Ads

Dec 26, 2010

MPMUM menuntut pengurangan yuran kolej


26 Dec - MPMUM telah menghantar memorandum kepada Tim. Menteri Pengajian Tinggi Awam Malaysia, YBhg. Dato' Saifuddin Abdullah baru-baru ini berkenaan tuntutan untuk mengurangkan yuran Kolej-Kolej Kediaman di Universiti Malaya.

Isu kenaikan yuran ini dipandang serius kerana memberi impak kepada mahasiswa akibat harga yuran yang terlalu mahal dan lebih membebankan lagi dengan kehidupan di bandaraya Kuala Lumpur yang memerlukan kos sara hidup yang sangat tinggi.

Beberapa cadangan yang turut diusulkan oleh MPMUM adalah :

1) Pembayaran elektrik yang ditangung oleh pihak Kolej Kediaman sebelum ini di tanggung sepenuhnya oleh pihak universiti.

2) Mencadangkan agar dewan makan di setiap Kolej Kediaman ditutup sepenuhnya. Pihak Kolej Kediaman pula perlulah mengambil inisiatif untuk menyediakan ruang dapur kecil sekurang-kurangnya di setiap aras bagi semua blok dan menempatkan peralatan kemudahan seperti mini periuk nasi, pemanas air dan seumpamanya.

3) Memusatkan aktiviti-aktiviti pelajar bagi mengurangkan perbelanjaan Kolej Kediaman.

4) Menempatkan lebih ramai staf sokongan yang dibawa masuk melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengurangkan kos pembayaran gaji pekerja di Kolej Kediaman.


Diharap perkara dan cadangan yang diusulkan oleh MPMUM dipertimbangkan memandangkan isu kenaikan yuran amat membebankan mahasiswa. Seluruh mahasiswa menyokong tindakan MPMUM yang cuba menegakkan kebajikan mahasiswa UM.
read more...

MPMUM : Tubuhkan Unit Penginapan Pelajar Luar Kampus


26 Dec - MPMUM baru-baru ini telah menghantar kertas kerja berhubung cadangan MPMUM untuk menubuhkan Unit Penginapan bagi Mahasiswa Luar Kampus kepada Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Di peringkat MPMUM, mereka melihat perkara ini secara serius dan menyeluruh memandangkan kebajikan mahasiswa luar kampus sering menjadi isu seperti masalah keselamatan dan juga gejala sosial.

Beberapa peringkat mesyuarat berkala dijalankan dan ini telah membawa desakan untuk YDP MPMUM menghasilkan kertas kerja bagi menubuhkan satu unit khas yang sepenuhnya menguruskan pelajar luar kampus.

Antara cadangan dan isi kertas kerja yang disediakan termasuklah menyediakan perkhidmatan secara menyeluruh kepada pelajar luar kampus, menyediakan jaringan portal direktori sewa sama ada premis kediaman atau bilik untuk memudahkan pelajar mendapat maklumat rumah sewa, menganjurkan aktiviti kemasyarakatan, membantu pelajar dalam kes-kes kecurian,jenayah, serta kemalangan dan lain-lain.

YDP MPMUM juga mencadangkan penyediaan sebuah pejabat khas untuk Penginapan Luar Kampus di pejabat HEPA.

MPMUM berharap cadangan ini diterima oleh pihak berkenaan memandangkan perkara ini telah diteliti beberapa kali sebelum ini.
read more...

Dec 12, 2010

YDP MPMUM sekali lagi dipermainkan


13 Dec - Nama YDP MPMUM, Saudara Khairul Anuar Abu Kasim sekali lagi dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyiarkan artikel di dalam Malaysiakini.

Artikel "Lagi pelajar bantah kenaikan harga barang" ini bukan ditulis oleh beliau.

Beliau berkata sekali lagi bahawa beliau tidak pernah hantar apa-apa email/surat ke Malaysiakini. Beliau tidak pernah berhubung dengan media tersebut. Speaker SPKUM, Saudara Asri Zulkifli, turut dilibatkan di dalam artikel tersebut.

Pihak pembangkang cuba memainkan nama beliau kali ini supaya dapat membuktikan YDP MPMUM memang pernah menghantar surat/email kepada Malaysiakini.

YDP MPMUM perlu bertindak tegas terhadap perkara ini. Tidak boleh dibiarkan nama beliau dipermainkan seklai lagi.

Sebelum ini juga nama beliau digunakan di dalam post Malaysiakini berkenaan sokongan beliau terhadap cadangan Perdana Menteri mengenai pembinaan hub hiburan.
read more...

Pentadbiran Kolej pinggirkan JTK/Penghuni



12 Dec - Rentetan daripada penulisan Pro-Student mengenai "Mahasiswa tidak percaya JTK", salah seorang daripada pimpinan Kolej Kediaman Ungku Aziz (KK11) memberi respon terhadap perkara tersebut.

Beliau memberitahu Pro-Student bahawa Pihak Pentadbiran Kolej adalah punca mahasiswa menunding jari kepada JTK.

Pentadbiran Kolej dikatakan tidak mesra pelajar terutama Pengetua KK11, Dr Nadhratul Wardah Hj Salman. Beliau dikatakan enggan bertemu dengan pelajar/penghuni, malah JTK juga diabaikan. Segala masalah pelajar yang dibawa oleh JTK tidak diendahkan beliau.

Oleh kerana ini, pihak JTK tidak dapat melakukan apa-apa sehingga perkara ini telah dibawa ke pengetahuan TNC HEP, Dr Rohana Yusof.

Dr. Rohana Yusof berjanji akan memberi amaran keras kepada pengetua-pengetua yang tidak menjalankan tugas dengan elok dan tidak mesra pelajar. "Mereka yang berkelakuan begini tidak layak untuk menjadi Pengetua Kolej",tegas beliau ketika perkara ini diadukan kepada beliau.

Isu Kronisme

Menurut pimpinan KK11 ini juga, Isu kronisme juga berlaku di KK11 berkenaan pemilihan tender di kafe/kantin KK11. Beberapa tender telah ditendang keluar untuk digantikan oleh 'tender member' untuk kepentingan dan keuntungan peribadi staff kolej.



Tender baru yang dibawa masuk tidak dipersetujui oleh majoriti penghuni Kolej kerana terdapat beberapa kes keracunan makanan berlaku sejak pengambil alihan tender. Perkara ini juga telah dibawa oleh JTK tetapi tidak diendahkan. Ini kerana Pentadbiran Kolej lebih mementingkan diri demi keuntungan peribadi semata-mata. Suara Mahasiswa yang dilontar tidak diambil peduli.

TNC HEP perlu mengambil tindakan tegas terhadap Pengetua/ Pentadbiran Kolej jika perkara ini berterusan. JTK setiap kolej kediaman dinasihatkan tidak perlu berasa takut terhadap kekejaman Pentadbiran Kolej. Perkara seperti ini perlu dibawa kepada pengetahuan TNC HEP dan Naib Canselor.
read more...

PRK dijangka lambat lagi


12 Dec - Pilihanraya kampus yang dinanti mahasiswa dijangka akan diadakan sekitar bulan September tahun hadapan. Khabar angin ini belum disahkan kepastiannya tetapi telah diulas oleh YDP MPMUM,Saudara Khairul Anuar Abu Kasim sendiri.

Beliau berkata Pilihanraya Kampus mungkin akan diadakan pada Semester 1 sesi 2011/2012 tahun hadapan. Tetapi ia tidak pasti lagi kerana ini bergantung pada keputusan Naib Canselor.

Walaubagaimanapun, beliau berharap lebih wajar pilihanraya kampus diadakan pada semester hadapan.

"Pilihanraya kampus tidak akan berlaku serentak dengan Pilihanraya Kolej, kalau ada." ulas beliau ketika ditanya mengenai kedua-dua pilihanraya tersebut. Beliau juga tidak pasti yang mana satu akan diadakan dahulu.
read more...

Dec 10, 2010

Kolej Kediaman : Mahasiswa tidak percaya JTK


10 Dec - Penghuni Kolej-kolej Kediaman sekitar kampus semakin hilang kepercayaan terhadap Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) serta pentadbiran kolej.

Ini berikutan banyak masalah yang membebankan penghuni kolej tidak dapat diselesaikan walaupun melalui JTK. Contohnya,isu yuran kolej naik,tiada penjelasan yang jelas diberi kepada penghuni. Begitu juga isu kronisme di dalam pemilihan penyelia di beberapa kolej kediaman.

"Masalah kebajikan mahasiswa juga tidak dipelihara. Sedangkan JTK diberi amanah memegang tanggungjawab itu." kata seorang penghuni kolej 5. Beliau yang tidak mahu dikenali itu juga bersetuju jika pilihanraya kolej diadakan semula.

Kebanyakan isu yang kecil pon tidak dapat diselesaikan. Isu yang besar pula hanya diserahkan bulat-bulat kepada SPKUM. JTK seperti tidak ada fungsi di setiap kolej kediaman. Ada mahasiswa bersetuju JTK dibubarkan.
read more...

Mahasiswa 'mengganas' di Putrajaya



10 Dec - Berikutan kenaikan harga barang yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini kerana subsidi dikurangkan, mahasiswa semakin mengganas apabila sekali lagi berdemonstrasi di Putrajaya.

Objektif ke Putrajaya adalah untuk menyerahkan memorandum ke Pejabat Perdana Menteri selepas solat Jumaat petang tadi. Polis lebih awal telah memberi amaran supaya bersurai dan hanya membenarkan 3 orang pemimpin mahasiswa sahaja menyerahkan memorandum tersebut. Lebih kurang 100 orang menghadiri perhimpunan tersebut.



Selepas berjaya menyerahkan memorandum, 3 pemimpin mahasiswa ditahan polis berikutan kedegilan mereka mendengar arahan polis supaya diminta bersurai sekali lagi. Mereka ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli. Mereka kemudian dibebaskan semula pada jam 6.30 petang tadi.
read more...

Nov 10, 2010

Um-Today buat kelakar : Fitnah Pro-S



10 Nov - Um-today telah mendakwa Pro-Student adalah dalang kepada surat fitnah yang dihantar oleh YDP MPMUM,Saudara Khairul Anuar ke Malaysiakini berhubung cadangan Perdana Menteri mengenai pembinaan hab hiburan malam. (klik sini)

Dakwanya,tarikh dan masa 'post' pro-s dikeluarkan adalah sebelum tarikh kenyataan palsu YDP MPMUM dikeluarkan Malaysiakini. Um-Today terus membuat konklusi secara melulu dengan menuduh Pro-S sebagai dalang surat fitnah tersebut. (klik sini)

Ingin dijelaskan di sini, tarikh post yang dikeluarkan pro-s yang ternyata di dalam blog tidak tepat dengan masa kita di Malaysia. Ini kerana TIME-ZONE blog Pro-S di-set-kan kepada (GMT -08:00) Pacific Time. Ini bermakna tarikh post yang dikeluarkan adalah lebih lambat berbanding waktu Malaysia (Lebih kurang 17jam lambat). (**Blogger pasti tahu perkara ini**)

Akhirnya berlaku salah faham oleh orang yang cuba menjatuhkan Pro-S dengan menganggap Pro-S adalah dalang kepada surat fitnah itu. Kesempatan ini diambil untuk turut memburukkan kumpulan PENGGERAK MAHASISWA yang langsung tidak ada kena mengena dengan blog ini.

Pihak Pro-S ingin memohon maaf kepada mahasiswa atas kesilapan "TIME-ZONE set" di dalam blog ini. Kami akan cuba mendalami lagi ilmu 'blogger' untuk memperbaiki kesilapan.

UM-Today kini makin menjadi bahan gelak mahasiswa di seluruh kampus. Tuduhan melulu dan fitnah sudah menjadi kebiasaan bagi admin dan sekutu Um-Today.


**Fakta yang tidak dipaksa untuk percaya**

Post di Malaysiakini : 1 Nov, Jam 10.34am
Post yang dikeluarkan Pro-S : 1 Nov, Jam 2.30pm sejurus selepas admin membaca Malaysiakini.

Kajian boleh diteruskan dengan post terbaru ini. Waktu admin post : 10 Nov,6.10 pm.
Sila lihat masa yang terpapar di blog pula.

***

Mahasiswa lebih bijak menilai
read more...

Nov 4, 2010

Pilihanraya Kecil : Kesan kepada Mahasiswa


4 Nov - Keputusan pilihanraya kecil di Galas,Kelantan dan di Batu Sapi,Sabah telah pun diumumkan dan kemenangan berpihak kepada kedua-dua calon Barisan Nasional (BN).

Di Galas, calon BN mendapat 5324 undi manakala calon PAS mendapat 4134 undi. Di Batu Sapi pula, calon BN mendapat 9773 undi, calon PKR mendapat 3414 undi dan calon SAPP mendapat 2031 undi.

Keputusan pilihanraya kecil di kedua-dua tempat ini sedikit sebanyak mempengaruhi mahasiswa di seluruh IPT. Dijangka pilihanraya Kampus Universiti Malaya akan diadakan awal tahun hadapan.

Gerakan mahasiswa yang berteraskan parti pembangkang negara dijangka akan menjadi lebih lesu dan tidak agresif selepas keputusan pilihanraya kecil ini tidak menyebelahi mereka. Ini kerana rakyat boleh menilai sendiri mana yang lebih baik walaupon 'jentera mahasiswa' pro-pembangkang turun sendiri ke Galas untuk membantu calon PAS di Galas.



Manakala kemenangan BN untuk pilihanraya kecil tidak akan memberi kesan kepada jentera Aspirasi/ Penggerak Mahasiswa. Kerana sehingga sekarang mereka masih 'tidak kelihatan'. Adakah disebabkan mereka hanya tumpu kebajikan mahasiswa? atau politik luar memang tidak mempengaruhi mereka? atau mereka memang tidak ber'gerak'?

Mahasiswa seluruh UM tidak sabar menanti pilihanraya Kampus yang akan datang. Seperti yang diketahui, pilihanraya kampus di sini lebih meriah berbanding IPT lain.
read more...

Nov 3, 2010

Galas : Pembangkang gunakan mahasiswa

Emel yang diterima Pro-S :

Pilihanraya kecil yang akan berlansung di Galas esok hari tidak sabar dinanti oleh seluruh rakyat Malaysia terutama fanatik Barisan Nasional (BN) dan PAS. Mahasiswa juga tidak berkecuali dalam pilihanraya kecil ini.

Mahasiswa seluruh IPT mula turun padang semenjak hari penamaan calon di Galas untuk membantu calon parti pembangkang,PAS serta meraih undi masyarakat Galas. Tidak lari juga dan turut bergiat aktif semestinya mahasiswa Universiti Malaya yang popular dengan politik luar.

Yang kelihatan semestinya kumpulan pro-pembangkang atau lebih dikenali sebagai PRO-MAHASISWA. Di sini kita dapat lihat mereka lebih teruja dengan politik luar dan seronok mencabar AUKU. Sedangkan masalah di kampus sendiri tidak dibangkitkan atau diperjuangkan secara agresif seperti ini.



Sudah jelas di sini, mereka yang kononnya berpegang kepada prinsip menegakkan hak dan kebajikan mahasiswa sudah lari,dan mereka lebih fokuskan untuk memenuhi kehendak parti pembangkang PAS. Nampak sangat mereka ini seperti dibayar/disogok untuk bekerja untuk parti pembangkang. Siap kene tahan polis lagi.




Terang-terang mahasiswa ditipu dengan agenda mereka yang hendak menegakkan hak mahasiswa. Mahasiswa di Universiti Malaya sekarang sedang bising berkenaan yuran yang akan dikenakan sewaktu cuti 'study week'. Tetapi mereka lebih sanggup ke Galas untuk pilihanraya. Maklumlah,dibayar siapa tak mahu.

Kita lihat yang terdekat sahaja. Di UM, ahli MPMUM yang dikenakan surat amaran daripada TNC kerana tidak menjalankan amanah dan tanggunjawab majoritinya mahasiswa pro-pembangkang. Ye la, TNC HEP mana bayar MPMUM.

Tambahan tidak lama lagi menjelang peperiksaan akhir semester. Mana prinsip mereka "LEBIH UTAMAKAN PEMBELAJARAN"? Kene tipu lagi mahasiswa nampaknya. Kita lihat pilihanraya kampus akan datang,apa lagi janji pro-pembangkang ini kepada mahasiswa. Janji yang lepas tidak ada satu yang jalan. Apa lagi fitnah yang akan ditabur oleh pro-pembangkang.

Saya sudah serik dan bosan dengan permainan pro-pembangkang ni. Ini hanya sekadar pandangan dan saya yakin media pro-pembangkang seperti um-today dan pro-m sendiri tidak akan publish benda ini.

Mahasiswa lebih bijak menilai.


-Syukri Azizi. Fakulti Sains. Tahun 3.-

Tambahan : link1 , link2, link3
read more...

Nov 1, 2010

YDP MPMUM buat laporan polis


1 Nov - Maklumat baru kami dapat di mana Saudara Khairul Anuar Abu Kasim, YDP MPMUM telah membuat laporan polis berkenaan fitnah yang disebarkan Malaysiakini.

"Malaysiakini sepatutnya siasat dahulu sumber artikel, bukan hanya siar untuk publisiti murahan. Ini telah memalukan MPMUM dan mahasiswa yang menuntut di sini" ulas beliau.

Siasatan akan dilakukan pihak polis terhadap Malaysiakini serta sumber artikel tersebut. Tindakan harus dikenakan sekiranya didapati bersalah.

Beliau turut kesal dengan segelintir pihak yang salah menggunakan media yang turut menyebarkan fitnah dan memburukkan orang lain tanpa usul periksa.
read more...

PMIUM dan UM-Today Fitnah


1 Nov - Kekecohan tentang artikel PALSU yang dikeluarkan oleh Malaysiakini yang dikatakan ditulis oleh Saudara Khairul Anuar Abu Kasim,YDP MPMUM semakin menjadi-jadi apabila pihak pro-pembangkang turut menyebarkan fitnah ini kepada mahasiswa lain.

Pro-pembangkang mula menggunakan medium sekutunya,Malaysiakini untuk memburukkan nama YDP MPMUM dan juga seluruh mahasiswa UM.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya juga terlibat memburukkan nama YDP MPMUM di dalam Um-Today dengan mendesak supaya beliau menarik balik keterangan di dalam Malaysiakini dan memohon maaf. Sedangkan Khairul Anuar telah mengeluarkan kenyataannya melalui Facebook.

Dapat dilihat disini PMIUM bukanlah berpaksikan Islam semata-mata apabila menyebarkan serta memburukkan pemimpin Islam sendiri tanpa usul periksa. Alangkah jahilnya pimpinan PMIUM sekarang.

Um-Today turut membantu untuk menyiarkan berita palsu ini tetapi tidak pula menyiarkan kenyataan Khairul Anuar berhubung perkara ini. Dapat dilihat Um-Today sengaja bersubahat dengan pro-pembangkang menyebarkan berita palsu.

Mahasiswa UM sebelum ini juga telah hilang kepercayaan terhadap media Um-Today dan juga PMIUM. Mereka berdua banyak menjatuhkan nama institusi sendiri dan juga pemimpin Islam. Tidak hairan lah ramai orang berpendapat PMIUM itu sama dengan kaum Khawarij.

Sumber-Um-today dan Malaysiakini.
read more...

Oct 31, 2010

MPMUM sokong ETP,hab pusat hiburan malam


1 Nov - Artikel yang dikeluarkan Malaysiakini bukan tulisan Saudara Khairul Anuar Abu Kasim, YDP MPMUM.

Di dalam artikel tersebut menyatakan sokongan MPMUM mahasiswa terhadap tindakan kerajaan menubuhkan lebih banyak pusat hiburan malam di negara ini.

"Saya tidak pernah berhubung dengan Malaysiakini." ulas pendek Saudara Khairul Anuar apabila diminta memberi penjelasan berhubung perkara ini.

Tindakan Malaysiakini melampaui batas apabila menyiarkan artikel tanpa usul periksa. Dipercayai artikel ini ditulis oleh pro-pembangkang yang tidak berpuas hati dengan YDP MPMUM.

Pihak MPMUM tidak teragak-agak mengfailkan saman ke atas Malaysiakini yang cuba memburukkan YDP MPMUM dan mahasiswa UM. Banyak juga artikel daripada Malaysiakini sebelum ini yang cuba memecahbelahkan perkauman Malaysia.
read more...

Oct 11, 2010

Jangan percaya 'Ahli Kabinet Tidur'


11 Okt - "Sekiranya pelajar ada perkara yang ingin dibangkitkan atau terdapat sebarang masalah,boleh terus buat aduan di laman web rasmi MPMUM." kata YDP MPMUM,Saudara Khairul Anuar Abu Kasim.

Kenyataan ini dibuat sekali lagi berikutan fitnah yang dikeluarkan pihak pembangkang yang berniat jahat menjatuhkan MPMUM baru-baru ini.

"Saya yakin MPMUM tidak gagal, cuma hanya minoriti ahli kabinet yang tidak menjalankan tanggungjawab sehingga menerima surat amaran daripada TNC HEP." tambah beliau.

Jika aduan disampaikan kepada 'ahli kabinet tidur' ini, bermakna masalah tersebut tidak akan dapat diselesaikan. Ini kerana mereka tidak akan hadir setiap kali mesyuarat kabinet MPMUM. Dan kerana ini juga mereka layak menerima surat amaran daripada TNC HEP.

Mahasiswa sekali lagi diingatkan supaya tidak memakan janji manis 'ahli kabinet tidur' yang kononnya akan membawa masalah ini ke dalam mesyuarat kabinet. Sebarang masalah boleh terus ke laman web MPMUM atau terus ke YDP MPMUM.
read more...

Oct 7, 2010

Fitnah terhadap MPMUM


8 Okt - Surat yang diterima pihak MPMUM baru-baru ini daripada Timbalan Naib Canselor HEP, Prof. Dr. Rohana Yusof telah dimanipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab.

Surat tersebut telah dibuat salinan dan diedarkan kepada mahasiswa sekitar kampus selepas siswa menunaikan solat Jumaat di Masjid Akademi Pengajian Islam. Edaran tersebut bertajuk "BUKTI MPMUM GAGAL".

Walhal apabila mendapatkan penjelasan YDP MPMUM,Saudara Khairul Anuar Abu Kasim, surat tersebut memang benar tetapi ia ditujukan kepada MPMUM yang tidak menjalankan tugas dan lari dari tanggungjawab sebagai MPM, bukan kepada semua MPMUM.

Surat ini dimanipulasikan dengan tajuk yang boleh memberi persepsi buruk terhadap MPMUM sesi kali ini.

Seperti semua mahasiswa ketahui, MPMUM dibawah Saudara Khairul Anuar banyak memberi perkembangan positif dalam menegakkan kebajikan mahasiswa UM selama ini termasuk yang berada di luar kampus.

Hanya ada segelintir MPMUM yang sebelum ini dikatakan tidak berpuas hati sejak perlantikan Majlis Tertinggi MPMUM yang sehingga kini tidak menjalankan tugas sehingga diberi surat amaran daripada TNC HEP. (gambar)

Diharap mahasiswa tidak terperdaya dengan tipu muslihat 'Siswa Jahil' yang cuba menyebarkan fitnah dikala orang Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid API.
read more...

Sep 24, 2010

Kemenangan siswa ditarik balik


24 Sept - Kemenangan buat 5 siswa UM yang sebelum ini dituduh melakukan perbuatan khianat dalam kes conteng dinding DKU Akademi Pengajian Islam dilihat belum berakhir lagi.

Melalui post Saudara Izzuddin Hilmi,salah seorang tertuduh,beliau mendakwa mendapat sepucuk surat daripada Mahkamah Tinggi di mana kemenangan beliau pada 12 Jun lepas di Mahkamah Majestret dibatalkan.

Katanya juga, pihak Pendakwaraya tidak berpuas hati dengan keputusan hakim seterusnya membuat rayuan pada Mahkamah Tinggi. Beliau akan dipanggil semula ke Mahkamah pada 14 Oktober ini.
read more...

Sep 23, 2010

Penjenayah bebas



24 Sept - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan lima mahasiswa Universiti Malaya (UM)yang tertuduh dalam kes 'bini puaka' dibebaskan tanpa membela diri.

Lima mahasiswa berkenaan – Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya – dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Mahkamah tidak dapat membuktikan mereka berlima melakukan perbuatan khianat itu atas sebab-sebab bukti tidak cukup kukuh untuk mendakwa mereka.



Alhamdulillah kelima-lima mahasiswa UM ini dibebaskan dengan adil. Tetapi dimanakah penjenayah sebenar yang melakukan perkara khianat itu? Perkara ini masih bermain-main di kepala mahasiswa seluruh IPT.
read more...

Sep 22, 2010

Pro-Mahasiswa anjur Rumah terbuka


22 Sept - Di dalam kerancakkan seluruh negara masih menyambut perayaan Aidilfitri dengan mengadakan rumah terbuka terutamanya di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur, di UM juga tidak ketinggalan dalam meraikan kemeriahan bulan kemenangan umat Islam tersebut.

Pro Mahasiswa UM dikatakan akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri 2010 pada 23 September (Khamis).

Promosi juga telah dibuat dengan beberapa kain rentang telah digantung mengenai program ini di sekitar kampus.

Rumah Terbuka Pro-M UM akan diadakan di Dataran Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM bermula sekitar pukul 9 malam dan dijangka berakhir sekitar 12 tengah malam.
read more...

Sep 7, 2010

UM drops from top 200 list of world ranking


PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) has dropped from the top 200 of the prestigious 2010 QS World University Rankings – slipping to 207 this year compared to 180 in 2009.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) and Universiti Putra Malaysia (UPM) all improved on their 2009 positions.

UKM is ranked 263 this year compared to 291 in 2009; USM at 309 (314) and UPM is 319 (345).

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dropped to 365 this year compared to 320 in 2009.

Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin told The Star it was normal to see fluctuation in the rankings.

“We do not want to be obsessive about world rankings,” he said.

The ministry, he added, had its own strategic plan which was benchmarked against world’s best practices, and would take note of the rankings.

“We also cannot be ‘ranked’ against other universities whose ‘conditions’ and ‘environments’ are different from ours. It is like comparing apples with oranges,” he said.

QS Quacquarelli Symonds Ltd managing director Nunzio Quacquarelli said the QS which conducts and compiles the annual World University Rankings measures university research quality, graduate employability, teaching commitment and international commitment.

“QS rankings use a combination of global surveys and audited data, including citation counts from Scopus, the world’s largest database of academic publishing,” he said in a statement to The Star.

UKM vice-chancellor Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin said the university would continue with its change agenda.

“We will not be distracted by rankings although those who want to celebrate can do so,” she said.

UTM vice-chancellor Prof Datuk Dr Zaini Ujang said the university has improved in all aspects of the ranking parameters such as doubling the publication in ISI indexed journals as well as international staff and students.

“However, others have improved in terms of percentage,” he said.

QS World University Rankings Academic Advisory Board convenor Martin Ince said there was an overall mixed set of results for Malaysian universities.

“Although our academic reputation survey shows that many of Malaysia’s top universities are increasingly well-regarded around the world, the country’s leading institution UM has dropped in this measure, as well as in the employer review,” he added.

He said continued investment in the coming years would be the key to Malaysian universities consolidating their positions.

-The Star-
read more...

Sep 3, 2010

GERAK dakwa dianiaya


4 Sept - Semalam risalah palsu yang dikatakan milik pihak PENGGERAK MAHASISWA telah ditampal di sekitar kampus dan setiap Kolej Kediaman.

Pihak GERAK tidak mengakui risalah ini milik mereka kerana PENGGERAK MAHASISWA masih belum mengeluarkan apa-apa risalah/flyers setakat ini. Di dalam risalah ini mengandungi mesej yang baik tetapi tidak jelas bahasanya dan menunjukkan mahasiswa dari pihak GERAK tidak berakademik.

Pihak GERAK juga menafikan dakwaan yang terdapat pada risalah itu yang menyatakan Pro-Mahasiswa sama dengan PAS. Pihak GERAK juga menasihatkan mahasiswa supaya tidak terperdaya dengan permainan dan penipuan pihak pembangkang yang cuba memburukkan imej mereka.

"Tak sangka di bulan yang mulia ini masih ada pihak yang menganiaya orang. Semoga mereka diberi hidayah",ulas Jurucakap SPKUM, Saudara Asri Zulkifli tanpa bercakap panjang mengenai perkara ini.

Gambar risalah tersebut boleh didapati di sini :
http://geraksiswa.blogspot.com/2010/09/ini-bukan-dari-gerak.html
read more...

Aug 26, 2010

MPMUM dan SPKUM bekerjasama


26 Ogos - Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah mengadakan perjumpaan pertama bersama-sama Presiden-Presiden Kolej Kediaman atau lebih dikenali SPKUM pada 25 Ogos semalam.

Perjumpaan ini bertujuan untuk menwujudkan kerjasama di antara kedua-dua pihak di samping membincangkan isu-isu yang melibatkan kolej kediaman khususnya kebajikan mahasiswa.

Terdapat beberapa agenda yang telah dibincangkan menglibatkan isu-isu 'tradisi' mahupun yang terbaru di antaranya termasuklah :

* Isu yuran kolej kediaman yang tinggi, MPMUM dan SPKUM akan cuba membincangkan hal ini dengan pihak-pihak tertinggi di samping akan membuat tindakan di peringkat kolej melalui borang kaji selidik yang bakal diedarkan kelak.
* Isu dewan makan, terdapat kebaikan dan keburukan yang dilihat dengan kewujudan dewan makan. Tindakan daripada MPMUM dan SPKUM untuk mencadangkan penyeragaman menu di kolej-kolej berkaitan di samping akan membuat kajian menyeluruh terhadap isu ini.
* Isu pelajar antarabangsa di kolej 10, pelbagai masalah timbul selepas kemasukan pelajar-pelajar asing terutamanya dari segi masalah sosial yang keterlaluan dan juga masalah-masalah lain. Tindakan, MTK KK10 akan mencari satu mekanisma yang efektif untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan bantuan rakan-rakan MPMUM dan SPKUM.
* Mempunyai kolibrasi di antara kedua-dua pihak iaitu dalam program-program yang dianjurkan oleh kedua-dua pihak.


Diharapkan dengan pertemuan dua hala ini, isu-isu kolej kediaman yang lazimnya dikaitkan dengan masalah tradisi ini akan dapat diselesaikan di samping dapat mengeratkan silaturrahim kedua-dua pihak.

-http://mpmum0910.blogspot.com-
read more...

Aug 24, 2010

Majlis Sahur Perdana UM


25 Ogos - Esok pagi (26 Ogos) akan diadakan Majlis Sahur Perdana yang akan diadakan di Surau Akademi Pengajian Islam bermula jam 3 pagi.

Majlis anjuran HEP dan MPMUM ini akan dihadiri oleh beberapa Menteri Kabinet dan turut hadir untuk menyampaikan tazkirah, Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Mahasiswa dijemput menghadiri majlis yang mulia ini. Bas akan disediakan seawal jam 2.30 pagi di setiap kolej kediaman.
read more...

'Isu Wanita'. Di mana Exco HEWI MPMUM?


25 Ogos - MPMUM sebelum ini banyak memperjuangkan isu wanita atau mahasiswi di kampus mahupun di luar kampus. Tetapi hanya Majlis Tertinggi MPMUM sahaja yang menjalankan tanggungjawab ini secara agresif.

Persoalannya, dimanakan Exco Hal Ehwal Wanita MPMUM, Siti Fairus Abd Rahman? Beliau yang sepatutnya bertanggungjawab tentang hal-hal wanita/siswi tidak pernah menunjukkan muka untuk memperjuangkannya.

Beliau juga wakil pelajar daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dikatakan tidak lagi mahu terlibat dengan MPMUM setelah berlakunya sedikit salah faham antara MPM sejak sekian lama. Sifat ini dikatakan TIDAK PROFESSIONAL dan beliau tidak sepatutnya memegang Exco tersebut.

Mujur ahli MPMUM yang lain dapat menjalankan tanggungjawab secara professional. HEWI PMIUM juga dilihat begitu agresif memperjuangkan hak-hak wanita dan isu pembuangan bayi yang telah melarat di negara ini.

Sebahagian besar mahasiswi UM memohon supaya tindakan ke atas Siti Fairus Abd Rahman dikenekan atau tukar sahaja kepada yang lebih layak memegangnya. Ada juga memberi cadangan Saudari Siti Nadzirah (Ahli Kabinet MPMUM) lebih layak memegang jawatan tersebut.
read more...

Aug 19, 2010

Lecture 'Student Power' disekat lagi


20 Ogos - Kuliah Umum 'Student Power' yang akan disampaikan oleh Saudara Fahmi Reza disekat lagi oleh Pentadbiran Universiti. Sebelum ini beliau tidak dibenarkan mengadakan kuliah tersebut di UiTM, dan kali ini pula beliau tidak dibenarkan untuk berucap di Universiti Malaya.

Kuliah ini bertujuan untuk menceritakan perjuangan mahasiswa sekitar 60'an kepada mahasiswa sekarang supaya dapat membangkitkan kembali semangat perjuangan dan suara keramat masyarakat.

Petang tadi jam 3.30,konco-konco Fahmi Reza seramai hanya 10 orang berjumpa dengan TNC HEP, Prof Dr Rohana Yusof untuk memohon kebenaran tetapi masih tidak mendapat kebenaran kerana program tersebut atas nama individu. Sepatutnya sesuatu program yang hendak diadakan di UM perlu atas nama persatuan/kelab/kolej kediaman.

Mereka dikatakan masih tidak tahu prosedur untuk mengadakan program di Universiti Malaya ini. Ada juga mahasiswa yang memberi cadangan untuk mengadakan program ini di luar kawasan Universiti.
read more...

GRAND Speaker Corner tidak GRAND


20 Ogos - Grand Speaker Corner (GSC) yang dinantikan sebahagian mahasiswa tidak mendapat sambutan seperti yang dijangka sebelum ini.

GSC yang diadakan di hadapan Jabatan Kimia,Fakulti Sains bermula kira-kira jam 10.30 kerana menunggu kehadiran mahasiswa UM. Hanya lebih kurang 30 orang yang menghadiri GSC tersebut.

Speakers yang hadir berucap hanya Saudara Asri Bin Zulkifli (Jurucakap SPKUM), Saudara Ahmad Syazwan (YDP PMIUM) dan Saudari Siti Nadzirah (Ahli kabinet MPMUM). Turut memberi ucapan wakil MPMUM dan wakil Pro-Mahasiswa. Mereka masing-masing memberi pandangan terhadap 'Wajarkah Mahasiswa Berpolitik'.

"Saya berpendapat ramai tidak hadir kerana clash dengan program yang diadakan di API." kata Saudara Asri Zulkifli.

"Walaupun tidak ramai,speaker corner ini akan tetap dijalankan secara berterusan kerana di sinilah tempat mahasiswa menyuarakan pendapat dan pandangan." kata Saudara Mohamad Izzuddin Hilmi.

Ada juga berpendapat bahawa Speaker Corner ini sebenarnya tidak lagi relevan pada masa ini oleh sebab peredaran zaman. Ramai kelihatan kecewa dengan sambutan GRAND Speaker Corner malam ini.
read more...

Aug 18, 2010

Program kelas KAFA bermula


18 Ogos - Program yang selama ini dinanti-nantikan oleh mahasiswa UM akan bermula pada Sabtu ini dengan Siri 1. Program Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) ini dianjurkan oleh MPMUM sesi 09/10 dan ini merupakan cadangan YDP MPMUM sendiri,Saudara Khairul Anuar Abu Kasim.

Program ini dahulunya merupakan salah satu janji daripada YDP MPMUM sendiri semasa beliau dinaikkan sebagai calon MPMUM. Kini ia telah dikotakan, dan beliau berharap mahasiswa dapat memberi sokongan terhadap program ini dengan menyertainya terutama pada bulan yang mulia ini.

Program ini akan berlangsung di Dewan Perdana 1,Kompleks PerdanaSiswa (KPS) pada jam 9 malam,hari Sabtu ini (21 Ogos 2010). Program ini terbuka kepada seluruh mahasiswa UM.
read more...

Aug 17, 2010

'GRAND Speaker Corner' khamis ini


17 Ogos (kemaskini)- Setelah sekian lama 'Speaker Corner' kelihatan lesu, kini ia kembali dengan 'GRAND Speaker Corner' yang akan berlangsung khamis ini (19 Ogos).

'GRAND Speaker Corner' ini akan berlansung di Medan Letak Kereta, Jabatan Kimia berdekatan Perpustakaan Utama UM,jam 9.30 malam. Antara yang akan tampil kehadapan ialah :

YDP PMIUM, Saudara Ahmad Syazwan Muhammad Hassan
YDP MPMUM, Saudara Khairul Anuar Abu Kasim
Speaker SPKUM, Saudara Asri Zulkifli
Ahli Kabinet MPMUM, Saudari Siti Nadzirah Abdul Majeed.


YDP MPMUM,Saudara Khairul Anuar Abu Kasim ketika dihubungi memberitahu bahawa beliau mungkin tidak dapat hadir kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

Dijangka kehadiran Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, akan turut turun memberi sokongan dan memeriahkan lagi 'GRAND Speaker Corner' ini.

Mahasiswa dijemput hadir untuk menyaksikan 'GRAND Speaker Corner' pada hari khamis ini.
read more...

Aug 16, 2010

JTK Kolej Kediaman lesu


16 Ogos - Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) di setiap kolej kediaman dikatakan bergerak lesu dan kebajikan mahasiswa tidak diambil peduli. JTK ini dilantik oleh pihak pentadbiran setiap kolej kediaman dan majoritinya adalah Pembantu Mahasiswa Kolej Kediaman masing-masing.

"Masih tidak nampak dengan jelas gerak kerja mereka terutamanya dalam mengambil tahu terhadap kebajikan mahasiswa yang menghuni di kolej-kolej walaupun telah sebulan mereka dilantik." keluh salah seorang penghuni KK5.

Di bulan ramadhan ini, sambutan di kolej-kolej kediaman juga kelihatan lesu dan tidak meriah. "Mungkin mereka juga 'berpuasa' dalam gerak kerja"

Sebelum ini, JTK kolej tidak mengambil sebarang tindakan atau mengeluarkan penjelasan apabila isu kenaikan yuran kolej kediaman timbul terutama di kolej kediaman ke-5 dan ke-11. Hanya kelibat MPMUM dan SPKUM sahaja yang prihatin terhadap perkara ini.

"Di manakah kelibat JTK? Apakah fungsi mereka di dalam organisasi kolej?"

Mahasiswa memohon dan berharap supaya JIK JTK Kolej-Kolej Kediaman bergerak secara agresif terutama dalam menegakkan kebajikan mahasiswa. Perkara ini juga dapat mengurangkan beban MPMUM dan SPKUM yang turut sama memperjuangkan kebajikan mahasiswa.
read more...

Pelekat Kenderaan berkuatkuasa hari ini


16 Ogos - Hari ini pihak keselamatan Universiti Malaya telah menguatkuasakan pelekat kenderaan bermotor bagi staf dan siswa yang mempunyai kenderaan dan pemeriksaan setiap kenderaan masuk akan dilakukan di semua pintu masuk ke UM.

Menurut Pengarah Keselamatan UM, mulai 1 September 2010, Unit Trafik Pejabat Keselamatan akan melakukan operasi mengunci (clamp) semua kenderaan yang tidak mempunyai pelekat (sticker) kecuali kenderaan rasmi UM.

Ada sesetengah pendapat bahawa sistem pelekat kenderaan ini tidak efektif. Ini disebabkan Pihak Keselamatan UM masih menjalankan tugas sambil lewa apabila kenderaan yang tidak mempunyai pelekat Universiti dibenarkan masuk terutama pada waktu malam. Ini menyebabkan peningkatkan kadar jenayah di dalam kampus seperti kecurian dan pecah masuk kolej.

Diharap pihak MPMUM dapat membawa perkara ini di peringkat atasan supaya Pihak Keselamatan menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik dan efektif.
read more...

Aug 8, 2010

Mahasiswa berpolitik ketika Konvokesyen


7 Ogos - Sekumpulan pelajar Pro Mahasiswa Universiti Malaya telah mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Dalam gambar di atas kelihatan, Ridzuan Othman (Pengerusi Bantah AUKU) yang masih berjubah selepas majlis konvokesyen melaungkan bantahan penghapusan AUKU secara terbuka di DTC.

Mereka tidak segan silu untuk membuat kecaman demikian di hadapan ibu bapa yang lain. Tentu ibu bapa pelajar yang lain akan menyangka AUKU itu adalah "benda" yang amat zalim hinggakan pelajar yang baru bergraduasi membantahnya selepas majlis konvekesyen universiti. Kalau bukan kerana AUKU, sudah tentu naib canselor, dekan, pensyarah dan pelajar di Universiti Malaya adalah daripada kalangan bukan Melayu. Disebabkan adanya AUKU nasib orang Melayu banyak terbela. Nampaknya AUKU perlu dibaca sampai habis dulu sebelum bertindak melulu yang akhirnya akan merugikan diri sendiri. Mungkin ada pihak lain yang menghasut dan memberi inspirasi kepada mereka untuk bertindak sedemikian.

Rupanya kehadiran Nurul Izzah (Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai) telah memberi peransang kepada kumpulan Pro Mahasiswa untuk mengadakan demonstrasi tersebut. Kelihatan di gambar atas, Nurul Izzah sedang bergambar dengan pelajar-pelajar yang baru bergraduasi. Sejurus selepas sesi bergambar tersebut, demo membantah dan menghapus AUKU terus diadakan. Berdemo untuk bantah AUKU atau berdemo untuk tunjuk pada Nurul Izzah?



Mahasiswa memang sudah berpolitik dalam kampus. Tidak kira waktu pilihan raya kampus atau tidak, semasa majlis konvokesyen pun mereka berdemo. Kalau dibenarkan secara sah, sudah tentu mereka akan berdemo adalam dewan konvokesyen pula nanti. Kerja wakil rakyat pembangkang memang mudah, mengajak pelajar berdemo juga sebahagian daripada tugas tersebut. Kampus sudah menjadi medan ahli parlimen pembangkang turun berkhidmat sekarang ini. AUKU dijadikan alasan dalam kampus, ISA dijadikan alasan di luar kampus. Kedua-duanya dikecam kononnya mengokong mahasiswa dan rakyat. Kongkong apa lagi, mereka sudah diberikan kebebasan. Kalau universiti ambil tindakan, universiti pula akan dimarahi kerana dikatakan zalim. Oleh itu, peraturan itu akan menjadi seolah hidup segan mati tidak mahu. Majoriti pelajar lain perlu membuat sesuatu agar suara minoriti ini tidak menggangu gugat kebebasan yang dinikmati oleh majoriti.

-Angin Perubahan-
read more...

Aug 4, 2010

Selamat Tinggal Ayahanda TNC HEPA


4 Ogos - Ura-ura sebelum ini menyatakan bahawa Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA), Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Haji Idris akan menamatkan tempoh perkhidmatannya telah menjadi kenyataan.

Beliau dihubungi Pro-Student petang tadi mengesahkan beliau akan menamatkan perkhidmatannya sebagai TNC HEPA pada 8 Ogos ini secara rasminya. Tempat beliau akan diganti oleh Prof. Dr. Rohana Abdul Jalil. Penyerahan jawatan akan berkuatkuasa pada hari isnin hadapan (9 Ogos).

Beliau sebelum ini telah banyak memberi dorongan dan sokongan terhadap setiap program yang dianjurkan di Universiti Malaya terutamanya terhadap mahasiswa. Beliau juga lebih mengutamakan kebajikan mahasiswa Universiti Malaya sepanjang tempoh perkhidmatannya. Walaupun sebelum ini beliau banyak kali difitnah dan dianiaya oleh beberapa pihak,beliau tetap bersikap professional menjalankan tanggungjawabnya.

Pro-Student mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya Datuk Dr. Azarae dan tahniah kepada Prof. Dr. Rohana Abdul Jalil.
read more...

Jul 30, 2010

Serangan peribadi terhadap MPMUM


31 Julai - Tindakan beberapa pihak cuba menjatuhkan MPMUM sesi ini mendapat perhatian daripada mahasiswa Universiti Malaya. Beberapa iklan PALSU berbentuk flyers ditampal di sekitar kampus,PetalingJaya dan Kerinchi melibatkan beberapa wakil MPMUM termasuk YDP MPMUM,Khairul Anuar Abu Kasim.

Iklan 'kereta sewa' dan 'rumah sewa' tersebut didakwa menggunakan nama dan nombor telefon sebenar mangsa (MPMUM). Iklan ini juga telah berjaya memperdayakan mahasiswa Universiti Malaya. MPMUM yang menjadi mangsa adalah YDP MPMUM,Khairul Anuar Abu Kasim,Muhammad Ilyas Zambri dan Mohammad Shahir.

MPMUM menasihatkan mahasiswa agar tidak terperdaya dengan iklan yang ditampal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

"Saya kesal dengan tindakan pihak ini kerana cuba menjatuhkan MPMUM secara peribadi. Semoga mereka diberi hidayah daripada Allah." kata YDP MPMUM.

Segelintir mahasiswa berpendapat tindakan ini salah satu daripada permainan dan agenda jahat Pro-Mahasiswa yang sudah lama tidak berpuas hati dengan MPMUM sesi ini. Tetapi MPMUM menafikan perkara itu kerana kita tidak boleh menunding jari tanpa bukti yang kukuh.







read more...

Pelajar Asasi mati jatuh bangunan



30 Julai - Pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) mati jatuh bangunan jam 2.35 petang di Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) Universiti Malaya.

Menurut sumber, Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun, berasal dari Mersing,Johor, dipercayai jatuh ketika ingin menyeberang balkoni ke bilik rakannya di bilik bersebelahan tingkat 5. Pelajar tersebut mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.



"Mahasiswa perlu mengambil kejadian ini sebagai pengajaran dan mengambil langkah berjaga-jaga supaya perkara ini tidak berulang. Kami (MPMUM) menyampaikan salam takziah kepada keluarga adik Zulkhairi.Semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman" ulas YDP MPMUM, Saudara Khairul Anuar Abu Kasim.
read more...

Jul 28, 2010

PROMO'10 lesu


29 Julai - Minggu Promosi Badan Pelajar anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang diadakan sepanjang minggu ini kelihatan lesu dan tidak mendapat sambutan seperti tahun-tahun sebelumnya. Minggu PROMO'10 bermula dari 26 Julai dan berakhir pada hari ini (29 Julai).

Hanya segelintir mahasiswa sahaja yang hadir dan mendaftar di sini. Ada pihak yang menunding jari kepada HEPA kerana publisiti untuk minggu PROMO'10 tidak meluas.

"Saya berpendapat mahasiswa itu sendiri tidak mengambil tahu dan tidak ingin terlibat dengan persatuan-persatuan berdaftar ini. Saya lihat publisiti minggu PROMO sudah cukup di sekitar kampus dan kolej-kolej kediaman. Begitu juga dengan luar kampus di kawasan Kerinchi dan Petaling Jaya." YDP MPMUM,Saudara Khairul Anuar Abu Kasim menafikan dakwaan itu.

Beliau juga berpendapat bahawa Persatuan-persatuan berdaftar itu sendiri tidak cukup publisitinya menyebabkan mahasiswa tidak tahu tentang kewujudan persatuan-persatuan ini.



"Persatuan yang aktif seperti PMIUM kelihatan bagus dari segi publisitinya. Saya dapat tahu PMIUM mendapat sambutan hebat daripada mahasiswa UM. Tahniah buat PMIUM." ulas beliau lagi.
read more...

Jul 26, 2010

Bahang FESKUM'10 bermula


26 Julai - Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2010 akan bermula 31 Julai hingga 8 Ogos 2010. Pelbagai aktiviti dan program akan dijalankan sepanjang minggu FESKUM'10 minggu hadapan.

Program yang akan diadakan :

MASJLIS PERASMIAN
Auditorium Kompleks Perdana Siswa, KPS
31 Julai 2010 (2:00 p.m)

FUTSAL PIALA NAIB CANSELOR
Gelanggang Futsal Pusat Sukan
1 Ogos 2010 (8:00 a.m)

TAYANGAN AMAL ANIMAS UNTUKMU GAZA
Auditorium Kompleks Perdana Siswa, KPS
2 Ogos 2010 (8:00 p.m)

CAREER DEVELOPMENT & FREE FACIAL
Auditorium Kompleks Perdana Siswa, KPS
3 Ogos 2010 (8:00 p.m)

KEMPEN DERMA DARAH
Auditorium Kompleks Perdana Siswa, KPS
2-4 Ogos 2010 (10:00 a.m - 4:00 p.m)

PAMERAN-PAMERAN
Ruang Legar Auditorium KPS
2-7 Ogos 2010 (9:00 a.m -5:00 p.m)

PERTANDINGAN GERAI CONTOH (PELAJAR)
Tapak Gerai Basah
2-7 Ogos 2010

LELONGAN AMAL DEMI GAZA
Tempat Letak Kereta KPS, Tapak Korporat
2, 4, 5 Ogos 2010 (12:00 - 3:00 p.m)

MOCK TRIAL
Auditorium Fakulti Undang-undang
4 -7 Ogos 2010

MALAM WARGA ISTIMEWA (MAWARIS)
Auditorium Kompleks Perdana Siswa, KPS
4 Ogos 2010 (8:00 p.m)

BICARA MUFTI (JAKIM-RTM)
Auditorium Kompleks Perdana Siswa, KPS
5 Ogos 2010 (8:00 p.m)

SUARA SISWA (RTM)
Auditorium Kompleks Perdana Siswa, KPS
6 Ogos 2010 (8:00 p.m)

MALAM AMAL "SEJUTA SINAR SATU DESTINASI"
Dewan Tunku Canselor
8 Ogos 2010 (8:00 p.m)

PERTANDINGAN INOVASI & KREATIF PIALA PUSINGAN TNC HEPA.

"Mari kita sama-sama memberi sokongan untuk memeriahkan lagi Majlis Konvokesyen untuk para graduan Universiti Malaya. Selamat maju jaya juga saya ucapkan kepada AJK FESKUM dan MPMUM yang terlibat dengan program yang bakal dijalankan." kata YDP MPMUM,Saudara Khairul Anuar Abu Kasim.
read more...

Jul 25, 2010

Program Minggu Promosi Badan Pelajar


25 Julai - Program Minggu Promosi Badan Pelajar (PROMO'10) yang dinanti-nantikan selama ini akan bermula pada esok 26 Julai sehingga 29 Julai 2010 di sekitar Kompleks PerdanaSiswa.

Program ini dianjurkan setiap tahun oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya. Ini membuka peluang mahasiswa untuk aktif di dalam kelab dan persatuan yang berdaftar terutamanya bagi pelajar baru.

Seluruh Mahasiswa dijemput untuk turun beramai-ramai ke KPS untuk mendaftarkan diri dalam persatuan dan kelab yang berdaftar di sini.
read more...

Jul 22, 2010

Taklimat 1Malaysia mendapat sambutan hangat


22 Julai - Program Taklimat 1Malaysia yang diadakan di Kompleks Perdanasiswa malam semalam mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa baru seluruh Universiti Malaya menyebabkan Auditorium KPS penuh dan ada yang terpaksa bersila di lantai.

Taklimat disampaikan oleh YBhg. Dato' Hj. Shahlan Hj. Ismail,setiausaha politik Perdana Menteri Malaysia. Semua mahasiswa baru dan Pembantu-Pembantu Mahasiswa setiap kolej kediaman diwajibkan menghadiri taklimat penerangan semalam. MPMUM turut hadir memberi sokongan terhadap program tersebut.

Taklimat 1Malaysia tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangkan tentang konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Tetapi masih ada persepsi negatif daripada sebahagian kecil mahasiswa mengenai program tersebut.



Usah kita hiraukan persersi negatif segelintir pihak ini kerana ia mungkin dipengaruhi oleh politik luar atau parti pembangkang. Pro-Student juga menyangkal kenyataan UMToday apabila mereka mendakwa hanya segelintir mahasiswa sahaja yang hadir program tersebut. Ini melihatkan mereka membuat kenyataan tanpa bukti kukuh.
read more...