemungkinan akan mengangkat sendiri calon bebas mereka untuk Pemilihan MPMUM akan datang. Kepercayaan yang diberikan oleh seluruh pelajar API terhadap Pro-Mahasiswa semakin luntur.
read more...

Jan 23, 2011

Sekali lagi perhimpunan haram dianjurkan


24 Jan - Pro-Mahasiswa akan membuat perhimpunan untuk "Pelancaran Pro-Mahasiswa : Kita Orenkan Bumi Malaya" di dataran DTC malam ini. Aktivis-aktivis Pro-Mahasiswa dijemput hadir pada malam ini.

Pro-Mahasiswa tidak mendapatkan kebenaran daripada pihak Pentadbiran Universiti Malaya untuk melaksanakan program ini. Pro-Mahasiswa makin rancak dan berani melawan pentadbiran Universiti sehingga tidak ambil endah arahan yang diberikan oleh TNC HEP.

Mahasiswa UM dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan propaganda murahan mereka. Seandainya mereka di pihak yang benar, mereka akan mengikut prosedur dan meminta kebenaran secara bertulis untuk melaksanakan suatu program. Tetapi ini tidak.

Pro-Mahasiswa dikatakan mempunyai agenda tersirat untuk menjatuhkan Pentadbiran UM. Modus Operandi yang digunakan adalah sama setiap tahun sejak zaman Gagasan untuk menjatuhkan pentadbiran UM kerana mereka mempunyai minda Pembangkang.
read more...

Pro-Mahasiswa ingkar arahan TNC HEP



23 Jan - Pro-Mahasiswa ingin menganjurkan Diskusi Mahasiswa semalam telah dihalang oleh Pentadbiran UM. Lebih kurang 100 mahasiswa yang hadir di Akademi Pengajian Islam semalam.

Turut hadir exco MPMUM Mohd Fadzil Bin Jamal dan Syafiq Badrishah, Ahmad Syazwan (Presiden PMIUM), Siti Nadzirah Bt Majeed (Naib Presiden PMIUM) dan Presiden Pro-Mahasiswa, Saudara Farid Jalpah.

Diskusi itu sepatutnya dibatalkan kerana YDP MPMUM, Saudara Khairul Anuar Abu Kasim dan Speaker SPKUM,Saudara Asri Zulkifli tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan yang lebih penting. Ini telah dimaklumkan seminggu awal kepada pihak Pro-Mahasiswa.

(link)

Diskusi haram itu dihalang oleh pihak keselamatan atas arahan TNC HEP kerana beliau tidak dimaklumkan tentang program tersebut. Tetapi aktivis-aktivis dan Pro-Mahasiswa tetap berdegil tidak ingin membatalkan program tersebut walaupun amaran diberikan banyak kali.

Inilah sikap pemimpin yang kita mahu!!
read more...

Jan 20, 2011

GERAK anjurkan BBQ Jentera


21 Jan - Penggerak Mahasiswa telah menganjurkan makan malam BBQ di Balai Za'ba Kolej Kediaman ke-7 malam tadi. Dikatakan kesemua jentera-jentera setiap Kolej Kediaman dijemput ke majlis tersebut.

Turut hadir YDP MPMUM, Saudara Khairul Anuar Abu Kasim dan Speaker SPKUM, Saudara Asri Zulkifli. Di majlis tersebut mereka turut menyampaikan kata-kata semangat kepada lebih 200 mahasiswa. Wakil daripada kaum India,Cina dan Bumiputra tidak diabaikan.

Majlis tidak rasmi tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama mahasiswa tidak mengira bangsa dan kaum. Dikatakan majlis tersebut tidak sampai ke pengetahuan Pentadbiran Kolej Kediaman ke-7.

Ini melihatkan kekuatan jentera Penggerak Mahasiswa sangat tinggi di Kolej Kediaman. Tidak dinafikan mengapa pihak Pembangkang ingin mengadakan pengundian PRK di Fakulti sahaja.
read more...

Jan 19, 2011

Perkhidmatan Bas tidak akan dicaj


19 Jan - Perkhidmatan bas Universiti Malaya sebelum ini dikhabarkan akan mengenakan caj perkhidmatan kepada mahasiswa sebanyak 50sen adalah tidak benar.

Perkara ini dijelaskan oleh Pegawai HEP Bahagian Perkhidmatan Bas,Puan Mazira Ismail. UM tidak akan mengenakan caj perkhidmatan bas kepada pelajar. Beliau sendiri tidak tahu mana datang khabar angin yang disebarkan UM-Today.

Mahasiswa telah dicaj RM 20 sekali di dalam akaun pelajar pada Tahun Pertama pengajian. Ini termasuk semua kemudahan yang disediakan Universiti termasuk perkhidmatan bas sepanjang pengajian.

UM-Today sememangnya mudah menyebarkan khabar angin yang ternyata palsu untuk memperdayakan mahasiswa. Mungkin ada pihak yang ingin memburukkan Pentadbiran UM untuk kepentingan sendiri.
read more...

Jan 12, 2011

TNC HEP dituduh melulu



12 Jan - SPKUM telah menyerahkan memorandum "MENUNTUT PUSAT PENGUNDIAN DIKEKALKAN DI KOLEJ KEDIAMAN DAN MENYOKONG PENGUNDIAN DI FAKULTI DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS UNIVERSITI MALAYA" kepada TNC HEP, Prof Dr Rohana Yusof sebentar tadi.

Saudara Asri turut bertanya tentang Saudara Farid Zulkifli daripada Pro-Mahasiswa yang dikenakan tindakan tatatertib selepas Program Ziarah Mesra Pro-Mahasiswa di Kolej-Kolej Kediaman.

Namun,Prof Dr .Rohana menafikan dakwaan terbabit mengenai pelajar itu akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Pentadbiran dan Prof Dr. Rohana hanya menasihati pelajar berkenaan kerana mereka memasuki Kolej tanpa kebenaran.Beliau kesal dengan tuduhan yang dilemparkan kepada beliau kerana beliau hanya memanggil pelajar berkenaan dan bukannya mahu mengenakan tindakan.

Asri juga sempat bertanya mengenai sesi Dialog TNC HEP mengenai Isu Zero Balance yang kononnya dianjurkan Pro-Mahasiswa.

TNC HEP memberitahu beliau tidak tahu menahu perkara itu. Prof Dr .Rohana menyatakan bahawa segala isu berkenaan Mahasiswa akan dijelaskan oleh beliau sendiri terus kepada Mahasiswa dan itu merupakan tugas beliau sebagai Timbalan Naib Canselor HEP.

Beliau akan membuat penerangan kepada Mahasiswa berkenaan segala isu termasuk Isu ZERO BALANCE ini dalam Program Ramah Mesra beliau di kolej-kolej Kediaman mulai minggu ini. Tetapi bukan dibawah Pro-Mahasiswa.

Pro-Mahasiswa bijak memainkan isu sehingga berjaya memperdayakan sesetengah mahasiswa. Pro-Mahasiswa sudah terkenal dengan agenda dan propaganda buruk mereka semata-mata untuk memenangi Pilihanraya Kampus akan datang.

Mahasiswa Bijak Menilai.
read more...

Jan 11, 2011

PRK dijalankan di Fakulti dan Kolej : SPKUM serah memorandum


11 Jan - SPKUM sebelum ini mencadangkan supaya pengundian Pilihanraya Kampus akan datang ini diadakan di Fakulti dan Kolej-Kolej Kediaman. SPKUM yang diketuai oleh Saudara Asri Zulkifli telah menyerahkan memorandum berkenaan perkara ini kepada Naib Canselor UM petang tadi.

Sebelum ini, Naib Canselor bersetuju pengundian dilakukan di Fakulti sahaja tetapi SPKUM mencadangkan pengundian turut diadakan di Kolej-Kolej Kediaman. Ini dapat meningkatkan peratusan mahasiswa turun mengundi memandangkan peratusan yang kecil di Fakulti pada Pilihanraya lepas.

Kebajikan mahasiswa juga terjaga kerana tidak semua mahasiswa memiliki kenderaan untuk ke Fakulti pada hari pengundian.

Saudara Asri juga sempat menyangkal tuduhan UM-Today dan Pro-Mahasiswa. Sekali lagi beliau menegaskan bahawa beliau tidak membantah pengundian diadakan di Fakulti. Beliau menasihatkan mahasiswa supaya tidak termakan fitnah-fitnah pihak yang cuba menjatuhkan beliau.

Memorandum diserahkan kepada pegawai khas Naib Canselor, En. Mohd Naufal Omar. SPKUM turut membincangkan isu-isu kebajikan mahasiswa seperti pengurangan yuran, keselamatan dan kemudahan mahasiswa.
read more...

Jan 10, 2011

Asri menjawab tuduhan Pro-Mahasiswa


11 Jan - Hari ini Pihak Pro Mahasiswa telah meminta penjelasan Saudara Asri selaku Presiden Kolej-Kolej Kediaman Univerisiti Malaya(SPKUM) atas gelaran ``PENCEROBOH`` yang dilabelkan kepada Pro-Mahasiswa UM ketika mereka menjalankan program Ziarah Mesra di Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya.

Beliau mendesak Pro-Mahasiswa supaya menarik balik kenyataan fitnah Pro-Mahasiswa terhadap beliau dan SPKUM. Pro-Mahasiswa sebelum ini mendakwa Saudara Asri menggelar Pro-Mahasiswa sebagai PENCEROBOH. Beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Beliau turut menjelaskan bahawa SPKUM tidak membantah tempat pengundian di Fakulti seperti yang didakwa oleh Pro-Mahasiswa sebelum ini. Beliau setuju Fakulti turut dijadikan tempat mengundi,hanya Kolej Kediaman perlu dikekalkan seperti sebelum ini.

Pro-Mahasiswa sebagai satu gerakan yang membawa ISLAM sebagai asas perjuangan utama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbentuk fitnah dan provokasi kerana akan melambangkan kelemahan gerakan islam itu sendiri.

Sebagai satu gerakan Pelajar yang mahu dihormati dan mendapatkan sokongan daripada masyarakat kampus seharusnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan gerakan Mahasiswa itu sendiri.Tuduhan Fitnah yang dilemparkan kepada SPKUM tanpa sebarang bukti ini adalah benar-benar keterlaluan daripada pihak Pro-Mahasiswa.

Ini amat memalukan. Sebelum ini juga ramai mahasiswa telah terperdaya dengan penipuan dan fitnah yang dilakukan Pro-Mahasiswa.

Saudara Asri meminta Pro-Mahasiswa menarik balik kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Sumber - Smart Generation
read more...

Jan 5, 2011

Pro-Mahasiswa giat mencari calon


6 Jan - Pro-Mahasiswa kini sedang giat mencari calon mereka terutamanya dikalangan mahasiswa Tahun Pertama untuk Pilihanraya Kampus akan datang. Ini turut menandakan Pilihanraya Kampus sudah hampir.

"Mereka berjumpa dan menawarkan kepada saya untuk menjadi calon mereka tetapi saya menolaknya." kata salah seorang mangsa Tahun Pertama yang ingin namanya dirahsiakan.

Apabila ditanya siapa yang mencari calon itu, beliau memberitahu mereka adalah Siti Zuraini Jenan dan Mohd Syahid Zaini. Kedua-dua mereka adalah ahli MPMUM Pro-Mahasiswa. Kedua-dua mereka sangat aktif dalam pergerakan Pro-Mahasiswa. (sila lihat video ini)



Pro-Student tidak menghalang sesiapa untuk menjadi calon mereka. Mahasiswa terutamanya Tahun Pertama dinasihatkan supaya mengkaji dahulu latar belakang dan perjuangan Pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa sebelum menerima sebarang tawaran.

Pro-Mahasiswa juga dikatakan mencari mangsa Tahun Pertama kerana sudah ketandusan orang untuk mewakili mereka pada Pilihanraya Kampus akan datang.

Setakat ini masih tiada maklumat mengenai Penggerak Mahasiswa. Nantikan.

*mentang-mentang Tahun Pertama tak tahu apa-apa.*
read more...

SPKUM mohon PRK dijalankan di Kolej Kediaman


6 Jan - Pihak SPKUM berpendapat dan ingin mencadangkan supaya tempat mengundi untuk Pilihanraya Kampus yang akan datang ini dikekalkan seperti sebelum ini, iaitu di setiap Kolej Kediaman.

Jurucakap SPKUM, Saudara Asri Zulkifli, melihat perkara ini lebih wajar kerana peratusan mahasiswa yang turun mengundi sebelum ini adalah tinggi dan ini perlu dikekalkan.

"Jika fakulti ingin dijadikan tempat mengundi, ia juga perlu, sebagai penambahan tempat mengundi supaya peratusan mahasiswa turun mengundi meningkat" kata beliau.

Sebelum ini, Pro-Mahasiswa dan PMIUM telah menghantar memorandum kepada Naib Canselor UM dan TNC HEP supaya tempat mengundi ditukar kepada Fakulti, tidak di Kolej Kediaman.

"Ia menjadi beban bagi segelintir mahasiswa yang tidak mempunyai kenderaan atau yang tidak mempunyai sebarang kelas pada ketika itu. Jadi kami (SPKUM) berpendapat supaya tempat mengundi diadakan di kedua-dua Fakulti dan Kolej Kediaman. Ini salah satu perjuangan kami menjamin kebajikan mahasiswa."

Disini kita dapat lihat Pro-Mahasiswa tidak meneliti sepenuhnya perkara ini yang jelas melibatkan kebajikan seluruh mahasiswa UM. Pro-Mahasiswa melihat perkara ini hanya untuk agenda dan kepentingan politik sendiri.

Pihak SPKUM akan menghantar memorandum kepada NC dan TNC HEP berkenaan perkara ini dalam masa terdekat.
read more...

Jan 4, 2011

Isu Zero Balance : PMIUM Syok Sendiri


4 Jan - PMIUM dan Pro-Mahasiswa mendakwa Naib Canselor UM telah bersetuju dengan permintaan mereka berkenaan polisi 'Zero Balance' digantikan dengan hutang RM350 untuk setiap pelajar.

Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon, belum lagi memberi kata putus dan mengeluarkan sebarang notis berkenaan persetujuan beliau tentang perkara ini.

Memorandum yang dihantar oleh PMIUM dan Pro-Mahasiswa kepada NC dan TNC HEP hanya akan dipertimbangkan, masih belum ada kata putus dan sebarang persetujuan.

Sebelum ini, isu Zero Balance telah diutarakan kepada pihak atasan semester lepas lagi. Di peringkat MPMUM, cadangan rm350 sudah dimaklumkan pada pihak pengurusan termasuklah bendahari pada mesyuarat pada bulan April 2010 yang lepas.

Mahasiswa dinasihatkan tidak terperdaya dengan agenda tersembunyi PMIUM dan Pro-Mahasiswa dalam isu Zero Balance ini. YDP MPMUM juga telah memberi penjelasan yang terperinci kepada mahasiswa berkenaan isu ini.
read more...

Jan 3, 2011

Pro-M disarankan menghormati Kolej Kediaman


4 Jan - Semalam (3 Jan), Pro-Mahasiswa telah mengadakan ``Ziarah Mesra Pro-M di Kolej Kediaman Universiti Malaya.`` di Kolej Kediaman ke-3 dan ke-9.

Jurucakap SPKUM, Saudara Mohd Asri Zulkifli menyarankan supaya pimpinan Pro-Mahasiswa menghormati Kolej Kediaman memandangkan Kolej-Kolej Kediaman umpama rumah kepada mahasiswa.

Tindakan Pro-Mahasiswa menimbulkan rasa tidak puas hati kepada penghuni-penghuni Kolej Kediaman ke-3 dan ke-9 kerana 'menyerbu' secara beramai-ramai ke blok-blok dan sekitar kolej. Ini juga menimbulkan ketidakselesaan terhadap penghuni kolej.

Saudara Asri juga menyarankan supaya pimpinan Pro-Mahasiswa mendapatkan kebenaran daripada pihak pentadbiran kolej untuk mengadakan sebarang aktiviti di mana-mana kolej kediaman memandangkan pihak SPKUM sendiri memohon kebenaran jika hendak mengadakan pertemuan atau aktiviti sebagai tanda menghormati kolej.

Tindakan Pro-Mahasiswa semalam dianggap sebagai penceroboh oleh penghuni-penghuni Kolej kerana sesuka hati datang beramai-ramai untuk 'beramah mesra' bersama mahasiswa.

Saudara Asri berharap perkara ini tidak berulang di Kolej kediaman yang lain. Beliau juga turut menyambut baik usaha Pro-Mahasiswa untuk mendekati warga Kampus.
read more...