Ads

May 26, 2010

MPMUM selesaikan isu 'zero balance'


27 Mei - MPMUM sesi ini telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi mahasiswa Universiti Malaya selama satu semester ini. Isu 'zero balance' menyebabkan kesukaran kepada mahasiswa untuk mendaftar subjek pada semester akan datang.

Mahasiswa sebelum ini perlu mengosongkan akaun/melangsaikan segala hutang dengan Bendahari Universiti Malaya sebelum menjejak ke semester baru. Jika tidak,mahasiswa tidak boleh mendaftar subjek atau menduduki semester seterusnya.

MPMUM di dalam pertemuannya dengan Timbalan Naib Canselor UM,Prof. Datuk Dr. Azraie Hj. Idris telah mendapat kata putus dimana polisi tersebut dapat ditangguhkan selama satu semester. Jadi, mahasiswa yang mempunyai hutang RM 500 kebawah dapat meneruskan pengajian semester hadapan tanpa perlu mengosongkan akaun.

Polisi ini akan berkuatkuasa semula pada semester 2 tahun hadapan di mana mahasiswa tetap perlu mengosongkan akaun sebelum melangkah masuk semester baru.

" Inilah kebajikan mahasiswa yang kami tegakkan. Kami bukan hanya berkata kosong." ulas YDP MPMUM,Saudara Khairul Anuar Kasim.

Kejayaan ini memberi impak yang besar kepada mahasiswa,tidak seperti tahun-tahun sebelum ini.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl