Ads

Oct 31, 2010

MPMUM sokong ETP,hab pusat hiburan malam


1 Nov - Artikel yang dikeluarkan Malaysiakini bukan tulisan Saudara Khairul Anuar Abu Kasim, YDP MPMUM.

Di dalam artikel tersebut menyatakan sokongan MPMUM mahasiswa terhadap tindakan kerajaan menubuhkan lebih banyak pusat hiburan malam di negara ini.

"Saya tidak pernah berhubung dengan Malaysiakini." ulas pendek Saudara Khairul Anuar apabila diminta memberi penjelasan berhubung perkara ini.

Tindakan Malaysiakini melampaui batas apabila menyiarkan artikel tanpa usul periksa. Dipercayai artikel ini ditulis oleh pro-pembangkang yang tidak berpuas hati dengan YDP MPMUM.

Pihak MPMUM tidak teragak-agak mengfailkan saman ke atas Malaysiakini yang cuba memburukkan YDP MPMUM dan mahasiswa UM. Banyak juga artikel daripada Malaysiakini sebelum ini yang cuba memecahbelahkan perkauman Malaysia.
read more...

Oct 11, 2010

Jangan percaya 'Ahli Kabinet Tidur'


11 Okt - "Sekiranya pelajar ada perkara yang ingin dibangkitkan atau terdapat sebarang masalah,boleh terus buat aduan di laman web rasmi MPMUM." kata YDP MPMUM,Saudara Khairul Anuar Abu Kasim.

Kenyataan ini dibuat sekali lagi berikutan fitnah yang dikeluarkan pihak pembangkang yang berniat jahat menjatuhkan MPMUM baru-baru ini.

"Saya yakin MPMUM tidak gagal, cuma hanya minoriti ahli kabinet yang tidak menjalankan tanggungjawab sehingga menerima surat amaran daripada TNC HEP." tambah beliau.

Jika aduan disampaikan kepada 'ahli kabinet tidur' ini, bermakna masalah tersebut tidak akan dapat diselesaikan. Ini kerana mereka tidak akan hadir setiap kali mesyuarat kabinet MPMUM. Dan kerana ini juga mereka layak menerima surat amaran daripada TNC HEP.

Mahasiswa sekali lagi diingatkan supaya tidak memakan janji manis 'ahli kabinet tidur' yang kononnya akan membawa masalah ini ke dalam mesyuarat kabinet. Sebarang masalah boleh terus ke laman web MPMUM atau terus ke YDP MPMUM.
read more...

Oct 7, 2010

Fitnah terhadap MPMUM


8 Okt - Surat yang diterima pihak MPMUM baru-baru ini daripada Timbalan Naib Canselor HEP, Prof. Dr. Rohana Yusof telah dimanipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab.

Surat tersebut telah dibuat salinan dan diedarkan kepada mahasiswa sekitar kampus selepas siswa menunaikan solat Jumaat di Masjid Akademi Pengajian Islam. Edaran tersebut bertajuk "BUKTI MPMUM GAGAL".

Walhal apabila mendapatkan penjelasan YDP MPMUM,Saudara Khairul Anuar Abu Kasim, surat tersebut memang benar tetapi ia ditujukan kepada MPMUM yang tidak menjalankan tugas dan lari dari tanggungjawab sebagai MPM, bukan kepada semua MPMUM.

Surat ini dimanipulasikan dengan tajuk yang boleh memberi persepsi buruk terhadap MPMUM sesi kali ini.

Seperti semua mahasiswa ketahui, MPMUM dibawah Saudara Khairul Anuar banyak memberi perkembangan positif dalam menegakkan kebajikan mahasiswa UM selama ini termasuk yang berada di luar kampus.

Hanya ada segelintir MPMUM yang sebelum ini dikatakan tidak berpuas hati sejak perlantikan Majlis Tertinggi MPMUM yang sehingga kini tidak menjalankan tugas sehingga diberi surat amaran daripada TNC HEP. (gambar)

Diharap mahasiswa tidak terperdaya dengan tipu muslihat 'Siswa Jahil' yang cuba menyebarkan fitnah dikala orang Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid API.
read more...