24 Sept - Kemenangan buat 5 siswa UM yang sebelum ini dituduh melakukan perbuatan khianat dalam kes conteng dinding DKU Akademi Pengajian Islam dilihat belum berakhir lagi.
Melalui
post Saudara Izzuddin Hilmi,salah seorang tertuduh,beliau mendakwa mendapat sepucuk surat daripada Mahkamah Tinggi di mana kemenangan beliau pada 12 Jun lepas di Mahkamah Majestret dibatalkan.
Katanya juga, pihak Pendakwaraya tidak berpuas hati dengan keputusan hakim seterusnya membuat rayuan pada Mahkamah Tinggi. Beliau akan dipanggil semula ke Mahkamah pada 14 Oktober ini.