Ads

Jun 7, 2010

MPMUM melawat Pembantu Mahasiswa


7 Jun - Dalam minggu ini,MPMUM telah bercadang untuk melawat para Pembantu Mahasiswa 10/11 setiap kolej kediaman dan mengadakan sesi beramah mesra bersama mereka.

Pembantu Mahasiswa kini sibuk dengan persediaan menghadapi minggu haluansiswa menyambut mahasiswa baru pada awal bulan Julai depan. MPMUM telah pon melawat Pembantu Mahasiswa Kolej Kediaman ke-3 dan ke-7.

Selain beramah mesra bersama mereka,MPMUM juga sedia menerima pendapat, pandangan serta aduan daripada bakal-bakal pemimpin kolej kediaman ini. Sedikit taklimat mengenai haluansiswa juga turut disampaikan oleh YDP MPMUM, Saudara Khairul Anuar Abu Kasim.

"Dengan pendekatan ini, kita lebih memahami kehendak dan masalah setiap kolej kediaman mengenai minggu haluansiswa. Dengan ini,kita dapat perbaiki dan elak daripada sebarang masalah yang akan timbul semasa MHS nanti." ulas beliau selepas memberi taklimat di KK3.

MPMUM akan meneruskan lawatan ke kolej kediaman yang lain sepanjang minggu ini.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl