4 Sept - Semalam risalah palsu yang dikatakan milik pihak PENGGERAK MAHASISWA telah ditampal di sekitar kampus dan setiap Kolej Kediaman.
Pihak GERAK tidak mengakui risalah ini milik mereka kerana PENGGERAK MAHASISWA masih belum mengeluarkan apa-apa risalah/flyers setakat ini. Di dalam risalah ini mengandungi mesej yang baik tetapi tidak jelas bahasanya dan menunjukkan mahasiswa dari pihak GERAK tidak berakademik.
Pihak GERAK juga menafikan dakwaan yang terdapat pada risalah itu yang menyatakan Pro-Mahasiswa sama dengan PAS. Pihak GERAK juga menasihatkan mahasiswa supaya tidak terperdaya dengan permainan dan penipuan pihak pembangkang yang cuba memburukkan imej mereka.
"
Tak sangka di bulan yang mulia ini masih ada pihak yang menganiaya orang. Semoga mereka diberi hidayah",ulas Jurucakap SPKUM, Saudara Asri Zulkifli tanpa bercakap panjang mengenai perkara ini.
Gambar risalah tersebut boleh didapati di sini :
http://geraksiswa.blogspot.com/2010/09/ini-bukan-dari-gerak.html