Ads

Dec 26, 2010

MPMUM menuntut pengurangan yuran kolej


26 Dec - MPMUM telah menghantar memorandum kepada Tim. Menteri Pengajian Tinggi Awam Malaysia, YBhg. Dato' Saifuddin Abdullah baru-baru ini berkenaan tuntutan untuk mengurangkan yuran Kolej-Kolej Kediaman di Universiti Malaya.

Isu kenaikan yuran ini dipandang serius kerana memberi impak kepada mahasiswa akibat harga yuran yang terlalu mahal dan lebih membebankan lagi dengan kehidupan di bandaraya Kuala Lumpur yang memerlukan kos sara hidup yang sangat tinggi.

Beberapa cadangan yang turut diusulkan oleh MPMUM adalah :

1) Pembayaran elektrik yang ditangung oleh pihak Kolej Kediaman sebelum ini di tanggung sepenuhnya oleh pihak universiti.

2) Mencadangkan agar dewan makan di setiap Kolej Kediaman ditutup sepenuhnya. Pihak Kolej Kediaman pula perlulah mengambil inisiatif untuk menyediakan ruang dapur kecil sekurang-kurangnya di setiap aras bagi semua blok dan menempatkan peralatan kemudahan seperti mini periuk nasi, pemanas air dan seumpamanya.

3) Memusatkan aktiviti-aktiviti pelajar bagi mengurangkan perbelanjaan Kolej Kediaman.

4) Menempatkan lebih ramai staf sokongan yang dibawa masuk melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengurangkan kos pembayaran gaji pekerja di Kolej Kediaman.


Diharap perkara dan cadangan yang diusulkan oleh MPMUM dipertimbangkan memandangkan isu kenaikan yuran amat membebankan mahasiswa. Seluruh mahasiswa menyokong tindakan MPMUM yang cuba menegakkan kebajikan mahasiswa UM.
read more...

MPMUM : Tubuhkan Unit Penginapan Pelajar Luar Kampus


26 Dec - MPMUM baru-baru ini telah menghantar kertas kerja berhubung cadangan MPMUM untuk menubuhkan Unit Penginapan bagi Mahasiswa Luar Kampus kepada Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Di peringkat MPMUM, mereka melihat perkara ini secara serius dan menyeluruh memandangkan kebajikan mahasiswa luar kampus sering menjadi isu seperti masalah keselamatan dan juga gejala sosial.

Beberapa peringkat mesyuarat berkala dijalankan dan ini telah membawa desakan untuk YDP MPMUM menghasilkan kertas kerja bagi menubuhkan satu unit khas yang sepenuhnya menguruskan pelajar luar kampus.

Antara cadangan dan isi kertas kerja yang disediakan termasuklah menyediakan perkhidmatan secara menyeluruh kepada pelajar luar kampus, menyediakan jaringan portal direktori sewa sama ada premis kediaman atau bilik untuk memudahkan pelajar mendapat maklumat rumah sewa, menganjurkan aktiviti kemasyarakatan, membantu pelajar dalam kes-kes kecurian,jenayah, serta kemalangan dan lain-lain.

YDP MPMUM juga mencadangkan penyediaan sebuah pejabat khas untuk Penginapan Luar Kampus di pejabat HEPA.

MPMUM berharap cadangan ini diterima oleh pihak berkenaan memandangkan perkara ini telah diteliti beberapa kali sebelum ini.
read more...

Dec 12, 2010

YDP MPMUM sekali lagi dipermainkan


13 Dec - Nama YDP MPMUM, Saudara Khairul Anuar Abu Kasim sekali lagi dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyiarkan artikel di dalam Malaysiakini.

Artikel "Lagi pelajar bantah kenaikan harga barang" ini bukan ditulis oleh beliau.

Beliau berkata sekali lagi bahawa beliau tidak pernah hantar apa-apa email/surat ke Malaysiakini. Beliau tidak pernah berhubung dengan media tersebut. Speaker SPKUM, Saudara Asri Zulkifli, turut dilibatkan di dalam artikel tersebut.

Pihak pembangkang cuba memainkan nama beliau kali ini supaya dapat membuktikan YDP MPMUM memang pernah menghantar surat/email kepada Malaysiakini.

YDP MPMUM perlu bertindak tegas terhadap perkara ini. Tidak boleh dibiarkan nama beliau dipermainkan seklai lagi.

Sebelum ini juga nama beliau digunakan di dalam post Malaysiakini berkenaan sokongan beliau terhadap cadangan Perdana Menteri mengenai pembinaan hub hiburan.
read more...

Pentadbiran Kolej pinggirkan JTK/Penghuni



12 Dec - Rentetan daripada penulisan Pro-Student mengenai "Mahasiswa tidak percaya JTK", salah seorang daripada pimpinan Kolej Kediaman Ungku Aziz (KK11) memberi respon terhadap perkara tersebut.

Beliau memberitahu Pro-Student bahawa Pihak Pentadbiran Kolej adalah punca mahasiswa menunding jari kepada JTK.

Pentadbiran Kolej dikatakan tidak mesra pelajar terutama Pengetua KK11, Dr Nadhratul Wardah Hj Salman. Beliau dikatakan enggan bertemu dengan pelajar/penghuni, malah JTK juga diabaikan. Segala masalah pelajar yang dibawa oleh JTK tidak diendahkan beliau.

Oleh kerana ini, pihak JTK tidak dapat melakukan apa-apa sehingga perkara ini telah dibawa ke pengetahuan TNC HEP, Dr Rohana Yusof.

Dr. Rohana Yusof berjanji akan memberi amaran keras kepada pengetua-pengetua yang tidak menjalankan tugas dengan elok dan tidak mesra pelajar. "Mereka yang berkelakuan begini tidak layak untuk menjadi Pengetua Kolej",tegas beliau ketika perkara ini diadukan kepada beliau.

Isu Kronisme

Menurut pimpinan KK11 ini juga, Isu kronisme juga berlaku di KK11 berkenaan pemilihan tender di kafe/kantin KK11. Beberapa tender telah ditendang keluar untuk digantikan oleh 'tender member' untuk kepentingan dan keuntungan peribadi staff kolej.



Tender baru yang dibawa masuk tidak dipersetujui oleh majoriti penghuni Kolej kerana terdapat beberapa kes keracunan makanan berlaku sejak pengambil alihan tender. Perkara ini juga telah dibawa oleh JTK tetapi tidak diendahkan. Ini kerana Pentadbiran Kolej lebih mementingkan diri demi keuntungan peribadi semata-mata. Suara Mahasiswa yang dilontar tidak diambil peduli.

TNC HEP perlu mengambil tindakan tegas terhadap Pengetua/ Pentadbiran Kolej jika perkara ini berterusan. JTK setiap kolej kediaman dinasihatkan tidak perlu berasa takut terhadap kekejaman Pentadbiran Kolej. Perkara seperti ini perlu dibawa kepada pengetahuan TNC HEP dan Naib Canselor.
read more...

PRK dijangka lambat lagi


12 Dec - Pilihanraya kampus yang dinanti mahasiswa dijangka akan diadakan sekitar bulan September tahun hadapan. Khabar angin ini belum disahkan kepastiannya tetapi telah diulas oleh YDP MPMUM,Saudara Khairul Anuar Abu Kasim sendiri.

Beliau berkata Pilihanraya Kampus mungkin akan diadakan pada Semester 1 sesi 2011/2012 tahun hadapan. Tetapi ia tidak pasti lagi kerana ini bergantung pada keputusan Naib Canselor.

Walaubagaimanapun, beliau berharap lebih wajar pilihanraya kampus diadakan pada semester hadapan.

"Pilihanraya kampus tidak akan berlaku serentak dengan Pilihanraya Kolej, kalau ada." ulas beliau ketika ditanya mengenai kedua-dua pilihanraya tersebut. Beliau juga tidak pasti yang mana satu akan diadakan dahulu.
read more...

Dec 10, 2010

Kolej Kediaman : Mahasiswa tidak percaya JTK


10 Dec - Penghuni Kolej-kolej Kediaman sekitar kampus semakin hilang kepercayaan terhadap Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) serta pentadbiran kolej.

Ini berikutan banyak masalah yang membebankan penghuni kolej tidak dapat diselesaikan walaupun melalui JTK. Contohnya,isu yuran kolej naik,tiada penjelasan yang jelas diberi kepada penghuni. Begitu juga isu kronisme di dalam pemilihan penyelia di beberapa kolej kediaman.

"Masalah kebajikan mahasiswa juga tidak dipelihara. Sedangkan JTK diberi amanah memegang tanggungjawab itu." kata seorang penghuni kolej 5. Beliau yang tidak mahu dikenali itu juga bersetuju jika pilihanraya kolej diadakan semula.

Kebanyakan isu yang kecil pon tidak dapat diselesaikan. Isu yang besar pula hanya diserahkan bulat-bulat kepada SPKUM. JTK seperti tidak ada fungsi di setiap kolej kediaman. Ada mahasiswa bersetuju JTK dibubarkan.
read more...

Mahasiswa 'mengganas' di Putrajaya



10 Dec - Berikutan kenaikan harga barang yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini kerana subsidi dikurangkan, mahasiswa semakin mengganas apabila sekali lagi berdemonstrasi di Putrajaya.

Objektif ke Putrajaya adalah untuk menyerahkan memorandum ke Pejabat Perdana Menteri selepas solat Jumaat petang tadi. Polis lebih awal telah memberi amaran supaya bersurai dan hanya membenarkan 3 orang pemimpin mahasiswa sahaja menyerahkan memorandum tersebut. Lebih kurang 100 orang menghadiri perhimpunan tersebut.



Selepas berjaya menyerahkan memorandum, 3 pemimpin mahasiswa ditahan polis berikutan kedegilan mereka mendengar arahan polis supaya diminta bersurai sekali lagi. Mereka ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli. Mereka kemudian dibebaskan semula pada jam 6.30 petang tadi.
read more...