26 Mei - Bas UM dikatakan tidak beroperasi sepanjang semester khas ini kerana kurangnya pelajar yang menghuni di kolej-kolej kediaman. Ramai mahasiswa mengadu tentang perkara ini tetapi masih lagi tiada penambahbaikan dilakukan.
Pro-Student menerima email daripada seorang mahasiswa yang mahu dikenali sebagai 'Meng' bercerita tentang perkara ini.
"kitorang amik special sem n dok kolej 12 ni.setiap kali nak pegi kelas mesti takde bas. kitorang mane ada transport nak pegi fac.mentang-mentang la kitorg amik sem khas."
"kitorg da tgk jadual bas um untuk sem khas ni,tp masalahnya bas tak datang ikot jadual pon.sama je time semester biasa."
Pelajar ini meluahkan ketidakpuashatian beliau ini kepada MPMUM melalui email tetapi tiada sebarang balasan/tindakan yang dilakukan.
"kitorg da buat aduan,da hantar email kat mpmum,tp takde respon pon.tindakan apatah lagi.nampaknya diorg turut bercuti dan ade jugak yang lebih focus kat feskum diorg.habis tu kebajikan yang katanye nak ditegakkan tu mana hilang?"
Seperti yang kita faham,MPMUM sekarang sibuk dengan FESKUM dan kemasukan pelajar baru sesi akan datang. Sepatutnya MPMUM perlu beri tumpuan juga kepada mahasiswa yang masih menghuni di Universiti Malaya pada semester khas ini.
Meng mewakili mahasiswa lain berharap supaya perkara ini dapat diselesaikan sebelum semester khas ini berakhir. Beliau juga berharap konflik antara MPMUM Pro-Mahasiswa dan MPMUM Penggerak dapat diabaikan dan utamakan mahasiswa lain,tidak menjadikan mahasiswa lain menjadi mangsa keadaan.