4 Ogos - Ura-ura sebelum ini menyatakan bahawa Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA), Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Haji Idris akan menamatkan tempoh perkhidmatannya telah menjadi kenyataan.
Beliau dihubungi Pro-Student petang tadi mengesahkan beliau akan menamatkan perkhidmatannya sebagai TNC HEPA pada 8 Ogos ini secara rasminya. Tempat beliau akan diganti oleh
Prof. Dr. Rohana Abdul Jalil. Penyerahan jawatan akan berkuatkuasa pada hari isnin hadapan (9 Ogos).
Beliau sebelum ini telah banyak memberi dorongan dan sokongan terhadap setiap program yang dianjurkan di Universiti Malaya terutamanya terhadap mahasiswa. Beliau juga lebih mengutamakan kebajikan mahasiswa Universiti Malaya sepanjang tempoh perkhidmatannya. Walaupun sebelum ini beliau banyak kali difitnah dan dianiaya oleh beberapa pihak,beliau tetap bersikap professional menjalankan tanggungjawabnya.
Pro-Student mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya Datuk Dr. Azarae dan tahniah kepada Prof. Dr. Rohana Abdul Jalil.