Ads

Nov 19, 2009

Budak PMIUM kene tangkap


Seorang pelajar Universiti Malaya, yang dikehendaki polis sejak enam bulan lalu berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebuah dewan, berjaya ditangkap hari ini.

Muhammad Saufi Jelani ditahan oleh lima anggota polis di bangunan peperiksaan universiti itu kira-kira jam 10.30 pagi, selepas menduduki kertas terakhir bagi pengajian semester ini.

Beliau, pelajar terakhir ditangkap daripada sekumpulan lima orang yang disiasat berhubung kes tersebut, kemudian dibawa ke balai polis Jalan Pantai Baru, kira-kira 200 meter di depan kampus tersebut.

Exco perhubungan luar Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Mohd Syafie Hashim memberitahu Malaysiakini di kampus tersebut, beliau cuba menelefon Muhammad Saufi untuk mengesahkan tangkapan tersebut tetapi seorang anggota polis memaklumkan bahawa pelajar Akademi Pengajian Islam (API) itu sedang disiasat.

Sementara itu exco penerbitan PMIUM Farid Jalpah ketika dihubungi petang ini berkata Muhammad Saufi dipindahkan ke balai polis Bukit Jalil dari ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.

Farid tiba ke IPD bersama dua pemimpin Majlis Perwakilan Mahasiswa UM Mohd Hafiz Ilyas dan Mohd Aizat Mohd Salleh kira-kira 2.30 petang tetapi gagal menemui Muhammad Saufi selepas dipindahkan dari balai Jalan Pantai Baru.

Kakak dan abang ipar Muhammad Saufi, yang tidak dinamakan, turut berada di IPD dan memaklumkan bahawa suspek telah dibawa ke balai polis Bukit Jalil.

Difahamkan Muhammad Saufi dihantar balai polis tersebut kerana lokap di IPD tersebut sudah penuh.

Satu sumber polis memberitahu Malaysiakini, pelajar API itu akan bermalam di lokap sebelum dibawa ke depan majistret untuk tahanan reman esok.

Polis menjejaki suspek berhubung siasatan kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan kuliah utama API.

Selain kes menceroboh dewan tersebut awal pagi 24 Jun lepas, siasatan polis juga berhubung simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk satu program di dewan tersebut.

Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum dewan tersebut digunakan oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk program derma kanak-kanak Palestin, jam 9 pagi Rabu itu.

Pada 30 Jun lalu, dua pelajar API dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli juga dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Mahkamah menetapkan 7 hingga 11 Disember depan untuk perbicaraan kes mereka berdua pelajar.

Pada 18 Julai lalu, presiden PMIUM Shazni Munir Mohd Ithnin - pelajar tahun akhir API - ditahan sebelum polis memberkas Muhammad Aizat Roslan, pelajar jurusan syariah, di kafeteria API pada 12 Ogos.

Dipercayai tiga pelajar ini, termasuk Muhammad Saufi, akan dibicarakan bersama dua tertuduh awal, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen. -malaysiakini

**budak PMIUM ni..ada komen?
read more...

Nov 18, 2009

Pendaftaran Kursus Untuk Semester II



Pertama sekali Pro-Student ingin mengucapkan tahniah kepada mahasiswa yang telah selesai menduduki peperiksaan akhir semester. Di sini kami sediakan prosedur untuk mendaftar kursus untuk semester II akan datang.(boleh didapati di umsisweb)

1. Pendaftaran secara online akan bermula pada 23 November 2009 hingga 20 Disember 2009 untuk pelajar undergraduates.

2. Permohonan lebih jam kredit boleh mula dibuat pada pendaftaran awal iaitu 20 Disember 2009.

3. Minggu Tambah/Gugur Kursus akan bermula pada 28 DISEMBER 2009 – 10 JANUARI 2010.

4. Pengesahan muktamad untuk kursus yang diambil adalah pada 13-17 Januari 2010.

Maklumat lanjut boleh didapati di UMSISWEB.

Selamat bercuti.Isi masa terluang dengan perkara berfaedah.weee...~~
read more...

Nov 9, 2009

MPMUM vs SPKUM


Hangat pilihanraya kampus makin terasa apabila perbalahan atau 'perang mulut' atau 'perang dingin' berlaku diantara dua 'kuasa besar' UM iaitu Majlis Perwakilan Mahasiswa UM(MPMUM) dan Sekriteriat Presiden Kolej Kediaman UM (SPKUM). Perbalahan berlaku disebabkan 'kuasa' untuk 'menakhluki' kolej kediaman di Universiti Malaya.

Di kala peperiksaan akhir semester ini,kedua-dua 'kuasa' ini saling berbalas-balas tentang kebajikan di kolej kediaman,terutamanya seperti isu yang berlaku di KK4.

Pihak MPMUM berkelakuan seperti 'tidak puas hati' dengan tindakan pentadbiran kolej atau JIK JTK menangani isu-isu berkenaan kebajikan mahasiswa. Manakala pihak SPKUM (kira wakil JIK JTK la ni) dikatakan tidak melakukan sebarang tindakan atau 'playsafe' dalam menangani isu.

1. Sebelum ini dikatakan MPMUM telah berusaha untuk bekerjasama dengan SPKUM untuk sama-sama menangani isu dan masalah di kolej kediaman tetapi tidak mendapat respon positif dari pihak SPKUM.

Apabila ditanya kepada pihak SPKUM tentang perkara ini,mereka berkata ;

"tidak nampak satu pon usaha dari MPMUM yang mereka ingin menangani masalah kolej,apatah lagi ingin berkerjasama dengan kami."

"Penghuni kolej lebih rapat dengan kami(JIK JTK) daripada MPMUM,jadi kami lebih memahami situasi yang dialami oleh mereka."

2. Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Mohd Aizat Bin Mohd Saleh, dengan nada yang 'emosional' berkata ;

“Isu yang berlaku, seperti bilik sempit di kolej kediaman Bestari dan dewan makan baru-baru ini, biarkan (sahaja) pimpinan JTK yang menyelesaikannya.”

“Banyak lagi tugasan dan hasrat mahasiswa yang belum dipenuhi, misalnya kebajikan pelajar-pelajar kita di luar kampus dan isu perkhidmatan bas. Ini sebenarnya yang perlu kita tumpu”

“Saya cadangkan, sekiranya JTK tidak boleh (untuk) selesaikan masalah pelajar kolej, letak jawatan dan adakan sahaja Pilihan Raya Kolej Kediaman, biar mahasiswa pilih pimpinan yang layak untuk berkhidmat.”

Bila ditanya mengenai 'renovation' di KK4,beliau berkata; “Tidak ada masa lain untuk perbaiki kolej?”.


Bayangkan bertapa tidak profesionalnya beliau seperti menyindir JIK JTK dan pertadbiran kolej. Inilah wakil yang diangkat sendiri oleh mahasiswa kalian. Beliau mengeluarkan kata-kata seperti tidak berfikir terlebih dahulu. Kebajikan di luar kampus dan isu bas telah lama diutarakan,tetapi masih tidak lagi selesai.(Taknak letak jawatan abang?). Dan berkenaan 'renovation',bila masa nak buat jika ia memakan masa 3bulan?.(iskh3..kesian abang ni).

3. Setiausaha agung MPMUM , Sdr Syahrizul Ayuni Binti Zulkiply pula berkata beliau akan cuba sedaya upaya membantu pihak SPKUM untuk menangani isu kolej. Walaupon SPKUM dikatakan seperti 'tidak ambil peduli' dengan MPMUM.

"Saya bersedia untuk bawakan isu ini keperingkat lebih tinggi, atau jika pihak SPKUM mahu bawakan sendiri, saya boleh bantu untuk uruskan pertemuan/dialog/perbincangan dengan pihak NC, SUHAKAM mahupun Kementerian Pengajian Tinggi, jika tidak mahu juga saya uruskan pertemuan, saya boleh bantu untuk memberikan nombor untuk dihubungi kepada pihak SPKUM."

Sikap begini yang perlu ada di dalam pimpinan,bukan seperti abang Aizat Saleh yang 'emo' dan tidak berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan. Harap SPKUM dan MPMUM saling membantu untuk menyelesaikan masalah kami(students).

4. Persatuan Penghuni Menderita (PPM) menyatakan di dalam UM-TODAY bahawa mereka telah membuat banyak aduan mengenai masalah di KK4 tetapi tidak diendahkan JIK JTK. Mereka yang bersikap tidak profesional melontarkan rasa tidak puas hati kepada JTK KK4 dengan menyebarkan risalah memburukkan nama JTK KK4.

Apabila pentadbiran mengarahkan kepada PPM untuk 'tunjuk muka',tidak pula mereka berani keluar mengutarakan masalah. PPM juga mendakwa pentadbiran kolej mengadakan dialog bersama pengetua hanya selepas didesak oleh pelajar. Sedangkan pihak pentadbiran KK4 telah merancang dgn lebih awl lg perbincangan tersebut.

Ada penghuni KK4 yang mendakwa PPM ini diterajui oleh Maryam Muneerah Ahmad,Nurul Hanis Ibrahim,Saiedah Nafisah Roslan dan Nurul Iffah Anwar. Mereka ini adalah penghuni KK4 yang didakwa bergiat dalam PPM secara 'pengecut'. Mereka juga didakwa 'orang kuat Pro-Mahasiswa' di kalangan mereka. Difahamkan juga Sdr Shahrizul Ayuni terlibat secara tidak lansung dengan menyokong pergerakan ini.(duduk KK4 gak ayuni ni).**ada agenda ke?**

**kami PRO-STUDENT berharap agar kami,mahasiswa, tidak menjadi mangsa kepada perbalahan di antara dua pihak ini. Jangan gila kuasa masing-masing. Berkerjasama untuk menegakkan kebajikan kami dan jaga keharmonian di Universiti Malaya ini.
read more...

Nov 4, 2009

Isu "Bilik Sempit" di 4th.


Kolej Kediaman Bestari(4th) mengalami masalah yang dikatakan serius apabila dikatakan mereka perlu 'bersempit' dengan pengongsian bilik di blok lain atas sebab proses penambahbaikan(renovation) di kolej tersebut.

Penghuni kolej itu terpaksa duduk 5-7 orang di dalam satu bilik yang agak 'kecil' dan ini boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada penghuni. Dialog bersama pengetua kolej 4,Prof Madya Dr Ahmad Salihin Baba telah berlansung berkenaan perkara ini selain isu makanan.

Aduan telah dibuat kepada pihak MPMUM dan juga JIK JTK kolej kediaman tersebut berkenaan perkara ini. Pihak MPMUM masih lagi belum memberi sebarang tindak balas terhadap perkara ini. JIK JTK pula telah membawa perkara ini kepada SPKUM tetapi perkara ini masih di dalam perbincangan mereka.

Penambahbaikan itu akan bermula pada 20 November dan dijangka siap pada 20 Januari akan datang. Kami Pro-Students berharap penghuni kolej 4 akan bersabar kerana penambahbaikan ini adalah untuk kebaikan penghuni itu sendiri. Jika dikira-kira balik,kita hanya 'bersempit' untuk beberapa minggu sahaja ditolak dengan cuti semester yang akan tiba selepas peperiksaan. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman dan segala perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Diharap juga renovation itu tidak tertangguh dan berjalan dengan lancarnya supaya masa 'bersempit' dapat dikurangkan. Dan diharap juga isu ini tidak menjadi 'mainan' untuk mana-mana pihak.

Tidak semua perkara dapat diselesaikan dengan sekelip mata.Kita bukan Tuhan.Kita hanya manusia.Mahasiswa boleh berfikir kan?

p/s **Kalau tak buat penambahbaikan,kata kolej tak amik berat pulak.
**suruh la kolej kurangkan yuran penginapan sem depan.hehe..
read more...