MPMUM sesi 09/10 menerima watikah di Dewan Tunku Canselor petang tadi. Watikah yang disampaikan oleh Naib Canselor diiringi TNC HEP berlansung dengan lancar sebentar tadi.
Saudara Khairul Anuar Kasim dilantik sebagai YDP MPMUM kali ini,diikuti Saudara Tee Wooi Keat sebagai Naib YDP, Saudari Rahmah Husna sebagai Setiausaha MPMUM dan Saudari Koo Wei Juin sebagai Bendahari MPMUM sesi 09/10.
Sementara pernyerahan watikah berlansung di dalam DTC,terdapat juga pembentukan "kabinet kartun" sendiri di luar DTC,menjadi bahan lucu dikalangan mahasiswa yang berada di situ.
Mereka dikalangan MPMUM Pro-Mahasiswa membentuk kabinet sendiri kerana ingin memprotes pembentukan MPMUM sesi ini,sedangkan mereka sendiri tidak menghadiri mesyuarat semasa pemilihan MT. Kebanyakan MPMUM Pro-Mahasiswa diletakkan di bawah biro-biro,bukan di dalam Majlis Tertinggi seperti yang diharapkan.(gila kuasa)?
"Izzudin Helmi buat macam MPMUM Pro-M macam boneka pulak sampai jadi bahan gelak orang kat luar sana. Malu aku nak join." kata salah seorang MPMUM yang bertanding di atas tiket Pro-Mahasiswa baru-baru ini,hanya ingin dipanggil dengan nama panggilan 'petir'.
Lihatlah bertapa angkuhnya mereka tidak mahu mengiktiraf kabinet kali ini. Mereka seperti 'menggalakkan' lagi perpecahan antara mahasiswa sendiri,kerana ingin 'menerapkan' konsep 'perpecahan' ini dengan menubuhkan "kabinet ilusi" mereka sendiri yang dipanggil "kabinet kartun".
Mahasiswa pandai dan bijak berfikir. Kami harap MPMUM bersatu, tidak berpecah dan tidak menjadi boneka supaya kebajikan yang dijanjikan tidak terabai. Jangan biar mahasiswa dibawah menjadi mangsa keadaan.