Ads

Feb 23, 2011

Pro-Mahasiswa kuasai Kampus


23 Feb - Universiti Malaya telah menyaksikan "pertarungan" di antara GERAK dan Pro-Mahasiswa di dalam Pilihanraya Kampus baru-baru ini dan membuktikan Pro-Mahasiswa berjaya merampas semula kampus Universiti Malaya daripada pimpinan GERAK.

Pro-Mahasiswa memenangi 23 kerusi manakala GERAK hanya berjaya dengan 16 Kerusi dan BEBAS 2 Kerusi. Pro-Mahasiswa bukan sahaja menguasai MPMUM 10/11,malah mereka berjaya menguasai minda mahasiswa.

Pro-Mahasiswa berjaya mempamerkan insiden mengejut seperti kehilangan calon mereka, Saudari Masturah Abu Bakar, dan secara tidak lansung meraih undi simpati mahasiswa yang masih tidak reti menilai secara rasional.



Insiden kehilangan beliau masih di dalam siasatan ramai pihak termasuk pihak Universiti dan pihak Polis. Pro-Mahasiswa juga dikatakan membawa masuk elemen politik luar (ibu Masturah) untuk berkempen semasa PRK lalu.

Pro-Student mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH kepada pimpinan Pro-Mahasiswa kerana berjaya menguasai kampus dan menipu mahasiswa.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl