10 Dec - Penghuni Kolej-kolej Kediaman sekitar kampus semakin hilang kepercayaan terhadap Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) serta pentadbiran kolej.
Ini berikutan banyak masalah yang membebankan penghuni kolej tidak dapat diselesaikan walaupun melalui JTK. Contohnya,isu yuran kolej naik,tiada penjelasan yang jelas diberi kepada penghuni. Begitu juga isu kronisme di dalam pemilihan penyelia di beberapa kolej kediaman.
"
Masalah kebajikan mahasiswa juga tidak dipelihara. Sedangkan JTK diberi amanah memegang tanggungjawab itu." kata seorang penghuni kolej 5. Beliau yang tidak mahu dikenali itu juga bersetuju jika pilihanraya kolej diadakan semula.
Kebanyakan isu yang kecil pon tidak dapat diselesaikan. Isu yang besar pula hanya diserahkan bulat-bulat kepada SPKUM. JTK seperti tidak ada fungsi di setiap kolej kediaman. Ada mahasiswa bersetuju JTK dibubarkan.