Ads

May 26, 2010

MPMUM selesaikan isu 'zero balance'


27 Mei - MPMUM sesi ini telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi mahasiswa Universiti Malaya selama satu semester ini. Isu 'zero balance' menyebabkan kesukaran kepada mahasiswa untuk mendaftar subjek pada semester akan datang.

Mahasiswa sebelum ini perlu mengosongkan akaun/melangsaikan segala hutang dengan Bendahari Universiti Malaya sebelum menjejak ke semester baru. Jika tidak,mahasiswa tidak boleh mendaftar subjek atau menduduki semester seterusnya.

MPMUM di dalam pertemuannya dengan Timbalan Naib Canselor UM,Prof. Datuk Dr. Azraie Hj. Idris telah mendapat kata putus dimana polisi tersebut dapat ditangguhkan selama satu semester. Jadi, mahasiswa yang mempunyai hutang RM 500 kebawah dapat meneruskan pengajian semester hadapan tanpa perlu mengosongkan akaun.

Polisi ini akan berkuatkuasa semula pada semester 2 tahun hadapan di mana mahasiswa tetap perlu mengosongkan akaun sebelum melangkah masuk semester baru.

" Inilah kebajikan mahasiswa yang kami tegakkan. Kami bukan hanya berkata kosong." ulas YDP MPMUM,Saudara Khairul Anuar Kasim.

Kejayaan ini memberi impak yang besar kepada mahasiswa,tidak seperti tahun-tahun sebelum ini.
read more...

PMIUM mohon penjelasan


26 Mei - Beberapa ahli PMIUM memohon penjelasan daripada Pengarah Keselamatan Universiti Malaya selepas beliau menyampaikan taklimat tentang keselamatan kepada pelajar baru Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri baru-baru ini.

Pengarah Keselamatan UM,Mejar (B) Noor Mohammad Ismail,telah dituduh menghasut pelajar-pelajar baru APIUM Nilam Puri supaya tidak terlibat dengan aktiviti agresif yang menjatuhkan maruah Universiti Malaya itu sendiri.

Menurut sumber,beliau juga telah 'memetik' nama-nama orang kuat PMIUM seperti

1) Shazni Munir( Mantan Presiden PMIUM)
2) Hafiz Ilyas (MPMUM 09/10)
3) Aizat Saleh (MPMUM 08/09)
4) Fadzil Jamal (MPMUM 09/10)
5) Shafie Hashim (Pengerusi Pro-M Nasional)
6) Izzuddin Hilmi ( Mantan Presiden JTK UM Nilam Puri) serta dua orang aktivis muslimat.

Semasa taklimat,beliau juga menasihatkan pelajar baru supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara yang memburukkan nama sendiri,keluarga,dan Universiti Malaya.

Seperti yang kita tahu,Saudara Shazni Munir (Mantan Presiden PMIUM) pernah terlibat di dalam kes conteng dinding dan simbah minyak petrol semasa kehadiran Datin Sri Rosmah Mansor ke UM untuk merasmikan majlis 'The Power of 10sen'. Jadi,bagi Pengarah Keselamatan,wajarlah beliau untuk menasihatkan pelajar-pelajar baru supaya tidak mengulangi kesilapan orang-orang seperti ini.
read more...

May 25, 2010

Bas UM tidak beroperasi


26 Mei - Bas UM dikatakan tidak beroperasi sepanjang semester khas ini kerana kurangnya pelajar yang menghuni di kolej-kolej kediaman. Ramai mahasiswa mengadu tentang perkara ini tetapi masih lagi tiada penambahbaikan dilakukan.

Pro-Student menerima email daripada seorang mahasiswa yang mahu dikenali sebagai 'Meng' bercerita tentang perkara ini.

"kitorang amik special sem n dok kolej 12 ni.setiap kali nak pegi kelas mesti takde bas. kitorang mane ada transport nak pegi fac.mentang-mentang la kitorg amik sem khas."

"kitorg da tgk jadual bas um untuk sem khas ni,tp masalahnya bas tak datang ikot jadual pon.sama je time semester biasa."

Pelajar ini meluahkan ketidakpuashatian beliau ini kepada MPMUM melalui email tetapi tiada sebarang balasan/tindakan yang dilakukan.

"kitorg da buat aduan,da hantar email kat mpmum,tp takde respon pon.tindakan apatah lagi.nampaknya diorg turut bercuti dan ade jugak yang lebih focus kat feskum diorg.habis tu kebajikan yang katanye nak ditegakkan tu mana hilang?"

Seperti yang kita faham,MPMUM sekarang sibuk dengan FESKUM dan kemasukan pelajar baru sesi akan datang. Sepatutnya MPMUM perlu beri tumpuan juga kepada mahasiswa yang masih menghuni di Universiti Malaya pada semester khas ini.

Meng mewakili mahasiswa lain berharap supaya perkara ini dapat diselesaikan sebelum semester khas ini berakhir. Beliau juga berharap konflik antara MPMUM Pro-Mahasiswa dan MPMUM Penggerak dapat diabaikan dan utamakan mahasiswa lain,tidak menjadikan mahasiswa lain menjadi mangsa keadaan.
read more...

Selamat Datang Pelajar baru PASUM


23 Mei - Hari pendaftaran pelajar baru Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) berlangsung pada hari ahad dan sekarang ini sedang menjalani minggu haluansiswa. Pro-Student mengucapkan SELAMAT DATANG ke kehidupan universiti.

Pesanan buat adik-adik : Jangan sia-siakan pengajian anda selama setahun di Universiti ini dan Jangan mudah terpengaruh dengan perkara yang melalaikan. =)
read more...

May 19, 2010

PRO-STUDENT kembali.


19 Mei - Selepas Pro-Student senyap sekian lama,kini kami kembali dengan matlamat baru dan wajah baru. Kami sedia memberi maklumat terkini kepada mahasiswa Universiti Malaya dan sama-sama membuka minda terhadap isu-isu semasa.

Untuk pengetahuan,Pro-Student akan menutup sebentar ruang komentar sementara ini atas sebab-sebab tertentu. Ruang komentar dijangka akan dibuka semula pada pertengahan bulan September. Diharap semua mahasiswa bersabar.

Jikalau terdapat sebarang cadangan dan pendapat,boleh hubungi kami melalui email pro.student10@gmail.com.
read more...

Kem Pembantu Mahasiswa Fasa HEP UM


16 Mei - Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya telah menganjurkan Kem Pembantu Mahasiswa Fasa II untuk semua pembantu mahasiswa kolej kediaman termasuklah kolej nilam puri serta sentral. Kursus ini diadakan sekitar fakulti sains dan Ulu Yam melibatkan hampir 400 orang peserta.

Kem ini yang menjadi acara tahunan bermatlamatkan untuk melatih bakal-bakal pembimbing mahasiswa yang baru agar dilengkapi dengan semangat berpasukan, bersedia dengan segala rintangan serta mewujudkan kerjasama di antara satu sama lain.



Terdapat juga unsur-unsur sabotaj pada malam kedua (15 Mei) di Dewan Kuliah 4 Fakulti Sains apabila dewan tersebut 'diputuskan' bekalan elektrik. Apabila pihak teknikal fakulti tersebut ditanya mengenai perkara itu, ia disebabkan soket pada suis bekalan telah dicabut dan ghaib. Ini secara lansung memberi masalah dan menyusahkan para Pembantu Mahasiswa yang sedang menjalani kursus termasuk PM daripada nilam puri.

Dijangkakan dua lagi siri yang dianjurkan oleh pihak HEPA dan kolej masing-masing sebelum berlangsung Minggu Haluansiswa 2010/2011 pada 4 Julai hingga 11 Julai.
read more...