29 Julai - Minggu Promosi Badan Pelajar anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang diadakan sepanjang minggu ini kelihatan lesu dan tidak mendapat sambutan seperti tahun-tahun sebelumnya. Minggu PROMO'10 bermula dari 26 Julai dan berakhir pada hari ini (29 Julai).
Hanya segelintir mahasiswa sahaja yang hadir dan mendaftar di sini. Ada pihak yang menunding jari kepada HEPA kerana publisiti untuk minggu PROMO'10 tidak meluas.
"
Saya berpendapat mahasiswa itu sendiri tidak mengambil tahu dan tidak ingin terlibat dengan persatuan-persatuan berdaftar ini. Saya lihat publisiti minggu PROMO sudah cukup di sekitar kampus dan kolej-kolej kediaman. Begitu juga dengan luar kampus di kawasan Kerinchi dan Petaling Jaya." YDP MPMUM,Saudara Khairul Anuar Abu Kasim menafikan dakwaan itu.
Beliau juga berpendapat bahawa Persatuan-persatuan berdaftar itu sendiri tidak cukup publisitinya menyebabkan mahasiswa tidak tahu tentang kewujudan persatuan-persatuan ini.
"
Persatuan yang aktif seperti PMIUM kelihatan bagus dari segi publisitinya. Saya dapat tahu PMIUM mendapat sambutan hebat daripada mahasiswa UM. Tahniah buat PMIUM." ulas beliau lagi.