Ads

Dec 12, 2010

Pentadbiran Kolej pinggirkan JTK/Penghuni



12 Dec - Rentetan daripada penulisan Pro-Student mengenai "Mahasiswa tidak percaya JTK", salah seorang daripada pimpinan Kolej Kediaman Ungku Aziz (KK11) memberi respon terhadap perkara tersebut.

Beliau memberitahu Pro-Student bahawa Pihak Pentadbiran Kolej adalah punca mahasiswa menunding jari kepada JTK.

Pentadbiran Kolej dikatakan tidak mesra pelajar terutama Pengetua KK11, Dr Nadhratul Wardah Hj Salman. Beliau dikatakan enggan bertemu dengan pelajar/penghuni, malah JTK juga diabaikan. Segala masalah pelajar yang dibawa oleh JTK tidak diendahkan beliau.

Oleh kerana ini, pihak JTK tidak dapat melakukan apa-apa sehingga perkara ini telah dibawa ke pengetahuan TNC HEP, Dr Rohana Yusof.

Dr. Rohana Yusof berjanji akan memberi amaran keras kepada pengetua-pengetua yang tidak menjalankan tugas dengan elok dan tidak mesra pelajar. "Mereka yang berkelakuan begini tidak layak untuk menjadi Pengetua Kolej",tegas beliau ketika perkara ini diadukan kepada beliau.

Isu Kronisme

Menurut pimpinan KK11 ini juga, Isu kronisme juga berlaku di KK11 berkenaan pemilihan tender di kafe/kantin KK11. Beberapa tender telah ditendang keluar untuk digantikan oleh 'tender member' untuk kepentingan dan keuntungan peribadi staff kolej.



Tender baru yang dibawa masuk tidak dipersetujui oleh majoriti penghuni Kolej kerana terdapat beberapa kes keracunan makanan berlaku sejak pengambil alihan tender. Perkara ini juga telah dibawa oleh JTK tetapi tidak diendahkan. Ini kerana Pentadbiran Kolej lebih mementingkan diri demi keuntungan peribadi semata-mata. Suara Mahasiswa yang dilontar tidak diambil peduli.

TNC HEP perlu mengambil tindakan tegas terhadap Pengetua/ Pentadbiran Kolej jika perkara ini berterusan. JTK setiap kolej kediaman dinasihatkan tidak perlu berasa takut terhadap kekejaman Pentadbiran Kolej. Perkara seperti ini perlu dibawa kepada pengetahuan TNC HEP dan Naib Canselor.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl