Ads

Dec 30, 2009

Pro-Mahasiswa bikin panas



'Grand-night Pro-Mahasiswa' yang 'ingin' diadakan di Gazebo Kompleks Perdana Siswa malam tadi mengundang kemarahan pihak HEP dan mahasiswa yang ingin menghadiri majlis tersebut.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan agenda baru pro-m untuk Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa tidak kesampaian apabila Gazebo KPS digunakan oleh mahasiswa cina untuk latihan tarian naga.

Pro-Mahasiswa terdesak ingin mengadakan Grand-night tersebut,lalu mengambil jalan pintas dengan memecah masuk bilik Sek MPMUM dan menarik wayar keluar untuk mendapatkan bekalan elektrik.

Apabila salah seorang pihak HEP menegur dan bertanya kepada mereka,mereka tidak mengendahkannya malah bersikap kurang ajar apabila salah seorang aktivis pro-Mahasiswa berkata kepada pihak HEP tersebut tidak ada kene mengena dengan perkara yang dilakukan.

Pro-Mahasiswa dikatakan tidak meminta kebenaran untuk penggunaan Gazebo dan kebenaran untuk mengadakan program tersebut. Sekali lagi mahasiswa di kalangan mereka menunjukkan mereka bukan dari kalangan mahasiswa intelektual.

Apabila pihak keselamatan tiba di tempat kejadian,mereka pon bersurai dan menghala ke tempat lain seperti takut ditahan oleh keselamatan. Pepatah ada menyebut "berani kerana benar,takut kerana salah".

Pihak Keselamatan akan mengetatkan lagi kawalan di sekitar UM termasuk KPS dan DTC supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Sebahagian mahasiswa yang hadir merasa kesal dengan tindakan Pro-Mahasiswa yang tidak professional apabila program tersebut 'punah' dan tidak menjadi seperti tidak dirancang dengan baik. Mereka menggadaikan masa mahasiswa yang ingin melihat agenda pro-Mahasiswa yang ingin dibentangkan malam tadi. Ada juga yang seronok,macam buat kecoh di KPS,mungkin kerana sudah terbiasa dengan sikap itu.
read more...

Dec 29, 2009

HEP tidak benarkan Forum anjuran BANTAH


Forum ‘E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus’ anjuran MPMUM dan BANTAH akan berlansung pada 1 Januari ini dikatakan berlaku campurtangan HEP. HEP tidak membenarkan forum ini berlansung di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam.

Sebelum ini pihak APIUM telah meluluskan permohonan untuk menggunakan dewan tersebut untuk program yang dikatakan intelektual tetapi pada saat akhir HEP mendesak supaya APIUM menarik balik kelulusan itu.

Apabila ditanya pihak HEP,mereka berkata segala program yang ingin dijalankan di dalam kampus mesti meminta kelulusan daripada pihak HEP mengikut prosedur. Tetapi mereka (MPMUM dan BANTAH) tidak mengikut prosedur seperti fakulti yang lain atau kolej-kolej kediaman lakukan untuk menjalankan suatu projek/program. Lagi-lagi ingin membawa masuk ahli politik ke dalam kampus. Pihak APIUM tidak tahu bahawa program ini telah diluluskan HEP atau tidak.

MPMUM dan BANTAH seperti mengikut kepala sendiri dan tidak berfikir secara intelektual seperti mahasiswa lain yang menjalankan suatu proram. Mereka tidak pernah berurusan dan meminta kebenaran daripada pihak HEP untuk kelulusan program. Walau se'intelektual' mana pon program yang ingin dijalankan,tetapi jika tidak mendapat kelulusan HEP,program itu tidak akan dapat dijalankan.

Kita semua perlu tahu, segala program atau urusan berkaitan mahasiswa adalah dibawah tanggungjawab dan penyeliaan HEP. Bukan fakulti mahupun makcik sesiapa. Jadi tidak boleh menunding jari 100% kepada pihak HEP kerana mendesak pembatalan forum itu sedangkan ia adalah kesilapan pihak MPMUM dan BANTAH sendiri. Mahasiswa perlu melihat perkara ini dari pelbagai perspektif. Manusia dikurniakan akal untuk berfikir.

BANTAH dikatakan akan tetap meneruskan forum itu hadapan Balai Ilmu,API. Semoga forum itu berjalan dengan lancarnya.

Bersama Pro-Student menyokong e-voting. Hadirkan diri ke forum ini untuk mendengar pendapat semua pihak. Percayalah, DEMOKRASI tetap wujud, dan akan musnah jika kita tidak ada kepercayaan terhadapnya.
read more...

Dec 22, 2009

PMIUM bersama buku Tarbiyah PAS



**Muat Turun melalui link ini**

Buku ini digunakan oleh para 'pendakwah' PMIUM untuk menyebarkan dakwah mereka dengan cara PAS. Ini sekaligus mempengaruhi mahasiswa melibatkan diri secara tidak lansung dengan politik luar.

Buku ini juga tidak boleh disebarkan kerana ditakuti perkara ini menjatuhkan PMIUM. Tetapi kita perlulah berkongsi ilmu jika ilmu itu tidak memimpin kita ke arah kemungkaran.

Di dalam buku ini juga mengandungi cara-cara berjihad,berdakwah,risiko yang perlu ditanggung oleh pendakwah dan macam-macam lagi. Tetapi adakah mereka berdakwah mengikut Islam sebenar?

Buku ini diperolehi daripada orang kuat PMIUM yang tidak dibenarkan menyebut namanya. Dikhuatiri beliau diancam oleh ahli PMIUM yang lain kerana membenarkan pro-s menyebarkan maklumat ini.

Banyak lagi buku yang mengajar kita cara berdakwah tetapi PMIUM mengambil cara pendakwahan PAS sebagai tiang berjihad menyebarkan agama Islam. PAS pasti mempunyai agenda mereka sendiri mempengaruhi mahasiswa zaman ini dengan cara ini. Wallahualam.~

**Bersama Pro-Student membanteras politik luar masuk ke dalam kampus!**
read more...

Dec 17, 2009

MPMUM bersama Ahli Parlimen PAS fitnah NC



Naib Canselor Universiti Malaya ,Prof Datuk Dr Gauth Jasmon dituduh oleh ahli parlimen PAS kerana mengamalkan kronisme apabila dua staff universiti, Dr. David Ngo Check Leng dan Dr. David Asirvatham dilantik secara 'haram' di Universiti Malaya ini. Kedua-dua mereka diambil masuk daripada Universiti MultiMedia (MMU),rakan sekerja NC dahulu.

Katanya,perlantikan itu tidak melalui prosedur Universiti dan diambil secara 'haram' seperti membawa masuk pendatang asing untuk menjadi dekan FSKTM dan Pengarah PTM di Universiti Malaya. Tambahnya lagi,Dr.David Ngo Check Leng yang dianugerahkan jawatan Professor tidak memenuhi syarat minima seperti kredit Bahasa Melayu dalam SPM dan tidak boleh bertutur Bahasa Melayu.

NC juga turut menjelaskan bahawa perlantikan mereka adalah mengikut prosedur.Beliau berkata, pelantikan profesor dan dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) Dr David Ngo Chek Leng dan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM) Dr David Asirvatham dilakukan mengikut prosedur. Ngo telah ditemuduga oleh jawatankuasa pemilihan professor dan diluluskan oleh Lembaga Universiti.

“Beliau pernah berkerja dengan saya di Universiti Multimedia (MMU) dan pernah menjadi dekan fakulti teknologi maklumat selama 6 tahun. Dari segi kelayakan, beliau memang cemerlang,” katanya.

“Kalau ada MP menyatakan tidak ada temuduga, itu semua tidak betul,” katanya dalam sidang media diadakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dr Hou Kok Chung mengenai Persatuan Mahasiswa Bahasa Cina UM juarai pertandingan debat Mandarin antarabangsa di sini hari ini.


NC meluahkan rasa kecewa terhadap ahli Parlimen PAS dan MPMUM kerana ragu-ragu terhadapnya,malah cuba ingin menjatuhkan beliau. Mahasiswa perlu percaya kepada NC yang telah banyak berjasa menaikkan nama Universiti malah menaikkan 'ranking' Universiti ke kedudukan 180 dunia. Adakah mahasiswa lupa?




Lihatlah bertapa jahilnya MPMUM menyokong ahli Parlimen PAS itu yang cuba mengaibkan NC kita,tetapi tidak pula menyokong dan percaya kepada NC mereka sendiri hanya kerana pengaruh daripada PAS. Ini secara tidak lansung menunjukkan MPMUM Pro-M tidak menyokong visi dan misi UM yang turut dibawa oleh NC untuk mahasiswa.

MPMUM yang berkenaan yang kuat menyokong ahli parlimen PAS ialah MOHD RIDZUAN BIN MOHAMMAD dan MOHD AIZAT BIN MOHD SALEH(BANTAH). Sokongan mereka menunjukkan mereka melibatkan diri dengan politik luar apabila menyokong dakwaan ahli Parlimen PAS yang tidak begitu fasih dengan Universiti Malaya. Mereka hanya ingin mendapatkan sokongan daripada PAS untuk turut membantah e-undi yang akan dilaksanakan pada pilihanraya kampus akan datang. Jadi mereka pon 'attack' NC kita dengan cara ini kerana NC turut bersetuju dengan e-undi.

Kita sebagai mahasiswa Universiti Malaya perlu memberi kepercayaan penuh terhadap NC yang telah menaikkan nama Universiti,bukan membelakangkan beliau.
read more...

Dec 16, 2009

Bangunlah Rakyat Malaysia


***diambil daripada seorang pelajar UPM.

"Wahai anak-anak Malaysia.
Bangunlah dari tidurmu.
Lihat pada keliling kita.
Di bandar dan di kampung.
Lihat pada jiran dan masyarakat kita.
Di darat atau di sempadan.
Sedarlah anak-anak Malaysia.
Kita berada di penghujung kegemilangan"

Malaysia adalah salah satu negara yang membangun bukan sahaja di Asia Tenggara malah di dunia. Dunia melihat Malaysia sebagai negara yang berpotensi menjadi negara maju seperti Amerika dan Jepun sejak tampuk pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad yang banyak menumpahkan jasa kepada negara sehingga beliau digelar Bapa Pembangunan.

Tetapi adakah dunia melihat Malaysia pada rakyatnya yang berbilang agama,bangsa,kaum dan adat? Jika ya,apakah persepsi dunia terhadap Malaysia yang sedang giat membangun ini? Mari kita lihat fakta-fakta terselindung ini :

1) Di Malaysia diduduki lebih kurang 51% Melayu,24% Cina,9% India,16% lain-lain. (Ni semua orang tau).

2) Golongan 'MAT REMPIT' hanya ada di Malaysia SAHAJA,tidak berada di negara-negara lain yang maju mahupun yang masih belum mencapai kemerdekaan. 'MAT REMPIT' terdiri daripada lebih kurang 85% Melayu, 12% India, 3% cina dan lain-lain.

3) Hanya di Malaysia SAHAJA dimana penduduknya membawa kenderaan melebihi had laju malah membahayakan,tidak seperti penduduk negara-negara yang maju yang mana penduduknya lebih berharta dan memiliki kenderaan jauh lebih mahal. Kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian di Malaysia telah mencatat 'rekod dunia' apabila mendapat kedudukan paling tinggi di dunia.

4) Kes ragut meningkat sebanyak 45% dari tahun 2007 hingga 2009. Majoriti peragut adalah Melayu dan majoriti mangsa ragut juga adalah melayu. Dan jenayah ragut sahaja di Malaysia adalah paling tinggi di Asia,malah berpotensi untuk mengatasi satu dunia.

5) Kilang-kilang yang menyediakan banyak peluang pekerjaan majoritinya adalah WARGA ASING. Cuba bandingkan dengan ini; lebih 20% rakyat Malaysia yang sepatutnya sudah berkerjaya MASIH menganggur tanpa pekerjaan TERMASUK para graduan universiti dalam dan luar negara.("Apa barang kerja kat kilang,nak keje ofis",kata-kata yang selalu diucapkan para penganggur).

6) Kanak-kanak di negara yang miskin dan mundur teringin untuk menuntut ilmu,belajar membaca,mengaji dan mengira. Di Malaysia,pelajar sekolah pada waktu persekolahan kebanyakannya di cyber cafe,kedai mamak,shopping complex,lorong haji taib,cinema,karaoke,clubbing,shuffle di bukit bintang. Lebih menyedihkan ibu bapa mereka tidak ambil peduli pergaulan sosial mereka sehingga agama dipinggirkan.

7) Apabila tibanya cuti umum Malaysia,hampir semua kedai-kedai milik melayu TUTUP tetapi hampir semua kedai-kedai milik cina berniaga seperti biasa. Ia salah satu faktor ekonomi dikuasai warga cina di Malaysia.

8) Di kelab-kelab malam lebih ramai umat Islam Melayu berbanding yang bukan Islam. Lebih menyedihkan,mereka minum benda haram seperti meneguk air sirap bandung dan melakukan maksiat seperti sudah yakin masuk syurga.

9) 79% penagih dadah di Malaysia adalah Melayu dan 14% warga India. Sebaliknya pula,64% pengedar dadah adalah warga cina dan selebihnya Melayu.

10) Di dalam program 'Bersamamu' tv3,majoritinya bangsa Melayu yang masih kuat otot-otot di tangan dan kaki mereka dan masih mengharapkan bantuan dana dari pihak yang mengasihani mereka. dll..



Fakta-fakta di atas akan menimbulkan pelbagai persepsi yang negatif terhadap rakyat Malaysia. Walaupun Malaysia adalah negara yang sedang membangun,tetapi rakyatnya semakin mundur.

Perkara di atas juga boleh menimbulkan isu perkauman dan sensitiviti masyarakat,tetapi semuanya adalah kenyataan dan rakyat Malaysia terutamanya Melayu majoritinya perlu sedar dan sedar dan sedar. Jadi sangat pelik kenapa sebahagian rakyat Malaysia menolak Biro Tatanegara (BTN) CONTOHNYA yang dikatakan modul mereka menyentuh sensitiviti kaum.

Perkara di atas juga menyebabkan datuk nenek moyang menangis di dalam kubur yang susah payah berjuang bermati-matian untuk anak cucu cicit mereka di masa hadapan,tetapi anak cucu cicit mereka seperti melupakan jasa mereka,mencemar maruah bangsa dan negara.

Perkara di atas juga akan menyebabkan tanah darah nenek moyang kita ini dijajah semula dan kemerdekaan dirampas semula walaupun negara sudah jauh lebih maju daripada negara yang sudah mencapai kemerdekaan yang masih mundur.

Perkara di atas juga menyebabkan umat Islam yang betul-betul ISLAM di Malaysia semakin pupus. Tambahan pula mereka yang penuh ilmu agamanya bukan dipraktikkan untuk berdakwah tetapi lebih kepada ingin memenangi hati rakyat jelata.(guna nama ISLAM untuk menarik hati).

Tetapi bertambah sedihnya,apabila sebahagian rakyat Malaysia menunding jari kepada kerajaan mahupun pembangkang kerana tidak berjaya mengatasi masalah-masalah sosial di Malaysia,sedangkan perkara ini semua datangnya dari dalam diri mereka sendiri.

Sedarlah Wahai Rakyat Malaysia. Jangan jadi BODOH di tanah kamu berpijak.

-hasil seorang pemalu-


***
"PRO-STUDENT likes this."
read more...

Dec 7, 2009

Tidak Mengaku BERSALAH.


Tiga lagi penuntut Universiti Malaya (UM) mengaku tidak bersalah atas tuduhan menconteng, menceroboh dan cuba melakukan khianat dengan membakar fakulti Akademi Pengajian Islam (API) di universiti itu, Jun lalu. Enam hari selepas kejadian, dua rakan mereka, Mohamad Izzudin Hilmi dan Muhammad Syahrul Deen Ahmad Rosli telah didakwa atas tuduhan sama dan masing-masing mengaku tidak bersalah.

Ketiga-tiga tertuduh yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini(7dec) terdiri daripada Mohamad Aizat Rosle dan Mohammad Saufi Jelani, masing-masing berusia 21 tahun serta Mohd. Shazni Munir Mohd Ithnin, 22.

Bagi tuduhan pertama, mereka didakwa cuba melakukan khianat dengan menggunakan api terhadap bangunan fakulti itu. Bagi tuduhan kedua, mereka didakwa menceroboh bangunan tersebut mengikut Seksyen 447 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Kes kedua-dua pelajar itu sepatutnya mula dibicarakan hari ini di hadapan Hakim Rozana Ali Yusoff bagaimanapun ia ditangguhkan kerana hakim tersebut sedang bercuti.Komathy menetapkan 12 Januari ini untuk sebutan semula kes di hadapan Rozana bagi menetapkan tarikh bicara.

Ketiga-tiga tertuduh dijamin oleh ibu bapa masing-masing yang hadir bersama ahli keluarga lain dan rakan-rakan.
read more...

Dec 6, 2009

3 lagi siswa ke mahkamah


Tiga mahasiswa yang menjadi suspek berhubung kes menconteng perkataan "bini puaka" dan percubaan membakar di sebuah dewan kuliah di Universiti Malaya (UM) dijangka akan dituduh di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur esok (7dec).

Ketiga-tiga suspek itu - Shazni Munir Mohd Ithnin(presiden PMIUM), Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - tersebut diminta hadir ke mahkamah tersebut jam 8 pagi. Dua lagi suspek diminta hadir ke mahkamah tersebut, di kompleks mahkamah Jalan Duta, pada waktu yang sama. Dua lagi pelajar API yang telah dituduh - Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli - akan bicarakan di mahkamah tersebut mengikut seksyen-seksyen 427 dan 436 Kanun Keseksaan.

Selain menconteng "C4", "pembunuh Altantuya" dan "bini puaka", mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri perdana menteri Rosmah Mansor dalam satu kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin, 24 Jun lalu.

***Walaupon belum dibicarakan,kes ini telah mencalar nama baik Universiti Malaya. Malu..malu..

***Berita selanjutnya akan menyusul.
read more...

Dec 3, 2009

PRO-STUDENT main FACEBOOK


PRO-STUDENT ingin mengembangkan dan menambah pengaruh dengan FACEBOOK. Jadi mahasiswa boleh berkomunikasi bersama Pro-Student di facebook memandangkan facebook adalah laman sosial yang terhangat masa kini.

Jadi peminat kami dan update dgn isu semasa kami dengan hanya satu klik di 'become a fan' di laman facebook kami.

Click here to our facebook.
read more...

Nov 19, 2009

Budak PMIUM kene tangkap


Seorang pelajar Universiti Malaya, yang dikehendaki polis sejak enam bulan lalu berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebuah dewan, berjaya ditangkap hari ini.

Muhammad Saufi Jelani ditahan oleh lima anggota polis di bangunan peperiksaan universiti itu kira-kira jam 10.30 pagi, selepas menduduki kertas terakhir bagi pengajian semester ini.

Beliau, pelajar terakhir ditangkap daripada sekumpulan lima orang yang disiasat berhubung kes tersebut, kemudian dibawa ke balai polis Jalan Pantai Baru, kira-kira 200 meter di depan kampus tersebut.

Exco perhubungan luar Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Mohd Syafie Hashim memberitahu Malaysiakini di kampus tersebut, beliau cuba menelefon Muhammad Saufi untuk mengesahkan tangkapan tersebut tetapi seorang anggota polis memaklumkan bahawa pelajar Akademi Pengajian Islam (API) itu sedang disiasat.

Sementara itu exco penerbitan PMIUM Farid Jalpah ketika dihubungi petang ini berkata Muhammad Saufi dipindahkan ke balai polis Bukit Jalil dari ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.

Farid tiba ke IPD bersama dua pemimpin Majlis Perwakilan Mahasiswa UM Mohd Hafiz Ilyas dan Mohd Aizat Mohd Salleh kira-kira 2.30 petang tetapi gagal menemui Muhammad Saufi selepas dipindahkan dari balai Jalan Pantai Baru.

Kakak dan abang ipar Muhammad Saufi, yang tidak dinamakan, turut berada di IPD dan memaklumkan bahawa suspek telah dibawa ke balai polis Bukit Jalil.

Difahamkan Muhammad Saufi dihantar balai polis tersebut kerana lokap di IPD tersebut sudah penuh.

Satu sumber polis memberitahu Malaysiakini, pelajar API itu akan bermalam di lokap sebelum dibawa ke depan majistret untuk tahanan reman esok.

Polis menjejaki suspek berhubung siasatan kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan kuliah utama API.

Selain kes menceroboh dewan tersebut awal pagi 24 Jun lepas, siasatan polis juga berhubung simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk satu program di dewan tersebut.

Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum dewan tersebut digunakan oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk program derma kanak-kanak Palestin, jam 9 pagi Rabu itu.

Pada 30 Jun lalu, dua pelajar API dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli juga dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Mahkamah menetapkan 7 hingga 11 Disember depan untuk perbicaraan kes mereka berdua pelajar.

Pada 18 Julai lalu, presiden PMIUM Shazni Munir Mohd Ithnin - pelajar tahun akhir API - ditahan sebelum polis memberkas Muhammad Aizat Roslan, pelajar jurusan syariah, di kafeteria API pada 12 Ogos.

Dipercayai tiga pelajar ini, termasuk Muhammad Saufi, akan dibicarakan bersama dua tertuduh awal, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen. -malaysiakini

**budak PMIUM ni..ada komen?
read more...

Nov 18, 2009

Pendaftaran Kursus Untuk Semester II



Pertama sekali Pro-Student ingin mengucapkan tahniah kepada mahasiswa yang telah selesai menduduki peperiksaan akhir semester. Di sini kami sediakan prosedur untuk mendaftar kursus untuk semester II akan datang.(boleh didapati di umsisweb)

1. Pendaftaran secara online akan bermula pada 23 November 2009 hingga 20 Disember 2009 untuk pelajar undergraduates.

2. Permohonan lebih jam kredit boleh mula dibuat pada pendaftaran awal iaitu 20 Disember 2009.

3. Minggu Tambah/Gugur Kursus akan bermula pada 28 DISEMBER 2009 – 10 JANUARI 2010.

4. Pengesahan muktamad untuk kursus yang diambil adalah pada 13-17 Januari 2010.

Maklumat lanjut boleh didapati di UMSISWEB.

Selamat bercuti.Isi masa terluang dengan perkara berfaedah.weee...~~
read more...

Nov 9, 2009

MPMUM vs SPKUM


Hangat pilihanraya kampus makin terasa apabila perbalahan atau 'perang mulut' atau 'perang dingin' berlaku diantara dua 'kuasa besar' UM iaitu Majlis Perwakilan Mahasiswa UM(MPMUM) dan Sekriteriat Presiden Kolej Kediaman UM (SPKUM). Perbalahan berlaku disebabkan 'kuasa' untuk 'menakhluki' kolej kediaman di Universiti Malaya.

Di kala peperiksaan akhir semester ini,kedua-dua 'kuasa' ini saling berbalas-balas tentang kebajikan di kolej kediaman,terutamanya seperti isu yang berlaku di KK4.

Pihak MPMUM berkelakuan seperti 'tidak puas hati' dengan tindakan pentadbiran kolej atau JIK JTK menangani isu-isu berkenaan kebajikan mahasiswa. Manakala pihak SPKUM (kira wakil JIK JTK la ni) dikatakan tidak melakukan sebarang tindakan atau 'playsafe' dalam menangani isu.

1. Sebelum ini dikatakan MPMUM telah berusaha untuk bekerjasama dengan SPKUM untuk sama-sama menangani isu dan masalah di kolej kediaman tetapi tidak mendapat respon positif dari pihak SPKUM.

Apabila ditanya kepada pihak SPKUM tentang perkara ini,mereka berkata ;

"tidak nampak satu pon usaha dari MPMUM yang mereka ingin menangani masalah kolej,apatah lagi ingin berkerjasama dengan kami."

"Penghuni kolej lebih rapat dengan kami(JIK JTK) daripada MPMUM,jadi kami lebih memahami situasi yang dialami oleh mereka."

2. Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Mohd Aizat Bin Mohd Saleh, dengan nada yang 'emosional' berkata ;

“Isu yang berlaku, seperti bilik sempit di kolej kediaman Bestari dan dewan makan baru-baru ini, biarkan (sahaja) pimpinan JTK yang menyelesaikannya.”

“Banyak lagi tugasan dan hasrat mahasiswa yang belum dipenuhi, misalnya kebajikan pelajar-pelajar kita di luar kampus dan isu perkhidmatan bas. Ini sebenarnya yang perlu kita tumpu”

“Saya cadangkan, sekiranya JTK tidak boleh (untuk) selesaikan masalah pelajar kolej, letak jawatan dan adakan sahaja Pilihan Raya Kolej Kediaman, biar mahasiswa pilih pimpinan yang layak untuk berkhidmat.”

Bila ditanya mengenai 'renovation' di KK4,beliau berkata; “Tidak ada masa lain untuk perbaiki kolej?”.


Bayangkan bertapa tidak profesionalnya beliau seperti menyindir JIK JTK dan pertadbiran kolej. Inilah wakil yang diangkat sendiri oleh mahasiswa kalian. Beliau mengeluarkan kata-kata seperti tidak berfikir terlebih dahulu. Kebajikan di luar kampus dan isu bas telah lama diutarakan,tetapi masih tidak lagi selesai.(Taknak letak jawatan abang?). Dan berkenaan 'renovation',bila masa nak buat jika ia memakan masa 3bulan?.(iskh3..kesian abang ni).

3. Setiausaha agung MPMUM , Sdr Syahrizul Ayuni Binti Zulkiply pula berkata beliau akan cuba sedaya upaya membantu pihak SPKUM untuk menangani isu kolej. Walaupon SPKUM dikatakan seperti 'tidak ambil peduli' dengan MPMUM.

"Saya bersedia untuk bawakan isu ini keperingkat lebih tinggi, atau jika pihak SPKUM mahu bawakan sendiri, saya boleh bantu untuk uruskan pertemuan/dialog/perbincangan dengan pihak NC, SUHAKAM mahupun Kementerian Pengajian Tinggi, jika tidak mahu juga saya uruskan pertemuan, saya boleh bantu untuk memberikan nombor untuk dihubungi kepada pihak SPKUM."

Sikap begini yang perlu ada di dalam pimpinan,bukan seperti abang Aizat Saleh yang 'emo' dan tidak berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan. Harap SPKUM dan MPMUM saling membantu untuk menyelesaikan masalah kami(students).

4. Persatuan Penghuni Menderita (PPM) menyatakan di dalam UM-TODAY bahawa mereka telah membuat banyak aduan mengenai masalah di KK4 tetapi tidak diendahkan JIK JTK. Mereka yang bersikap tidak profesional melontarkan rasa tidak puas hati kepada JTK KK4 dengan menyebarkan risalah memburukkan nama JTK KK4.

Apabila pentadbiran mengarahkan kepada PPM untuk 'tunjuk muka',tidak pula mereka berani keluar mengutarakan masalah. PPM juga mendakwa pentadbiran kolej mengadakan dialog bersama pengetua hanya selepas didesak oleh pelajar. Sedangkan pihak pentadbiran KK4 telah merancang dgn lebih awl lg perbincangan tersebut.

Ada penghuni KK4 yang mendakwa PPM ini diterajui oleh Maryam Muneerah Ahmad,Nurul Hanis Ibrahim,Saiedah Nafisah Roslan dan Nurul Iffah Anwar. Mereka ini adalah penghuni KK4 yang didakwa bergiat dalam PPM secara 'pengecut'. Mereka juga didakwa 'orang kuat Pro-Mahasiswa' di kalangan mereka. Difahamkan juga Sdr Shahrizul Ayuni terlibat secara tidak lansung dengan menyokong pergerakan ini.(duduk KK4 gak ayuni ni).**ada agenda ke?**

**kami PRO-STUDENT berharap agar kami,mahasiswa, tidak menjadi mangsa kepada perbalahan di antara dua pihak ini. Jangan gila kuasa masing-masing. Berkerjasama untuk menegakkan kebajikan kami dan jaga keharmonian di Universiti Malaya ini.
read more...

Nov 4, 2009

Isu "Bilik Sempit" di 4th.


Kolej Kediaman Bestari(4th) mengalami masalah yang dikatakan serius apabila dikatakan mereka perlu 'bersempit' dengan pengongsian bilik di blok lain atas sebab proses penambahbaikan(renovation) di kolej tersebut.

Penghuni kolej itu terpaksa duduk 5-7 orang di dalam satu bilik yang agak 'kecil' dan ini boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada penghuni. Dialog bersama pengetua kolej 4,Prof Madya Dr Ahmad Salihin Baba telah berlansung berkenaan perkara ini selain isu makanan.

Aduan telah dibuat kepada pihak MPMUM dan juga JIK JTK kolej kediaman tersebut berkenaan perkara ini. Pihak MPMUM masih lagi belum memberi sebarang tindak balas terhadap perkara ini. JIK JTK pula telah membawa perkara ini kepada SPKUM tetapi perkara ini masih di dalam perbincangan mereka.

Penambahbaikan itu akan bermula pada 20 November dan dijangka siap pada 20 Januari akan datang. Kami Pro-Students berharap penghuni kolej 4 akan bersabar kerana penambahbaikan ini adalah untuk kebaikan penghuni itu sendiri. Jika dikira-kira balik,kita hanya 'bersempit' untuk beberapa minggu sahaja ditolak dengan cuti semester yang akan tiba selepas peperiksaan. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman dan segala perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Diharap juga renovation itu tidak tertangguh dan berjalan dengan lancarnya supaya masa 'bersempit' dapat dikurangkan. Dan diharap juga isu ini tidak menjadi 'mainan' untuk mana-mana pihak.

Tidak semua perkara dapat diselesaikan dengan sekelip mata.Kita bukan Tuhan.Kita hanya manusia.Mahasiswa boleh berfikir kan?

p/s **Kalau tak buat penambahbaikan,kata kolej tak amik berat pulak.
**suruh la kolej kurangkan yuran penginapan sem depan.hehe..
read more...

Oct 22, 2009

Kesah PROSIDING pula


8 orang mahasiswa dari PMIUM dan PBCUM dimana telah di dakwa di bawah statut Universiti 1979 yang turut bercanggah dengan AUKU dan perlembagaan Malaysia sendiri.

Kelapan-lapan mahasiswa berkenaan ialah 6 orang daripada Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PBCUM) – yang tidak mahu nama mereka didedahkan, dan 2 orang dari Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) iaitu mantan presiden, Mohd Haafizuddin Abirerah dan ahli biasa, Abu Ubaidah Amir.

Mereka dihadapkan ke perbicaraan oleh Tribunal Universiti dan dituduh melakukan kesalahan disiplin dibawah seksyen 16 (c) Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999. Pendakwaan di bawah akta berkenaan atas tuduhan membawa masuk ahli politik ke dalam universiti.

Pihak HEP telah menangguh 2 kali prosiding ini lalu membangkitkan kemarahan beberapa pihak terutamanya pihak tertuduh. Apabila diminta penjelasan daripada pihak HEP,mereka tidak dapat memberi kenyataan yang memuaskan hati pihak-pihak tersebut.

Kami Pro-Student tidak mahu memburukkan sesiapa di dalam kes ini,tetapi kami hanya berharap prosiding ini dipercepatkan supaya tidak membangkitkan kemarahan pihak tertuduh. Mungkin pihak HEP tidak ada niat untuk berlaku tidak professional,mungkin atas sebab-sebab tertentu mereka menangguh perbicaraan itu.

Jika mereka disabitkan kesalahan,diharap pihak HEP tidak menggantung atau membuang mereka dari Universiti.Perkara ini perlu dan boleh dipertimbangkan.

Kepada mahasiswan lain,diingatkan bahawa janganlah kita melanggar akta Universiti dan undang-undang Universiti.Nanti akan menyusahkan diri kita sendiri seperti mereka yang tertuduh. Ada perkara boleh dibawa berunding.Jika ingin membawa masuk ahli politik sekalipon,perlulah dibawa berunding dengan CARA BAIK. Sekurang-kurangnya,'mention' nama ahli politik di dalam KKD projek.Ini takda.

Diharap juga pihak tertuduh tidak dikenekan denda yang berat jika disabit kesalahan. Semoga mereka dapat focus di dalam exam yang akan datang. Dan jangan hanya kes kecil ini saja sudah kecoh di FACEBOOK. Kes lain takda pon sebar surat di FACEBOOK. HAHAHAHAHA...

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR.-dari PRO-STUDENT!

We UNITE for U'ALL.
read more...

Oct 19, 2009

Shahrizul Ayuni dan Wanita UMNO


Majlis Penutup Festival Mahasiswa Universiti Malaya yang dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berlansung dengan meriahnya.

Femina ‘09 julung-julung kali diadakan di UM dan di peringkat nasional dari 12 hingga 17 Oktober merangkumi demonstrasi sebat sivil dan sebat syariah, lawatan ke beberapa rumah anak yatim dan sesi forum, bicara terbuka dan perbincangan resolusi bersama pimpinan mahasiswa.

Festival itu adalah yang terbaik antaranya bukan sekadar persediaan menjadi pemimpin pelapis wanita, malahan turut menyumbang kepada masyarakat dan negara. Festival tersebut bukan sahaja khusus untuk kepimpinan wanita pada masa hadapan, malah ia juga relevan untuk masyarakat.

Sebagai penghargaan kepada usaha mahasiswi UM itu, Shahrizat menerusi kementeriannya menyumbang RM10,000 untuk projek Femina dan RM10,000 lagi kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa UM yang diketuai oleh Mohd. Ridzuan Mohammad.(banyak tu..hurmm...)

Menurut beliau, jika isu berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat dibawa ke peringkat tertinggi dan dapat diselesaikan, maka ia boleh menambat hati rakyat dan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pengarah Projek Femina ‘09, Shah Rizul Ayuni Zulkiply merangkap Setiausaha Majlis Perwakilan Mahasiswa UM berkata, projek itu membuktikan terdapat transformasi generasi muda yang hendak berubah ke arah lebih baik.

“Penubuhan Mahasisna akan menjadi satu platform di peringkat Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) seluruh universiti untuk berhubung terus dan AKRAB DENGAN KEMENTERIAN menyelesaikan isu-isu rakyat."

Menurutnya, sumbangan RM10,000 daripada kementerian itu akan dibelanjakan untuk program masyarakat di samping MEMBANTU KERAJAAN mencapai agenda dan misi nasional.

Persoalannya,sebelum ini MPMUM sesi ini MEMBANGKANG dengan kuat kerajaan. Sehingga ada yang mengatakan sesiapa yang menyokong kerajaan diibarat anjing/barua kerajaan(UMNO).

Tetapi akhirnya perubahan dilakukan oleh Shahrizul Ayuni dengan mengatakan beliau akan MEMBANTU KERAJAAN mencapai agenda dan misi nasional. Adakah kerana mereka akan menyokong kerajaan selepas 'dilaburkan' wang sebanyak RM 10,000? Siapakah anjing/barua sekarang? Harap tiada siapa.


Oh ya,sebelum ini juga Ayuni telah berkata mereka tidak dapat ape2 peruntukan daripada mana-mana pihak.Tetapi kerajaan bagi RM 10,000 tu,takmo citer pula? Mahasiswa sendiri boleh fikir ini adalah satu PENIPUAN YANG NYATA.

MPMUM = UMNO = PRO-M? (wahhhh....)

Tahniah FEMINA'09 dan tahniah kepada Shahrizul Ayuni!
read more...

Oct 15, 2009

BANTAH buat kecoh di UPM


Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM) yang dipimpin oleh saudara Mohd Syamsul bin Salleh bersama-sama Gabungan Pemimpin-Pemimpin Pelajar UPM yang terdiri daripada Jemaah Presiden Kolej Kediaman, Fakulti, Kelab dan Persatuan menggesa mana-mana wakil gerakan BANTAH yang bertanggungjawab untuk tampil memberikan penjelasan dan memohon maaf secara terbuka atas tindakan biadab dan tidak beretika yang dilakukan oleh gerakan itu semasa Majlis Penutupan, Penyerahan Resolusi Mahasiswa Satu Malaysia dan Sambutan Aidilfitri MPP UPM bersama pelajar UPM pada 10 Oktober 2009 yang lalu.

Tindakan gerakan BANTAH itu bolehlah disifatkan sebagai bukan sahaja tidak menghormati majlis, yang direncana dan diusahakan oleh pelajar tetapi juga tidak menghormati dan bersikap kurang ajar pihak penganjur dan tetamu kehormat majlis. Tambahan pula, majlis ini merupakan program kebangsaan dan melibatkan semua IPTA dan beberapa IPTS setelah 3 bulan ia diusahakan oleh pelajar-pelajar UPM khususnya dan pelajar-pelajar MPPK amnya.

Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi yang disertai 18 kesatuan mahasiswa seluruh kampus hari ini menghantar memorandum secara langsung kepada Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato' Khaled Bin Nordin di Universiti Putra Malaysia, sejurus program sambutan Aidilfitri Bersama Pimpinan MPPK pada jam 11 pagi di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Delegasi diketuai oleh pengerusi gabungan BANTAH, Mohd Aizat Bin Mohd Saleh. Turut serta, timbalan pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Hisyamuddin Che Ali, pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Shazni Munir Ithnin, pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional (Pro M Nasional), Shafie Hashim dan seorang exco MPMUM, Mohd Fadzil Bin Jamal.

Di dalam pertemuan tersebut, BANTAH mengemukakan beberapa tuntutan, antaranya memansuhkan sistem perlaksanaan E-Undi dalam Pilihan Raya Kampus akan datang atas alasan tiadanya ketelusan dan kurang persediaan di peringkat universiti dalam melaksanakannya. Antara tuntutan lain juga adalah mendesak KPT supaya memansuhkan AUKU yang dikatakan 'mengikat' mahasiswa.



Mohd Syamsul Salleh (Pemimpin MPPUPM) ketika diminta mengulas tentang gerakan BANTAH ini, beliau tidak mahu mengulas panjang dan menyerahkan segala penilaian dan pertimbangan dilakukan sendiri oleh pelajar-pelajar tentang apa yang berlaku di hadapan mata mereka.

"Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa tindakan dan gerakan mereka ini bukanlah mewakili suara pelajar kerana jika benar mereka mewakili suara pelajar atau suara mahasiswa mana mungkin mereka sanggup berkelakuan keanak-anakan dengan tidak menghormati penat lelah pelajar lain yang bertungkus lumus mengatur program ini hanya kerana mahu menghantar memorandum yang dilihat hanya mewakili suara dan kepentingan peribadi mereka sendiri."

"Kami di peringkat MPP UPM hatta di peringkat MPPK sendiripun tidak pernah menggangu dan mengambil kesempatan atas apa yang diusahakan oleh mereka sebelum ini untuk kepentingan peribadi kami jadi mengapa mereka tergamak untuk tidak menghormati kami! Sesungguhnya niat tidak pernah menghalalkan cara" tegasnya lagi.

Pro-Student tertanya-tanya,sedangkan di Universiti Malaya sendiri banyak isu-isu tidak terjaga,mahu 'semangat' pergi ke UPM semata-mata untuk menyerahkan memorandum kepada menteri semata-mata nak mansuhkan AUKU dan e-voting. Lagi-lagi peperiksaan akhir semakin hampir. Mungkin banyak mahasiswa yang tidak mahu belajar lagi dan ingin melibatkan diri dengan politik. Mungkin bagi beberapa mahasiswa di negara ini tidak mahu menerima ilmu lagi melainkan ilmu politik. Mereka melahirkan 'umat akhir zaman' yang menolak ilmu dan lebih mementingkan perkara yang tidak mendatangkan faedah.dan oleh kerana menolak ilmu,mereka menjadi orang yang kurang diajar dan biadap.

Mari bersama-sama PRO-STUDENT focus pada exam. Mari berusaha 'TIDAK MAHU EXTEND SEM' dan belajar supaya ibu bapa kita di rumah mahupon yang telah meninggal dunia BANGGA dengan kita sebagai anak universiti yang berjaya!!
read more...

Oct 9, 2009

Jangan PERASAN wahai mahasiswa!

Universiti Malaya pada tahun ini telah mendapat tempat ke-180 di dalam World Top Universities dan berjaya mendapat tempat di dalam Top 200 Universities. Universiti Malaya berjaya 'menewaskan' Universiti di Malaysia yang lain seperti UTM,USM,UKM dan UPM.

Bagaimana ranking di Universiti Malaya melonjak sehingga 50 anak tangga di dalam World Top Universities?

Kami Pro-Student telah menghantar email kepada NC dan cuba bertanya tentang perkara ini.Dari aspek mana mereka mengambil kira untuk meningkatkan prestasi UM.

Aspek yang utama ialah kaji selidik(research) yang dilakukan di Universiti Malaya oleh pelajar post-graduates. Universiti Malaya adalah universiti terbaik dan terbanyak melakukan kaji selidik berbanding dengan universiti di Malaysia yang lain. Universiti Malaya juga mempunyai pelbagai teknologi untuk memudahkan lagi penyelidikan dan penambahpulihan.

Selain itu,Universiti Malaya juga menghasilkan graduan yang berkualiti dan berinovatif. Jumlah graduan meningkat dari tahun ke tahun setanding dengan kualifikasi yang tinggi berbanding universiti di Malaysia yang lain.

Pengambilan pelajar luar negara juga turut menyumbang kepada penambahbaikan di Universiti Malaya. Universiti Malaya mempunyai lebih 500 pelajar under-graduate dan lebih 1000 pelajar post-graduate dari luar negara. Universiti Malaya meningkatkan pengambil pelajar dari luar negara dari tahun ke tahun. Universiti Malaya juga ingin menambah offshore offices di beberapa negara seperti Jakarta dan Sudan. Universiti Malaya baru sahaja mempunyai 2 offshore office di China dan Tehran.

Staf di Universiti Malaya juga berperanan untuk mendidik mahasiswa di UM supaya UM menghasilkan graduan yang berkualiti. Mahasiswa sendiri perlu mengambil peranan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menyumbang jasa baik kepada Universiti Malaya,menjadi graduan yang berkualiti.

Jika ditanya kepada NC berkenaan MPMUM dan persatuan-persatuan di UM ini,beliau berkata,

"Itu adalah satu badan/organisasi yang menjaga hal ehwal dan kebajikan pelajar. Pelajar Ijazah Dasar perlu mengambil pencapaian Universiti Malaya ini sebagai motivasi untuk terus menaikkan nama Universiti Malaya"

Presiden PMIUM Sdr Shazni munir Mohd Ithnin turut sama memberi respon di dalam laman web mereka pmium.org.
sempat tersenyum seketika sebelum memberikan ulasannya:
“kita di peringkat PMIUM telah lama memikirkan dan berusaha untuk meningkatkan ranking universiti dan dalam masa yang sama kita PMIUM akan terus komited terhadap gerak kerja dakwah yang menyeluruh di UM ini sama ada di puji atau dikeji dan akan terus melahirkan pemimpin yang hebat sepertimana yang anda lihat dalam kabinet MPMUM dan negara hari ini sendiri”.

Apakah sumbangan mereka kepada Universiti Malaya sendiri sampai menaikkan ranking UM sehingga mendapat tempat di Top200 Universities? MPMUM sendiri terdiri daripada mahasiswa yang tak grad lagi. Sedangkan pencapaian Universiti Malaya hanya berdasarkan pencapaian pelajar post-graduate. Dakwah bukan diambil kira didalam penilaian ranking. Kebajikan mahasiswa pon terkontang kanting lagi,tak terjaga pon.

Sebagai pelajar Ijazah Dasar,kita perlu mengambil motivasi dan BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk menjadi graduan yang berkualiti. Bukan SYOK SENDIRI sendiri dengan pencapaian UM ini. Jadi mari belajar untuk grad cepat,bukan extend je keje.Lagi memalukan Universiti Malaya ada la. Takda sapa halang untuk kita berbangga dengan pencapaian ini tetapi jangan PERASAN dengan diri sendiri,kononnya kita under-grad yang blom grad lagi yang menaikkan ranking UM.

UM is ONE!!!
read more...

Oct 7, 2009

Tahniah Universiti Malaya


Berita hari ini telah mengeluarkan World Top Universities 2009. Universiti Malaya jatuh di tangga 180 berbanding tahun lepas tangga ke 230.

Universiti Malaya adalah satu-satunya Universiti di Malaysia mendapat tempat di dalam TOP 200. UTM meningkat ke tangga 320. UKM,USM dan UPM menurun ke tangga 291,314 dan 345 masing-masing.

Tahniah sekali lagi UM dan universiti lain di Malaysia.

Kita sebagai mahasiswa di UM ini patut bersyukur dan berbangga dengan pencapaian ini. Jadi kita patut menjaga nama baik Universiti Malaya ini dan tidak memburukkan nama UM yang tercinta ini.
read more...

Mahasiswa UM di Bagan Pinang



Pro-S telah menerima satu berita panas mengenai mahasiswa UM berada di Bagan Pinang yang bakal mengadakan pilihan raya di sana. Apakah yang mahasiswa cuba lakukan di sana? Pergi beraya ke?

Kehadiran mahasiswa di sana adalah bertujuan untuk turut berkempen untuk parti yang bertanding di Bagan Pinang. Kumpulan mahasiswa ini juga memiliki markas/pondok mereka sendiri yang dinamakan PUSAT GERAKAN MAHASISWA. Berdasarkan gambar yang diterima,kumpulan ini dipercayai menyokong parti PAS yang turut membangkang e-undi. Seperti yang kita sedia maklum,Pro-Mahasiswa di UM sendiri membangkang dengan keras sistem e-undi ini. (e-voting lagi,tak abis-abis).



Pro-Mahasiswa sebelum ini dengan kuat melaungkan bahawa mereka ini tidak terlibat dengan politik luar. Hari ini Allah s.w.t telah menunjukkan kebenaran bahawa mereka ini sebenarnya memang melibatkan diri dengan politik luar. Bukan main lantang dan hebat lagi mereka mendirikan khemah dan memasang kain rentang di Bagan Pinang.

Di sini kita dapat lihat bertapa angkuhnya mereka melanggar undang-undang Universiti dan AUKU itu sendiri. Adakah mereka sedia kala dilahirkan oleh ibu mereka untuk membangkang?

Persoalannya,mahasiswa ini takda kelas ke di Universiti mereka? Kenapa perlu menyibukkan diri dengan politik luar. Mereka kini bukan lagi secara tidak lansung melibatkan politik luar tetapi jelas kini mereka tegak berdiri berkempen di Bagan Pinang.

Di Universiti Malaya sendiri banyak perkara yang perlu kita ambil tahu.Lagi-lagi peperiksaan akhir menjelang tidak lama lagi. Cuba bayangkan bagaimana mereka sanggup mengabaikan pelajaran mereka semata-mata untuk politik luar.

Mereka ini bagaikan 'anjing bertuan' kerana mereka dipengaruhi/direkrut oleh ahli politik di luar sana,contohnya Anwar Ibrahim yang membuat mahasiswa ini seperti binatang,menyuruh mahasiswa membangkang kuat kerajaan.

Kita di Universiti haruslah lebih mengutamakan pelajaran daripada benda lain di luar kampus. Jika ada yang ingin menyuarakan pendapat,perkara itu hanyalah berkenaan isu di dalam kampus,bukan di luar. Jangan menampakkan mahasiswa ini bodoh dan diperlakukan seperti anjing oleh orang luar. Umur pon ada yang tak cukup lagi untuk mengundi. Ada siap extend dan tak grad lagi. Jadi tumpukan perhatian kepada pelajaran. Dah keluar kampus nanti,nak pergi berkempen,pergi lah.

Pro-Student mengucapkan selamat belajar untuk menghadapi peperiksaan. Jangan sibuk-sibuk dgn perkara di luar sana. Pemimpin di luar sana lagi 'pandai' menguruskan perkara di luar sana.
read more...

World Top Universities. UM di mana?



Esok(8 Oktober 2009) rakyat Malaysia akan mengetahui kedudukan universiti di serata dunia.

Tahun lepas Universiti Malaya jatuh di kedudukan 230 manakala UKM jatuh pada kedudukan 250,terkeluar daripada World Top 200 Universities.. Prof. Datuk Dr. Gauth Jasmon berharap kali ini Universiti Malaya akan berada di dalam World Top 200 Universities.

"Saya akan letak jawatan jika ranking Universiti Malaya jatuh pada kali ini",kata beliau di dalam ucapannya di dalam Malam Pelancaran UM Chapter Melaka baru-baru ini.

Pro-S mendapat maklumat terkini dari sumber yang dipercayai (ICR = International and Corporate Relations),Universiti Malaya berada di kedudukan lebih tinggi daripada 180 ( < 180 )diantara Universiti terbaik dunia tahun ini! Ini sekaligus mencapai matlamat Universiti Malaya dan Malaysia sendiri.

Tahniah Universiti Malaya.!

UM is one towards 1Malaysia!
read more...

Oct 6, 2009

PRO-STUDENT digeruni?


Pro-Student adalah satu pertubuhan tidak halal dari gabungan pihak Pro-M dan Penggerak yang baru sahaja ditubuhkan telah menarik perhatian ramai pihak. Pro-Student banyak membongkar rahsia daripada isu-isu semasa di Universiti Malaya ini,tidak termasuk isu luar kampus.

Sejak penubuhan PRO-STUDENT ini,ramai mengatakan Pro-Student berat sebelah seperti banyak menyebelahi PENGGERAK MAHASISWA.

Mahasiswa perlu tahu bahawa PRO-Student ini hanya menimbulkan persoalan daripada isu-isu semasa dan tidak menuduh mana-mana pihak(Penggerak mahupon Pro-M).Jadi terpulang kepada mahasiswa sendiri untuk menilai artikel-artikel yang dikemukakan.Kami mempunyai agen risikan atau dipanggil 'stalker' dan unit terjah maut yang berpengalaman daripada PRO-M,PENGGERAK,HEP dan MPMUM. Jadi semua artikel di dalam Pro-S adalah dari sumber sahih dan pendapat bersama kerana kami adalah gabungan ideologi mahasiswa (berfikiran bebas,bukan parti bebas).

Baru-baru ini,PRO-STUDENT telah menerima satu email dari orang yang tidak dikenali :

"..admin pro-s berat sebelah,nampak sangat ko ni belah aspirasi.da la guna lambang pro-m buat logo sendiri.bodoh!artikel ko suma attack budak pro-m dan mpmum.konon bongkar rahsia,ntah2 sumber mana ko amik.suka hati bapak ko je.hentikanlah sume ni,tutop blog ni.kalo ko tembak lagi,aku carik admin sampai lubang cacing.bia aku tutup mulut ko selamanya.salam"

Mengapa beliau yang tidak dikenali menghantar email begitu?Adakah beliau berasa tergugat dengan artikel-artikel dari PRO-Student?

Jika artikel dari PRO-Student tidak sahih dan tidak benar,takkan ada orang yang suruh MENGHENTIKAN dan MENUTUP blog ini.Tetapi ada yang seperti ketakutan dan memaki hamun PRO-S tidak kurang juga yang mengugut kami supaya kami berhenti membongkar rahsia-rahsia.


Mereka semua kena tahu tak kesah la PENGGERAK atau PRO-M,kami PRO-S mendapat maklumat dari orang kamu sendiri.Ia tidak direka-reka. Unit risikan pro-m kami lebih banyak maklumat daripada unit risikan penggerak kami.Kami akan cuba membongkar satu-satu dari semua pihak.Jika anda ingin mengetahui tentang sesuatu,sila email kepada pro.student10@gmail.com.

Untuk pengetahuan juga,logo PRO-S telah diubah kerana banyak pertikaian. Logo sebelum ini hanya untuk menarik perhatian ramai supaya PRO-STUDENT dapat sambutan hangat. Kami minta maaf jika ada pihak yang terasa. Logo baru kami adalah gabungan daripada harimau penggerak dan background pro-m.

Kami PRO-STUDENT berasa sangat gembira kerana kami telah menjadi perhatian ramai malah digeruni beberapa pihak. Kami akan memenuhi kehendak mahasiswa supaya berfikir secara bebas dan matang,tidak dikongkong mana-mana pihak. Cayalah PRO-S!!
read more...

Jangan pertikai isu E-VOTING.


Tak habis-habis dengan e-voting. Ada mahasiswa yang masih tidak memahami e-voting ini sehingga mereka mempertikaikan sistem itu dan akhirnya 'menggadai' pembelajaran mereka. Seperti yang kita lihat,Pro-Mahasiswa dan MPMUM menolak dengan tegas sistem ini tetapi ada juga pihak yang berfikir disebaliknya.

Sistem e-voting memudahkan pengundi dan menjimatkan masa.Ia sejajar dengan perkembangan teknologi pengkomputeran dan satu penambahbaikan dalam kaedah pembuangan undi.Malangnya ada pihak tertentu mendakwa sistem ini tidak 'kebal', boleh diceroboh dan boleh mempengaruhi pengiraan undian. Pro-S berpendapat ia sekadar satu dakwaan untuk meraih undi populariti.

"Dulu bila pakai sistem manual, isu pengundi hantu hebat diperkatakan... bila e-voting, timbul pula isu penggodam... jadi sistem mana yang patut diguna pakai kalau semuanya tidak betul?".

Tetapi setelah beberapa kaji selidik dijalankan kepada penyokong pro-mahasiswa,sebahagian daripada mereka juga menyokong sistem ini.

"E-voting ni banyak bagusnya.Cuma Pro-M mempertikaikannya hanya kerana pengaruh dari orang luar sahaja. Saya cuma harap kita tidak diperbodohkan je.Kita ni mahasiswa,kene ada pendirian.",ujar salah seorang dari pihak PRO-M.

Setiap sistem yang direka pasti ada keistimewaan tersendiri, begitu juga dengan e-voting, apa yang penting, mahasiswa keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kerana setiap undi itu bakal menentukan pemimpin yang diharap dapat menjaga kepentingan pelajar, bukan berdebat kaedah yang digunakan. Harap mahasiswa jelas dengan perkara ini. FIKIRKAN..

Mari bersama PRO-STUDENT menyokong e-voting.Jangan gadai masa belajar kita.!
read more...

Wajarkah Mahasiswa berpolitik di LUAR KAMPUS?


Mahasiswa hari ini tidak lantang bersuara, tidak memiliki kredibiliti yang boleh dikagumi dan idealisme yang tersendiri. Dalam erti kata lain, mahasiswa hari ini 'bisu'! Betul ke? Adakah mahasiswa sekarang ni hanya jadi Pak turut sahaja? Adakah Mahsiswa sekarang ni berpolitik senyap-senyap sahaja? Atau Mahasiswa sekarang di gunakan oleh individu-individu atau parti politik untuk kepentingan mereka untuk menarik minat pengundi muda?

AUKU, undang-undang yang di selalu di perkata kan mengongkong Mahasiswa untuk berpolitik adakah betul, dan mengapakah AUKU ini di perkenalkan? Bukankah AUKU ini di wujudkan kerana mahu mahsiswa menumpukan pada pengajian dan tidak menumpukan kepada hal-hal yang boleh menjejaskan pengajian mereka.Tetapi yang peliknya AUKU ini langsung tidak di hormati oleh mahasiswa dan mahasiswa masih lagi sibuk dengan politik nasional yang di bodohkan.

Masihkah anda ingat sejarah mengenai peristiwa 13 Mei? Peristiwa Baling? Bukankah mahasiswa di belakang peristiwa ini, bukankah mereka ini di gunakan untuk berdemonstrasi.Said Hamid Ali, satu nama yang kita tidak pernah dengar tetapi beliau adalah ahli Parti Buruh Bahagian Kepong yang berjumpa dengan Tunku Abdul Rahman untuk meminta kebenaran supaya perarakan mayat dapat di jalankan.

Bukankah satu ketika dulu, mahasiswa di gunakan oleh Anwar Ibrahim untuk berdemonstrasi dan sekarang mantan Timbalan Perdana Menteri itu masih lagi menggunakan suara Mahasiswa dengan menyokong Pro Mahasiswa.



Fikirlah Mahasiswa. Anda disuruh belajar,bukan berdemostrasi.
read more...

Oct 5, 2009

Shahrizul Ayuni terdesak?


Program FEMINA'09 yang dianjurkan Biro Hal Ehwal Wanita MPMUM akan berlangsung bermula 16 Oktober hingga 18 Oktober. Terdapat banyak aktiviti yang disediakan untuk semua mahasiswi terutamanya di Universiti Malaya ini. Program yang bagus ini banyak memberi manfaat kepada mahasiswi untuk membentuk kehidupan yang lebih bermakna (shaping a meaningful life).

Program ini terbuka kepada mahasiswa dan mahasiswi dengan dikenekan bayaran sebanyak RM 100 (termasuk makanan) dan RM 50 bagi 50 peserta yang terawal.

Baru-baru ini Shahrizul Ayuni(Setiausaha 1 MPMUM),salah seorang yang terlibat dengan FEMINA'09 ini telah menghubungi beberapa presiden kolej kediaman untuk menghantar beberapa wakil kolej untuk menyertai program tersebut mungkin kerana penyertaan daripada mahasiswa/i adalah tidak memberansangkan.

Salah seorang presiden yang ditemuramah tentang perkara ini berkata Shahrizul Ayuni dengan bernada sinis mengerahkan presiden supaya menghantar wakil untuk program ini seperti presiden-presiden ini yang bekerja dibawahnya.

"..sila hantar wakil kolej untuk program FEMINA dan sponsor sekali. Masa inilah kolej dapat melaburkan wang ke arah kebaikan.Bila lagi?" kata ayuni dengan nada sinis.

Ayuni seperti menyindir dan mempersendakan kolej kediaman seperti sebelum ini duit yang dilaburkan kolej bukan untuk program yang membawa kebaikan. Beliau juga seperti memaksa presiden-presiden kolej ini mencari pelajar untuk menyertai program tersebut tanpa perkataan 'TOLONG'. Perkara ini mencetuskan kemarahan beberapa presiden kolej sehingga dibawa ke mesyuarat SPKUM.

Persoalannya,mengapa presiden-presiden kolej yang perlu lakukan semua ini sedangkan program FEMINA'09 itu sendiri mempunyai Biro Publisiti yang ditugaskan untuk mendapatkan peserta. Dan kenapa perlu menyindir kolej-kolej kediaman dengan isu duit? Adakah Ayuni sudah terdesak untuk mendapatkan peserta dari kolej kediaman? Atau organisasi program ini tidak teratur atau berpecah belah menyebabkan publisiti kurang menyengat dan akhirnya meminta bantuan presiden?

"Kami bukan tidak mahu membantu menjayakan program tersebut tetapi kenapa perlu menyindir kolej kediaman seperti kolej kediaman ini teruk-teruk belaka dan kenapa perlu memaksa dengan keras untuk mendapatkan peserta?" kata pihak SPKUM.(sumber dari SPKUM)

Di sini,kami PRO-S bukan bertujuan untuk sabotaj program tersebut tetapi sekali lagi menimbulkan persoalan,jika organisasi program FEMINA yang dikendalikan oleh MPMUM itu sendiri tidak teratur dan kurang berjaya,bagaimana dengan pentadbiran MPMUM itu sendiri?

Mari kita sama-sama berfikir sejenak dan PRO-S juga mengambil kesempatan ini untuk mengajak mahasiswa/i untuk menyertai dan menjayakan program FEMINA'09.
read more...

Oct 2, 2009

PENGGERAK kuasai kolej


Seperti yang kita tahu dari sumber-sumber yang dipercayai,Penggerak Mahasiswa dikatakan menguasai pentadbiran di setiap kolej dan mempengaruhi mahasiswa-mahasiswa melalui JIK JTK kolej.

Mereka dipercayai menggunakan kuasa pentadbiran kolej untuk menghalang pihak PRO-M menyebarkan risalah-risalah di setiap kolej. Mereka juga ada yang menghalau penghuni luar yang berniat untuk menyebarkan risalah.

Persoalannya,bagaimana cara perlantikan JIK JTK kolej dijalankan di setiap kolej kediaman? dan bagaimana mereka boleh berjaya menguasai pentadbiran kolej? Adakah pelajar dari PRO-M boleh memegang jawatan di kolej kediaman?

Biasa yang kita tahu,JIK JTK kolej dilantik menggunakan sistem undian majoriti dari penghuni sendiri dan keputusan pentadbiran kolej. Biasanya pemilihan itu berdasarkan keaktifan pelajar itu semasa berada di kolej. Jika mereka aktif dan berkeupayaan,mereka akan diangkat untuk menjadi pemimpin. Seperti yang kita tahu juga,kebanyakan aktivis pro-m tidak aktif di kolej tetapi aktif di luar,contoh di API.

Persoalan lain,adilkah jika mereka sentiasa menguasai kolej?dan adilkah jika mereka tidak beri peluang untuk pro-m untuk memasuki kawasan kolej? Profesional ke tidak jika Penggerak menggunakan cara itu?

Cuba nyatakan maksud 'profesional' itu sendiri dan cuba fikirkan secara mendalam. FIKIR,FIKIR..

p/s - pro-s akan cuba kuar flyers,tgk mereka bg masok ke tak.hehe.
read more...

Ucapan takziah kepada MPMUM


Pada beberapa hari yang lepas,kita dikejutkan dengan berita tentang kemalangan jalan raya yang melibatkan seorang wakil MPMUM di Kompleks Perdanasiswa. Beliau dikenali sebagai Mariam Munirah.

Beliau mengalami kecederaan di bahagian muka dan menerima 8 jahitan di bahagian berkenaan. Beliau telah dihantar dan dirawat di PPUM serta ditahan untuk beberapa hari sehingga beliau pulih.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Apakah ini semua balasan dari Allah di atas perbuatan beliau selama ini? Atau hanya disebabkan kecuaian beliau sendiri?

Diharap beliau dirahmati Allah dan segala dosa beliau diampunkan. Semoga beliau sedar dan tidak mengulangi perbuatan yang tidak elok,jika ada.Amin!!

Peringatan ini juga ditujukan kepada semua pihak. Kita tidak tahu bila balasan Allah yang sentiasa menanti untuk orang yang melakukan kesalahan dan kita tidak tahu bila ajal kita.
Kembalilah ke pangkal jalan.
read more...

Perubahan UM-TODAY


Nampaknya UM_TODAY telah menunjukkan perubahan ke atas isu-isu mereka.Pertama kalinya isu mereka datang dari sumber yang berbeza dari sebelum ini. Sebelum ini UM-TODAY hanya mengambil isu dari mahasiswakini,pro-m,MPMUM dan yang sekutu dengannya.

Perubahan yang baik ini menunjukkan UM-TODAY lebih berfikiran terbuka dan tidak sempit.Salah satu isunya ialah "Kuaz Anjur SUDOKU COMPETITION UM 2009." yang diambil bulat-bulat daripada blog SPKUM. Ini adalah kali pertama mereka mengambil isu dari SPKUM. Nampaknya blog SPKUM juga menjadi perhatian UM-TODAY.

Pro-S mengucapkan tahniah kepada UM-TODAY atas perubahan itu. Inilah yang dibawa Pro-S juga. Berfikiran terbuka dan luas. Mungkin perubahan ini adalah berpunca daripada tuduhan beberapa pihak ke atas UM-TODAY yang sering kali dikaitkan dengan PRO-MAHASISWA. Kami harap UM-TODAY tidak menggunakan perubahan ini hanya untuk MENGABURI MATA mahasiswa dengan agenda tersembunyi. Lakukan semua ini dengan rasa ikhlas. FIKIRKAN WAHAI MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA!! Hidup Pro-S!!Hidup Pro-M!! dan Hidup UM-TODAY~~
read more...

Sep 30, 2009

PRO-M-TODAY atau PENGGERAK-TODAY?


UM-Today seperti yang kita tahu banyak menyebarkan berita fitnah dan isu yang mengarut mengatasi pemikiran manusia. Perbalahan banyak berlaku di sudut komen dalam website tersebut. Ada yang menuduh PRO-M yang buat um-today dan tidak lari juga yang menuduh PENGGERAK MAHASISWA yang buat. Blog rasmi PRO-M telah pon mengeluarkan kenyataan hari ini(30sept) bahawa mereka tidak tahu menahu tentang um-today.

Cuba kita berfikir sejenak.

1. Kalau ingat-ingat balik,kat mahasiswakini.com ada rakan media iaitu um-today.com tapi bila da keluar pos penafian di blog rasmi pro-M,alih-alih da takda rakan media kat mahasiswakini.com.. (orang yang selalu melawat mahasiswakini,mesti tahu.)Seperti yang kita tahu,mahasiswakini.com juga ada kene mengena dengan PRO-M (tak percaya,tgk baju pro-m yang berwarna oren terdapat website mahasiswakini.com di bahagian belakang baju).

2.UM-TODAY,MPMUM 08/09,dan PRO-M sering kali membangkang dan menyalahkan HEP dan TNC di dalam hampir setiap isu yang dikeluarkan oleh mereka.Seperti mereka bekerjasama untuk menjatuhkan HEP dan TNC. Adakah ini satu kebetulan atau memang dibuat-buat?

3.UM-TODAY seperti mengAGUNG-AGUNGkan kepimpinan MPMUM sesi ini yang diterajui oleh PRO-M. Kalau tidak percaya,baca laa semua isu di dalam UM-TODAY.

4.Banyak isu-isu di UM-TODAY bersumberkan PRO-M dan MAHASISWAKINI. hurmmm....

Sumber dari http://pmium4u.wordpress.com/category/promosi-pmium/


Mari berfikir sama-sama tentang perkara ini. Adakah PRO-M sudah tidak mengaku mereka terlibat dengan um-today setelah mereka tahu um-today banyak menyebarkan fitnah.? Adakah mereka takut jika mereka 'dihentam' begitu.? Mari fikir bersama sambil makan kuih raya...
read more...

Di mana MPMUM?


Tidak dinafikan lagi MPMUM memang banyak melakukan perubahan pada sesi ini. Tetapi ada lagi yang mempersoalkan,apa perubahan yang mereka lakukan selama ini. 'PERUBAHAN' membawa banyak maksud dari pelbagai aspek. Bagi PRO-STUDENT,MPMUM melakukan perubahan kepada pentadbiran di UM menjadi lebih 'merundum' dan teruk.Itu juga dinamakan 'PERUBAHAN'.

MPMUM sesi ini banyak menekankan tentang PRK terutamanya kepada sistem e-voting. Mereka ingin menegakkan keadilan mahasiswa katanya dengan tegas membantah sistem itu untuk PRK akan datang atas alasan sistem itu tidak telus,bla..bla..bla... Tetapi adakah MPMUM menekankan tentang kebajikan mahasiswa di Universiti Malaya ini? Kenapa sebok sangat pasal e-voting?

Kes pecah masuk bilik baru-baru ini telah berlaku di kolej kediaman ke-6. Beberapa bilik dan harta benda telah berjaya 'dihilangkan' oleh penyangak-penyangak tersebut. Salah seorang mangsa apabila bertanya mengenai perkara ini berkata :

" Saya rasa orang luar yang buat benda macam ni sebab berdekatan dengan pintu masuk di PPUM. Perkara ini tak sepatutnya berlaku. Saya harap pihak UM akan mengambil tindakan sewajarnya"

Kes ini akhirnya sampai ke pengetahuan pihak atasan (Pengetua Kolej Kediaman ke-6,TNC,NC,Pejabat Keselamatan,MPMUM dan SPKUM..). Persoalan di sini,dimanakah MPMUM berada?Ini semua tentang kebajikan mahasiswa di kolej ke-6. Adakah mereka mengetahui tentang perkara ini atau buat-buat tak tahu? MPMUM sepatutnya berusaha mengambil tindakan sekurang-kurangnya memantau dan mengambil berat tentang hal ini. Tetapi TIDAK.TIDAK SAMA SEKALI.

"Kenapa mereka lebih mementingkan isu e-voting dan tidak kepada kebajikan mahasiswa yang sepatutnya mereka perlu ambil tahu?"

Terima kasih kepada SPKUM yang banyak mengambil berat terhadap kolej ke-6. Beberapa wakil SPKUM telah memantau masalah di kolej tersebut dengan berbincang bersama Presiden Kolej 6,JIK JTK dan pentadbiran kolej 6 serta membawa perbincangan tersebut kepada TNC. Huurrmmm...sekurang-kurangnya ada laa yang mengambil berat.

SPKUM sesi ini banyak melakukan pemantauan dan mengambil berat tentang isu-isu kolej kediaman. Seperti sebelum ini,isu fitnah di kolej ke-11 dan ke-12,SPKUM bersama-sama berbincang dan 'melawan' dengan mengeluarkan keterangan dan bukti-bukti kukuh untuk mempertahankan kolej kediaman masing-masing. Tetapi ketika ini(setiap masa kot) MPMUM masih sibuk mempertikaikan isu e-voting. Kenapa benda ini berlaku? Siapa yang jaga kebajikan mahasiswa ni? SPKUM ke MPMUM? Fikir sejenak.

p/s - tak abis-abis e-voting.kalo orang mati pon diorg tak kesah kot?
read more...

Sep 29, 2009

RM 30,000 untuk setiap kolej.


UM-TODAY sebelum ini telah mengutarakan bahawa kolej kediaman ke-11 dan ke-12 telah 'angkut' RM 30,000 untuk kepentingan persendirian.Kata mereka,penyelewengan telah berlaku di kedua-dua kolej ini(mungkin ade kolej lain yang akan 'angkut' RM 30,000 lagi agaknya lepas ni).

Di kolej kediaman ke-11,katanya,berlaku penyelewengan wang zakat RM 30,000 dan akhirnya penyelia penasihat dan TNC juga disalahkan. Apakah semua ini? Ada pihak yang percaya bulat-bulat perkara ini dan ada juga yang berfikir kembali apa yang diperkatakan.

Kolej ke-11 telah mengadakan projek berbuka puasa bersama anak yatim pada bulan puasa yang lalu. Ahli Jawatankuasa projek tersebut berusaha mencari DANA dan TAJAAN untuk MEMBIAYAI projek itu.Jadi akhirnya mereka dapat beberapa tajaan yang sanggup dihulurkan oleh badan-badan ini. Dan suatu ketika,dikatakan duit itu disonglap oleh pentadbiran kolej kerana duit itu katanya adalah untuk diagihkan kepada anak yatim. SEDANGKAN duit/dana yang dihulurkan itu adalah UNTUK MENJAYAKAN PROJEK TERSEBUT dan BUKAN untuk diagihkan kepada anak yatim yang hadir. Berani kami perkatakan di sini kerana terdapat bukti hitam putih daripada kolej ke-11.(Sekurang-kurangnya,kami ada bukti,bukan seperti um-today yang hanya taw taip sahaja). Mana datangnya RM30,000 itu? Setelah menemuramah ahli jawatankuasa projek tersebut,perbelanjaan pon tak sampai RM 15,000. dan mereka kata ada badan/datuk yang sanggup menghulurkan dana sebanyak itu. Di sini secara logiknya,baik pulak datuk/badan itu nak bagi rm 30,000 kepada kolej ke-11 untuk jalankan projek? Baik datuk/badan itu yang buat projek untuk anak yatim tu sendiri,takpon baik datuk tu sendiri je yang agihkan duit kepada anak yatim,ye dak? Cuba kawan-kawan fikir.

Kolej ke-12 pula dikatakan telah songlap RM 30,000(lagi?).Ini pula pasal majalah kolej.UM-TODAY kata perbelanjaan rm30,000 untuk majalah sangat meragukan. Siapa kat sini tak penah pegy kolej ke-12?besar kan? Kolej kediaman ke-12 'menyimpan' penghuni seramai lebih kurang 3000 orang. Satu majalah yang berkulit tebal,kualitinya standard,dan memuaskan hati yang mempunyai 100helai mukasurat itu je da 'makan' RM 15 untuk seorang(ni paling murah kami dgr). Jika didarabkan dgn jumlah penghuni sahaja sudah mencecah lebih RM 30,000. Bukankah kita ni mahasiswa yang pandai mengira dari kanak-kanak darjah satu? Pas tu mereka kata penyelia penasihat hanya tersenyum sahaja bila disoal mengenai hal ini. Mana dia tak senyum,,,da soalan bodoh.Kang dia kata soalan bodoh,marah pulak orang yang soal tuh kang. Tu maknanya dia suruh fikir sendiri.

Seperti yang kebanyakan mahasiswa UM tahu,UM-TODAY.com adalah 'geng' untuk PRO-M. Siapa yang tidak tahu tu,ini laa hakikatnya.Tgk laa kat BLOG mereka,ada sahaja link UM-today bersepah-sepah.




read more...

E-VOTING lagi??


Isu e-voting makin ligat diperkatakan di Universiti Malaya sekarang.Sistem e-voting ialah sistem undian menggunakan komputer untuk pemilihan MPMUM sesi akan datang.Sistem ini terbukti banyak manfaat dan faedah kepada mahasiswa walaupon baru pertama kali diperkenalkan di UM.Ada yang menolak bulat-bulat sistem ini dan ada juga yang berfikiran terbuka menerima sistem ini.

E-voting dikatakan menelan belanja yang besar untuk dibawa masuk.Tetapi kita perlu tahu mengundi secara manual LEBIH BESAR BELANJANYA kerana kos penyediaan kertas SAHAJA telah menelan belanja ratusan ribu.E-voting hanya memperuntukkan perbelanjaan tidak lebih dari seratus ribu pon kerana peralatan dan teknologi seperti komputer telah sedia ada di kampus ini,hanya tinggal membawa sistem itu masuk sahaja.

Ketelusan sistem ini pasti terjamin dengan pemantauan SEPENUHNYA oleh NC(Pro-M kan sayang NC),dan dikawal sepenuhnya oleh PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT(PTM),tiada campur tangan pihak lain(pihak HEP) seperti yang dipertikaikan 'pihak mereka'. Pada PRK lalu,mereka kata UNDIAN SECARA MANUAL tidak telus(itu yang membuatkan mereka menang?),tetapi sekarang E-VOTING pula tidak telus? Mana satu mereka mahukan sebenarnya?

Dan kenapa 'mereka' tidak menerima teknologi moden seperti ini? Di mana kata-kata atau moto mereka = "HOPE FOR CHANGE" sedangkan perubahan yang dilakukan HAMPIR SEMUA DITOLAK? Adakah sekadar MENGHARAP? Kita semua tahu sistem ini memberi banyak manfaat kepada mahasiswa terutamanya. Adakah mungkin kerana sejak azali lagi mereka memang dilahirkan untuk MEMBANGKANG? Mereka juga menampakkan mahasiswa di Universiti Malaya ini tidak berpegang dan menyokong kepada visi dan misi UM sendiri,(The LEADER in research and innovation).Tambah buruk lagi,mereka banyak mengaibkan nama Universiti Malaya ini dengan isu-isu yang tidak benar dan fitnah merata-rata. Apakah agenda disebalik semua ini?

Kita sebagai mahasiswa Universiti Malaya patut berbangga dengan segala perubahan baik dan memajukan.Tetapi apakah/adakah perubahan yang anda lihat yang dilakukan oleh 'MEREKA' sesi ini? Percayalah,selepas Pilihanraya Kampus,JIKA 'mereka' jatuh,mereka pasti menyalahkan sistem e-voting ini.Tak pon mereka pasti salahkan HEP kerana campur tangan dan sebagainya. Mereka tidak akan menerima kejatuhan itu dengan redha,bermakna mereka menentang qada' dan qadar.PEGANG KATA-KATA INI dan mari kita lihat nanti.

p/s - 'MEREKA' tidak dituju kepada sesiapa pon.Hanya untuk mahasiswa berfikir...=)
read more...

Tentang PRO-STUDENT



Pro-Student ditubuhkan pada 30 September 2009 sempena 'pergaduhan hangat' di antara dua ideologi besar dan berbeza iaitu PENGGERAK MAHASISWA dan PRO-MAHASISWA. Pro-Student dikatakan satu golongan mahasiswa Universiti Malaya yang tidak berpihak kepada mana-mana ideologi dan tidak juga dikatakan 'bebas'.

PRO-STUDENT bukanlah satu ideologi tetapi hanya satu BLOG yang ingin menimbulkan persoalan daripada isu-isu semasa yang berlaku di Universiti Malaya supaya mahasiswa berfikir dengan lebih rasional dan matang.Ini juga penting supaya warga Universiti Malaya tidak ditimpa bala bencana daripada Tuhan kerana keangkuhan dan ego mahasiswa yang membawa kepada pemikiran cetek.

PRO-STUDENT juga akan cuba membongkar rahsia-rahsia di sebalik segala kejadian yang berlaku di UM ini. Kami mempunyai unit perisik dan stalker yang sangat pakar di dalam mengorek rahsia.

Pro-Student berharap agar kita,warga Universiti Malaya, menjadi contoh kepada masyarakat luar dengan berfikir secara mendalam dan bersikap professional serta tidak mudah menunding jari kepada sesiapa.

KAMI PEMIKIRAN BEBAS!!
read more...