31 Julai - Tindakan beberapa pihak cuba menjatuhkan MPMUM sesi ini mendapat perhatian daripada mahasiswa Universiti Malaya. Beberapa iklan PALSU berbentuk flyers ditampal di sekitar kampus,PetalingJaya dan Kerinchi melibatkan beberapa wakil MPMUM termasuk YDP MPMUM,Khairul Anuar Abu Kasim.
Iklan 'kereta sewa' dan 'rumah sewa' tersebut didakwa menggunakan nama dan nombor telefon sebenar mangsa (MPMUM). Iklan ini juga telah berjaya memperdayakan mahasiswa Universiti Malaya. MPMUM yang menjadi mangsa adalah
YDP MPMUM,Khairul Anuar Abu Kasim,Muhammad Ilyas Zambri dan Mohammad Shahir.MPMUM menasihatkan mahasiswa agar tidak terperdaya dengan iklan yang ditampal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
"
Saya kesal dengan tindakan pihak ini kerana cuba menjatuhkan MPMUM secara peribadi. Semoga mereka diberi hidayah daripada Allah." kata YDP MPMUM.
Segelintir mahasiswa berpendapat tindakan ini salah satu daripada permainan dan agenda jahat Pro-Mahasiswa yang sudah lama tidak berpuas hati dengan MPMUM sesi ini. Tetapi MPMUM menafikan perkara itu kerana kita tidak boleh menunding jari tanpa bukti yang kukuh.