Ads

Dec 26, 2010

MPMUM : Tubuhkan Unit Penginapan Pelajar Luar Kampus


26 Dec - MPMUM baru-baru ini telah menghantar kertas kerja berhubung cadangan MPMUM untuk menubuhkan Unit Penginapan bagi Mahasiswa Luar Kampus kepada Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Di peringkat MPMUM, mereka melihat perkara ini secara serius dan menyeluruh memandangkan kebajikan mahasiswa luar kampus sering menjadi isu seperti masalah keselamatan dan juga gejala sosial.

Beberapa peringkat mesyuarat berkala dijalankan dan ini telah membawa desakan untuk YDP MPMUM menghasilkan kertas kerja bagi menubuhkan satu unit khas yang sepenuhnya menguruskan pelajar luar kampus.

Antara cadangan dan isi kertas kerja yang disediakan termasuklah menyediakan perkhidmatan secara menyeluruh kepada pelajar luar kampus, menyediakan jaringan portal direktori sewa sama ada premis kediaman atau bilik untuk memudahkan pelajar mendapat maklumat rumah sewa, menganjurkan aktiviti kemasyarakatan, membantu pelajar dalam kes-kes kecurian,jenayah, serta kemalangan dan lain-lain.

YDP MPMUM juga mencadangkan penyediaan sebuah pejabat khas untuk Penginapan Luar Kampus di pejabat HEPA.

MPMUM berharap cadangan ini diterima oleh pihak berkenaan memandangkan perkara ini telah diteliti beberapa kali sebelum ini.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl