Ads

Feb 25, 2011

Masturah hilang lagi


25 Feb - Insiden kehilangan calon Pro-Militan, Masturah Abu Bakar, pada PRK lalu menjadi tanda tanya dan kemusykilan ramai pihak. Ada pihak yang mengatakan beliau benar-benar hilang, Pro-Militan mempertahankan kenyataan itu. Namun ada juga pihak yang telah berjaya membuka minda berasa kehilangan beliau seolah-olah sengaja direka untuk meraih undi simpati mahasiswa UM.

Beliau telah "muncul" kembali betul-betul pada hari pengundian bagi Pemilihan MPMUM 10/11 21 Februari lalu. Namun Masturah dan Ibu beliau,Mariam bt Abdul Rashid, tidak mengeluarkan kenyataan apa-apa pada media.

Ibu beliau yang dikatakan salah seorang "ahli hebat" PAS turut membantu anak beliau berkempen sepanjang PRK berlansung. Ibu beliau juga tidak membuat laporan polis tentang kehilangan anak beliau. Ini menimbulkan persoalan kepada ramai pihak tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anak dan kebodohan ahli politik "Double M" (Masturah dan Mariam) (sumber)



Pihak Polis dan Pihak Universiti kini masih menyiasat tentang tragedi tersebut. Naib Canselor tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap Masturah jika didapati menipu.

Kini Masturah dikatakan "hilang" lagi kerana melarikan diri daripada Naib Canselor UM. Prof. Dr. Ghauth Jasmon ingin mengambil keterangan daripada beliau tetapi sehingga kini beliau dan keluarga masih tidak dapat dihubungi.

Penipuan Pro-Militan semakin terungkai kerana Masturah enggan berjumpa Naib Canselor UM untuk memberi keterangan kehilangan beliau. Pihak polis kini sedang giat mencari Masturah untuk membantu siasatan.

Insiden kejutan yang besar sentiasa berlaku setiap kali PRK berlansung. Kita dapat lihat kes kepala babi muncul 2 hari sebelum hari pengundian berlaku. Masturah juga turut hilang 2 hari sebelum hari pengundian.



KE ARAH MAHASISWA RASIONAL
MAHASISWA LEBIH BIJAK MENILAI

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl