1 Nov - Maklumat baru kami dapat di mana Saudara Khairul Anuar Abu Kasim, YDP MPMUM telah membuat laporan polis berkenaan fitnah yang disebarkan Malaysiakini.
"
Malaysiakini sepatutnya siasat dahulu sumber artikel, bukan hanya siar untuk publisiti murahan. Ini telah memalukan MPMUM dan mahasiswa yang menuntut di sini" ulas beliau.
Siasatan akan dilakukan pihak polis terhadap Malaysiakini serta sumber artikel tersebut. Tindakan harus dikenakan sekiranya didapati bersalah.
Beliau turut kesal dengan segelintir pihak yang salah menggunakan media yang turut menyebarkan fitnah dan memburukkan orang lain tanpa usul periksa.