Ads

Aug 26, 2010

MPMUM dan SPKUM bekerjasama


26 Ogos - Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah mengadakan perjumpaan pertama bersama-sama Presiden-Presiden Kolej Kediaman atau lebih dikenali SPKUM pada 25 Ogos semalam.

Perjumpaan ini bertujuan untuk menwujudkan kerjasama di antara kedua-dua pihak di samping membincangkan isu-isu yang melibatkan kolej kediaman khususnya kebajikan mahasiswa.

Terdapat beberapa agenda yang telah dibincangkan menglibatkan isu-isu 'tradisi' mahupun yang terbaru di antaranya termasuklah :

* Isu yuran kolej kediaman yang tinggi, MPMUM dan SPKUM akan cuba membincangkan hal ini dengan pihak-pihak tertinggi di samping akan membuat tindakan di peringkat kolej melalui borang kaji selidik yang bakal diedarkan kelak.
* Isu dewan makan, terdapat kebaikan dan keburukan yang dilihat dengan kewujudan dewan makan. Tindakan daripada MPMUM dan SPKUM untuk mencadangkan penyeragaman menu di kolej-kolej berkaitan di samping akan membuat kajian menyeluruh terhadap isu ini.
* Isu pelajar antarabangsa di kolej 10, pelbagai masalah timbul selepas kemasukan pelajar-pelajar asing terutamanya dari segi masalah sosial yang keterlaluan dan juga masalah-masalah lain. Tindakan, MTK KK10 akan mencari satu mekanisma yang efektif untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan bantuan rakan-rakan MPMUM dan SPKUM.
* Mempunyai kolibrasi di antara kedua-dua pihak iaitu dalam program-program yang dianjurkan oleh kedua-dua pihak.


Diharapkan dengan pertemuan dua hala ini, isu-isu kolej kediaman yang lazimnya dikaitkan dengan masalah tradisi ini akan dapat diselesaikan di samping dapat mengeratkan silaturrahim kedua-dua pihak.

-http://mpmum0910.blogspot.com-
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl