Ads

Feb 25, 2011

Pro-Mahasiswa kini Pro-Militan


24 Feb - Seluruh Malaysia telah menyaksikan kehebatan perusuh-perusuh di dalam kampus seperti yang berlaku di UM dan UPM baru-baru ini. Insiden rusuhan mahasiswa daripada Pro-Mahasiswa telah mengejutkan ramai pihak terutama para ibu bapa sehingga nama Universiti turut dicemarkan mereka.

Di UM, rusuhan berlaku ketika proses penamaan calon berlansung dimana 4 calon Pro-Mahasiswa ketika itu dibatalkan pencalonan mereka. Pintu di Kompleks Perdanasiswa telah dipecahkan oleh para militan Pro-Mahasiswa. (link)

Di UPM pula, rakan seperjuangan mereka telah kalah di dalam Pemilihan MPPUPM baru-baru ini turut merusuh sehingga pintu kaca Pejabat Pentadbiran UPM pecah dan Pegawai Keselamatan cedera. (sumber 1) dan (sumber 2)


Perkara yang hampir sama berlaku pada PRK yang lepas di UM apabila Pro-Mahasiswa telah kalah dan bangkit merusuh di Pejabat Naib Canselor. Memang adat mereka untuk merusuh. (video)



Tragedi HITAM yang berlaku di beberapa IPT telah memburukkan nama Universiti dan nama Ibu Bapa penuntut IPT. Mahasiswa Universiti sekarang telah diCOP sebagai PERUSUH kerana sering kali tidak menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah.

Pro-Mahasiswa seluruh IPT sekarang dilabelkan sebagai Pro-MILITAN. Pihak mereka juga kelihatan akur dengan gelaran itu.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl