Ads

Jul 11, 2010

MHS Universiti Malaya berakhir


12 Julai - Minggu Haluansiswa bagi mahasiswa baru Universiti Malaya telah berakhir 9 Julai lepas. Majlis Penutupan Minggu Haluansiswa telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar di DTC pada malam 9 Julai.

Setelah selesai minggu Haluansiswa ini, terdapat pelbagai 'feedback' daripada mahasiswa baru berkenaan minggu pertama mereka di sini. Borang kaji selidik mengenai MHS telah diedarkan kepada mahasiswa baru untuk memberi pandangan dan pendapat tentang MHS untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Dalam banyak-banyak pandangan, kami tertarik kepada 'feedback' mahasiswa dari Akademi Pengajian Islam. Ada sebahagian yang mengatakan MHS di Universiti Malaya ini tidak berintelektual dan ada disebaliknya.

"Tahniah buat Pembantu Mahasiswa Kolej kerana banyak membantu kami sepanjang minggu orientasi ini. Orientasi di sini (UM) jauh lebih baik berbanding di Nilam Puri dulu. Banyak perkara baru yang saya dapat belajar sepanjang minggu ini." ini salah satu pendapat mahasiswa baru yang dipetik daripada borang kaji selidik.

Ada juga yang memberi pandangan yang sebaliknya. Sebahagian kecil mereka mempertikaikan tradisi Universiti Malaya sejak sekian lama iaitu 'cheers'. Ada juga yang mengatakan MHS di UM tidak bertamadun.

MHS kali ini membawa tema "Kearah Mahasiswa Berinovasi". Dengan tema ini dapat mencungkil dan membangkitkan daya pemikiran secara kritis dan kreatif di kalangan mahasiswa. Tetapi masih ada sebahagian yang menganggap semua ini (aktiviti yang dijalankan sepanjang MHS) karut dan tidak bermanfaat.


PESANAN YDP MPMUM.

Saudara Khairul Anuar Kassim,YDP MPMUM turut menyampaikan pesanan kepada mahasiswa baru baru-baru ini. Ia turut ditujukan kepada seluruh mahasiswa Universiti Malaya.

"Jika terdapat sebarang masalah dan pandangan,boleh disalurkan kepada kami (MPMUM). Seperti di Kolej Kediaman juga,mahasiswa dapat menyalurkan kepada Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) kerana kami ini wakil suara mahasiswa. Tidak perlu kita berdemonstrasi kerana zaman sekarang terdapat banyak saluran untuk menyelesaikan masalah."
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl