Ads

Feb 18, 2011

Pro-Mahasiswa gelisah akan kalah


18 Feb - Pro-Mahasiswa semakin terdesak meraih undi mahasiswa seluruh Universiti Malaya kerana gelisah mereka kini diambang kekalahan apabila GERAK telah memenangi 11 kerusi Fakulti manakala Pro-Mahasiswa baru sahaja memenangi 4 Kerusi "tak sempat" bertanding.

Pro-Mahasiswa sebelum ini takut kehilangan bakal calon mereka sehingga sanggup MERUSUH di Kompleks PerdanaSiswa sehingga menyebabkan kerosakan harta awam dan turut memalukan nama Universiti Malaya.


Berita ini tersebar di seluruh Malaysia melalui media-media dan ini memburukkan nama mahasiswa dan Universiti. Mahasiswa UM kini digelar PERUSUH akibat daripada sifat Pro-Mahasiswa yang terlalu dipengaruhi oleh parti politik Pembangkang di luar kampus. MALU!!!!

Pro-Mahasiswa begitu terdesak sehingga sanggup mengeluarkan flyers dan banner fitnah calon umum GERAK (modus operandi lama) demi meraih undi mahasiswa UM. Pro-Mahasiswa turut memfitnah pihak GERAK membakar banner calon mereka dan menyimbah cat oren pada kereta mereka.

Mahasiswa sudah pon sedar dan kenal taktik kotor sama Pro-Mahasiswa untuk meraih undi mahasiswa setiap tahun. Sokongan terhadap Pro-Mahasiswa telah lama berkurangan dan kini mereka hanya syok sendiri dengan dunia PERUSUH mereka.

Mahasiswa dinasihatkan supaya sentiasa bersedia kerana Pro-Mahasiswa sentiasa memberi kejutan kepada mahasiswa UM dan Malaysia seperti kes kepala babi yang berlaku pada PRK dua tahun lepas.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl