Ads

Aug 26, 2010

MPMUM dan SPKUM bekerjasama


26 Ogos - Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah mengadakan perjumpaan pertama bersama-sama Presiden-Presiden Kolej Kediaman atau lebih dikenali SPKUM pada 25 Ogos semalam.

Perjumpaan ini bertujuan untuk menwujudkan kerjasama di antara kedua-dua pihak di samping membincangkan isu-isu yang melibatkan kolej kediaman khususnya kebajikan mahasiswa.

Terdapat beberapa agenda yang telah dibincangkan menglibatkan isu-isu 'tradisi' mahupun yang terbaru di antaranya termasuklah :

* Isu yuran kolej kediaman yang tinggi, MPMUM dan SPKUM akan cuba membincangkan hal ini dengan pihak-pihak tertinggi di samping akan membuat tindakan di peringkat kolej melalui borang kaji selidik yang bakal diedarkan kelak.
* Isu dewan makan, terdapat kebaikan dan keburukan yang dilihat dengan kewujudan dewan makan. Tindakan daripada MPMUM dan SPKUM untuk mencadangkan penyeragaman menu di kolej-kolej berkaitan di samping akan membuat kajian menyeluruh terhadap isu ini.
* Isu pelajar antarabangsa di kolej 10, pelbagai masalah timbul selepas kemasukan pelajar-pelajar asing terutamanya dari segi masalah sosial yang keterlaluan dan juga masalah-masalah lain. Tindakan, MTK KK10 akan mencari satu mekanisma yang efektif untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan bantuan rakan-rakan MPMUM dan SPKUM.
* Mempunyai kolibrasi di antara kedua-dua pihak iaitu dalam program-program yang dianjurkan oleh kedua-dua pihak.


Diharapkan dengan pertemuan dua hala ini, isu-isu kolej kediaman yang lazimnya dikaitkan dengan masalah tradisi ini akan dapat diselesaikan di samping dapat mengeratkan silaturrahim kedua-dua pihak.

-http://mpmum0910.blogspot.com-
read more...

Aug 24, 2010

Majlis Sahur Perdana UM


25 Ogos - Esok pagi (26 Ogos) akan diadakan Majlis Sahur Perdana yang akan diadakan di Surau Akademi Pengajian Islam bermula jam 3 pagi.

Majlis anjuran HEP dan MPMUM ini akan dihadiri oleh beberapa Menteri Kabinet dan turut hadir untuk menyampaikan tazkirah, Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Mahasiswa dijemput menghadiri majlis yang mulia ini. Bas akan disediakan seawal jam 2.30 pagi di setiap kolej kediaman.
read more...

'Isu Wanita'. Di mana Exco HEWI MPMUM?


25 Ogos - MPMUM sebelum ini banyak memperjuangkan isu wanita atau mahasiswi di kampus mahupun di luar kampus. Tetapi hanya Majlis Tertinggi MPMUM sahaja yang menjalankan tanggungjawab ini secara agresif.

Persoalannya, dimanakan Exco Hal Ehwal Wanita MPMUM, Siti Fairus Abd Rahman? Beliau yang sepatutnya bertanggungjawab tentang hal-hal wanita/siswi tidak pernah menunjukkan muka untuk memperjuangkannya.

Beliau juga wakil pelajar daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dikatakan tidak lagi mahu terlibat dengan MPMUM setelah berlakunya sedikit salah faham antara MPM sejak sekian lama. Sifat ini dikatakan TIDAK PROFESSIONAL dan beliau tidak sepatutnya memegang Exco tersebut.

Mujur ahli MPMUM yang lain dapat menjalankan tanggungjawab secara professional. HEWI PMIUM juga dilihat begitu agresif memperjuangkan hak-hak wanita dan isu pembuangan bayi yang telah melarat di negara ini.

Sebahagian besar mahasiswi UM memohon supaya tindakan ke atas Siti Fairus Abd Rahman dikenekan atau tukar sahaja kepada yang lebih layak memegangnya. Ada juga memberi cadangan Saudari Siti Nadzirah (Ahli Kabinet MPMUM) lebih layak memegang jawatan tersebut.
read more...

Aug 19, 2010

Lecture 'Student Power' disekat lagi


20 Ogos - Kuliah Umum 'Student Power' yang akan disampaikan oleh Saudara Fahmi Reza disekat lagi oleh Pentadbiran Universiti. Sebelum ini beliau tidak dibenarkan mengadakan kuliah tersebut di UiTM, dan kali ini pula beliau tidak dibenarkan untuk berucap di Universiti Malaya.

Kuliah ini bertujuan untuk menceritakan perjuangan mahasiswa sekitar 60'an kepada mahasiswa sekarang supaya dapat membangkitkan kembali semangat perjuangan dan suara keramat masyarakat.

Petang tadi jam 3.30,konco-konco Fahmi Reza seramai hanya 10 orang berjumpa dengan TNC HEP, Prof Dr Rohana Yusof untuk memohon kebenaran tetapi masih tidak mendapat kebenaran kerana program tersebut atas nama individu. Sepatutnya sesuatu program yang hendak diadakan di UM perlu atas nama persatuan/kelab/kolej kediaman.

Mereka dikatakan masih tidak tahu prosedur untuk mengadakan program di Universiti Malaya ini. Ada juga mahasiswa yang memberi cadangan untuk mengadakan program ini di luar kawasan Universiti.
read more...

GRAND Speaker Corner tidak GRAND


20 Ogos - Grand Speaker Corner (GSC) yang dinantikan sebahagian mahasiswa tidak mendapat sambutan seperti yang dijangka sebelum ini.

GSC yang diadakan di hadapan Jabatan Kimia,Fakulti Sains bermula kira-kira jam 10.30 kerana menunggu kehadiran mahasiswa UM. Hanya lebih kurang 30 orang yang menghadiri GSC tersebut.

Speakers yang hadir berucap hanya Saudara Asri Bin Zulkifli (Jurucakap SPKUM), Saudara Ahmad Syazwan (YDP PMIUM) dan Saudari Siti Nadzirah (Ahli kabinet MPMUM). Turut memberi ucapan wakil MPMUM dan wakil Pro-Mahasiswa. Mereka masing-masing memberi pandangan terhadap 'Wajarkah Mahasiswa Berpolitik'.

"Saya berpendapat ramai tidak hadir kerana clash dengan program yang diadakan di API." kata Saudara Asri Zulkifli.

"Walaupun tidak ramai,speaker corner ini akan tetap dijalankan secara berterusan kerana di sinilah tempat mahasiswa menyuarakan pendapat dan pandangan." kata Saudara Mohamad Izzuddin Hilmi.

Ada juga berpendapat bahawa Speaker Corner ini sebenarnya tidak lagi relevan pada masa ini oleh sebab peredaran zaman. Ramai kelihatan kecewa dengan sambutan GRAND Speaker Corner malam ini.
read more...

Aug 18, 2010

Program kelas KAFA bermula


18 Ogos - Program yang selama ini dinanti-nantikan oleh mahasiswa UM akan bermula pada Sabtu ini dengan Siri 1. Program Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) ini dianjurkan oleh MPMUM sesi 09/10 dan ini merupakan cadangan YDP MPMUM sendiri,Saudara Khairul Anuar Abu Kasim.

Program ini dahulunya merupakan salah satu janji daripada YDP MPMUM sendiri semasa beliau dinaikkan sebagai calon MPMUM. Kini ia telah dikotakan, dan beliau berharap mahasiswa dapat memberi sokongan terhadap program ini dengan menyertainya terutama pada bulan yang mulia ini.

Program ini akan berlangsung di Dewan Perdana 1,Kompleks PerdanaSiswa (KPS) pada jam 9 malam,hari Sabtu ini (21 Ogos 2010). Program ini terbuka kepada seluruh mahasiswa UM.
read more...

Aug 17, 2010

'GRAND Speaker Corner' khamis ini


17 Ogos (kemaskini)- Setelah sekian lama 'Speaker Corner' kelihatan lesu, kini ia kembali dengan 'GRAND Speaker Corner' yang akan berlangsung khamis ini (19 Ogos).

'GRAND Speaker Corner' ini akan berlansung di Medan Letak Kereta, Jabatan Kimia berdekatan Perpustakaan Utama UM,jam 9.30 malam. Antara yang akan tampil kehadapan ialah :

YDP PMIUM, Saudara Ahmad Syazwan Muhammad Hassan
YDP MPMUM, Saudara Khairul Anuar Abu Kasim
Speaker SPKUM, Saudara Asri Zulkifli
Ahli Kabinet MPMUM, Saudari Siti Nadzirah Abdul Majeed.


YDP MPMUM,Saudara Khairul Anuar Abu Kasim ketika dihubungi memberitahu bahawa beliau mungkin tidak dapat hadir kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

Dijangka kehadiran Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, akan turut turun memberi sokongan dan memeriahkan lagi 'GRAND Speaker Corner' ini.

Mahasiswa dijemput hadir untuk menyaksikan 'GRAND Speaker Corner' pada hari khamis ini.
read more...

Aug 16, 2010

JTK Kolej Kediaman lesu


16 Ogos - Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) di setiap kolej kediaman dikatakan bergerak lesu dan kebajikan mahasiswa tidak diambil peduli. JTK ini dilantik oleh pihak pentadbiran setiap kolej kediaman dan majoritinya adalah Pembantu Mahasiswa Kolej Kediaman masing-masing.

"Masih tidak nampak dengan jelas gerak kerja mereka terutamanya dalam mengambil tahu terhadap kebajikan mahasiswa yang menghuni di kolej-kolej walaupun telah sebulan mereka dilantik." keluh salah seorang penghuni KK5.

Di bulan ramadhan ini, sambutan di kolej-kolej kediaman juga kelihatan lesu dan tidak meriah. "Mungkin mereka juga 'berpuasa' dalam gerak kerja"

Sebelum ini, JTK kolej tidak mengambil sebarang tindakan atau mengeluarkan penjelasan apabila isu kenaikan yuran kolej kediaman timbul terutama di kolej kediaman ke-5 dan ke-11. Hanya kelibat MPMUM dan SPKUM sahaja yang prihatin terhadap perkara ini.

"Di manakah kelibat JTK? Apakah fungsi mereka di dalam organisasi kolej?"

Mahasiswa memohon dan berharap supaya JIK JTK Kolej-Kolej Kediaman bergerak secara agresif terutama dalam menegakkan kebajikan mahasiswa. Perkara ini juga dapat mengurangkan beban MPMUM dan SPKUM yang turut sama memperjuangkan kebajikan mahasiswa.
read more...

Pelekat Kenderaan berkuatkuasa hari ini


16 Ogos - Hari ini pihak keselamatan Universiti Malaya telah menguatkuasakan pelekat kenderaan bermotor bagi staf dan siswa yang mempunyai kenderaan dan pemeriksaan setiap kenderaan masuk akan dilakukan di semua pintu masuk ke UM.

Menurut Pengarah Keselamatan UM, mulai 1 September 2010, Unit Trafik Pejabat Keselamatan akan melakukan operasi mengunci (clamp) semua kenderaan yang tidak mempunyai pelekat (sticker) kecuali kenderaan rasmi UM.

Ada sesetengah pendapat bahawa sistem pelekat kenderaan ini tidak efektif. Ini disebabkan Pihak Keselamatan UM masih menjalankan tugas sambil lewa apabila kenderaan yang tidak mempunyai pelekat Universiti dibenarkan masuk terutama pada waktu malam. Ini menyebabkan peningkatkan kadar jenayah di dalam kampus seperti kecurian dan pecah masuk kolej.

Diharap pihak MPMUM dapat membawa perkara ini di peringkat atasan supaya Pihak Keselamatan menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik dan efektif.
read more...

Aug 8, 2010

Mahasiswa berpolitik ketika Konvokesyen


7 Ogos - Sekumpulan pelajar Pro Mahasiswa Universiti Malaya telah mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Dalam gambar di atas kelihatan, Ridzuan Othman (Pengerusi Bantah AUKU) yang masih berjubah selepas majlis konvokesyen melaungkan bantahan penghapusan AUKU secara terbuka di DTC.

Mereka tidak segan silu untuk membuat kecaman demikian di hadapan ibu bapa yang lain. Tentu ibu bapa pelajar yang lain akan menyangka AUKU itu adalah "benda" yang amat zalim hinggakan pelajar yang baru bergraduasi membantahnya selepas majlis konvekesyen universiti. Kalau bukan kerana AUKU, sudah tentu naib canselor, dekan, pensyarah dan pelajar di Universiti Malaya adalah daripada kalangan bukan Melayu. Disebabkan adanya AUKU nasib orang Melayu banyak terbela. Nampaknya AUKU perlu dibaca sampai habis dulu sebelum bertindak melulu yang akhirnya akan merugikan diri sendiri. Mungkin ada pihak lain yang menghasut dan memberi inspirasi kepada mereka untuk bertindak sedemikian.

Rupanya kehadiran Nurul Izzah (Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai) telah memberi peransang kepada kumpulan Pro Mahasiswa untuk mengadakan demonstrasi tersebut. Kelihatan di gambar atas, Nurul Izzah sedang bergambar dengan pelajar-pelajar yang baru bergraduasi. Sejurus selepas sesi bergambar tersebut, demo membantah dan menghapus AUKU terus diadakan. Berdemo untuk bantah AUKU atau berdemo untuk tunjuk pada Nurul Izzah?



Mahasiswa memang sudah berpolitik dalam kampus. Tidak kira waktu pilihan raya kampus atau tidak, semasa majlis konvokesyen pun mereka berdemo. Kalau dibenarkan secara sah, sudah tentu mereka akan berdemo adalam dewan konvokesyen pula nanti. Kerja wakil rakyat pembangkang memang mudah, mengajak pelajar berdemo juga sebahagian daripada tugas tersebut. Kampus sudah menjadi medan ahli parlimen pembangkang turun berkhidmat sekarang ini. AUKU dijadikan alasan dalam kampus, ISA dijadikan alasan di luar kampus. Kedua-duanya dikecam kononnya mengokong mahasiswa dan rakyat. Kongkong apa lagi, mereka sudah diberikan kebebasan. Kalau universiti ambil tindakan, universiti pula akan dimarahi kerana dikatakan zalim. Oleh itu, peraturan itu akan menjadi seolah hidup segan mati tidak mahu. Majoriti pelajar lain perlu membuat sesuatu agar suara minoriti ini tidak menggangu gugat kebebasan yang dinikmati oleh majoriti.

-Angin Perubahan-
read more...

Aug 4, 2010

Selamat Tinggal Ayahanda TNC HEPA


4 Ogos - Ura-ura sebelum ini menyatakan bahawa Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA), Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Haji Idris akan menamatkan tempoh perkhidmatannya telah menjadi kenyataan.

Beliau dihubungi Pro-Student petang tadi mengesahkan beliau akan menamatkan perkhidmatannya sebagai TNC HEPA pada 8 Ogos ini secara rasminya. Tempat beliau akan diganti oleh Prof. Dr. Rohana Abdul Jalil. Penyerahan jawatan akan berkuatkuasa pada hari isnin hadapan (9 Ogos).

Beliau sebelum ini telah banyak memberi dorongan dan sokongan terhadap setiap program yang dianjurkan di Universiti Malaya terutamanya terhadap mahasiswa. Beliau juga lebih mengutamakan kebajikan mahasiswa Universiti Malaya sepanjang tempoh perkhidmatannya. Walaupun sebelum ini beliau banyak kali difitnah dan dianiaya oleh beberapa pihak,beliau tetap bersikap professional menjalankan tanggungjawabnya.

Pro-Student mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya Datuk Dr. Azarae dan tahniah kepada Prof. Dr. Rohana Abdul Jalil.
read more...