Forum ‘E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus’ anjuran MPMUM dan BANTAH akan berlansung pada 1 Januari ini dikatakan berlaku campurtangan HEP. HEP tidak membenarkan forum ini berlansung di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam.
Sebelum ini pihak APIUM telah meluluskan permohonan untuk menggunakan dewan tersebut untuk program yang dikatakan intelektual tetapi pada saat akhir HEP mendesak supaya APIUM menarik balik kelulusan itu.
Apabila ditanya pihak HEP,mereka berkata segala program yang ingin dijalankan di dalam kampus mesti meminta kelulusan daripada pihak HEP mengikut prosedur. Tetapi mereka (MPMUM dan BANTAH) tidak mengikut prosedur seperti fakulti yang lain atau kolej-kolej kediaman lakukan untuk menjalankan suatu projek/program. Lagi-lagi ingin membawa masuk ahli politik ke dalam kampus. Pihak APIUM tidak tahu bahawa program ini telah diluluskan HEP atau tidak.
MPMUM dan BANTAH seperti mengikut kepala sendiri dan tidak berfikir secara intelektual seperti mahasiswa lain yang menjalankan suatu proram. Mereka tidak pernah berurusan dan meminta kebenaran daripada pihak HEP untuk kelulusan program. Walau se'intelektual' mana pon program yang ingin dijalankan,tetapi jika tidak mendapat kelulusan HEP,program itu tidak akan dapat dijalankan.
Kita semua perlu tahu, segala program atau urusan berkaitan mahasiswa adalah dibawah tanggungjawab dan penyeliaan HEP. Bukan fakulti mahupun makcik sesiapa. Jadi tidak boleh menunding jari 100% kepada pihak HEP kerana mendesak pembatalan forum itu sedangkan ia adalah kesilapan pihak MPMUM dan BANTAH sendiri. Mahasiswa perlu melihat perkara ini dari pelbagai perspektif. Manusia dikurniakan akal untuk berfikir.
BANTAH dikatakan akan tetap meneruskan forum itu hadapan Balai Ilmu,API. Semoga forum itu berjalan dengan lancarnya.
Bersama Pro-Student menyokong e-voting. Hadirkan diri ke forum ini untuk mendengar pendapat semua pihak. Percayalah, DEMOKRASI tetap wujud, dan akan musnah jika kita tidak ada kepercayaan terhadapnya.