Ads

Dec 7, 2009

Tidak Mengaku BERSALAH.


Tiga lagi penuntut Universiti Malaya (UM) mengaku tidak bersalah atas tuduhan menconteng, menceroboh dan cuba melakukan khianat dengan membakar fakulti Akademi Pengajian Islam (API) di universiti itu, Jun lalu. Enam hari selepas kejadian, dua rakan mereka, Mohamad Izzudin Hilmi dan Muhammad Syahrul Deen Ahmad Rosli telah didakwa atas tuduhan sama dan masing-masing mengaku tidak bersalah.

Ketiga-tiga tertuduh yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini(7dec) terdiri daripada Mohamad Aizat Rosle dan Mohammad Saufi Jelani, masing-masing berusia 21 tahun serta Mohd. Shazni Munir Mohd Ithnin, 22.

Bagi tuduhan pertama, mereka didakwa cuba melakukan khianat dengan menggunakan api terhadap bangunan fakulti itu. Bagi tuduhan kedua, mereka didakwa menceroboh bangunan tersebut mengikut Seksyen 447 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Kes kedua-dua pelajar itu sepatutnya mula dibicarakan hari ini di hadapan Hakim Rozana Ali Yusoff bagaimanapun ia ditangguhkan kerana hakim tersebut sedang bercuti.Komathy menetapkan 12 Januari ini untuk sebutan semula kes di hadapan Rozana bagi menetapkan tarikh bicara.

Ketiga-tiga tertuduh dijamin oleh ibu bapa masing-masing yang hadir bersama ahli keluarga lain dan rakan-rakan.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl