4 Julai - Minggu Haluansiswa telah membangkitkan semula semangat aktivis pro-mahasiswa untuk menarik 'perhatian' semua mahasiswa baru yang bakal masuk hari ini.
Pro-Mahasiswa mula bergiat aktif dengan mengambil pelajar baru yang berasal dari Sabah dan Sarawak di LCCT dan membawa mereka ke Kolej-kolej Kediaman. Ada juga mahasiswa baru yang dibawa ke 'markas' mereka di sekitar Petaling Jaya.
Perkara ini telah mengganggu urusan Pembantu Mahasiswa Sentral dan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya.
"
Kami(PM Sentral dan HEP) telah menyediakan pengangkutan untuk pelajar-pelajar baru dari LCCT ke Kolej Kediaman masing-masing. Tetapi ada 'anasir' luar yang mengganggu urusan kami." kata salah seorang Pembantu Mahasiswa Sentral.
"
Kami tahu mereka ada niat untuk membantu,tetapi sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku kepada pelajar baru ini,pihak HEP juga yang perlu bertanggungjawab,bukan mereka. Sekurang-kurangnya,beritahu pihak HEP untuk memberi kerjasama. dan tidak perlu sehingga membawa pelajar ke 'markas' mereka."
Perkara ini juga sudah terjadi pada tahun-tahun lepas. Pro-Mahasiswa juga pernah menceroboh Kolej-kolej Kediaman untuk menyebarkan risalah-risalah mereka kepada pelajar baru. Perkara ini menjadi kerisauan pihak Kolej Kediaman kerana tidak ingin perkara buruk berlaku seperti kecurian di blok-blok penghuni dan vandalisme (pernah berlaku).
Pro-Mahasiswa diharap supaya tidak memburukkan lagi keadaan dan mengganggu urusan pihak yang bertanggungjawab. Jika ada perkara yang ingin diutarakan,perlu dibawa berbincang,bukan membuat keputusan sendiri.