Ads

Jun 12, 2010

Jangan leka dengan World Cup 2010


12 Jun - Sempena musim Piala Dunia 2010 yang sedang berlansung sekarang, mahasiswa diingatkan supaya tidak leka dan terlalu ghairah sepanjang perlawanan berlansung. Semalam telah berlansungnya perlawanan pertama sejurus selepas majlis pembukaan dan perasmian Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Saudara Khairul Anuar Abu Kassim, memberi peringatan kepada seluruh mahasiswa supaya tidak terlalu tertumpu kepada Piala Dunia 2010.

"Mahasiswa perlu berfikiran waras lagi-lagi semasa musim Piala Dunia ini. Jangan sehingga kita lalai mengabaikan tanggungjawab kita sebagai mahasiswa intelektual. Dan jangan sekali-kali kita lupa saudara-saudara kita di Palestin yang dihantui kesengsaraan." ulas beliau.

Beliau juga menasihatkan supaya kita tidak lupa kepada saudara Islam kita yang sengsara di Palestin.

"Saya tidak kata menonton bola itu HARAM, tetapi biarlah berpada-pada. Jangan terperdaya dengan konspirasi dunia luar yang cuba membuat kita lupa dengan kekejaman dan kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin dan aktivis-aktivis kemanusiaan ke Gaza."


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl