Ads

Aug 8, 2010

Mahasiswa berpolitik ketika Konvokesyen


7 Ogos - Sekumpulan pelajar Pro Mahasiswa Universiti Malaya telah mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Dalam gambar di atas kelihatan, Ridzuan Othman (Pengerusi Bantah AUKU) yang masih berjubah selepas majlis konvokesyen melaungkan bantahan penghapusan AUKU secara terbuka di DTC.

Mereka tidak segan silu untuk membuat kecaman demikian di hadapan ibu bapa yang lain. Tentu ibu bapa pelajar yang lain akan menyangka AUKU itu adalah "benda" yang amat zalim hinggakan pelajar yang baru bergraduasi membantahnya selepas majlis konvekesyen universiti. Kalau bukan kerana AUKU, sudah tentu naib canselor, dekan, pensyarah dan pelajar di Universiti Malaya adalah daripada kalangan bukan Melayu. Disebabkan adanya AUKU nasib orang Melayu banyak terbela. Nampaknya AUKU perlu dibaca sampai habis dulu sebelum bertindak melulu yang akhirnya akan merugikan diri sendiri. Mungkin ada pihak lain yang menghasut dan memberi inspirasi kepada mereka untuk bertindak sedemikian.

Rupanya kehadiran Nurul Izzah (Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai) telah memberi peransang kepada kumpulan Pro Mahasiswa untuk mengadakan demonstrasi tersebut. Kelihatan di gambar atas, Nurul Izzah sedang bergambar dengan pelajar-pelajar yang baru bergraduasi. Sejurus selepas sesi bergambar tersebut, demo membantah dan menghapus AUKU terus diadakan. Berdemo untuk bantah AUKU atau berdemo untuk tunjuk pada Nurul Izzah?



Mahasiswa memang sudah berpolitik dalam kampus. Tidak kira waktu pilihan raya kampus atau tidak, semasa majlis konvokesyen pun mereka berdemo. Kalau dibenarkan secara sah, sudah tentu mereka akan berdemo adalam dewan konvokesyen pula nanti. Kerja wakil rakyat pembangkang memang mudah, mengajak pelajar berdemo juga sebahagian daripada tugas tersebut. Kampus sudah menjadi medan ahli parlimen pembangkang turun berkhidmat sekarang ini. AUKU dijadikan alasan dalam kampus, ISA dijadikan alasan di luar kampus. Kedua-duanya dikecam kononnya mengokong mahasiswa dan rakyat. Kongkong apa lagi, mereka sudah diberikan kebebasan. Kalau universiti ambil tindakan, universiti pula akan dimarahi kerana dikatakan zalim. Oleh itu, peraturan itu akan menjadi seolah hidup segan mati tidak mahu. Majoriti pelajar lain perlu membuat sesuatu agar suara minoriti ini tidak menggangu gugat kebebasan yang dinikmati oleh majoriti.

-Angin Perubahan-
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl