Ads

Dec 26, 2010

MPMUM menuntut pengurangan yuran kolej


26 Dec - MPMUM telah menghantar memorandum kepada Tim. Menteri Pengajian Tinggi Awam Malaysia, YBhg. Dato' Saifuddin Abdullah baru-baru ini berkenaan tuntutan untuk mengurangkan yuran Kolej-Kolej Kediaman di Universiti Malaya.

Isu kenaikan yuran ini dipandang serius kerana memberi impak kepada mahasiswa akibat harga yuran yang terlalu mahal dan lebih membebankan lagi dengan kehidupan di bandaraya Kuala Lumpur yang memerlukan kos sara hidup yang sangat tinggi.

Beberapa cadangan yang turut diusulkan oleh MPMUM adalah :

1) Pembayaran elektrik yang ditangung oleh pihak Kolej Kediaman sebelum ini di tanggung sepenuhnya oleh pihak universiti.

2) Mencadangkan agar dewan makan di setiap Kolej Kediaman ditutup sepenuhnya. Pihak Kolej Kediaman pula perlulah mengambil inisiatif untuk menyediakan ruang dapur kecil sekurang-kurangnya di setiap aras bagi semua blok dan menempatkan peralatan kemudahan seperti mini periuk nasi, pemanas air dan seumpamanya.

3) Memusatkan aktiviti-aktiviti pelajar bagi mengurangkan perbelanjaan Kolej Kediaman.

4) Menempatkan lebih ramai staf sokongan yang dibawa masuk melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengurangkan kos pembayaran gaji pekerja di Kolej Kediaman.


Diharap perkara dan cadangan yang diusulkan oleh MPMUM dipertimbangkan memandangkan isu kenaikan yuran amat membebankan mahasiswa. Seluruh mahasiswa menyokong tindakan MPMUM yang cuba menegakkan kebajikan mahasiswa UM.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl