16 Ogos - Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) di setiap kolej kediaman dikatakan bergerak lesu dan kebajikan mahasiswa tidak diambil peduli. JTK ini dilantik oleh pihak pentadbiran setiap kolej kediaman dan majoritinya adalah Pembantu Mahasiswa Kolej Kediaman masing-masing.
"
Masih tidak nampak dengan jelas gerak kerja mereka terutamanya dalam mengambil tahu terhadap kebajikan mahasiswa yang menghuni di kolej-kolej walaupun telah sebulan mereka dilantik." keluh salah seorang penghuni KK5.
Di bulan ramadhan ini, sambutan di kolej-kolej kediaman juga kelihatan lesu dan tidak meriah. "
Mungkin mereka juga 'berpuasa' dalam gerak kerja"
Sebelum ini, JTK kolej tidak mengambil sebarang tindakan atau mengeluarkan penjelasan apabila isu kenaikan yuran kolej kediaman timbul terutama di kolej kediaman ke-5 dan ke-11. Hanya kelibat MPMUM dan SPKUM sahaja yang prihatin terhadap perkara ini.
"
Di manakah kelibat JTK? Apakah fungsi mereka di dalam organisasi kolej?"
Mahasiswa memohon dan berharap supaya JIK JTK Kolej-Kolej Kediaman bergerak secara agresif terutama dalam menegakkan kebajikan mahasiswa. Perkara ini juga dapat mengurangkan beban MPMUM dan SPKUM yang turut sama memperjuangkan kebajikan mahasiswa.