Ads

Jan 3, 2011

Pro-M disarankan menghormati Kolej Kediaman


4 Jan - Semalam (3 Jan), Pro-Mahasiswa telah mengadakan ``Ziarah Mesra Pro-M di Kolej Kediaman Universiti Malaya.`` di Kolej Kediaman ke-3 dan ke-9.

Jurucakap SPKUM, Saudara Mohd Asri Zulkifli menyarankan supaya pimpinan Pro-Mahasiswa menghormati Kolej Kediaman memandangkan Kolej-Kolej Kediaman umpama rumah kepada mahasiswa.

Tindakan Pro-Mahasiswa menimbulkan rasa tidak puas hati kepada penghuni-penghuni Kolej Kediaman ke-3 dan ke-9 kerana 'menyerbu' secara beramai-ramai ke blok-blok dan sekitar kolej. Ini juga menimbulkan ketidakselesaan terhadap penghuni kolej.

Saudara Asri juga menyarankan supaya pimpinan Pro-Mahasiswa mendapatkan kebenaran daripada pihak pentadbiran kolej untuk mengadakan sebarang aktiviti di mana-mana kolej kediaman memandangkan pihak SPKUM sendiri memohon kebenaran jika hendak mengadakan pertemuan atau aktiviti sebagai tanda menghormati kolej.

Tindakan Pro-Mahasiswa semalam dianggap sebagai penceroboh oleh penghuni-penghuni Kolej kerana sesuka hati datang beramai-ramai untuk 'beramah mesra' bersama mahasiswa.

Saudara Asri berharap perkara ini tidak berulang di Kolej kediaman yang lain. Beliau juga turut menyambut baik usaha Pro-Mahasiswa untuk mendekati warga Kampus.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl