Ads

Latest Posts

Feb 25, 2011

Masturah hilang lagi


25 Feb - Insiden kehilangan calon Pro-Militan, Masturah Abu Bakar, pada PRK lalu menjadi tanda tanya dan kemusykilan ramai pihak. Ada pihak yang mengatakan beliau benar-benar hilang, Pro-Militan mempertahankan kenyataan itu. Namun ada juga pihak yang telah berjaya membuka minda berasa kehilangan beliau seolah-olah sengaja direka untuk meraih undi simpati mahasiswa UM.

Beliau telah "muncul" kembali betul-betul pada hari pengundian bagi Pemilihan MPMUM 10/11 21 Februari lalu. Namun Masturah dan Ibu beliau,Mariam bt Abdul Rashid, tidak mengeluarkan kenyataan apa-apa pada media.

Ibu beliau yang dikatakan salah seorang "ahli hebat" PAS turut membantu anak beliau berkempen sepanjang PRK berlansung. Ibu beliau juga tidak membuat laporan polis tentang kehilangan anak beliau. Ini menimbulkan persoalan kepada ramai pihak tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anak dan kebodohan ahli politik "Double M" (Masturah dan Mariam) (sumber)



Pihak Polis dan Pihak Universiti kini masih menyiasat tentang tragedi tersebut. Naib Canselor tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap Masturah jika didapati menipu.

Kini Masturah dikatakan "hilang" lagi kerana melarikan diri daripada Naib Canselor UM. Prof. Dr. Ghauth Jasmon ingin mengambil keterangan daripada beliau tetapi sehingga kini beliau dan keluarga masih tidak dapat dihubungi.

Penipuan Pro-Militan semakin terungkai kerana Masturah enggan berjumpa Naib Canselor UM untuk memberi keterangan kehilangan beliau. Pihak polis kini sedang giat mencari Masturah untuk membantu siasatan.

Insiden kejutan yang besar sentiasa berlaku setiap kali PRK berlansung. Kita dapat lihat kes kepala babi muncul 2 hari sebelum hari pengundian berlaku. Masturah juga turut hilang 2 hari sebelum hari pengundian.



KE ARAH MAHASISWA RASIONAL
MAHASISWA LEBIH BIJAK MENILAI
read more...

Pro-Mahasiswa kini Pro-Militan


24 Feb - Seluruh Malaysia telah menyaksikan kehebatan perusuh-perusuh di dalam kampus seperti yang berlaku di UM dan UPM baru-baru ini. Insiden rusuhan mahasiswa daripada Pro-Mahasiswa telah mengejutkan ramai pihak terutama para ibu bapa sehingga nama Universiti turut dicemarkan mereka.

Di UM, rusuhan berlaku ketika proses penamaan calon berlansung dimana 4 calon Pro-Mahasiswa ketika itu dibatalkan pencalonan mereka. Pintu di Kompleks Perdanasiswa telah dipecahkan oleh para militan Pro-Mahasiswa. (link)

Di UPM pula, rakan seperjuangan mereka telah kalah di dalam Pemilihan MPPUPM baru-baru ini turut merusuh sehingga pintu kaca Pejabat Pentadbiran UPM pecah dan Pegawai Keselamatan cedera. (sumber 1) dan (sumber 2)


Perkara yang hampir sama berlaku pada PRK yang lepas di UM apabila Pro-Mahasiswa telah kalah dan bangkit merusuh di Pejabat Naib Canselor. Memang adat mereka untuk merusuh. (video)



Tragedi HITAM yang berlaku di beberapa IPT telah memburukkan nama Universiti dan nama Ibu Bapa penuntut IPT. Mahasiswa Universiti sekarang telah diCOP sebagai PERUSUH kerana sering kali tidak menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah.

Pro-Mahasiswa seluruh IPT sekarang dilabelkan sebagai Pro-MILITAN. Pihak mereka juga kelihatan akur dengan gelaran itu.
read more...

Feb 23, 2011

Pro-Mahasiswa kuasai Kampus


23 Feb - Universiti Malaya telah menyaksikan "pertarungan" di antara GERAK dan Pro-Mahasiswa di dalam Pilihanraya Kampus baru-baru ini dan membuktikan Pro-Mahasiswa berjaya merampas semula kampus Universiti Malaya daripada pimpinan GERAK.

Pro-Mahasiswa memenangi 23 kerusi manakala GERAK hanya berjaya dengan 16 Kerusi dan BEBAS 2 Kerusi. Pro-Mahasiswa bukan sahaja menguasai MPMUM 10/11,malah mereka berjaya menguasai minda mahasiswa.

Pro-Mahasiswa berjaya mempamerkan insiden mengejut seperti kehilangan calon mereka, Saudari Masturah Abu Bakar, dan secara tidak lansung meraih undi simpati mahasiswa yang masih tidak reti menilai secara rasional.



Insiden kehilangan beliau masih di dalam siasatan ramai pihak termasuk pihak Universiti dan pihak Polis. Pro-Mahasiswa juga dikatakan membawa masuk elemen politik luar (ibu Masturah) untuk berkempen semasa PRK lalu.

Pro-Student mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH kepada pimpinan Pro-Mahasiswa kerana berjaya menguasai kampus dan menipu mahasiswa.
read more...

Feb 18, 2011

Pro-Mahasiswa gelisah akan kalah


18 Feb - Pro-Mahasiswa semakin terdesak meraih undi mahasiswa seluruh Universiti Malaya kerana gelisah mereka kini diambang kekalahan apabila GERAK telah memenangi 11 kerusi Fakulti manakala Pro-Mahasiswa baru sahaja memenangi 4 Kerusi "tak sempat" bertanding.

Pro-Mahasiswa sebelum ini takut kehilangan bakal calon mereka sehingga sanggup MERUSUH di Kompleks PerdanaSiswa sehingga menyebabkan kerosakan harta awam dan turut memalukan nama Universiti Malaya.


Berita ini tersebar di seluruh Malaysia melalui media-media dan ini memburukkan nama mahasiswa dan Universiti. Mahasiswa UM kini digelar PERUSUH akibat daripada sifat Pro-Mahasiswa yang terlalu dipengaruhi oleh parti politik Pembangkang di luar kampus. MALU!!!!

Pro-Mahasiswa begitu terdesak sehingga sanggup mengeluarkan flyers dan banner fitnah calon umum GERAK (modus operandi lama) demi meraih undi mahasiswa UM. Pro-Mahasiswa turut memfitnah pihak GERAK membakar banner calon mereka dan menyimbah cat oren pada kereta mereka.

Mahasiswa sudah pon sedar dan kenal taktik kotor sama Pro-Mahasiswa untuk meraih undi mahasiswa setiap tahun. Sokongan terhadap Pro-Mahasiswa telah lama berkurangan dan kini mereka hanya syok sendiri dengan dunia PERUSUH mereka.

Mahasiswa dinasihatkan supaya sentiasa bersedia kerana Pro-Mahasiswa sentiasa memberi kejutan kepada mahasiswa UM dan Malaysia seperti kes kepala babi yang berlaku pada PRK dua tahun lepas.

read more...

Feb 17, 2011

Pro-Mahasiswa PENGGANAS


KUALA LUMPUR: Pilihan raya kampus di Universiti Malaya (UM) memperlihatkan wajah buruknya pada Khamis apabila kumpulan Promahasiswa bertindak kasar dengan menyerbu dan memecah masuk ke Kompleks Perdanasiswa. (VIDEO MENARIK!)

Insiden tersebut berlaku pada tengah hari selepas kumpulan berkenaan dilarang menemui Prof Datuk Dr Rohana Yusof, iaitu Timbalan Naib Canselor UM (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) oleh pengawal keselamatan universiti.

Selepas berlakunya perbalahan dan peristiwa menjerit-jerit, pergelutan pun terjadi di antara kumpulan berkenaan dengan kakitangan dan pengawal keselamatan universiti apabila mereka cuba meloloskan diri ke dalam kompleks tersebut.

Kumpulan Promahasiswa itu yang berjumlah sekitar 100 lebih orang pelajar tidak dapat menahan kesabaran dan rasa marah mereka ketika sedang menanti keputusan pihak pentadbiran ke atas nasib tujuh calon mereka yang digugurkan kelayakan bertanding.

Sejurus sebelum kejadian jelik itu, pihak pentadbiran universiti bersetuju untuk bertemu dengan wakil kumpulan berkenaan tetapi syor tersebut telah ditolak sebaliknya mereka mendesak agar Rohana turun bertemu dengan mereka.

Ketika berita ini ditulis, empat daripada tujuh calon yang tidak dibenarkan bertanding pada peringkat awal – tiga daripadanya adalah wakil Promahasiswa dan seorang wakil bebas - telah diberikan kebenaran untuk bertanding semula.

Bagaimanapun nasib tiga lagi masih belum diketahui.

Mereka yang digugurkan kelayakan bertanding adalah disebabkan antara lain gagal menghadirkan diri pada taklimat wajib pra-pilihan raya dan juga kerana kegagalan mengemukakan borang pencalonan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Sementara itu Pemimpin Penggerak Mahasiswa UM, Mohd Asri Zulkifli, 22, menyifatkan kejadian tengah hari itu sebagai memalukan malah mereka patut menerima tawaran pihak universiti untuk bertemu dengan wakil mereka.


“Tak perlulah nak menunjukkan kekuatan dengan memecah pintu kompleks berkenaan kerana sebagai pelajar universiti kita yang patut menunjukkan teladan yang baik bukan memperlihatkan budaya merusuh seperti itu," katanya.

sumber : mStar Online
read more...

Feb 16, 2011

Pro-Mahasiswa main isu perkauman

16 Feb - Pro-Mahasiswa kini sudah kehilangan sokongan daripada majoriti mahasiswa India dan Cina. Ini disebabkan kerana Pro-Mahasiswa dikatakan hanya "mempergunakan" mereka hanya undi meraih undi kaum India dan Cina, tetapi tidak akan memberi kerjasama dengan mereka. (link)

Keadaan bertambah buruk lagi apabila salah seorang aktivis Pro-Mahasiswa mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti perkauman di secret group Pro-Mahasiswa di laman Facebook. *post tersebut telah di-delete oleh admin mungkin*



Kenyataan tersebut dipercayai dikeluarkan selepas Pro-Mahasiswa menyedari majoriti mahasiswa India tidak lagi menyokong Pro-Mahasiswa. Kenyataan tersebut telah menimbulkan kemarahan ramai pihak terutamanya mahasiswa India. (link) Aktivis tersebut juga telah menuduh GERAK rasis.

Pro-Mahasiswa telah mengabaikan kaum India dan telah mempergunakan kaum cina demi kepentingan politik mereka. Memang wajar kenapa sokongan terhadap Pro-Mahasiswa semakin kritikal sekarang.

KE ARAH MAHASISWA RASIONAL
MAHASISWA LEBIH BIJAK MENILAI
read more...

Feb 15, 2011

Pro-Mahasiswa hilang calon cina pula


16 Feb - Sebelum ini Pro-Mahasiswa sudah kehilangan sokongan daripada kaum India, kini mereka telah kekurangan calon bagi kaum cina pula. (lihat sini)

Bakal calon Pusat Sukan Pro-Mahasiswa, Lim Chin Hau telah menarik diri daripada bertanding untuk Pemilihan MPMUM sesi 10/11 akan datang. Perkara ini diakui oleh beliau sendiri kerana beliau sedar sokongan mahasiswa cina terhadap Pro-Mahasiswa semakin berkurang.

Beliau juga sedar Pro-Mahasiswa hanya menggunakan mahasiswa berbangsa cina untuk meraih undi cina semata-mata, tetapi Pro-Mahasiswa sendiri tidak akan berkerjasama dengan kaum cina.

Kerana kehilangan bakal calon tersebut, Pro-Mahasiswa mula menuduh Saudara Asri Zulkifli dan Khairul Anuar Abu Kasim adalah dalang kepada perkara itu. Pro-Mahasiswa menuduh Pengerusi Penggerak Mahasiswa dan Mantan YDP MPMUM mengugut bakal calon tersebut supaya tidak bertanding bagi kerusi Pusat Sukan.

Tuduhan melulu tersebut adalah untuk mengaburi mata mahasiswa bahawa mereka memang sudah kehilangan sokongan daripada Kaum Cina dan India sendiri. Dikhabarkan juga bakal calon cina Pro-Mahasiswa yang lain akan menarik diri daripada bertanding.

Pro-Mahasiswa dijangka akan melakukan taktik kotor untuk meraih undi simpati mahasiswa sekali lagi seperti tahun-tahun sebelumnya. Mahasiswa diharap bersedia dengan kejutan daripada mereka. (link)

KE ARAH MAHASISWA RASIONAL
MAHASISWA LEBIH BIJAK MENILAI.
read more...

Pro-Mahasiswa terdesak raih undi






Siri FITNAH berlaku lagi daripada pihak Pro-Mahasiswa :

Pro-Mahasiswa sudah pandai menggunakan api untuk meraih undi. Perkara ini telah dilaporkan dan masih dalam siasatan polis, tetapi memang sudah lumrah Pro-Mahasiswa membuat tuduhan melulu terhadap musuh tradisi mereka GERAK. Mereka kan "ISLAM".

Tahun-tahun sebelumnya, Pro-Mahasiswa menggunakan modus operandi yang sama untuk menjatuhkan pihak lawan demi meraih undi mahasiswa UM :







Taktik kotor yang sama daripada Pro-Mahasiswa diulangi setiap tahun demi meraih undi simpati mahasiswa terutama Tahun Satu yang tidak tahu isu-isu tahun sebelumnya.

Pro-Student tidak mahu mengulas lanjut berkenaan FITNAH-FITNAH terbaru mereka di atas. Pro-Student menggalakkan mahasiswa berfikir secara kritis semasa membuat penilaian terhadap isu-isu semasa.

KEARAH MAHASISWA RASIONAL
MAHASISWA LEBIH BIJAK MENILAI
read more...