Ads

Jun 30, 2010

Kempen 'RM1 For Gaza'



1 Julai - MPMUM 09/10 akan melancarkan kempen 'RM1 For Gaza' secara besar-besaran bermula pada 4 Julai ini sehingga 18 Julai. Kempen ini akan dijalankan sekitar kawasan kampus terutamanya di Kolej-kolej Kediaman.

Aktiviti yang akan dijalankan bersama kempen ini adalah kutipan derma besar-besaran, edaran risalah-risalah berkenaan kesedaran di Gaza, Ceramah Perdana, Konvoi bermotor di dalam kawasan kampus dan pameran GAZA.

Hasil kutipan derma akan diserahkan kepada pihak Aman Palestin sebagai salah satu badan NGO yang berperanan dalam menyalurkan bantuan kepada Palestin.
read more...

Pelajar Antarabangsa ke UM


30 Jun - Pelajar baru dari seluruh dunia akan mendaftar masuk ke Universiti Malaya mulai Jumaat,2 Julai ini. Pendaftaran pelajar antarabangsa akan dikendalikan oleh pihak ISC (International Student Centre) dibantu beberapa Pembantu Mahasiswa dari Kolej-kolej Kediaman.

Mereka majoritinya akan menginap di KK10 dan KK11 dan sedikit di Kolej Kediaman yang lain. Pelajar Antarabangsa ini akan melalui minggu haluansiswa seperti biasa bersama pelajar baru tempatan yang lain bermula 4 Julai ini.

Dijangka lebih kurang 300 pelajar antarabangsa yang akan menyambung pelajaran di UM ini termasuk 'exchange students'. Mahasiswa diingatkan supaya menjaga moral dan tingkah laku supaya tidak memburukkan pihak Universiti dan negara tercinta di hadapan tetamu kita dari seluruh dunia.
read more...

Perbicaraan kes 'Bini Puaka' bersambung esok



30 Jun - Suspek-suspek yang dituduh terlibat dalam kes 'Bini Puaka' pada 24 Jun 2009 tahun lepas akan sambung dibicarakan di Mahkamah Seksyen Jenayah 2,Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur pada jam 9 pagi esok (1 Julai).

Mereka sebelum ini didakwa terlibat dalam kes menconteng dinding dengan perkataan "C4", "pembunuh Altantuya" dan "bini puaka" dan didakwa menyimbah petrol dengan niat membakar Dewan Akademi Pengajian Islam semasa kehadiran isteri Perdana Menteri 24 Jun tahun lepas.

Pengarah Keselamatan Universiti Malaya,Mejar (B) Noor Mohammad Ismail, sebelum ini pernah berpesan kepada mahasiswa baru di Nilam Puri semasa menyampaikan taklimat keselamatan supaya tidak memalukan pihak Universiti dengan melakukan perkara tidak bertamadun seperti ini.

Sesiapa yang mengikuti kes ini, dijemput hadir ke perbicaraan esok di Mahkamah Jalan Duta KL pada jam 9 pagi.
read more...

Jun 12, 2010

Jangan leka dengan World Cup 2010


12 Jun - Sempena musim Piala Dunia 2010 yang sedang berlansung sekarang, mahasiswa diingatkan supaya tidak leka dan terlalu ghairah sepanjang perlawanan berlansung. Semalam telah berlansungnya perlawanan pertama sejurus selepas majlis pembukaan dan perasmian Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Saudara Khairul Anuar Abu Kassim, memberi peringatan kepada seluruh mahasiswa supaya tidak terlalu tertumpu kepada Piala Dunia 2010.

"Mahasiswa perlu berfikiran waras lagi-lagi semasa musim Piala Dunia ini. Jangan sehingga kita lalai mengabaikan tanggungjawab kita sebagai mahasiswa intelektual. Dan jangan sekali-kali kita lupa saudara-saudara kita di Palestin yang dihantui kesengsaraan." ulas beliau.

Beliau juga menasihatkan supaya kita tidak lupa kepada saudara Islam kita yang sengsara di Palestin.

"Saya tidak kata menonton bola itu HARAM, tetapi biarlah berpada-pada. Jangan terperdaya dengan konspirasi dunia luar yang cuba membuat kita lupa dengan kekejaman dan kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin dan aktivis-aktivis kemanusiaan ke Gaza."

read more...

Jun 7, 2010

MPMUM melawat Pembantu Mahasiswa


7 Jun - Dalam minggu ini,MPMUM telah bercadang untuk melawat para Pembantu Mahasiswa 10/11 setiap kolej kediaman dan mengadakan sesi beramah mesra bersama mereka.

Pembantu Mahasiswa kini sibuk dengan persediaan menghadapi minggu haluansiswa menyambut mahasiswa baru pada awal bulan Julai depan. MPMUM telah pon melawat Pembantu Mahasiswa Kolej Kediaman ke-3 dan ke-7.

Selain beramah mesra bersama mereka,MPMUM juga sedia menerima pendapat, pandangan serta aduan daripada bakal-bakal pemimpin kolej kediaman ini. Sedikit taklimat mengenai haluansiswa juga turut disampaikan oleh YDP MPMUM, Saudara Khairul Anuar Abu Kasim.

"Dengan pendekatan ini, kita lebih memahami kehendak dan masalah setiap kolej kediaman mengenai minggu haluansiswa. Dengan ini,kita dapat perbaiki dan elak daripada sebarang masalah yang akan timbul semasa MHS nanti." ulas beliau selepas memberi taklimat di KK3.

MPMUM akan meneruskan lawatan ke kolej kediaman yang lain sepanjang minggu ini.
read more...

Jun 4, 2010

Pentadbiran KK10 lepas tangan


4 Jun - Perpindahan Pengetua Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi (kk10), Prof. Madya. Dr. Faizah Yunus ke Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah (kk3) menjadi hangat apabila beliau turut membawa keluar beberapa orang penyelia KK10 mengikutinya.

Penyelia-penyelia KK10 yang ditarik ialah En. Mohd Faisal, Cik Raihah, dan Dr. Elsa Haniffa. Pengamalan kronisme ini telah menyukarkan pihak pengurusan KK10 lebih-lebih lagi para Pembantu Mahasiswa terpaksa bekerja sendiri tanpa pengawasan penyelia yang sepatutnya bertugas.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini menyebabkan para Pembantu Mahasiswa KK10 terkontang-kanting tanpa diberi penjelasan sama ada mereka akan menguruskan Minggu Haluansiswa seperti biasa atau sebaliknya kerana kolej tersebut akan menerima pelajar antarabangsa pada tarikh yang belum pasti.

Pengetua KK10 kini diambil alih oleh En. Yusoff Musa,juga merupakan Penolong Pendaftar Pusat Pelajar Antarabangsa. Manakala seorang penyelia dari KK3 dipindahkan ke KK10 iaitu En. Akmal.
read more...