Belum sampai seminggu saudara Khairul Anuar diangkat menjadi YDP MPMUM 09/10,beliau telah dianiaya oleh pihak tertentu di kolej beliau sendiri.
Beliau yang menginap di Kolej Kediaman ke-11 telah disabotaj apabila berita PALSU tersebar mengatakan beliau ingin mengadakan Majlis Ramah Mesra YDP MPMUM 09/10 bersama warga kolej kediaman pada 8.30 malam di Dewan Pendeta.
Banyak poster [gambar] telah ditampal di sekitar blok terutama blok perempuan. Tidak kurang juga pesanan ringkas yang disebarkan kepada penghuni kolej daripada individu yang tidak diketahui.
Ketika dihubungi, Khairul Anuar menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui sama sekali tentang program tersebut. Beliau juga menyatakan rasa terkejut dan kecewa atas kejadian ini.
Saudara Fahmi Adilah (Presiden Kolej Kediaman ke-11) juga tidak mengetahui perkara ini ketika dihubungi. Beliau juga meminta supaya penghuni kolej berhati-hati dan tidak terpedaya dengan berita-berita yang tidak sahih.
"Di kolej sekarang busy dengan meeting-meeting projek,terutamanya OPKIM. Dewan juga tidak ditempah untuk apa-apa aktiviti pada malam ini. Saya harap penghuni kolej perlu lebih peka dengan perkara ini. Dan berharap tidak berlaku lagi.",katanya.
Wakil Pro-Student juga sempat terserempak dengan salah seorang JTK Kolej ke-11, Saudara Haziq Isa dan meminta pendapat tentang perkara ini.
"Tak sangka ada segelintir penghuni kolej ni yang bodoh. Da la keluarkan poster ini tanpa cop kolej. Kita(penghuni) semua tahu poster atau sebarang publisiti bertampal perlu mendapatkan pengesahan kolej. Kalau nak tipu orang pon,sekurang-kurangnya dapatkan pengesahan JIK JTK dan pentadbiran kolej. Baru la tak nampak kebodohan nak tipu orang. Nama kolej pon salah tulis,font tak professional. Menyedihkan.",katanya.
**Siapa yang buat benda ni semua? FITNAH lagi...