Ads

Jul 8, 2010

Kes 'bini puaka': Nombor motosikal digelapkan


9 Julai - Saksi perbiracaan kes menconteng "bini puaka" - yang ditujukan kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor - memberitahu mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, seorang tertuduh Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini kelihatan "macam rasa bersalah" ketika malam kejadian.

Rohaizi Ishak, seorang pengawal keselamatan di Universiti Malaya (UM) memberitahu, pada 24 Jun, ketika bertugas di sekitar Akademi Pengajian Islam, beliau menemui sebuah motosikal yang nombor pendaftarannya digelapkan.

Menurutnya, ketika sedang mengintip apa yang berlaku di sekitar kawasan itu, dengan tiba-tiba motorsikal itu kelihatan ditunggang oleh seseorang dan keluar menuju ke jalan raya.

Beliau selepas itu mengekorinya sehinggalah di kolej kediaman ke-11 di mana beliau mendakwa mendapati Mohd Izzudddin sebagai penunggangnya.

Rohaizi berkata, apabila ditanya kenapa nombor pendaftaran itu digelapkan, tertuduh itu "diamkan diri sahaja".

Dalam perbicaraan kali kedua hari ini, mahkamah setakat ini memanggil tiga saksi.

Dua lagi saksi ialah ayah tertuduh Mohd Zaini Zainal dan penolong pegawai penyiasat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields Sarjan Hamidah Hassan.

Selain Mohd Izzuddin, turut dituduh Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada 4 pagi 24 Jun lalu di dewan kuliah utama API, beberapa jam sebelum Rosmah hadir untuk melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin.

Mereka didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen-sekyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui Rosmah - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu.

Manakala bagi Seksyen 436, ketiga-tiga dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama. -Malaysiakini-
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl